Higher Education for a Higher Purpose - Hamza Yusuf

Tuesday, December 16, 2014

Crisis of Knowledge - Shaykh Hamza Yusuf | Malaysia 2014


Devil's Trap by Shaykh Hamza Yusuf - Malaysia 30/08/14


Global Tawbah by Shaykh Hamza Yusuf | Malaysia 2014 (full lecture)


The Final Miracle - Ustadh Nouman Ali Khan

Monday, October 7, 2013
Kuliah Ustaz Nouman Ali Khan di PWTC pada 6hb September 2013. Hak Cipta TV Sunnah 2013



Semoga kita semua mendapat Iktibar daripada kuliah ini, Amin.

Mogok Lapar & SOP Tahanan Guatanamo Bay!

Sunday, July 14, 2013

Video ini menunjukkan artis Hollywood Mos Def yang kini dikenali sebagai Yasiin Bey menunjukkan cara bagaimana pemogok-pemogok lapar di Pusat Tahanan Amerika Syarikat di Guatanamo Bay. Saksikan video ini dan bersyukur bukan kita yang diuji Allah subhanawataala untuk ditahan di sana.


Sejak bermulanya Ramadan, lebih daripada 100 orang tahanan di pusat tahanan tersebut bermogok lapar. Lebih daripada 40 daripada mereka dipaksa makan. Pembocoran dokumen rahsia tentera membolehkan orang ramai tahu cara-cara ianya dilakukan. Saksikan video dibawah. 

AMARAN BUKAN UNTUK YANG LEMAH SEMANGAT.


Padan Muka Kita Semua!

Saturday, July 13, 2013
Dalm menjalani ibadah puasa. Menahan lapar dan dahaga. Menahan segala macam nafsu yang mencanang, termasuk nafsu marah, hamba ciptaan Allah subhanawataala yang lemah. Muslim dan Islam untuk kesekian kali dicemuh dan dihina lagi. Di Malaysia, pasangan Cina yang terkenal dengan aksi lucah mereka dikalangan bangsa mereka cuba menjadi popular agaknya dikalangan Muslimin dengan mengucapkan Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...Wangi, enak, menyelerakan), siap dengan tanda Halal Malaysia Jakim (yang lama).


Untuk yang tidak tahu apa itu Bak Kut Teh, boleh rujuk disini antara lain menyebut bahawa hidangan sup babi yang diperkenalkan oleh pendatang berbangsa Hokien di Malaya pada kurun ke-19. Tidak perlulah penulis meletakkan gambar hidangan wangi, enak dan menyelerakan tersebut, anda boleh google image sendiri.

Semangat muhibah dan harmoni kaum yang ditunjukkan oleh mereka berdua amatlah 'terpuji'. Tentunya ketika umat Islam sedang menyambut Ramadan dan beribadah puasa golongan ini mencemuh dan menghina ajaran agama kita dengan sesuatu yang sememangnya diharamkan Islam. Semangat setia kawan sebegini sememangnya sudah termaktub dalam Piagam Madinah, kenapakah kita masih terkial-kial mahu melaksanakannya?

Di Perancis kartun yang menghina Nabi Muhammad sallahualaihiwassalam muncul lagi. Orang bertanggujawab sedang dilindungi polis. Adakah umat Muslim seluruh dunia yang sedang menyambut puasa akan berdemonstrasi seperti yang berlaku beberapa tahun dahulu apabila keturunan Vikings, Danes menghina Rasullulah? Atau adakah kita sudah penat dan sedar akan ketidakmampuan kita semua dalam mempertahankan Islam, Rasullullah sallahualaihiwassalam dan Muslim amnya?

Tepuk dada tanya iman dan tanya diri kita kenapakah kita boleh dihina dan dimomokan sedemikian rupa? Apa salah kita? Sudahkah kita tersedar dari mimpi yang kita sedang diperkotak-katikkan? Atau kita masih mendabik dada juah dengan diri sendiri yang kerdil sebenarnya dan mengatakan penyatuan tidak akan berlaku jika 'aku masih hidup'? Siapakah 'aku' yang kita bangga-banggakan itu? Salam Ramadhan sekali lagi, semoga amalan baik kita dibulan yang mulia ini menjadikan kita lebih merendah diri dan sedar diri!

Ameen.




Arab Spring, Morsi & Mesir

Wednesday, July 10, 2013
Setelah dunia meraikan kejayaan kuasa rakyat marhaen menjatuhkan rejim Hosni Mubarak di Mesir, dunia mungkin baru sedar daripada satu mimpi yang panjang bahawasanya permainan percaturan politik Orde Baru Dunia sememangnya sukar dibaca.

Apakah gerakan yang menjatuhkan Hosni Mubarak dan yang mahu menjatuhkan Mohamed Morsi merupakan golongan yang sama? Kenapakah kemenangan besar Ikhwanul Muslimin tidak bertahan lama. Polpulariti yang merudum malah ada yang mula nampak dan mengaitkan Ikhwanul Muslimin sebuah gerakan jahat yang bersekongkol dengan Amerika Syarikat?

Mari kita lihat koleksi gambar yang diambil secara rawak sebelum, semasa dan selepas Mohamed Morsi digulingkan dengan satu rampasan tentera. Nampaknya tiada apa yang berubah dengan Timur Tengah dengan Arab Springnya!




















Semoga saudara kita di Mesir mendapat perlindungan daripada Allah subhanawataala daripada fitnah Dajal Akhir Zaman yang sedang bekerja keras menghancurkan negara Islam daripada dalam. Semoga apa yang berlaku di tanah Arab, apa yang dibanggakan sesetengah daripada kita sebagai Kebangkitan Arab, dijauhkan daripada berlaku di tanah air Malaysia tercinta. Amin Ya Rabbal Alamin.

Morsi, Arab Spring & Washington



Penulis dan seorang sahabat yang juga seorang blogger dan novelis terkenal, mencemuh apabila berlakunya fenomena 'Arab Spring' kerana tahu ianya juga merupakan satu lagi projek batil Amerika Syarikat seperti lain-lain projek yang bertujuan untuk ber-rekonstruksi lanskap politik dunia Arab mengikut acuan Orde Baru Dunia. Tidak lebih daripada itu. Walaupun ketika itu dunia Islam seakan bergembira dengan perkembangan yang melanda negara-negara Arab yang rata-rata diperintah oleh rejim kuku besi tajaan Amerika Syarikat seperti mantan Presiden Mesir Hosni Mubarak.

'Arab Spring' dimulakan di Tunisia, apabila seorang pemuda marhaen membakar dirinya sendiri sebagai tanda protes kepada ketidakadilan dalam sistem sosial di negara tersebut yang sangat mengekang pemuda sepertinya yang mahu mencari rezeki. Rasuah yang melampaui batas sehinggakan hampir kesemua perniagaan dimonopoli oleh pemerintah dan keluarga terdekatnya membawa kejatuhan kepada pemerintahan  Presiden Ben Ali yang kini terpaksa hidup dalam buangan di Arab Saudi.


Seperti api yang marak ditiup angin, 'Arab Spring' menjengah Mesir, Bahrain, Libya, Yemen, Syria, Maghribi dan Arab Saudi sendiri walaupun berjaya dikekang daripada menjatuhkan keluarga Saud yang sememangnya sekutu kuat Amerika Syarikat sendiri. Sila lihat gambar rajah di bawah untuk gambaran yang lebih jelas. Sumber Wikipedia.


Genap dua bulan pemerintahan Mohamed Morsi, salafi Ikhwanul Muslimin yang diwar-warkan sebagai jawapan baru kepada rakyat Mesir dengan pemerintahan yang lebih Islami menyimpang jauh daripada sekularisme yang dibawakan oleh Hosni Mubarak, digulingkan oleh Tentera Mesir dengan Washington bermain wayang mengatakan mereka terkejut dengan perkembangan tersebut. Perlukah kita meletakkan kredibiliti kepada sebuah negara penaja keganasan seperti Amerika Syarikat? Masih adakah dikalangan kita Muslimin yang diingatkan Allah subhanawataala supaya berhati-hati dengan golongan Nasrani dan Yahudi yang sememangnya tidak senang dengan Muslim dan Islam khasnya? Sikap baling batu sembunyi tangan Amerika Syarikat dapat dilihat apabila mereka enggan mengakui bahawa rampasan kuasa tentera telah berlaku di Mesir!


Jadi masihkah ada diantara kita yang masih mahu mempercayai bahawasanya 'Arab Spring' merupakan gerakan rakyat marhaen menentang pemerintahan kuku besi negara masing-masing? Atau sudahkah kita nampak bahawasanya apa yang berlaku merupakan sesuatu yang perlu dilakukan untuk mengekalkan hegemoni Amerika Syarikat dengan 'membenarkan' malah menggalakkan berlakunya demo besar-besaran. Dan sesudah rakyat tidak puas hati dengan Mohamed Morsi yang dikatakan tidak cekap dan sebagainya, sekali lagi Amerika Syarikat masuk campur dan menyuruh Tentera Mesir yang di bayar gaji oleh Perbendaharaan Amerika Syarikat, untuk membuat rampasan kuasa dan memenjarakan seorang pemimpin yang dipilih rakyat.


Ben Ali juga menjadi Presiden melalui sebuah rampasan kuasa di Tunisia. Entah siapalah agaknya yang akan diangkat Amerika Syarikat kini untuk menggantikan Mohamed Morsi. Tentunya ramai yang sedang 'ditemuduga' dan pelbagai janji ditagih dan ditabur oleh mereka-mereka yang mahu memegang tampuk kuasa. 


Benarlah akhirnya apabila penulis dan sahabat merasakan 'Arab Spring' yang merupakan sebuah projek batil Amerika Syarikat semasa ianya bermula. Jika Amerika Syarikat dan sekutu mereka tidak benarkan ianya berlaku, ianya tidak akan berlaku seperti Jordan dan Arab Saudi. Jika Uncle Sam dan gerakan Zionis antarabangsa membenarkannya, semestinya presiden negara tersebut akan digulingkan seperti yang berlaku di Libya dan juga sedang berlaku di Syria. Episod Syria hanya Allah subhanawataala sajalah yang tahu kesudahannya.

Video dibawah oleh Sheikh Imran N Hossein bercakap tentang 'Arab Spring' seawal tahun 2003.


Semoga fitnah Dajjal Akhir Zaman tidak menutup mata hati kita daripada segala bentuk penipuan. Persoalannya sekarang sama ada masih adakah saudara muslimin Malaysia yang masih bermimpi basahkan 'Arab Spring' berlaku di tanah air tercinta? Tepuk dada, baca Surah Al Khafi. Salam Ramadan Al Mubarak semua.


Imran N Hosein

Loading...