Protestan Muslim

Monday, February 2, 2009
Lima ratus tahun setelah Martin Luther menggerakkan fahaman Protestanisme sebagai alternatif kepada Katolik-isme (dengan bantuan seorang raja yang mahu berpoligami-tetapi tidak pula mahu memandang kepada Islam sebagai agama yang mengiktiraf tabie lelaki mahu beristeri lebih daripada satu!), dia tentunya tidak terfikir bahawa gerakkannya itu akan mendapat 'pengikut' di Malaysia. Jangan tersilap kita bukan bercakap pasal orang-orang kristian berfahaman protestan yang bebas mengamalkan anutan mereka di sini, tetapi lebih merujuk kepada segelintir (tetapi suara mereka kuat, kerana mendapat sokongan dan dukungan, musuh-musuh Islam, dari dalam dan luar negara) umat Islam yang saya labelkan sebagai Protestan Muslim sesuai dengan sikap mereka yang suka memprotes apa saja, daripada sesiapa saja sama ada pihak berkuasa, tokoh-tokoh ulama ataupun persatuan-persatuan Islam yang mahu menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai landasan dan panduan (Islam1st) dalam menjalani kehidupan seharian sebagai muslim.

Sememangnya amatlah sukar untuk kita mengenali mereka kerana dari segi zahirnya mereka kelihatan sama seperti kita semua. Tetapi Allah subhanawataala itu Maha Kaya, adakalanya mereka ini akan membuka topeng diwajah mereka dan menunjukkan juga wajah sebenar mereka.

Seperti baru-baru ini ketika kerajaan memutuskan untuk mewajibkan semua pasangan muslim yang mahu berumahtangga untuk menjalani ujian HIV (untuk melindungi kedua-dua pihak) sebelum bernikah-mereka memprotes! Ketika fatwa melarang umat Islam daripada melakukan senaman yoga (senaman lain banyak lagi sebenarnya!)-mereka memprotes! Malah ketika umat Islam memprotes apabila Islam dan umatnya dihina dan cuba diaibkan di forum-forum yang bertopengkan dialog antara agama-mereka memprotes, marah sehingga sanggup menulis artikel panjang (dalam suratkhabar dan majalah berbahasa Inggeris selalunya) menghina mereka yang tidak sanggup agama suci ini dihina sewenang-wenangnya.

Kita sebenarnya tidak ada masalah apabila mereka memprotes, tetapi apa yang mereka proteskan itu yang menjadi persoalan dan kemusykilan. Sebagai muslim mereka sepatutnya lebih faham kenapa Islam melarang dan menegah segala sesuatu. Di akhir zaman ini, semua umat tidak akan terlepas dari dosa, tiada yang maksum. Tetapi lain pula jadinya jika kita menghalalkan yang haram dan mendabik dada, berbangga pula dengannya!

1 comments:

Muhammad Ibnu 'Az said...

Assalamua'alaikum Bro..
Semua dah dijelaskan Allah dalam al Qur'an

an Nisaa' ayat 60
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.

Setiap kali keluar isu pasal nak protect umat Islam, muka-muka yang sama jugak la yang keluar protest. Tapi bila Gaza kena attack, food-not-bomb pun sumbat foot dalam mulut.. senyap bisu dan macam pengantin baru senyap group-group ni.. ni termasuk satu gang group feminis yang diam mengalahkan bakal pengantin baru yang dipinang pasal isu Gaza ni. Padahal, yang jadi mangsa kebanyakannya wanita dan kanak-kanak kat situ.. nampak sangat kumpulan-kumpulan ni 'Muslim' protestant.
Kalau abad ke 15 Martin Luther perjuangkan sect Protestant dalam reformation di sana pasal kebobrokan Katolik, tapi berbeza dengan Muslim Protestant kat Malaysia ni. Muslim Protestant di Malaysia ni kerja mereka nak jadikan komuniti Muslim negara ni balik kepada kejumudan Katolik dalam rupabentuk hedonism tanpa kawalan.
Patut ada pihak memantau semua group-group ni..

Imran N Hosein

Loading...