'Ahli Syurga', Riak dan Wag The Dog

Saturday, June 30, 2012
Penyakit riak, sombong dan takabur telah menular dengan hebatnya dikalangan umat islam dewasa ini.  Dengan berasa diri mereka lebih bagus, lebih pandai dan lebih beriman daripada mereka yang lain, sehinggakan ada yang sanggup melabel saudara sebangsa seagama dengan pelbagai label yang sangat menghinakan.  Dalam pada itu tanpa mereka sedari mereka menjadi semakin dungu dan dangkal sehinggakan membutakan mata hati, apabila ketajaman akal mereka ditarik Allah subhanawataala kerana sifat yang ada pada diri mereka sehinggakan mereka termakan fitnah dajjal akhir zaman.

Sheikh Imran N Hosein pernah berkata sedemikian di salah satu siri ceramahnya di Malaysia baru-baru ini, tentang umat Islam yang berilmu tetapi sombong dan tidak baik hati ke atas umat islam yang lain, sila lihat video di bawah dengan penuh supaya lebih faham tentang pendapat di atas.      





Sedikit latar belakang tentang sikap riak dan tipu daya syaitan.  sila lihat tipu daya kelima untuk lebih faham kenapa mereka yang berilmu dan beramal soleh boleh termakan tipu daya syaitan!

sumber halaqah.net

RIYA' (riyak) iaitu perkataan Arab yang terbit dari kata kerja ra'a, yura'i, yang turut dituturkan dalam masyarakat Melayu, merujuk kepada suatu perlakuan, sifat dan sikap yang buruk. 


Ia boleh diertikan sebagai memperlihatkan, menunjuk-nunjuk, menonjolkan atau mempamerkan amalan dilakukan kepada yang lain dengan tujuan mendapat tempat di hati mereka.
Berdasarkan al-Quran dan hadis, ulama sepakat riya' hukumnya haram termasuk dalam kesalahan dosa besar yang merosakkan nilai ibadat. 


Antaranya, nas yang bermaksud: "Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia (semata-mata) dan perhiasannya, Kami (Allah) tunaikan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka di dunia (ini sahaja) dan mereka tidak dirugikan. Itulah orang yang tidak memperoleh di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan." (Al-Quran, Hud:15)


Beberapa perkara penting dijelaskan dalam ayat terbabit, antaranya perbuatan syirik dan tujuan keduniaan, malah perhiasannya yang merosakkan nilai amalan soleh dan ibadat.


Nabi s.a.w melalui hadisnya ada memberikan penjelasan susulan, seperti hadis dari Abu Hurairah r.a, maksudnya: "Aku (Allah) adalah Yang Terkaya (secara mutlak) dari disekutui (dikongsi). Maka sesiapa yang beramal dengan suatu amalan yang disekutukan bersama-Ku dalam amalan terbabit dengan yang selain dari-Ku, Aku tinggalkan bersama sekutunya."


Memang Allah Terkaya, manakala yang lain adalah fakir serta bersifat serba kekurangan dan lemah, sentiasa memerlukan kepada-Nya. 


Dengan sifat yang melebihi segalanya pada Allah, tidaklah layak sama sekali untuk-Nya menerima suatu amalan yang disekutukan dengan selain-Nya. 


Justeru, kesempurnaan dan kekayaan-Nya yang mutlak itu memastikan segala amalan dihadapkan niat dan tujuan kepada-Nya sahaja. 


Menurut ulama, setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan riya' adalah rosak dan terhapus nilai pahalanya, bahkan boleh menyebabkan dosa.
Tetapi nilai dosa dari perbuatan riya' berbeza mengikut perbezaan peringkat ibadat yang menjadi bahan dalam riya' dan berbeza mengikut kelainan tujuan perbuatan terbabit.


Ulama memperincikan riya' kepada beberapa peringkat:


1. Riya' yang jelas iaitu yang menjadi pendorong kuat kepada amalan dan ibadat seseorang. Jika tidak kerana adanya riya', seseorang itu tentu tidak melakukan amal ibadat terbabit.


2. Riya' yang tidak jelas dan tersembunyi. Jika kerana riya' saja dia tidak melakukan ibadat, misalnya seorang yang biasa bersolat tahajud, kadangkala diselubungi kemalasan, tetapi apabila ada teman atau tamu bangun beribadat malam dia menjadi rajin pula.


Ibadatnya itu didorong sedikit oleh riya' yang tidak jelas dari dalam dirinya. Riya' yang tidak jelas ini menurut ulama, tidak membatalkan pahala asal, tetapi menjejaskan nilai pahalanya mengikut kadar riya' terbabit.
3. Riya' yang lebih tersembunyi dan terlalu samar. Riya' ini bukan yang mendorong amal ibadat atau berasa ringan untuk beribadat, namun sifat itu terpendam di dalam diri.


Jenis ini hanya boleh diketahui dan dikenali melalui tandanya seperti berasa bangga dengan pujian.


Misalnya, seseorang itu melakukan ibadat secara ikhlas, tanpa ada dorongan riya', malah benci kepada sifat terbabit, tetapi apabila amalannya itu diketahui orang, dia berasa gembira.


Jika gembiranya semata-mata sebagai tabiat fitrah manusiawi dan tidak mengharapkan amalannya itu diketahui orang, riya' seperti ini tidaklah merosakkan pahala amalan terbabit.


Ada yang lebih tersembunyi dari itu, hanya dapat disedari mereka yang mempunyai hati bersih lagi halus sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w bahawa riya' lebih tersembunyi daripada rayapan kaki semut hitam di waktu malam.


Semua ini untuk menjelaskan betapa perlunya kita sentiasa berwaspada daripada terperangkap dengan riya'.


Jika mengatasi riya' yang jelas, belum tentu terselamat dari riya' yang kurang jelas, malah jika di peringkat terbabit janganlah pula berasa diri terselamat dari segala bentuk riya'.


7 Tipu Daya Syaitan

* Pertama: Syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan: "Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal."

* Kedua: Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah. Dia menghasut manusia dengan mengatakan : "Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi." Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: "Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal berlainan."

* Ketiga: Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan: "Cepat beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan lain." Orang-orang yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan: "Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna."

* Keempat: Kemudian, syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan: "Bagi saya, penilaian cukup hanya dari Allah Ta'ala dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain)."

* Kelima: Setelah itu, syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal: "Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu."Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa: "Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan Allah dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah yang melimpahkan taufik kepadaku untuk dapat beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala yang besar. Sekiranya tanpa kurniaanNya, apalah erti amalanku ini, jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepadaku, disamping dosaku yang bertimbun pula."

* Keenam: Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir. Syaitan berbisik dalam hati manusia: "Bersungguh- sungguhl ah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain kerana Allah jualah yang akan memberitahu orang lain bahawa engkau adalah seorang hamba Allah yang ikhlas." Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan penipuannya yang sangat tersembunyi. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riak. Orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dengan mengatakan: "Hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannya. Aku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Jika berkehendak, Allah akan menjadikan aku mulia atau hina. Semuanya itu adalah urusan Allah. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia."

* Ketujuh: Gagal dengan cara itu, syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia mengatakan: "Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka." Orang-orang yang dipelihara oleh Allah sudah pasti akan menolak godaan itu dengan mengatakan: "Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintahNya. Allah Maha Mengetahui, menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendakNya. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku akan tetap meneruskan perbuatan ibadat agar tidak menjadi sebuah penyesalan bagiku. Sekiranya aku masuk neraka, padahal aku taat, itu adalah lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat. Tetapi tidak akan demikian akibatnya kerana janji Allah pasti terbukti dan firmanNya pasti benar."

Allah telah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya. Barangsiapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka, melainkan syurgalah tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalan yang telah didirikan, tetapi kerana janji Allah yang suci murni dan pasti!!

Kelak, orang-orang yang berbahagia dan beruntung akan mengatakan:

"Segala puji bagi Allah yang membuktikan janjiNya dengan syurga."

Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita. Sesungguhnya dalam mentaati Allah, terlalu banyak godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita lalui. Bandingkan segala permasalahan dan perbuatan kepada keadaan tersebut dan pohonlah perlindungan Allah Ta'ala agar terlindung dan terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan Allah dan kepadaNyalah kita mengharapkan taufik dan keredhaan.

"Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung."

Oleh Imam Ghazali (Minhajul Abidin)

Wag the dog dan Syria

Wag the dog the movie, the theory


Syriana the movie, Wag the dog in practice, realiti dunia Islam dewasa ini



perhatikan nama filem tersebut yang sama dengan Syria, ianya bukanlah satu kebetulan kerana Arab Spring juga bukanlah satu fenomena baru yang digerakkan oleh seorang lelaki  mesir dengan menggunakan media sosial, ianya telah dirancang dajjal dan askar-askarnya sekian lama, sila lihat video ini


dan ini 


dan ini untuk mereka yang ingin tahu lebih lanjut tentang askar-askar dajjal dan pengorbanan nyawa untuk menyembah iblis



dan ini  yang berlaku kepada Syria



dan ini apa yang sesetengah daripada kita buat apabila termakan dengan tipu daya syaitan dan fitnah dajjal akhir zaman



semoga mereka-mereka yang cintakan keamanan dan kebenaran dijauhkan Allah subhanawataala daripada kebatilan yang mula bertapak di Malaysia seperti jejaka-jejaka soleh yang ditidurkan Allah di dalam Khafi. Amin 


Blog ini tidak menyokong Rejim Bashar Assad tetapi mahu berkongsi bersama umat Islam yang lain tentang percaturan politik NWO (Orde Baru Dunia) setakat yang termampu dengan penuh rasa rendah diri.  Kegagalan memahami percaturan politik dunia akan membuatkan kita gagal memahami peristiwa akhir zaman.  Sila baca artikel di imranhosein.org  untuk lebih memahami tentang Fitnah Dajjal Akhir Zaman.

Sheikh Imran N Hosein sedang mengadakan beberapa siri ceramahnya di Malaysia sila lawati imranhosein.org untuk jadual terkini.

MUSTAHAK!

Friday, June 29, 2012



Ditulis oleh Sheikh Imran N Hosein

Tidak berapa lama lagi kita akan menyaksikan satu peristiwa yang telah kita 'tunggu' kesekian kalinya: Serangan NATO yang diketuai oleh Turki ke atas Syria untuk menjatuhkan rejim Syria dan menukarkannya kepada sebuah lagi rejim Islam, ala Libya.  Inilah satu-satunya cara yang boleh digunakan oleh Israel untuk menyekat 'kebangkitan Islam' di negara tersebut. Israel juga mendakwa dikelilingi oleh negara-negara Islam yang akan mengancam keselamatan negaranya, dan serangan pre-emptif ( terlebih dahulu) adalah satu-satunya jalan untuk negara haram itu mempertahankan kewujudannya.  Bagaimana mungkin Israel dapat menggantikan Amerika Syarikat sebagai Kuasa Besar Dunia yang seterusnya, jika peperangan secara besar-besaran tidak dilancarkan-terutamanya ke atas jiran-jiran Arabnya yang 'mengepung' Negara Zionis tersebut?

Turki yang pro-Nato dan secara tidak langsung pro-Kerajaan Zionis nampak gayanya akan melakukan satu kebatilan yang nyata dengan mendakwa kapal perangnya ditembak jatuh Syria sebagai  causus bellum yang akan dijadikan alasan untuk Turki melakukan serangan ketenteraan ke atas Syria.  Serangan ketenteraan itu nanti bukanlah untuk membalas dendam ke atas kapal perang tersebut dan dua juruterbangnya.  Malah objektif utamanya adalah semata-mata untuk membolehkan pertukaran rejim.

Operasi ketenteraan itu hanyalah sebuah kebatilan maha dasyat kerana:
  • Syria sentiasa berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk sebarang campur tangan luar ala Libya, setelah kegagalan untuk mengambil alih negara tersebut melalui pemberontakkan bersenjata ciptaan Zionis gagal.  Kapal perang Turki yang menceroboh ruang angkasa Syria tidak boleh, dalam keadaan ini terutamanya, dianggap sebagai tidak bersalah.
  • Jika Russia dan China bertindak balas menyokong Syria secara ketenteraan daripada diserang Turki, ianya hanya akan menghasilkan Malhama (perang maha besar) yang pernah diceritakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad (sallalahu alai wa sallam).   Malhama adalah satu peperangan yang sangat dasyat sehinggakan perang dunia pertama dan kedua akan kelihatan seperti perkelahian kecil berebut kacang.
  • Kerajaan Turki juga harus ingat bahawa Nabi Muhammad (sallalahu alai wa sallam) juga meramalkan bahawa Malhama akan membawa kepada penaklukan semula Istanbul.  Orang Islam Turki lama-kelamaan akan sedar bahawasanya penaklukan Istanbul oleh Sultan Muhammad Fatih tidak ada kena mengena dengan ramalan Malhama.  Mereka kemudiaannya akan mengangkat senjata untuk menentang kerajaan mereka yang pro-Zionis.  Perang saudara tersebut akan mengiyakan ramalan tersebut.
  • Oleh itu serangan ketenteraan oleh Turki ke atas Syria hanyalah akan membuahkan kepada sebuah perang saudara di tanah air Turki sendiri yang mana akan membebaskan kota Istanbul daripada cengkaman beracun Nato.
  • Memandangkan Rusia tidak boleh tidak akan menyertai peperangan ini untuk mempertahankan Syria daripada serangan ketenteraan Turki akan mengabsahkan satu lagi ramalan Nabi Muhammad (sallalahu alai wa sallam) iaitu: "Yakni kamu (Orang-orang Islam) akan bersekutu dengan Rum (disebut sebagai 'room')".Rum di dalam Al-Quran merujuk kepada Empayar Bizantin Kristian Timur.  Selepas jatuhnya Constantinople pada tahun 1453, ibu kota Rum akhirnya beralih ke Moscow.


Kenyataan ini diwar-warkan untuk menjadi panduan kepada umat Islam supaya mereka tidak terpedaya dengan Jihad golongan Protestan Islam Zionis, dan terutamanya dengan propaganda tajaan CNN/Al-Jazeerah yang akan membanjiri minda manusia.

Dipetik dan diterjemahkan daripada imranhosein.org

RT-lidah pengarang Russia


PressTVGlobalNews-lidah pengarang Iran




Imran Haaz, Isu Palestin dan Fitnah Dajjal

Tuesday, June 12, 2012

Dipetik daripada blog satuhala

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Pada tanggal 5 Oktober 2011, seorang penulis biadab telah menulis berkenaan permasalahan yang berlaku pada ketika ini di Timur Tengah terutamanya di Palestin. Penulis tersebut dengan biadab mencadangkan serta menuduh Rasulullah s.a.w. sebagai orang yang bertanggungjawab yang mengakibatkan berlakunya konflik yang berpanjangan di antara orang-orang Arab dengan Yahudi sehingga kini.

Di dalam surat yang menyatakan pendapatnya yang disiarkan di dalam sebuah akhbar Inggeris tempatan, dengan tajuk, Behind the Arab Conflict, beliau menyatakan bahawa perbuatan Rasulullah s.a.w. mengarahkan perubahan kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah, merupakan punca utama yang menyebabkan berlakunya konflik ganas antara orang-orang Arab dengan Yahudi. Beliau juga menyatakan, orang-orang Palestin merupakan mangsa yang tersepit di dalam konflik ganas tersebut disebabkan arahan perubahan kiblat ini.




Sebelum ini telah saya nyatakan di dalam blog ini bahawa pada setiap saat dan masa, akan terdapat usaha terancang dari pihak-pihak yang dikawal oleh satu gerakan dari luar untuk menjalankan usaha bagi memburuk-burukkan Islam. Mereka melakukan melalui pelbagai gaya dan cara. Ini termasuklah dengan menggunakan media-media yang kini dikawal oleh tangan-tangan mereka. Mereka juga merekasaya segala bentuk perjuangan baru di atas nama hak asasi manusia, sedangkan pada hakikatnya, apa yang mereka perjuangkan itu bertentangan dengan nilai-nilai yang dapat membina ketamadunan manusia-manusia sihat, malah bakal mengancan kepada survival bangsa manusia itu sendiri di muka bumi ini.

Salah satu percubaan ini termasuklah idea-idea yang cuba ditanamkan ke dalam pemikiran orang ramai bahawa konflik Zionis dengan Palestin ini bermula dari pihak orang Islam. Percubaan ini turut dilakukan di muka bumi negara ini. Percubaan untuk meletakkan beban pertuduhan konflik ganas ini ke atas Rasulullah s.a.w. merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Saya biasa menulis kepada pihak akhbar tersebut sebagai jawapan balas atau teguran kepada apa yang kelihatan tidak betul tetapi jarang tulisan tersebut disiarkan.

Walaubagaimanapun, pada kali ini, pihak mereka menyiarkan jawapan balas ringkas saya kepada penulis terbabit supaya dia lebih berhati-hati dan mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap apa sahaja yang dilakukannya. Jawapan balas saya yang dihantar pada 5 Oktober 2011, disiarkan di dalam akhbar tersebut pada 10 Oktober 2011. Imbasan imej jawapan tersebut seperti di bawah.

Sebelum ini, saya telah menjelaskan bahawa setiap apa sahaja yang cuba ditimbulkan pihak mereka, perancangan mereka akan turut meliputi jangkaan mereka terhadap reaksi tindakbalas orang-orang Islam. Perancangan mereka biasanya meliputi segala sesuatu.  Pemerhatian yang dilakukan di dalam pengalaman interaksi balas dengan pihak mereka sebelum ini mengajar saya satu perkara. Isu-isu tersebut sememangnya ditimbulkan bagi tujuan supaya ianya disambut dengan pantas oleh orang-orang Islam. Mereka sangat mengharapkan supaya orang-orang Islam menyahut provokasi mereka dengan berhujah balas menggunakan perkara-perkara berikut sebagai intipati jawapan. Mereka sangat berharap bahawa provokasi mereka disambut dengan hujah-hujah berupa hukum-hukum Islam, ayat-ayat al Qur’an, pengungkitan keistimewaan kedudukan Islam di Malaysia dan dalam masa yang sama mencadangkan kedudukan mereka yang tidak sama tinggi di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Itu yang mereka harapkan serta jangkakan. Apabila Muslim menyahut provokasi mereka dengan cara atau gaya sedemikian rupa, ia seumpama pucuk dicita ulam mendatang bagi pelaksanaan agenda mereka. Apabila Muslim mula berhujah dengan hujah-hujah agama, ia ibarat bola tanggung yang ditunggu-tunggu mereka untuk direjam.

Pengalaman mengajar saya supaya setiap provokasi yang ditimbulkan pihak mereka, ia perlu ditangkis dengan cara yang tidak pernah disangka mereka.

Jika sebelum ini saya telah menunjukkan bagaimana hujahan di dalam bentuk topik-topik seperti  Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948, Perlembagaan Persekutuan, Rukunegara, Kod Etika Kewartawanan, Bible dan sebagainya akan membuatkan hala tuju serangan mereka ke atas al Qur’an, sunnah dan Islam menjadi bercelaru. Kali ini saya ingin berkongsi satu lagi kaedah menjawab serangan mereka sehingga menyebabkan dan memaksa mereka untuk mempertahankan diri dengan lekas. Perbuatan mereka yang gopoh menjawab jawapan balas yang telah direncahkan dengan provokasi akan menyebabkan mereka mencederakan kredibiliti apa sahaja perkara yang mahu perjuangkan. Telah menjadi rahsia yang terbuka di bumi Malaysia ini yang gerakan Kristian sedang mengintai segenap peluang dan keadaan untuk memastikan negara ini kembali di bawah pemerintahan mereka.

Sesuatu yang saya mahu semua sahabat-sahabat pengunjung blog ini untuk ingat ialah negara kita ini baharu sahaja bebas dari cengkaman kuasa bertunjangkan Kristian tidak sampai 60 tahun. Setelah beratus tahun mereka mengaut segala bentuk keuntungan dan memeras pribumi untuk menyediakan empayar yang selesa buat mereka, mereka terpaksa melepaskan satu persatu daripada negara yang dijajah mereka melalui gerakan dekolonialisasi.

Tetapi kita sering terlupa, bahawa mereka tetap ingin kembali. Mereka ingin negara ini di bawah genggaman mereka sepertimana ianya pernah berlaku satu ketika dahulu. Tetapi jalan penjajahan yang mereka pilih kali ini, bukanlah dengan cara peperangan dengan mengirimkan kapal-kapal perang pengganas Kristian sepertimana yang pernah mereka lakukan sejak ratusan tahun yang lalu. Gaya dan cara itu tidak akan berhasil memenangi hati dan jiwa orang-orang Melayu untuk bersetia kepada mereka. Walaupun mereka berjaya menjajah negara ini sejak ratusan tahun lamanya, hanya sedikit jumlah yang berjaya dimurtadkan. Gaya dan cara mereka kini berbeza. Mereka cuba memenangi hati dan jiwa-jiwa muslim untuk dimurtadkan melalui gaya halus.

Penyebarluasan hiburan bejat dan songsang bagi menyebabkan umat Melayu Islam leka dan terbuai dalam kealpaan memudahkan percubaan mereka. Mereka menyebarkan doktrin-doktrin Kristianisasi secara halus. Mereka menembus masuk kepada setiap pertubuhan politik melayu Islam sebagai kumpulan kolum kelima. Mereka meruntuhkan perjuangan dari dalam. Kedua-dua pihak telah ditembusi. Lihat sahaja bila sekumpulan lebai yang satu ketika dulu begitu garang dengan gerakan ini, kini mula lembik tengkuk melihat kelibat nyonya Anak Malaysia tiba-tiba bertudung. Sedangkan semua perlakuan itu dilakukan bagi menipu dan mendapatkan mileage politik. Malang sekali ramai telah diprogramkan untuk berasa selesa dengan tidak mengambil tahu mengenai apa yang berlaku di dunia. Mereka menolak akhbar, berita di televisyen dan media semata-mata kerana pemimpin mereka mengarahkan merekaberbuat demikian. Dalam halusinasi ‘segalanya tidak apa dan normal’ dalam kehidupan mereka, mereka tidak langsung pernah sedar akan apa yang sedang berlaku ketika mereka selesa bertakbir di bawah tempurung kelapa seolah-olah mereka jagoan Islam.

Sejak pemerintahan negara diambilalih oleh seorang pemimpin yang amat lemah sebelum ini, golongan yang menjadi agen gerakan dajjal bermaharajalela di dalam masyarakat menyebarkan dengan kencang segala agenda yang sejak dari dahulu lagi mereka ingin sebarkan. Syukur pemimpin itu telah meletakkan jawatan. Malang sekali apabila kesan kerosakan di dalamkepimpinannya meninggalkan legasi penyakit yang sukar untuk diubati. Penyakit dalam bentuk gerakan anti-Islam menembusi setiap ruang. Dengan bajet dan bantuan kewangan yang tinggi serta tidak pernah putus, gerakan mereka amat tersusun dan dibantu dalam semua segi bagi melancarkan gerakan. Malang sekali apabila muslim yang mahu berjuang menentang mereka, kebanyakannya terpaksa bertindak sendiri atau berkumpul di dalam jemaah-jemaah yang menggerakkan gerakan serta perancangan mereka dalam keadaan bajet yangtidak cukup atau hanya secukup makan. Ramai yang mengorbankan pendapatan harian dan bulanan mereka sebagai bajet untuk berjuang di jalan Allah tanpa sedikit pun mereka dibantu oleh tangan-tangan yang seharusnya membantu. Asnaf fisabillah di dalam pemberian zakat telah disempitkan skopnya sehingga menyebabkan gerakan serta perjuangan bagi memastikan gerakan yang mengancam Islam kelihatan lebih kecil dari bulu hidung kuman di dalam teropong bantuan mereka. Malang sekali apabila sejumlah besar jumlah wang zakat dibelanjakan untuk paraphernalia sebagai cenderahati kepada si penunai zakat, sedangkan yang menunaikan zakat itu tidak mengharapkan apa-apa kecuali redha Allah. Bukankah ada baiknya sedikit dari jumlah tersebut disalurkan kepada NGO-NGO yang ikhlas memperjuangkan Islam dan menangkis serangan hebat yang dibuat oleh gerakan yang mahumelihat Islam jatuh dan hancur di negara ini. Perkukuhkan perjuangan dnegan bantuan sedemikian rupa supaya segala skop yang boleh dianggap sebagai pertahanan umat Islam dapat diperkasakan.

Sayang sekali skop capaian zakat kita telah disempitkan. Terpaksalah NGO-NGO muslim bergerak di atas pembajaan yang tidak subur dan terpaksa juga sekumpulan muslim yang mahu berjuang, berperang ala gerila di alam siber, usrah-usrah, kuliah serta pentas-pentas ceramah. Tiada bantuan bukanlah satu alasan untuk tidak berjuang. Sibuk dengan kerjaya dan keluarga juga bukanlah satu  alasan bagi meletakkan perjuangan itu ke tempat yang terkebelakang. Kita semua akan ditanya nanti apa yang kita lakukan ketika negara ini sedang diserang bertubi-tubi secara halus dan jelas dengan doktrin-doktrin yang cuba menyimpangkan umat Islam dari landasan asal serta percubaan menghinakan segala yang boleh disabitkan dengan Islam di dalam negara ini. Cukupkah dengan bertakbir pada 65 decibel untuk mengatakan kita telah berjuang? Jika benar kita telah berpuluhan tahun berjuang, kenapa kedudukan umat Islam di dalam negara ini semakin lemah dan semakin terancam dengan populasi serta gerakan yang hanya mewakili kurang dari 9% rakyat negara ini?

Lihat sahaja petikan surat kepada media yang disiarkan oleh media yang menjadi agen provokator dari sayap gerakan dajjal di bumi Malaysia ini seperti yang termuat di atas. Bukan mereka tidak faham dengan sensitiviti umat Islam. Bukan mereka tidak tahu apa yang boleh ditafsirkan sebagai menghina serta fitnah ke atas Nabi Muhammad s.a.w. yang amat kita sayangi dan muliakan. Tidak cukup keimanan seseorang Muslim apabila dia tidak menyintai Allah dan RasulNya melebihi tahap sayang dan cintanya dia kepada dirinya sendiri dan ibu bapanya. Harap jangan berpeluk tubuh membiarkan Nabi dan Rasul yang amat kita cintai dan sayangi dihinakan serta difitnahkan sedemikian rupa. Tidak kira siapa sahaja yang melakukannya, samada bukan muslim atau pun muslim, samada pemerintah atau pun tok-tok guru, kita tidak boleh membiarkan penghinaan ke atas rasul yang mulia ini daripada dilakukan. Begitu juga dengan perlakuan penulis ini.  Sangat biadap perbuatan penulis tersebut apabila dia mengatakan Rasulullah s.a.w. sebagai punca dunia ini tidak aman hasil dari konflik yang berlaku di Palestin. Sebuah konflik yang dikatakannya juga berpunca dari Rasulullah s.a.w.

Adalah amali yang menjadi kebiasaan media tersebut untuk melontar batu dan sembunyi tangan. Malah kebiasaan surat-surat bantahan yang dikirim oleh ramai muslim sebagai protes tidak akan disiarkan. Seolah-olah majoriti dari pembaca yang membaca akhbar mereka mempunyai rasa dan aspirasi yang sama dengan apa yang cuba mereka sampaikan. Dalam kes tersebut yang berlaku pada Oktober tahun lalu (2011), sebaik membacanya, hati saya dirasakan seolah dicurah petrol RON 95 yang mudah membakar minyak dan hati.

Tetapi saya tidak mahu bertindak sepertimana yang selama ini saya bertindak. Berhujah menggunakan hujah agama Islam serta teks-teks al Qur’an dengan golongan ini, seumpama memulangkan bola tanggung kepada mereka untuk direjam pada kelajuan rejaman Lin Dan. Saya sudah melaluinya dan menyebabkan Islam dan segala yang disabitkan dengan agama suci ini dipermainkan apabila kita menjawab serta bertindak balas di dalam rangka pemikiran yang dimahukan mereka. Ia sudah saya jelaskan di dalam artikel Gerakan Dajjal Bah. 3 (Serangan Melalui Media).

Pada kes ini saya cuba fikirkan bagaimana untuk membuat provokasi yang sesuai supaya tuan punya diri yang menghinakan Rasulullah s.a.w. ini akan menggunakan media gerakan dajjal ini dan lisan pada dirinya untuk bertindakbalas kepada saya dan kredibiliti saya. Apalah ada pada nama saya untuk dihinakan jika nama serta kemuliaan Rasulullah s.a.w. tidak dipertahankan. Biar dia menyerang kredibiliti yang dipalsukan itu sekaligus memerangkap dirinya untuk mengatakan sesuatu yang melukakan kepada teks Bible yang menjadi tunjang kepada gerakan mereka.

Saya tercari-cari kaedah bagaimana untuk memprovokasi si penulis itu untuk bertindak balas dalam rangka jawapan yang bakal melukakan intipati gerakan mereka. Sehinggalah saya teringat kepada soalan yang pernah saya tanyakan kepada seorang guru silat yang mengajar seni tempur senjata lebih sepuluh tahun dahulu.

Ia dipelajari dari pengalaman saya di dalam aktiviti silat satu ketika dulu. Suatu ketika dahulu saya sangat aktif  di dalam aktiviti silat sehingga saya berhenti atas satu sebab yang akan saya ceritakan nanti dan kongsikan di dalam blog ini. Apabila memasuki fasa jurulatih, antara pelajaran awal yang harus dikuasai ialah seni tempur dengan senjata. Salah satu daripadanya ialah keris. Keris memang suatu senjata yang hebat dan keseluruhan penciptaannya dipenuhi falsafah perjuangan.

Malah seni permainan senjata itu juga mempunyai adab dan langkah-langkah yang menunjukkan kemuliaan serta betapa gentlemennya pendekar Melayu. Ribuan tahun mereka telah diasuh untuk berperang dengan beradab sehinggalah masuknya bangsa-bangsa yang tidak kenal adab dan tidak tahu beratur.

Pada rupa bentuk keris terdapat ricik yang setiap satunya mewakili falsafah-falsafah pembuatan. Pernah seorang pakar keris berkata, “Kalau keris dibuat hanya sebagai senjata, tidak mungkin ia dibuat seindah ini.” Itu kata-kata pakar keris, Tuan Mohd Nordin Abd. Hamid suatu ketika apabila beliau ditemubual sebuah akhbar tempatan tidak lama dahulu.

Benar, keris merupakan antara senjata yang ditukang penuh keindahan. Empu-empu keris meletakkan sepenuh jiwa mereka di dalam penciptaan setiap bilah yang sedang diperbuat. Melayu dan umat Nusantara telah lama menjadi umat yang setiap inci kehidupan mereka diselubungi seni. Sebuah bangsa yang hebat dan diciptakan Allah sangat dekat dengan segala seni keindahan. Lihat sahaja hasil pertukangan Melayu ke penempaan keris sehingga ke adab berbahasa dan beretika. Dari gaya duduk hingga ke cara berjalan, setiap satu mempunyai adat dan seninya. Menegur kesalahan juga dibuat dengan penuh seni dan berbahasa lapik yang disulam supaya mesejnya sampai tetapi dihias dengan haruman bahasa yang tidak menjatuhkan dan menghinakan. Melayu dan rumpun-rumpun bangsa Nusantara telah lama hidup dan mati dan bernafas di dalam seni. Sehinggalah sampah-sampah hanyut dari barat mula diangkat orang sebagai seni dan mereka cuba pula mengajar kita untuk memandang tinggi kepada budaya import tersebut dan menganggap seni dengan akar budaya tempatan sebagai berkualiti rendah dan ketinggalan zaman.

Begitu juga di dalam adat tempur pendekar Melayu satu ketika dulu. Keris tidak dihunus sebaik pertarungan bermula. Permulaan tempur, musuh dihentak dengan buntut keris terlebih dahulu. Ia sebagai amaran supaya berhenti melawan. Amaran yang harus diterjemah sebagai peluang untuk berundur dan tidak meneruskan pertarungan yang tidak menguntungkan. Tetapi jika masih melawan, hentakan kedua pula akan dibuat dengan menggunakan muncung hulu. Ia ibarat amaran kedua. Jika masih tidak mengendahkan isyarat-isyarat amaran tersebut, barulah keris yang bersarung itu akan dicabut dari sarung. Keris yang dicipta dengan penuh ketelitian, kedudukan ganjanya akan sentiasa tidak muat dimasukkan sepenuhnya ke dalam sampir. Ia sentiasa dalam kedudukan bersedia untuk berkhidmat kepada tuannya. Ia dicipta dan ditempa supaya mudah tercabut segera apabila khidmatnya diperlukan. Setelah peluang kedua diberikan dan tidak diendahkan, keris yang dicabut tersebut masih belum boleh digunakan sebagai senjata untuk membunuh. Amaran ketiga dalam adab pendekar Melayu harus diberikan. Keris kemudian akan digunakan untuk mencederakan sedikit wajah, bermula dengan telinga kiri, kemudian kanan dan berakhir dengan hidung. Wajah ialah perlambangan maruah. Menghiris sedikit anggota wajah sudah harus ditafsirkan sebagai maruah yang telah dilukakan. Bagi yang memahami bahawa amaran ketiga dalam bentuk pencederaan wajah ini akan disusuli tindakan yang lebih keras, maka berundur diri di dalam barisan peluang-peluang yang telah diberikan itu harus dipertimbangkan. Jika masih berdegil, barulah jalan terakhir di dalam adat pertarungan itu diambil. Keris kemudiannya akan dihunus dan ditikam ke anggota badan. Jarang ada yang ditikam dengan keris perbuatan empu keris handalan dapat menghirup udara segar pagi hari minggu berikutnya. Keris, dari asal perbuatannya sehingga ke penggunaannya dihias indah ia dengan seni, kesabaran dan tindakan jitu.   


Saya pernah bertanya kepada salah seorang guru silat apa fungsi belalai gajah di dalam ricikan keris pada kedudukannya di bawah ganja. Jawapan berikut diberikannya kepada saya dan saya masih ingat akan kata-kata itu walaupun ianya dijawab hampir lima belas tahun yang lepas.

“Benamkan seluruh lok dan tenggelamkan belalai gajah sampai ke ganja, ditusuk ia parah, direntap nanti hilanglah pula segala maya.”

Belalai gajah menurut guru silat terbabit, ialah bagi tujuan merobek isi perut si mangsa apabila mangsa cuba mencabut tikaman keris yang sudahpun dibenamkan ke anggota tubuhnya. Jika tikaman itu melukakan, merawat tikaman itu akan lebih memarahkan keadaan. 



Dari sana satu idea timbul untuk menyerang kembali si penulis biadab tersebut menggunakan falsafah seni tempur keris tersebut. Jawapan balas kemudian dirangka seringkas mungkin supaya falsafah seni tempur keris ini dapat dipadatkan dan digunakan bagi pertempuran dalam media. Jika dahulu gelangannya daratan, kini gelanggannya media dan alam siber. Jika dahulu senjatanya mungkin keris yang ditarikan dengan gerak penuh seni, kini senjatanya ialah papan kekunci laptop dan modem broadband.

Jawapan kepada penulis biadab itu harus dirangka supaya ia dilihat sebagai sebuah provokasi yang akan menyebabkan dirinya berasa panas punggung. Seluruh seni tempur keris itu harus dipadatkan dalam sebuah jawapan ringkas. Dari ‘mengetuk kepala’ di penulis tersebut dengan hulu keris, kemudian ‘menghiris wajahnya’ supaya dia kembali berpijak di bumi nyata dan kemudian ‘menikam’ perjuangannya sehingga membenamkan ‘belalai gajah sehingga ke ganja’ dengan jawapan provokasi. Tikaman provokasi yang akan menyebabkan dirinya menjawab kembali dalam gaya yang telah diiginkan. Apabila sahaja dia menjawab provokasi tersebut, dia akan bertindak seolah-olah cuba mahu merawat tikaman ‘keris’ yang sudah dalam tenggelam dalam tubuhnya. Cabutan ‘keris’ tersebut akan menyebabkan bahagian belalai gajah tersebut merobek seluruh perjuangan gerakan dajjal yang bermotifkan penguasaan kembali kuasa nasrani di negara ini. Harus diingatkan kepada sahabat pengunjung, apabila saya menggunakan perkataan ‘mengetuk kepala’, ia tidak seharusnya ditafsirkan secara tersurat. Ia hanya sebuah manifestasi kepada makna perlakuan membuat pukulan kepada daya intelektual serta maruah diri penulis itu. Pukulan ke wajah dan kepala tidak dibenarkan sama sekali oleh Rasulullah s.a.w. walaupun dalam keadaan sedang berperang.

Bukan mudah untuk membuatkan sebuah akhbar yang saban hari menghina Islam dan umatnya secara halus dan terang dalam penerbitan mereka untuk menikam perjuangan mereka sendiri. Bukan mudah untuk membuatkan sebuah penerbitan yang bertunjangkan perjuangan mahu mengembalikan penguasaan golongan nasrani menerbitkan sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menembak kaki sendiri. Bukan mudah untuk membuatkan mereka terasuk dengan racun tikaman ‘keris’ untuk segera meraban mengatakan bahawa kitab pegangan mereka itu tidak betul dan punyai banyak kesalahan fakta tanpa perlu kita berkata sedemikian. Dengan memahami seni pertempuran mudah warisan nenek moyang, perkara itu dipermudahkan Allah untuk dilakukan. Cuba bayangkan, sebuah penerbitan yang bertunjangkan gerakan untuk mengembalikan kuasa nasrani dan bukan Islam di negara ini, dengan jumlah pengedaran (atau longgokan sebenarnya) yang mencecah lebih 300,000 naskhah sehari, yang rata-rata pembacanya berkongsi aspirasi yang sama, tiba-tiba menerbitkan di dalam akhbar propaganda mereka “Bible itu tidak betul dan penuh dengan kesalahan fakta dan tidak layak digunakan sebagai rujukan.” Dengan izin Allah ianya dapat dilakukan. Kuasa Allah, hanya dengan provokasi ringkas oleh seekor nyamuk kecil, sebuah organisasi yang kukuh dan kuat boleh termakan provokasi dan bertindak merosakkan perjuangan mereka hanya kerana panas punggung terkena racun tikaman yang telah dirancangkan ke atas mereka. Tiada apa yang boleh menggerunkan ada pada seekor nyamuk kecil yang bergerak sendiri, kecuali atas kehendak Allah, terkadangnya sehingga nyamuk itu boleh menumbangkan Raja sebesar Namrud. Muslim harus tetap bergerak, tidak kira apa kekuatan yang ada pada kita. Setiap hari dalam hidup kita adalah hari-hari perjuangan, dari belajar bersungguh-sungguh untuk memantapkan generasi pelapis Muslim yang bijak, kepada bekerja dan mencari rezeki yang bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Allah, jika semboyan jihad telah berbunyi, tiada alasan yang kita tidak bersedia dengan perjuangan. Ini kerana setiap hari dalam hidup kita ialah hari-hari perjuangan.

Untuk jawapan kepada surat biadab penulis tersebut, jawapan di bawah seperti yang disiarkan diakhbar berikut dirangka supaya ia memprovokasi si penulis tersebut untuk menjawab dan kemudian merosakkan reputasinya dan perjuangannya nanti.



Sengaja di dalam surat itu saya menggunakan bahasa keras sebagai permulaan. Pertama kerana penulis itu sangat biadab terhadap Rasulullah s.a.w. Manakan mampu berbahasa lunak jika Umar r.a. sendiri mahu memancung setiap orang yang menghina Rasulullah s.a.w. Kedua, ia bagi tujuan mengetuk ‘kepalanya dengan buntut keris’. Jawapan ringkas balas tersebut dirangka supaya ia kemudiannya akan membuatkan si penulis tersebut merasakan ‘wajahnya@maruahnya dihiris’ supaya dia panas dan akan terbangkit rasa mahu membuat serangan kembali. Provokasi tersebut akan membuatkannya menyerang dengan lebih panas apabila saya menyuruhnya merujuk ‘ fakta sebenar’. Sahabat pengunjung blog ini sudah sedia maklum dengan penulisan-penulisan di dalam blog ini yang sentiasa menyatakan ayat-ayat Bible  sudah diubah dan tidak boleh dijadikan sandaran fakta tanpa pengesahan dari Al Qur’an. Apabila saya mengarahkannya untuk merujuk ‘fakta sebenar’ dengan mengarahkannya merujuk kepada ayat di dalam Bible, ia bukanlah bagi tujuan menyuruhnya mencari fakta. Tetapi ianya disengajakan supaya selepas dia diprovokasi, dia sendiri akan terasuk untuk mengatakan sesuatu yang melukakan perjuangan mereka. Mereka akan melakukannya bagi tujuan untuk menggambarkan kepada masyarakat betapa antara mereka dan hasrat gerakan nasrani untuk penguasaan di bumi Allah ini terdapat garis pemisah. Satu modus operandi biasa bagi ejen provokator seperti ini untuk mengatakan sesuatu yang yang menggambarkan mereka sebenarnya berdiri atas dasar intelektual, hak asasi dan sebagainya.  

Melalui pemerhatian yang dilakukan sejak sekian lama, apabila sahaja mereka dibidas dan diprovokasi, mereka akan segera menjalankan kawalan kerosakan (damage control). Ia dapat dilihat dalam jawapan balas yang dibuat oleh penulis tersebut di bawah. Perhatikan bagaimana mereka dengan muka tebal bercakap seolah-olah mereka pihak yang tidak bersalah dan sentiasa bertindak secara intelek dan rasional.




Saya membahagikan set jawapannya kepada tiga bahagian damage control. Bahagian pertama yang ditandakan dengan warna biru seperti di bawah. Jawapan itu sebahagian daripada modus operandi biasa. Kebiasaan bagi mereka, antara perkara pertama yang akan dilakukan mereka bagi melumpuhkan keupayaan musuh ialah dengan meletakkan label. Dalam bahagian pertama tersebut, sedaya upaya dia cuba menggambarkan saya sebagaimana mana-mana muslim yang menentang mereka dengan label Islamis. Perhatikan perkataannya 

‘..Instead the writer links it to religous sentiment.. (..malangnya si penulis mengaitkannya dengan sentimen agama..’.)

Anda tidak perlu menjadi sehebat saintis roket untuk mengagak niatnya dalam berkata demikian. Jelas dia mahu menjalankan modus operandi biasa dengan mencadangkan label Islamis ke atas saya dengan jawapan sebegini. Apabila ‘kepalanya diketuk’, dengan segara misi damage control dijalankan. Tetapi, satu perkara yang tidak disedarinya ialah, dialah orang yang pertama sekali mengaitkan isu konflik di Palestin dengan sentimen agama. Surat balasan saya hanyalah bagi tujuan menyedarkannya. Perhatikan ayat yang digunakannya bagi menuduh Rasulullah s.a.w. dan Islam sebagai punca konflik Asia Barat. Ayat yang digunakan dalam surat pertamanya seperti berikut :

‘..Palestinians are really victims of Arab-Jew animosity which dates back to the birth of of Muhammad faith from the seventh century Arabian Peninsula. Having faced Jerusalem during prayers, Muhammad ordered his followers to face Mecca after the Jews refused to accept the new monotheism..’ (Orang-orang Palestin merupakan mangsa kepada permusuhan silam antara orang Arab dan Yahudi yang bermula sejak dari munculnya agama Muhammad di Semenanjung Tanah Arab pada kurun ke 7 Masihi. Menghadap Jerusalem sebagai kiblat sebelumnya, Muhammad kemudiannya mengarahkan para pengikutnya untuk menghadap ke Mekah setelah orang-orang Yahudi menolak untuk menerima agama tauhid yang baru..)

Bukankah dia sendiri yang mengaitkan isu ini dengan sentimen agama pada mulanya? Oleh kerana gelabah akibat dihentam, dia cuba pula bertindak seolah-olah dia sesuci malaikat dan bercakap hanya atas soal hak asasi kemanusian dan berdiri atas sentimen intelek. Seolah-olah perkataannya di dalam jawapan balas kepada surat saya itu, ibarat meludah ke langit dan jatuh menimpa muka sendiri. Entah kenapa, si penulis itu sangat mudah diprovokasi supaya segera menari mengikut rentak yang saya mahukan.

Akibat termakan provokasi, dia kemudiannya berhujah dengan menjadikan kitab Bible sebagai sasaran kritikannya. Jelas dia telah termakan umpan saya. Dia mahu merawat ‘tikaman keris’ jawapan saya sehingga menyebabkannya mengatakan sesuatu yang melukakan perjuangan akhbar yang berkongsi aspirasi kepada penguasaan semula golongan nasrani di muka bumi ini. Perhatikan jawapan balasnya apabila dia mengatakan perkara berikut :

‘... (the writer) quotes an ancient, outdated book, not in use, the contents which are unknown to many as fact of history..’ {‘...(penulis) memetik sebuah buku lama, diluar masakini, yang mempunyai isikandungan yang tidak dianggap oleh ramai pihak sebagai fakta yang boleh dijadikan sandaran sejarah..”

Serangannya ke atas Bible dibuat kerana marahkan saya yang memprovokasinya supaya merujuk kepada teks di dalam kitab Joshua. Dia mengatakan tindakan saya menyuruhnya merujuk kepada teks dari sebuah kitab tua, diluar masa kini dan penuh dengan kesalahan fakta dibuat secara sembrono dan tidak bersandarkan prinsip argumentasi intelektual bagi membuat sebarang penilaian fakta sejarah.

Tetapi dia terlupa yang jawapan balas saya bukanlah bertujuan untuk mengajaknya berdiskusi secara intelektual, tetapi direkacipta khusus bagi memprovokasi dirinya supaya menghina semaksimum mungkin sikap dan apa jua tindakan yang dilakukannya di dalam penulisan awalnya yang menghina Rasulullah s.a.w.

Apabila saya menyuruhnya merujuk kitab Joshua fasal 1, ia dibuat sebagai ketukan kepada kepalanya apabila dia menyatakan perkara berikut di dalam penulisannya sebelum ini :

‘...the Jews and Palestinians are known to have lived peacefully before that era in Biblical times.’ (‘... Orang-orang Yahudi dan Palestin telah diketahui hidup bersama sebelum era tersebut (era sebelum perubahan kiblat) secara aman sejak dari zaman Biblikal.’)

Sejak zaman biblikal mereka hidup aman bersama orang-orang Yahudi? Entah apa yang dimerepekkan si penulis tersebut semata-mata mahu menyucikan dosa Zionis di Palestin dan cuba mengalihkan pertuduhan tersebut kepada Islam. Kerana itulah saya menyuruhnya merujuk ayat 4 di dalam Kitab Joshua fasal 1. Persengketaan antara orang Yahudi dan bangsa asal yang menghuni tanah Canaan (Palestin), iaitu bangsa Amorites, Kanaan dan sebagainya bermula sejak zaman tersebut. Saya menyatakan persengketaan antara Bani Israel dan kemudiannya Yahudi dengan bangsa-bangsa asal yang menghuni Canaan yang dikenali sebagai Palestin kini telah bermula lebih 2,000 tahun sebelum Rasulullah s.a.w. mendapat wahyu dari Allah supaya mengalihkan kiblat dari menghadap Jerusalem dan kemudiannya diubah ke arah Mekah. Jadi apabila saya menyuruhnya merujuk kepada Kitab Joshua fasal 1 tersebut, ia adalah sebagai jawapan spesifik yang mahu menyedarkannya tentang apa yang disebutnya sebagai keamanan yang sudah sedia wujud antara Yahudi dan orang-orang Palestin sejak zaman Biblikal, hanyalah imaginasinya yang disangkanya wujud di alam realiti.

Bahagian kedua jawapan balasnya merupakan percubaannya untuk menunjukkan dia juga dapat berbicara secara intelek. Cuma malangnya, apa yang mahu dihujahkannya, diambil secara bulat-bulat dari wikipedia. Satu perbuatan biasa bagi mereka yang ingin melonjakkan daya intelektualisme secara ekspress. Tiada salahnya menggunakan wikipedia untuk rujukan. Malah wikipedia juga banyak membantu ramai pihak termasuk saya di dalam setiap penulisan. Tetapi perbuatannya yang cuba melonjakkan imejnya secara ekspress dibuat bagi tujuan memburukkan kedudukan intelek pihak lawan adalah satu perbuatan yang sangat memualkan.

Perhatikan apa yang diperkatakan olehnya apabila dia cuba berhujah bagi menafikan jarak tahun yang memisahkan peristiwa antara pra-serangan Joshua ke atas Canaan dengan arahan perubahan kiblat pada zaman nabi. Walaupun dia apada awalnya berkata bahawa Bible itu merupakan kitab yang tidak boleh dijadikan sandaran, tidak mempunyai fakta tepat serta penuh dengan kesalahan, dia tidak senang duduk sekiranya luka terhadap ‘pandangan intelektualnya’ tidak diubati dengan sebuah lagi set jawapan yang boleh meletakkannya di dalam golongan intelektual secara ekspress dan meletakkan saya yang menyanggahnya di dalam kelas manusia kurang intelektual. Apakah saya peduli dengan sebarang label mereka? Tidak sama sekali. Saya sentiasa percaya, jika saya ikhlas dalam setiap apa yang dilakukan, tiada siapa dapat membawa kerugian kepada apa yang cuba dilakukan.

Apabila saya menyatakan kejadian itu berlaku 2,046 tahun sebelum peristiwa perubahan Kiblat yang lantas mencetuskan permusuhan antara Bani Israel dan orang-orang tempatan di Canaan sehingga kini, dia cuba menyanggah kenyataan itu dengan cuba berbicara di dalam bahasa fakta Biblikal yang sebelum ini dikatakannya tidak layak untuk dirujuk. Memang pelik dengan ketidaktetapan pendirian si penulis ini.

Kemudian dia cuba membentangkan fakta yang kitab Joshua itu ditulis sekitar tahun 640–609 Sebelum Masihi. Lalu dari tarikh kitab tersebut ditulis, dia mencongak jarak masa sehingga ke tahun perubahan kiblat berlaku pada 624 Masihi. Jarak masa yang didapatinya dari congakan tersebut adalah lebih kurang berjarak 1,300 tahun. Ketika congakan tersebut didapati jauh berbeza dengan congakan yang dibuat saya iaitu lebih dari 2,000 tahun, dia seolah-olah mendapat momen eureka. Segera dia mencatat itu sebagai fakta bagi menggambarkan kehebatan intelektualnya membuat congakan dan dalam masa yang sama dia mahu memperlekehkan lawannya. Malah dalam masa yang sama dia menaikkan dirinya ke tahap seorang sarjana Bible dengan hanya merujuk satu penulisan di dalam wikipedia.

Satu kesilapan yang dilakukannya ialah, dia tidak dapat membezakan antara tarikh  peristiwa kemasukan pasukan Joshua ke Canaan itu berlaku dan hari di mana cerita mengenai peristiwa itu dibukukan. Tahun di mana peristiwa kemasukan Joshua ke Canaan dan tahun di mana peristiwa tersebut dibukukan adalah dua perkara yang berbeza. Terdapat beberapa cadangan tahun untuk tahun di mana Joshua memasuki Canaan. Ada yang mencadangkan tahun 1,210 SM, ada pula mengatakan ia berlaku pada 1,473 SM dan ada pula mengatakan ia berlaku pada 1,422 SM. Setiap satu tarikh yang dicadangkan menimbulkan pelbagai kekeliruan. Selepas ini saya akan menunjukkan contoh bagaimana kekeliruan tersebut boleh berlaku.

Bagaimana saya mendapat 2,046 tahun sebagai jarak masa antara peristiwa kemasukan Joshua dan pasukannya ke Canaan dengan arahan perubahan kiblat dibuat semasa zaman Rasulullah s.a.w.? Ia dicongak dengan mengambil kira beberapa faktor berikut:

1)       Tahun perubahan Kiblat ialah bersamaan 624 Masihi.
2)      Penentuan tahun di mana pasukan Joshua menyeberangi Sungai Jordan untuk memasuki Canaan terbukti menimbulkan banyak masalah. Terdapat banyak tarikh yang telah dicadangkan oleh sarjana-sarjana Bible. Tetapi setiap satu tarikh yang telah dicadangkan menimbulkan terlalu banyak kekeliruan yang lain. Dalam penulisan ini saya tunjukkan 2 contoh tarikh yang telah dicadangkan yang saya petik dari dua buah penerbitan. Yang pertama dipetik dari garis masa yang dimuatkan di dalam Good New’s Bible (Today’s English Version) yang mencadangkan tahun 1,210 SM sebagai tarikh Joshua memasuki Canaan. Saya membuat pemeriksaan balas dan membuat pengiraan semula dengan merujuk kepada beberapa ayat di dalam Bible yang boleh dijadikan sandaran jarak masa. Ia dibuat dengan kaedah berikut :

a.       Bible dalam milikan saya mencadangkan tahun kemasukan Joshua dan pasukannya ke Canaan berlaku pada 1210 SM.


Ada beberapa tahun yang telah dicadangkan oleh para sarjana Bible mengenai tahun sebenar kemasukan pasukan Joshua ke Canaan. Antaranya ialah 1210 Sebelum Masihi. Pemeriksaan balas kepada tahun yang dicadangkan sebagai tahun kemasukan Joshua ke Canaan terpaksa ditolak atas dua sebab.

Pertama, perkara ini terpaksa ditolak kerana terdapat bukti dalam rekod Tell Amarna yang menunjukkan Bani Israel pada ketika itu telah pun diperhambakan di Babylon. Perhambaan golongan Bani Israel merupakan peristiwa yang dicatatkan di dalam Bible berlaku beratus tahun selepas peristiwa kemasukan ke Canaan. Jadi tarikh ini (1210 SM) mungkin kurang tepat.

Kedua, dengan menggunakan Bible yang sama, saya mengambil tahun kerajaan Solomon didirikan sepertimana yang dicatatkan di dalam garis masa Bible tersebut bersamaan 970 SM. Dari situ, saya mengambil ayat seperti yang tercatat di dalam fasal 6 ayat 1 Kitab Raja-Raja (Book of Kings) untuk membuat congakan bagi memeriksa samada tarikh 1210 SM itu bertepatan atau tidak dengan peristiwa-peristiwa yang dicatatkan berlaku di dalam Bible. Congakan tersebut dibuat dengan membuat pengiraan ke belakang dengan menggunakan Kitab Raja-Raja (Book of Kings) fasal 6 seperti berikut :

And it came to pass in the four hundred and eightieth year after the children of Israel were come out of the land of Egypt, in the fourth year of Solomon's reign over Israel, in the month Zif, which is the second month, that he began to build the house of the Lord.”

Ayat di atas menunjukkan bahawa pada ketika Haikal Sulaiman mula didirikan, 480 tahun telah pun berlalu dari tahun keluarnya Moses bersama Bani Israel dari Mesir. Bible tersebut mencatatkan tahun Solomon menaiki takhta adalah bersamaan dengan 970 SM. Rujuk imbasan Bible di bawah.



Pengiraan diringkaskan seperti berikut :
                                                        i.            Tahun Haikal Sulaiman didirikan = 970 SM + ( - 4) Tahun = 966 SM (-4 disebabkan tahun Sebelum Masihi dikira secara ke belakang)
                                                      ii.            Tahun 966 SM ini merupakan tahun dalam hitungan Gregorian. 1 tahun Solar dalam kalendar Gregorian adalah bersamaan dengan 365.25 hari.
                                                    iii.            480 tahun seperti yang disebut di dalam 1 Kings fasal 6 ayat 1, dihitung menurut kalendar Lunar Hebrew lama. Sistem kalendar Hebrew yang digunakan kini telah ditambahbaik bagi menjadikannya hampir selari dengan hitungan tahun solar. Ia diperkenalkan pada abad ke 4 M. 1 tahun lunar di dalam hitungan kalendar Hebrew lama ialah hampir bersamaan 354 hari. Kurang 11 hari dari hitungan sistem Gregorian.
                                                     iv.            Oleh kerana 480 tahun yang dicatatkan dalam 1 Kings fasal 6 ayat 1 ialah dalam hitungan tahun Lunar Hebrew, maka jumlah hari yang ada di dalam 480 tahun Lunar = 480 tahun x 354 hari Lunar = 169,920 hari.
                                                       v.            169,920 hari = 465.22 tahun solar (Gregorian)
                                                     vi.            Untuk mendapatkan tarikh masuknya Joshua ke Canaan :
966 SM (Gregorian) + 465 (Gregorian) – 40 (Hebrew) = Tahun Joshua masuk ke Canaan.

Di mana; 966 SM (Gregorian)      = Tahun Haikal Sulaiman Dibina dalam hitungan tahun Solar atau Gregorian.

465(Gregorian)               = Jumlah jarak tahun Solar atau Gregorian antara keluarnya Bani Israel dari Mesir hingga ke tahun Haikal Sulaiman mula dibina.

(-) 40 (Hebrew)              = 40 tahun Bani Israel sesat di gurun. Ia diambil dari kitab Deuteronomy fasal 1 ayat 3. 40 tahun ini seharusnya dihitung dengan menggunakan pengiraan tahun Lunar.  Pengiraannya : 40 tahun x 354 hari = 14,160 hari. Jadi, jumlah tahun solar Bani Israel sesat ialah bersamaan : 14,160 hari ÷ 362.25 = 38.77 tahun. Lebih kurang bersamaan dengan 39 tahun.

Jadi, tahun Joshua masuk ke Canaan = 966 + 465 – 39 =  1,392 Sebelum Masihi dan bukan 1,210 SM seperti yang dicadangkan.
                               
b.      Dalam Aid To Bible Understanding, sebuah ensiklopedia bagi memudahkan pemahaman Bible, tarikh 1,473 SM pula dicadangkan sebagai tahun kemasukan Joshua ke Canaan.



Sekali lagi dengan menggunakan kaedah yang sama dengan yang dibentangkan di atas.

                                                        i.            Tahun Haikal Sulaiman dibina = 1,034 SM (Gregorian)
                                                      ii.            480 tahun jarak antara pembinaan Haikal tersebut dengan tarikh keluarnya Bani Israel dari Mesir. 480 tahun dalam kalendar Hebrew bersamaan dengan 465 tahun dalam kiraan tahun Gregorian.
                                                    iii.            Perlu beri perhatian kepada jarak masa 40 tahun (Hebrew) atau 39 tahun (Gregorian) ketika Bani Israel sesat bersama Moses sebelum peristiwa kemasukan Joshua dan pasukannya ke Canaan.
                                                     iv.            Jadi, 1,034 SM (Greg) + 465 (Greg) – 39 (Greg) = Tahun Joshua masuk ke Canaan.
                                                       v.            Tahun yang sepatutnya dicatatkan ialah 1,460 SM dan bukan 1,473 SM seperti di dalam buku tersebut. Kesilapan ini mungkin berlaku kerana pihak mereka tidak membezakan antara jumlah hari dalam tahun Hebrew dan kiraan Gregorian.

c.       Setelah mendapat kekeliruan samada 1,392 SM atau 1,460 SM dan pelbagai lagi tarikh yang telah dicadangkan sebagai tahun masuknya Joshua ke Canaan. Satu lagi pengiraan dibuat sebagai pemeriksaan balas. Pada kali ini, saya menggunakan kaedah penentuan tarikh dengan menggunakan perhitungan tahun Jubli (Jubilee) yang biasa digunakan orang-orang Yahudi.  Perhitungan tahun Jubilee ini diambil dari tahun Jubilee ke 17. Dasar pengiraannya seperti berikut :

                                                              i.      Satu Tahun Jubilee bersamaan 50 tahun Lunar Hebrew. Ia diambil dari Kitab Orang-Orang Lawi (Leviticus) fasal  25 ayat 3 hingga 13 seperti berikut :

For six years sow your fields, and for six years prune your vineyards and gather their crops. But in the seventh year the land is to have a year of sabbath rest, a sabbath to the Lord. Do not sow your fields or prune your vineyards. Do not reap what grows of itself or harvest the grapes of your untended vines. The land is to have a year of rest. Whatever the land yields during the sabbath year will be food for you—for yourself, your male and female servants, and the hired worker and temporary resident who live among you, as well as for your livestock and the wild animals in your land. Whatever the land produces may be eaten. “‘Count off seven sabbath years—seven times seven years—so that the seven sabbath years amount to a period of forty-nine years. Then have the trumpet sounded everywhere on the tenth day of the seventh month; on the Day of Atonement sound the trumpet throughout your land. 10 Consecrate the fiftieth year and proclaim liberty throughout the land to all its inhabitants. It shall be a jubilee for you; each of you is to return to your family property and to your own clan. 11 The fiftieth year shall be a jubilee for you; do not sow and do not reap what grows of itself or harvest the untended vines.12 For it is a jubilee and is to be holy for you; eat only what is taken directly from the fields. 13 “‘In this Year of Jubilee everyone is to return to their own property.
                                                            ii.      Satu Tahun Jubilee bersamaan 50 tahun Lunar Hebrew. Merupakan pengulangan set 6 Tahun Bekerja + 1 Tahun Sabbat sebanyak 7 kali. 7 tahun x  7 = 49 Tahun. Set 49 tahun ini digenapi dengan tahun ke 50 yang digelarkan sebagai tahun Jubilee.

                                                          iii.      Rujukan yang dibuat kepada Seder Olam Rabah, sebuah Kitab yang disusun oleh Rabbi Yose ben Halafta (meninggal 160 M, menunjukkan bahawa tahun Jubilee ke 17 berlaku pada zaman Ezekiel. Menurut apa yang dicatatkan di dalam Seder Olam Rabah 3, waktu pada ketika catatan Ezekiel fasal 40 ayat 1, ketika itu merupakan tahun Jubilee ke 17. Tahun Jubilee ke 17 bermakna telah berlalu 17 x 50 tahun = 850 tahun (Hebrew) sejak tahun kemasukan Joshua ke Canaan. Tidak semua sarjana bersetuju dengan apa yang dicatatkan di dalam Seder Olam Rabah yang menyatakan Ezekiel fasal 40 ayat 1 itu merujuk kepada tahun Jubilee ke 17 5. Tetapi, pengiraan yang dibuat di sini, mengambil pendapat Rabbi Yose ben Halafta di dalam Seder Olam Rabah. Ia diambil bukan kerana pendapatnya lebih tepat, tetapi diambil supaya mengehadkan kekeliruan supaya kecelaruan yang lebih besar tidak berlaku.

                                                           iv.      850 tahun (Hebrew) bersamaan dengan 823 tahun Gregorian.

                                                             v.      Ezekiel menyatakan di dalam Ezekiel fasal 40 ayat 1, bahawa pada ketika itu (Jubilee ke 17), telah berlalu 14 tahun jarak masa Haikal Sulaiman dihancurkan tentera Babylon. Satu lagi masalah timbul. Terdapat pelbagai tahun yang telah dicadangkan pelbagai sarjana sebagai tahun di mana Haykal Sulaiman dihancurkan. Antaranya 586 SM 6 , 599 SM 7, 607 SM 8 , 572 SM dan beberapa cadangan lagi. Bagi tidak merumitkan lagi pengiraan yang semakin rumit, saya mengambil 599 SM sebagai tahun Jubilee ke 17. Tahun tersebut diambil bukanlah atas dasar tahun itu lebih tepat berbanding lain-lain tahun yang menjadi cadangan. Tetapi dengan tawaran pilihan pelbagai tahun yang mengelirukan, tahun 599 SM  tersebut diambil bagi tujuan mengehadkan pembaziran masa bagi mencari satu hipotesis dalam seribu kecelaruan yang ditawarkan ayat-ayat Bible. Tiada satu tahun pun yang boleh didakwa sebagai tahun yang tepat bagi menggambarkan Ezekiel fasal 40 ayat 1. Yang ada cuma cadangan-cadangan yang dikemukakan bersandarkan kepada teks-teks dan dokumen-dokumen sejarah setempat.

                                                           vi.      559 SM + 823 (Gregorian) = 1,422 SM. 1,422 SM ini merupakan salah dari dari ratusan kemungkinan tahun di mana peristiwa kemasukan pasukan Joshua ke Canaan itu berlaku. Julatnya boleh jadi antara 1,210 SM sehingga 1,473 SM di dalam tahun-tahun yang dicadangkan sarjana Bible.

                                                         vii.      Mengambil 1,422 SM sebagai salah satu kemungkinan tahun di mana Joshua memasuki Canaan, jarak antara peristiwa itu berlaku dengan arahan perubahan kiblat kemudian dicongak.

                                                       viii.      1,422 SM + 624 M = 2,046 tahun. Ini merupakan antara kemungkinan jeda masa antara kemasukan ke Canaan dan peristiwa perubahan Kiblat. Ia tidak tepat dan tiada tarikh yang boleh diyakini tepat mengenai peristiwa terbabit. Ia hanya satu jeda masa yang dibuat dari hipotesis dari sejumplah pilihan mengelirukan yang ada.

                                                           ix.      Tetapi, ke semua tarikh yang dicadangkan sebagai tarikh kemasukan Joshua ke Canaan tidak tersasar jauh dari jarak 2,000 tahun sebelum peristiwa sebelum peristiwa perubahan kiblat.

Jika, tuan-tuan sahabat pengunjung memang telah lama membaca penulisan di blog satuhala ini, tuan-tuan pasti pernah membaca bagaimana masalah jumlah tahun sebenar tempoh Bani Israel bermastautin di Mesir pernah saya singgung di dalam blog ini. Perkara tersebut juga menimbulkan pelbagai kekeliruan yang seharusnya tidak terdapat pada kitab-kitab yang dikatakan diwwahyukan oleh Tuhan. Untuk membacanya, klik sini (http://satuhala.blogspot.com/2009/11/palestin-sebuah-post-mortem-3.html)
Bersandarkan kepada contoh pengiraan yang dibuat di atas, saya menulis di dalam surat balasan tersebut bahawa telah berlalu satu tempoh yang melampaui 2,000 tahun persengketaan antara Bani Israel dan kemudian bangsa Yahudi dengan penduduk-penduduk asal tanah Palestin. Jadi, sikapnya yang sembrono menuduh Rasulullah s.a.w. sebagai pengacau yang telah mengacau ‘keharmonian antara penduduk Yahudi dengan penduduk lokal Palestin sejak zaman Biblikal’, adalah diambil dari fakta-fakta angin yang hanya berakar kepada imaginasi yang berpunca kepada kebenciannya terhadap Islam dan Rasulullah s.a.w.

Kesilapannya dengan menggunakan perkara berbeza untuk berhujah mengenai jarak masa antara perubahan Kiblat dengan tahun kemasukan Joshua ke Canaan menimbulkan situasi pelik. Ia ibarat mengatakan Malaysia baru 20 tahun merdeka hanya kerana dia merujuk tarikh teks buku sejarah PMR yang pertama kali ditulis pada 1993. Sedangkan dia seharusnya merujuk kepada tahun peristiwa merdeka itu berlaku jika mahu berbicara tentang tahun kemerdekaan. Bukanlah dengan merujuk kepada tarikh peristiwa itu dibukukan. Ini merupakan sikap dan pendekatan yang sangat pelik.

Pada bahagian ketiga dalam jawapan balasnya, dia cuba mengatakan bahawa sejak zaman-berzaman, kekejaman dan pembunuhan telah dilakukan atas nama Tuhan. Tetapi suatu hakikat yang sebenar yang dia tidak dapat fahami ialah, hampir ke semua kekejaman yang dilakukan atas nama Tuhan itu dilakukan oleh mereka-mereka yang telah lama tersesat dari jalan sebenar yang menuju keredhaan Tuhan. Penulisannya ditamatkan disitu bagi menyanggah nasihat saya kepadanya supaya tidak cuba untuk memarahkan serta membakar lebih teruk lagi api permusuhan dengan komen-komen tidak bertanggungjawabnya.

Penulisan keduanya yang cuba menjawab surat balasan saya, tidak saya jawab kerana dia telah memenuhi semua kehendak saya bagi memberikan set-set jawapan yang memudaratkan pihaknya dan akhbar yang berkongsi aspirasi dengannya sendiri. Saya sangat berpuas hati dengan aksi menembak kaki sendiri yang dipamerkan di dalam jawapan balasnya. Tidak perlu untuk memanjangkan satu perkara yang membuang masa dan menjejaskan produktiviti untuk menghasilkan perkara-perkara lain yang lebih berfaedah. Jelas jawapan balasnya telah merosakkan apa yang cuba dirancangkannya pada penulisan awalnya. Jadi, tidak pelru membuang masa untuk beragumentasi dengan pihaknya. Ia hanya membuang masa.

Walaubagaimanapun, oleh kerana dalam penulisan kali ini, saya telah menyentuh mengenai peristiwa kemasukan Joshua (Yusya’ bin Nun) ke Canaan, saya akan menjelaskan satu lagi bentuk fitnah yang sehingga kini dicanangkan pada setiap masa oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani terhadap nabi dan rasul yang sentiasa dimuliakan di dalam Islam. Ia mengenai satu lagi fitnah yang direkasaya pihak mereka ke atas seorang lagi rasul yang mulia. InsyaAllah, pada hari Isnin, 18 Jun 2012 tepat jam 5:30 pagi saya akan membentangkan satu lagipenulisan bagi menjawab fitnah ahli kitab terhadap Musa a.s.

Ahli kitab mendakwa Joshua (Yusya’ bin Nun) telah diberikan kemuliaan oleh Tuhan untuk memasuki Canaan kerana Tuhan amat murka dengan Moses (Musa a.s.). Ini kerana menurut rekasaya fitnah mereka, Moses dikatakan mereka telah bersikap biadab dengan Bani Israel. Dalam penulisan itu, saya akan menjelaskan bagaimana Bani Israel secara biadab mengalihkan kemurkaan Tuhan ke atas sikap dan perbuatan mereka yang biadab, lalu mereka mengalihkan beban kesalahan perbuatan mereka itu ke atas bahu Moses (Musa a.s.). mereka mengatakan sikap Moses yang menyebabkan dia diharamkan dari memasuki Canaan yang membentuk antara daerah Palestin masa kini. InsyaAllah, panjang umur saya akan memuatkannya pada tarikh yang telah dijanjikan.


Rujukan :

1)       Good News Bible, Special Missionary Edition, American Bible Society.
2)      Aid to Bible Understanding; Watchtower Bible & Tract Society of New York; m/s 335 &  336
3)      Flavius Josephus, The Complete Works, Thomas Nelson Publishing.
4)       Transactions of the Chronological Institute of London, Volumes 1-2, By Chronological Institute of London. m/s 81 hingga 83
5)      William Greenhill, James Sherman;  An exposition of the prophet Ezekiel: with useful observations thereupon; m/s 775 
6)      John Robertson MacArthur;  Biblical Literature And Its Backgrounds; pg 66
7)      Samuel Davidson;  An introduction to the Old Testament: critical, historical and Theological, Volume 3 (Destruction of Jerusalem 599 BC m/s 140
8)       Aid to Bible Understanding; Watchtower Bible & Tract Society of New York; m/s 912.
9)      Wilhelm Martin Leberecht De Wette;  A critical and historical introduction to the canonical scriptures of the Old Testament, Volume 2 m/s 426 (572 BC)

Imran N Hosein

Loading...