'Ahli Syurga', Riak dan Wag The Dog

Saturday, June 30, 2012
Penyakit riak, sombong dan takabur telah menular dengan hebatnya dikalangan umat islam dewasa ini.  Dengan berasa diri mereka lebih bagus, lebih pandai dan lebih beriman daripada mereka yang lain, sehinggakan ada yang sanggup melabel saudara sebangsa seagama dengan pelbagai label yang sangat menghinakan.  Dalam pada itu tanpa mereka sedari mereka menjadi semakin dungu dan dangkal sehinggakan membutakan mata hati, apabila ketajaman akal mereka ditarik Allah subhanawataala kerana sifat yang ada pada diri mereka sehinggakan mereka termakan fitnah dajjal akhir zaman.

Sheikh Imran N Hosein pernah berkata sedemikian di salah satu siri ceramahnya di Malaysia baru-baru ini, tentang umat Islam yang berilmu tetapi sombong dan tidak baik hati ke atas umat islam yang lain, sila lihat video di bawah dengan penuh supaya lebih faham tentang pendapat di atas.      





Sedikit latar belakang tentang sikap riak dan tipu daya syaitan.  sila lihat tipu daya kelima untuk lebih faham kenapa mereka yang berilmu dan beramal soleh boleh termakan tipu daya syaitan!

sumber halaqah.net

RIYA' (riyak) iaitu perkataan Arab yang terbit dari kata kerja ra'a, yura'i, yang turut dituturkan dalam masyarakat Melayu, merujuk kepada suatu perlakuan, sifat dan sikap yang buruk. 


Ia boleh diertikan sebagai memperlihatkan, menunjuk-nunjuk, menonjolkan atau mempamerkan amalan dilakukan kepada yang lain dengan tujuan mendapat tempat di hati mereka.
Berdasarkan al-Quran dan hadis, ulama sepakat riya' hukumnya haram termasuk dalam kesalahan dosa besar yang merosakkan nilai ibadat. 


Antaranya, nas yang bermaksud: "Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia (semata-mata) dan perhiasannya, Kami (Allah) tunaikan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka di dunia (ini sahaja) dan mereka tidak dirugikan. Itulah orang yang tidak memperoleh di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan." (Al-Quran, Hud:15)


Beberapa perkara penting dijelaskan dalam ayat terbabit, antaranya perbuatan syirik dan tujuan keduniaan, malah perhiasannya yang merosakkan nilai amalan soleh dan ibadat.


Nabi s.a.w melalui hadisnya ada memberikan penjelasan susulan, seperti hadis dari Abu Hurairah r.a, maksudnya: "Aku (Allah) adalah Yang Terkaya (secara mutlak) dari disekutui (dikongsi). Maka sesiapa yang beramal dengan suatu amalan yang disekutukan bersama-Ku dalam amalan terbabit dengan yang selain dari-Ku, Aku tinggalkan bersama sekutunya."


Memang Allah Terkaya, manakala yang lain adalah fakir serta bersifat serba kekurangan dan lemah, sentiasa memerlukan kepada-Nya. 


Dengan sifat yang melebihi segalanya pada Allah, tidaklah layak sama sekali untuk-Nya menerima suatu amalan yang disekutukan dengan selain-Nya. 


Justeru, kesempurnaan dan kekayaan-Nya yang mutlak itu memastikan segala amalan dihadapkan niat dan tujuan kepada-Nya sahaja. 


Menurut ulama, setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan riya' adalah rosak dan terhapus nilai pahalanya, bahkan boleh menyebabkan dosa.
Tetapi nilai dosa dari perbuatan riya' berbeza mengikut perbezaan peringkat ibadat yang menjadi bahan dalam riya' dan berbeza mengikut kelainan tujuan perbuatan terbabit.


Ulama memperincikan riya' kepada beberapa peringkat:


1. Riya' yang jelas iaitu yang menjadi pendorong kuat kepada amalan dan ibadat seseorang. Jika tidak kerana adanya riya', seseorang itu tentu tidak melakukan amal ibadat terbabit.


2. Riya' yang tidak jelas dan tersembunyi. Jika kerana riya' saja dia tidak melakukan ibadat, misalnya seorang yang biasa bersolat tahajud, kadangkala diselubungi kemalasan, tetapi apabila ada teman atau tamu bangun beribadat malam dia menjadi rajin pula.


Ibadatnya itu didorong sedikit oleh riya' yang tidak jelas dari dalam dirinya. Riya' yang tidak jelas ini menurut ulama, tidak membatalkan pahala asal, tetapi menjejaskan nilai pahalanya mengikut kadar riya' terbabit.
3. Riya' yang lebih tersembunyi dan terlalu samar. Riya' ini bukan yang mendorong amal ibadat atau berasa ringan untuk beribadat, namun sifat itu terpendam di dalam diri.


Jenis ini hanya boleh diketahui dan dikenali melalui tandanya seperti berasa bangga dengan pujian.


Misalnya, seseorang itu melakukan ibadat secara ikhlas, tanpa ada dorongan riya', malah benci kepada sifat terbabit, tetapi apabila amalannya itu diketahui orang, dia berasa gembira.


Jika gembiranya semata-mata sebagai tabiat fitrah manusiawi dan tidak mengharapkan amalannya itu diketahui orang, riya' seperti ini tidaklah merosakkan pahala amalan terbabit.


Ada yang lebih tersembunyi dari itu, hanya dapat disedari mereka yang mempunyai hati bersih lagi halus sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w bahawa riya' lebih tersembunyi daripada rayapan kaki semut hitam di waktu malam.


Semua ini untuk menjelaskan betapa perlunya kita sentiasa berwaspada daripada terperangkap dengan riya'.


Jika mengatasi riya' yang jelas, belum tentu terselamat dari riya' yang kurang jelas, malah jika di peringkat terbabit janganlah pula berasa diri terselamat dari segala bentuk riya'.


7 Tipu Daya Syaitan

* Pertama: Syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan: "Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal."

* Kedua: Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah. Dia menghasut manusia dengan mengatakan : "Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi." Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: "Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal berlainan."

* Ketiga: Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan: "Cepat beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan lain." Orang-orang yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan: "Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna."

* Keempat: Kemudian, syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan: "Bagi saya, penilaian cukup hanya dari Allah Ta'ala dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain)."

* Kelima: Setelah itu, syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal: "Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu."Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa: "Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan Allah dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah yang melimpahkan taufik kepadaku untuk dapat beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala yang besar. Sekiranya tanpa kurniaanNya, apalah erti amalanku ini, jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepadaku, disamping dosaku yang bertimbun pula."

* Keenam: Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir. Syaitan berbisik dalam hati manusia: "Bersungguh- sungguhl ah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain kerana Allah jualah yang akan memberitahu orang lain bahawa engkau adalah seorang hamba Allah yang ikhlas." Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan penipuannya yang sangat tersembunyi. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riak. Orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dengan mengatakan: "Hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannya. Aku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Jika berkehendak, Allah akan menjadikan aku mulia atau hina. Semuanya itu adalah urusan Allah. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia."

* Ketujuh: Gagal dengan cara itu, syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia mengatakan: "Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka." Orang-orang yang dipelihara oleh Allah sudah pasti akan menolak godaan itu dengan mengatakan: "Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintahNya. Allah Maha Mengetahui, menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendakNya. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku akan tetap meneruskan perbuatan ibadat agar tidak menjadi sebuah penyesalan bagiku. Sekiranya aku masuk neraka, padahal aku taat, itu adalah lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat. Tetapi tidak akan demikian akibatnya kerana janji Allah pasti terbukti dan firmanNya pasti benar."

Allah telah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya. Barangsiapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka, melainkan syurgalah tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalan yang telah didirikan, tetapi kerana janji Allah yang suci murni dan pasti!!

Kelak, orang-orang yang berbahagia dan beruntung akan mengatakan:

"Segala puji bagi Allah yang membuktikan janjiNya dengan syurga."

Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita. Sesungguhnya dalam mentaati Allah, terlalu banyak godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita lalui. Bandingkan segala permasalahan dan perbuatan kepada keadaan tersebut dan pohonlah perlindungan Allah Ta'ala agar terlindung dan terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan Allah dan kepadaNyalah kita mengharapkan taufik dan keredhaan.

"Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung."

Oleh Imam Ghazali (Minhajul Abidin)

Wag the dog dan Syria

Wag the dog the movie, the theory


Syriana the movie, Wag the dog in practice, realiti dunia Islam dewasa ini



perhatikan nama filem tersebut yang sama dengan Syria, ianya bukanlah satu kebetulan kerana Arab Spring juga bukanlah satu fenomena baru yang digerakkan oleh seorang lelaki  mesir dengan menggunakan media sosial, ianya telah dirancang dajjal dan askar-askarnya sekian lama, sila lihat video ini


dan ini 


dan ini untuk mereka yang ingin tahu lebih lanjut tentang askar-askar dajjal dan pengorbanan nyawa untuk menyembah iblis



dan ini  yang berlaku kepada Syria



dan ini apa yang sesetengah daripada kita buat apabila termakan dengan tipu daya syaitan dan fitnah dajjal akhir zaman



semoga mereka-mereka yang cintakan keamanan dan kebenaran dijauhkan Allah subhanawataala daripada kebatilan yang mula bertapak di Malaysia seperti jejaka-jejaka soleh yang ditidurkan Allah di dalam Khafi. Amin 


Blog ini tidak menyokong Rejim Bashar Assad tetapi mahu berkongsi bersama umat Islam yang lain tentang percaturan politik NWO (Orde Baru Dunia) setakat yang termampu dengan penuh rasa rendah diri.  Kegagalan memahami percaturan politik dunia akan membuatkan kita gagal memahami peristiwa akhir zaman.  Sila baca artikel di imranhosein.org  untuk lebih memahami tentang Fitnah Dajjal Akhir Zaman.

Sheikh Imran N Hosein sedang mengadakan beberapa siri ceramahnya di Malaysia sila lawati imranhosein.org untuk jadual terkini.

2 comments:

Muhammad Ibn 'Az said...

Assalamu'alaikum Tuan Rizal Hass,
Benar kegagalan utk melihat isu secara menyeluruh dan mmfokuskannya kepada sub plot yang diperbesar-besarkan media dlm genggaman tangan gerakan dajjal, menyebabkan ramai antara kita alpa dengan motif hala tuju kesudahan semua perkara yang sdg berjalan skrg ini. Wag the dog, filem lakonan Dustin Hoffman lama dulu sudah secara sinis menceritakan semua daramatisasi perkara2 seumpama ini.

Mereka perlukan False flag dan sekumpulan manusia muslim yg telah diprogramkan untuk tidak berfikir tetapi menggunakan butir fikiran org lain bagi menerbitkan rasa yg mereka sedang berfikir.

Ramai tertipu dgn sentimen. Video2 dicipta bagi menerbitkan kebencian sesama Islam. Entah benar atau entah tidak ianya peristiwa-peristiwa malang yg skrip dan plotnya yg terkemudiannya dilakonkan secara bersungguh oleh manusia2 yg diprogramkan untuk membunuh sesama Islam, lalu ianya tanpa mereka sedar dirakamkan dan kemudian dimuatnaik ke taman fitnah (youtube) yg tanahnya cukup subur dan cepat berkembang.

Hanya dgn pengetahuan al Qur'an dan sunnah yg cukup serta hatidan mata fikiran yang dibukakan Allah utk menilaikan kebenaran, dapat melihat semula pentas lakonan ini. Semoga Tuan sahabat terus menulis. Ia satu tanggungjawab yg mungkin menyelamatkan kita dari dosa tidak berbuat apa2 diakhirat nanti.. Semoga kita semua selamat di dunia dan akhirat. Amin.

islam1st said...

Waalaikumsalam Tuan Imran Hazz, Amin, saya perlukan doa dan dorongan daripada pihak tuan, semoga hasil kerja kita dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Imran N Hosein

Loading...