MUSTAHAK!

Friday, June 29, 2012



Ditulis oleh Sheikh Imran N Hosein

Tidak berapa lama lagi kita akan menyaksikan satu peristiwa yang telah kita 'tunggu' kesekian kalinya: Serangan NATO yang diketuai oleh Turki ke atas Syria untuk menjatuhkan rejim Syria dan menukarkannya kepada sebuah lagi rejim Islam, ala Libya.  Inilah satu-satunya cara yang boleh digunakan oleh Israel untuk menyekat 'kebangkitan Islam' di negara tersebut. Israel juga mendakwa dikelilingi oleh negara-negara Islam yang akan mengancam keselamatan negaranya, dan serangan pre-emptif ( terlebih dahulu) adalah satu-satunya jalan untuk negara haram itu mempertahankan kewujudannya.  Bagaimana mungkin Israel dapat menggantikan Amerika Syarikat sebagai Kuasa Besar Dunia yang seterusnya, jika peperangan secara besar-besaran tidak dilancarkan-terutamanya ke atas jiran-jiran Arabnya yang 'mengepung' Negara Zionis tersebut?

Turki yang pro-Nato dan secara tidak langsung pro-Kerajaan Zionis nampak gayanya akan melakukan satu kebatilan yang nyata dengan mendakwa kapal perangnya ditembak jatuh Syria sebagai  causus bellum yang akan dijadikan alasan untuk Turki melakukan serangan ketenteraan ke atas Syria.  Serangan ketenteraan itu nanti bukanlah untuk membalas dendam ke atas kapal perang tersebut dan dua juruterbangnya.  Malah objektif utamanya adalah semata-mata untuk membolehkan pertukaran rejim.

Operasi ketenteraan itu hanyalah sebuah kebatilan maha dasyat kerana:
  • Syria sentiasa berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk sebarang campur tangan luar ala Libya, setelah kegagalan untuk mengambil alih negara tersebut melalui pemberontakkan bersenjata ciptaan Zionis gagal.  Kapal perang Turki yang menceroboh ruang angkasa Syria tidak boleh, dalam keadaan ini terutamanya, dianggap sebagai tidak bersalah.
  • Jika Russia dan China bertindak balas menyokong Syria secara ketenteraan daripada diserang Turki, ianya hanya akan menghasilkan Malhama (perang maha besar) yang pernah diceritakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad (sallalahu alai wa sallam).   Malhama adalah satu peperangan yang sangat dasyat sehinggakan perang dunia pertama dan kedua akan kelihatan seperti perkelahian kecil berebut kacang.
  • Kerajaan Turki juga harus ingat bahawa Nabi Muhammad (sallalahu alai wa sallam) juga meramalkan bahawa Malhama akan membawa kepada penaklukan semula Istanbul.  Orang Islam Turki lama-kelamaan akan sedar bahawasanya penaklukan Istanbul oleh Sultan Muhammad Fatih tidak ada kena mengena dengan ramalan Malhama.  Mereka kemudiaannya akan mengangkat senjata untuk menentang kerajaan mereka yang pro-Zionis.  Perang saudara tersebut akan mengiyakan ramalan tersebut.
  • Oleh itu serangan ketenteraan oleh Turki ke atas Syria hanyalah akan membuahkan kepada sebuah perang saudara di tanah air Turki sendiri yang mana akan membebaskan kota Istanbul daripada cengkaman beracun Nato.
  • Memandangkan Rusia tidak boleh tidak akan menyertai peperangan ini untuk mempertahankan Syria daripada serangan ketenteraan Turki akan mengabsahkan satu lagi ramalan Nabi Muhammad (sallalahu alai wa sallam) iaitu: "Yakni kamu (Orang-orang Islam) akan bersekutu dengan Rum (disebut sebagai 'room')".Rum di dalam Al-Quran merujuk kepada Empayar Bizantin Kristian Timur.  Selepas jatuhnya Constantinople pada tahun 1453, ibu kota Rum akhirnya beralih ke Moscow.


Kenyataan ini diwar-warkan untuk menjadi panduan kepada umat Islam supaya mereka tidak terpedaya dengan Jihad golongan Protestan Islam Zionis, dan terutamanya dengan propaganda tajaan CNN/Al-Jazeerah yang akan membanjiri minda manusia.

Dipetik dan diterjemahkan daripada imranhosein.org

RT-lidah pengarang Russia


PressTVGlobalNews-lidah pengarang Iran




0 comments:

Imran N Hosein

Loading...