The Muslim's Experience!

Tuesday, July 31, 2012


Ketika Soo Winci berazam mahu berpuasa tahun ini, Xifu Naser seorang pendakwah bebas media baru, memperkenalkan kita dengan gadis bukan muslim yang berjaya berpuasa selama lapan hari dan menceritakan pengalamannya dan menyeru rakan-rakan bukan muslim lain untuk cuba berpuasa. 

Beliau meceritakan betapa puasa menambah nikmat manusia untuk menghargai segala sesuatu.  Ketika berbuka puasa, seteguk air yang membasahi kerongkong yang kering selama lebih kurang dua belas jam mendatangkan lebih nikmat daripada hari-hari biasa.  

Hikmah berpuasa membuatkan beliau lebih menghargai rakan-rakan dan kedua orang tuanya.  Kata J Sze lagi, puasa membuka matanya melihat dunia ini semuanya adalah sementara dan suatu hari nanti semuanya akan hilang, oleh itu kita haruslah menghargainya selagi ada.




Biar apapun motif J Sze baikpun Soo Winci dalam menjalani ibadah puasa yang adakalanya tidak dipatuhi oleh muslim sendiri, haruslah diberikan sokongan moral.  Semoga keikhlasan mereka dibalas Allah subhanawataala cahaya hidayah.

Berbeza pula dengan lelaki ini (sila lihat video di bawah) yang menjalani kehidupan selama 30 Hari sebagai muslim dalam rancangan realiti tv.  Beliau seperti kebanyakkan lelaki kristian anglo-amerika mempunyai pandangan serong terhadap Islam dan Muslim.




Namun sedikit demi sedikit terpancar keikhlasan lelaki ini dalam mendalami Islam.  Dan sedikit sebanyak pada saja beliau faham Islam.  Cuma mungkin niatnya saja tidak cukup membawanya menjadi seorang muslim.  

Sekurang-kurangnya seperti wanita-wanita barat ini yang diberi hidayah oleh Allah subhanawataala untuk kembali kepada Islam.  Agama Tauhid untuk semua.  




Wallahualam.


Khutbah Jumaat Yang Baik

Monday, July 30, 2012


Jumaat lepas saya berkesempatan menunaikan solat Fardu Jumaat di Masjid Sultan Yussuf Rapat Setia Ipoh.  Khutbah yang disampaikan mengjangkau pelbagai displin ilmu, namun semuanya masih bertunjangkan Maha Suci Allah Pencipta Sekalian Alam.  Khutbah disampaikan dengan suara yang amat lembut tetapi jelas, tanpa perlu jerit pekik.  Menariknya ianya berjalan tanpa perlu hina-menghina dan adu domba, namun masih mampu membasahkan mata.  Wallahualam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sakalian,
            Hari ini telah tujuh hari kita berpuasa. Jika kita perhatikan di sekeliling kita, ada kawan-kawan yang sama-sama  berpuasa dengan kita pada tahun lepas, sudah tidak ada lagi bersama kita pada hari ini, kerana telah pergi menyahut panggilan Ilahi. Justeru, marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t., kerana telah memanjangkan umur kita, dan dapat kita menyambut Bulan Ramadham yang amat berkat ini, sekali lagi pada tahun ini.
            Keberkatan dan keindahan bulan Ramadhan ini ibarat sebuah taman yang diserikan 30 pohon puasa, diindahkan dengan bunga-bunga  solat Terawih,  dihiasi dengan irama Tadarus Al Quran, diterangi dengan  lampu-lampu Iktikaf dalam Masjid dan disinari oleh cahaya Lailatul Qadar. Oleh itu marilah kita sama-sama menikmati anugerah Allah yang tidak pernah diberikan di dalam bulan-bulan yang lain ini,  dengan bersungguh-sungguh dan beristiqamah. 
Disamping ibadah-ibadah ini,  yang jarang kita mengingatinya  ialah pada bulan Ramadhan inilah,  Al Quran yang memberi pertunjuk kepada sakalian alam diturunkan oleh Allah saperti firmanNya dalam  Surah Al Baqarah ayat 185:
شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ
yang bermaksud: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan, yang menjelaskan pertunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir,  maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu,  pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kamu mendapat kemudahan, dan Dia  tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
            Ayat ini menjadi dalil bagi mengesahkan, bahawa Al Quran itu diturunkan di dalam Bulan Ramadan.  Cuma yang menjadi khilaf ulamak, adakah seluruh Al Quran itu diturunka ke langit dunia kita ini pada bulan itu, atau wahyu yang pertama sahaja diturunkan pada Bulan Ramadan.  Kedua-dua pendapat ini boleh diterima dan tidak boleh mencacatkan kesucian   Al Quran itu.  Oleh kerana minggu lepas mimbar ini telah membincangkan keberkatan ibadah di dalam Bulan Ramadan, maka pada hari Jumaat ini mari pula kita muzakarahkan, tentang penurunan Al Quran ini. Sebagaimana yang kita semua maklum, Al Quran adalah kitab terakhir yang diturunkan kepada manusia di dunia ini melalui Nabi Muhamad s.a.w.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sakalian,
Di planet bumi kita ini,  terdapat berjuta-juta jenis makhluk yang diciptakan Allah. Ada beribu-ribu jenis tumbuh-tumbuhan, beribu-ribu jenis binatang darat, beribu-ribu jenis ikan di lautan, dan beribu-ribu jenis burung yang terbang di udara termasuk berjuta-juta  jin dan malaikat dilangit.  Daripada berjuta-juta makhluk Allah itu  cuma kepada manusia sahaja diberikan Al Quran, dan disuruh berkongsi dengan makhluk jenis jin.  Bagitu istimewanya manusia disisi Allah.
Makhluk yang lain, walau pun telah diciptakan berjuta-juta tahun dahulu daripada manusia, namun tidak ada satu pun makhluk yang diberikan kitab.  Mengikut anggaran sebahagian ulamak,  Nabi Adam diturunkan menghuni dunia ini disekitar 10,000 tahun sahaja dari zaman kita ini,  sedangkan dinasour telah wujud berjuta-juta tahun dahulu. Tubuh badan manusia ini bukan sebesar mana sangat, dibandingkan dengan gajah, ikan paus dan dinasour. Kepada makhluk terakhir inilah diberikan kitab-kitab termasuk Al Quran. Mungkin kerana manusia ini diberikan akal untuk memahami kitab-kitab Allah termasuk Al Quran.
Al Quran sebenarnya bukanlah kitab yang baharu.  Ia adalah rentetan dari wahyu Allah, yang diturunkan kepada kepada beberapa Nabi, yang diutuskan Allah kepada anak cucu Adam.  Kita semua tahu, sebelum Kitab Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhamad s.a.w.,  Allah telah menurunkan Taurat kepada Nabi Musa, Zabur kepada Nabi Daud dan Injil kepada Nabi Isa alaimusaltu wasalam. Bukan sahaja kitab-kitab ini diturunkan,  tetapi Allah telah juga menurunkan risalah kecil  atau suhuf kepada beberapa Rasul  lain.  Para ulamak telah sepakat mengatakan, jumlah suhuf itu ialah 110 buah; iaitu  10 suhuf kepada Nabi Adam, 50 suhuf kepada Nabi Sheth, 10 suhuf kepada Nabi Ibrahim, 30 suhuf kepada Nabi Idris dan 10 suhuf kepada Nabi Musa sebelum Taurat. Semua isi-isi penting di dalam kitab sebelumnya terkadung di dalam Al Quran saperti firman Allah didalam surah Ali ‘Imran ayat ke 3
نَزَّلَ عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ مُصَدِّقً۬ا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ وَأَنزَلَ ٱلتَّوۡرَٮٰةَ وَٱلۡإِنجِيلَ  
yang bermaksud: Dia (yakni Allah) telah menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab    (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Dia  juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sakalian,
            Semua kitab-kitab dan suhuf yang lain, diturunkan kepada Nabi-Nabi sebelum Nabi Muhamad, untuk sesuatu kaum Nabi yang berkenaan sahaja. Tetapi Al Quran diturunkan untuk seluruh alam. Misalnya Taurat cuma untuk Bani Isaril sahaja.  Bahkan kitab Zabur dan Injil juga diturunkan untuk Bani Isarail atau Umat Yahudi.  Nabi Isa tidak pernah menyuruh pengikut-pengikunya, mengajarkan Injil kepada orang bukan Bani Israil.  Dalam Bible Kitab Matius ayat 10:2 Jesus mengatakan kepada 12 pengikutnya “Janganlah kamu pergi ke negeri orang kafir dan jangan kamu masuk negeri orang Sumeria, melainkan pergilah kamu kepada segala biri-biri kaum Israil yang sesat. Maka sambil kamu berjalan itu khabarkanlah bahawa kerajaan syurga itu sudah dekat”  Sangat jelas Bible yang ada sekarang juga mengaku, bahawa Nabi Isa tidak pernah menyuruh pengikutnya menyebarkan Injil dan agama Nasara kepada penduduk dunia lain daripada Bangsa Yahudi.
            Dalam sejarah perkembangan agama Kristian, ajaran Nabi Isa mula disebarkan ke luar Palestian apabila Paul atau Paulus, seorang warga negara Rome memeluk agama Kristian  dan berjaya menyebarkan agama Kristian ke jajahan takluk empayar Rome.  Agama Kristian berkembang pesat apabila Maharaja Konstantin memeluk agama Kristian dan menjadikan Christianity sebagai agama rasmi Kerajaan Rom.  Penyebar-penyebar agama Kristian telah mencampur adukkan theologi atau kepercayaan agama orang Greek dan Rome dengan ajaran Taurat dan Injil untuk menarik pehatian orang Rom. Orang Greek dan Rom memang percaya kepada banyak dewa-dewa atau tuhan.  Konsep trinity atau tiga tuhan di dalam satu,  yang dianut oleh orang Kristian adalah berasal dari konsep kepercayaan Greek dan Rom. 
Mengikut kepercayaan orang Rome,  Dewa agung mereka ialah Zues atau Jupiter.  Jupiter mempunyai 12 orang  keluarga untuk memerintah.  Akhirnya mereka mencabut undi, dan tiga orang dewa sahaja yang dipilih untuk memerintah, iaitu Jupiter menjadi pemerintah agung menguasai langit hujan dan petir. Neptune memerintah laut, dan Pluto memerintah daratan.  Konsep inilah yang meresap masuk ke dalam agama Kristian hingga tuhan menjadi tiga. Pertama Tuhan bapa yang dalam Injil terjemahan Indonesia disebut Allah.  Kedua tuhan anak iaitu Jesus atau Nabi Isa, dan Ketiga Ruhul Kudus, yang boleh menjelema kepada rasul-rasul mereka saperti Saint Mark, Saint John, Saint Peter dan lain-lain.
Orang-orang Yahudi juga telah mensyirikkan Allah, dengan mengatakan Uzair adalah anak Tuhan, saperti firman Allah di dalam Surah Attaubah ayat 30
   وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ عُزَيۡرٌ ٱبۡنُ ٱللَّهِ وَقَالَتِ ٱلنَّصَـٰرَى ٱلۡمَسِيحُ ٱبۡنُ ٱللَّهِ‌ۖ ذَٲلِكَ قَوۡلُهُم بِأَفۡوَٲهِهِمۡ‌ۖ يُضَـٰهِـُٔونَ قَوۡلَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ مِن قَبۡلُ‌ۚ قَـٰتَلَهُمُ ٱللَّهُ‌ۚ أَنَّىٰ يُؤۡفَڪُونَ
yang bermaksud: orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (Iaitu) mereka mengikut perkataan orang-orang kafir dahulu; Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?.  Dalam ayat di atas Allah menceritakan kepada Nabi Muhamad, kesyirikan yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani.
            Dibenua Asia orang-orang Majusi di Farsi  telah mengambil api sebagai Tuhan.  Orang-orang Hindu pula mempunyai beratus-ratus dewa sebagai tuhan dan membawa agama Hindu dan Budha hingga ke negara kita.  Di China agama memuja roh datuk nenek sebagai tuhan.  Orang-orang Asli di Asia, Australia dan Amerika mengambil matahari, bulan, bintang, laut, sungai dan pokok menjadi tuhan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sakalian,
            Dalam keadaan manusia di dunia telah menjadi sesat dan kehilangan panduan yang sebenar itulah, dalam tahun 571 Masehi Allah mengutuskan Nabi Muhamad s.a.w. untuk membawa Al Quran.  Misi al Quran bukan sahaja kepada Bangsa Arab, tetapi untuk seluruh umat manusia. Al Quran diterapkan oleh baginda s.a.w. dengan kental, kepada para sahabat baginda.  Selama 13 tahun di Mekah baginda menekankan keesaan Tuhan dan membersihkan kesyirikan manakala di Madinah baginda menerapkan hal-hal muamalat.  Para sahabat baginda pula bagitu gigih menjalankan tugas mengajarkan al Quran ini ke seluruh pelusuk dunia.  Sejarah mencatatkan Nabi muhamad tidak sempat menyebarkan Quran keseluruh dunia kerana baginda wafat agak muda, di usia  63 tahun Hijriah.
 Tugas mendakwah  telah dipikul oleh para sahabat dengan penuh amanah, gigih dan semangat jihad yang kental. Hasilnya dalam masa 100 tahun sahaja ajaran Al Quran telah dapat disebarkan hingga ke Rome, Farsi, Afrika, Sepanyol di Eropah dan ke India. Akhirnya ajaran Al Ouran  telah sampai ke Negara kita.    
Kita telah menerima Al Quran yang masih murni. Quran yang sama saperti yang dikumpulkan oleh Saidina Abu Bakar dan disalin semula dengan perintah Saidina Othman dengan Rasm Othmani.   Setelah 1400 tahun Al Quran masih asli dan tidak pernah bertambah atau berkurang walau satu ayat pun.  Kita lihat Kitab-kitab lain sudah tidak ada lagi yang aslinya.  Kitab Taurat, yang dikatakan sebahagian daripada Old Tastement dalam Bible,  mempunyai berbagai-bagai versi.  Kitab Injil yang dikatakan New Tastment dalam Bible lagi banyak versinya.  Mungkin Allah yang maha bijaksana melakukan bagitu supaya manusia akhir zaman sedar, bahawa tidak ada lagi wahyu yang sebenar selain daripada Al Quran dan manusia tidak ada  pilihan kecuali mengikut ajaran Al Quran.
Sepatutnya semua manusia di dunia ini mempunyai hanya satu agama.  Agama Islam telah dikembangkan keseluruh dunia oleh para mubaligh Islam sejak dahulu hingga sekarang.  Tetapi kita lihat cuma segelintir sahaja umat manusia yang mengikut ajaran Al Quran.  KIta umat Melayu di Malaysia patut sangat bersyukur, kerana Islam telah sampai ke tanah air kita sejak Tahun Masehi 1400  lagi. Yang menjadi masalahnya bukan kerana umat Islam tidak mahu mengikut al Quran, tetapi ramai umat Islam diseluruh dunia, termasuk kita di Malaysia tidak dapat memahami kandungan Al Quran kerana Al Quran itu dalam Bahasa Arab. 
Ramai yang selalu membaca Al Quran tetapi tidak memahami isi Al Quran itu sendiri.  Oleh itu apabila manusia menghadapi masaalah dalam kehidupan mereka tidak dapat merujuk kepada Al Quran. Akhirnya mereka merujuk kepada kitab-kitab yang ditulis oleh manusia yang berpandu kepada akal semata-mata.  Akibatnya timbullah teori manusia berasal dari beruk.  Dunia ini adalah nature yang terjadi sendiri.  Riba sama saperti keuntungan perniagaan.  Manusia mesti mendapat kebebasan menjalankan apa-apa juga tindakan tanpa boleh disekat hingga boleh berkahwin sejenis.  Perlahan-lahan teori ini diterima oleh orang Islam kerana orang Islam meninggalkan Al Quran dan sunah.

Khutbah Ramadhan Nabi Muhammad S.A.W.

Sunday, July 22, 2012
Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkat rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari yang paling utama. Jam demi jam-jamyang paling utama. Malam-malamnya adalah
malam yang paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan.

Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabkan. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus, hati yang suciagar Allah membimbingnya untuk melakukan siyyam (puasa) dan membaca kitabNya. Bersedekahlah pada kaum fuqara` dan masakin (miskin).  Muliakanlah orang tuamu, sayangilah orang muda, sambungkanlah tali persaudaraan, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu melihatnya.

Kasihanilah anak-anak yatim, nescayamanusia akan dikasihi anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza Wa Jalla memandang hamba-hambaNya dengan penuh kasih. Dia menjawab ketika mereka menyeruNya,menyambut mereka ketika mereka memanggilNya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepadaNYa.

Wahai Manusia! Sesungguhnya diri-diri kamu tergadai kerana amalan-amalanmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat kerana beban (dosa) mu, maka ringankanlah, perpanjangkanlah sujudmu. Ketahuilah!Allah Ta`ala bersumpah dengan segala kebesaranNya bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang syahid dan sujud,dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al-amin.

Wahai manusia! Barangsiapa di antara kamu memberi hidangan berbuka puasa (ifthar) kepada orang-orangmukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi ALLAH sama nilainya dengan membebaskan seorang hamba. Dia juga diberi keampunan atas dosa-dosanya yang lalu. Sahabat-sahabatra bertanya : “Ya RasulALLAH! Tidak semua kami mampu berbuat demikian”. RasulULLAH saw bersabda : “Jagalah dirimu dari api nerakawalaupun dengan sepotong belahan buah kurma.Jagalah diri kamu dari api neraka walaupun dengan seteguk air. Sesungguhnya ALLAHSWT tetapmemberi pahala kepada orang yang beramalwalaupun sedikit amalnya, jika ia benar-benartidakmampumelakukan lebih dari itu.”

Wahai manusia! Barangsiapa yang memperindahkan akhlaknya di bulan ini, ia pasti berjaya melintasi Sirat pada Hari Qiamat ketika kaki-kaki tergelincir.Siapa pun yang meringankan beban kerja pembantu dan pegawainya di bulan ini, ALLAH akan meringankan beban hisabnya di Hari Qiamat.Barangsiapa yang menahan kejahatannya di bulan ini, ALLAH akan menahan murkaNYA pada hari ia berjumpa denganNYA.

Barangsiapa yang memuliakan anak yatim di bulan ini, ALLAH akan memuliakannya pada hari ia berjumpa denganNYA.

Barangsiapa yang menyambungkan tali persaudaraan (silaturRAHIM) di bulan ini, ALLAH akan menghubungkan dia dengan kasih sayangNYA pada hari ia berjumpa denganNYA.

Barangsiapa yang memutuskan silaturRAHIM di bulan ini, ALLAH akan memutuskan ia dengan kasih sayangNYA pada hari ia berjumpa denganNYA.

Barangsiapa yang mendirikan solat sunat di bulan ini, ALLAH akan membebaskannya dari siksaan api neraka.

Barangsiapa yang melakukan solat fardhu, baginya ganjaran 70 kali solat fardhu di bulan yang lain.

Barangsiapa yang memperbanyakkan selawat kepadaku di bulan ini, ALLAH akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan.

Barangsiapa yang membaca satu ayat Al Quran di bulan ini, pahalanya seperti mengkhatamAl Quran di bulan lain.
Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu di bulan Ramadhan ini. 

Maka mohonlah kepada TUHANmu agar pintu-pintu syurgaNYA tidak akan tertutupbagimu sampai bila-bila. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup bagimu di bulan Ramadhan ini. 

Maka mohonlah kepada TUHANmu agar pintu-pintu lubang neraka akan terus tertutup bagimu sampai bila-bila. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu di bulan Ramadhan ini. 

Maka mohonlahlah kepada TUHANmu agar syaitan-syaitan tidak akan lagi menguasaimu sampai bila-bila. 

Amirul Mukminin „Ali bin Abi Thalib kw berkata : “Aku berdiri dan berkata : “Ya RasulALLAH! Apakah amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi saw : “Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan ALLAH SWT.

dipetik daripada mig.com.my

Contohi Sifat Merendah Diri Rasullulah SAW

Thursday, July 19, 2012

RASULULLAH SAW amat dicintai dan disayangi kerana peribadinya yang mulia. Sifat meredah diri Baginda amat mengagumkan. Jauh sekali untuk Rasulullah SAW bersifat sombong dan angkuh dengan pemilihannya sebagai uswatun hasanah.

Sedangkan kita, tanpa disedari telah memiliki sifat angkuh dan sombong melalui percakapan, perbualan, tutur kata, suka menunjuk-nunjuk dan mempamerkan sesuatu berselindung dengan hasrat untuk dipuji dan disanjung.

Berbeza Rasulullah SAW yang melihat sombong itu dari sudut yang nyata. Baginda bersabda bermaksud
: “Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia,”
(Riwayat Muslim)

Ibnul Qayyim, cendekiawan dan ahli fiqh terkenal, abad ke-13, pernah menyatakan bahawa “sesungguhnya hati manusia berdepan dua ‘penyakit’ yang amat besar, jika orang itu tidak menyedari akan melemparkan dirinya ke dalam kehancuran dan itu adalah pasti, dua ‘penyakit’ itu adalah riak dan takbur...”

Berkata Imam Al Ghazal, orang yang takbur itu ialah orang yang apabila ditegur, dia marah dan benci, sedangkan kalau dia menegur orang lain, ditegurnya dengan keras dan kasar."

Sebenarnya sifat sombong dan angkuh lahir daripada naluri seseorang yang diterjemah melalui perilaku dan tutur kata. Melalui sifat itu seseorang berasakan dirinya lebih daripada orang lain dan sentiasa hebat untuk dibandingkan.

Rasulullah SAW telah bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kalian merendahkan diri sehingga seseorang tidak menyombong diri atas yang lain dan tidak berbuat zalim atas yang lain.” 
(Riwayat Muslim)

Rasulullah mencela sikap angkuh dan bangga diri. Daripada Abu Hurairah menyatakan bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:
"Ketika seorang lelaki berjalan, dia berbangga terhadap dirinya hingga mengangkat kepalanya ke atas. Dia berjalan dengan sombong seolah-olah bumi tertelan oleh pakaiannya, maka sesungguhnya dia akan terperosok di dalamnya sampai hari kiamat kelak. 
(Riwayat Syaikhan dan Syaibani)

Sifat sombong bukan saja pada pangkat dan kedudukan, malah melalui percakapan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 
"Barang siapa yang menyeret bajunya dengan tujuan menyombongkan diri, maka Allah tidak akan melihat dirinya di hari kiamat."
(Riwayat Syaikhan Nawawi).

Diriwayatkan daripada Amru bin Syuaib bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 
"Di hari kiamat, orang yang sombong akan dikumpulkan seperti debu halus. Mereka ditutupi oleh kehinaan pada setiap tempat, kemudian diiring ke penjara di neraka jahanam yang disebut Bulas, mereka dilumat oleh api neraka, disiram dengan minuman ahli neraka berupa lumpur yang membinasakan." 
(Riwayat Ar- Tirmizi dan Syaibani).

Adi bin Hatim, putra Hatim yang terkenal sangat dermawan pernah menyebut bahawa Rasulullah pernah bersabda bermaksud: 
"Saudara semua perlu melakukan kebaikan untuk menjauhkan diri daripada api neraka, walaupun saudara hanya memberi sedekah dengan sepotong kurma. Namun, bagi sesiapa yang tidak mampu, bertuturlah dengan tutur kata yang baik." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hanya melalui keinsafan dan kesedaran, hidup ini hanya sementara dan tugas kita beribadah kepada Allah dapat mengelakkan sifat sombong dan bangga diri. Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan mengangkatnya.” 
(Muslim)

Rasulullah SAW ialah manusia yang amat toleran, amat berani, amat adil dan amat bersopan-santun sekali. Baginda tidak menggunakan apa yang ada pada dirinya untuk menjadi suami yang angkuh dan sombong. Sebaliknya, baginda sendiri sering menolong isteri baginda dalam hal rumah tangga. Sebagai pemimpin pula, baginda tidak pernah menggunakan kuasa untuk bersifat angkuh menyombong diri dan mencela orang bawahan. Baginda sentiasa ramah mesra, sopan-santun dan murah hati tanpa memilih puak, darjat dan keturunan.

Baginda juga tidak pernah membalas setiap cacian dan cercaan orang kafir. Baginda sering menghampiri dengan memuliakan orang miskin dan anak yatim. Selalu melawat pesakit meskipun rumahnya jauh di pinggir kota, suka kepada yang baik, sering duduk bersama-sama fakir-miskin, memberi makan kepada orang miskin.

Baginda memuliakan orang miskin dan anak-anak. Daripada Anas bin Malik, katanya: 
“Rasulullah SAW bertemu dengan beberapa orang anak lalu baginda memberi salam kepada mereka.” 
(Hadis riwayat Muslim)

Baginda Rasulullah SAW tidak pernah mengecewakan sesiapapun, tidak berkata melainkan yang hak dan tertawa baginda setakat senyum saja tanpa hilai ketawa. Jelasnya, baginda tidak bersifat sombong dan takbur walaupun amat dimuliakan umatnya. Sombong dan takbur mempunyai pengertian yang sama iaitu antara sifat yang keji dan tercela. Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun cuma sedikit, dan menjadi penghalang daripada syurga. 


Dipetik daripada Berita Harian

Palestinian Holocaust!

Friday, July 13, 2012
Terdapat banyak penulisan yang menyatakan bahawasanya, Holocaust dimulakan oleh seorang Yahudi sebagai pretext kepada negara Israel.  Sebelum itu gerakan Dajjal ini jugalah yang berjaya mengadu-domba membawa ke depan the Inquisition yang mana pada mulanya hanya menghukum orang-orang Kristian yang didapati (atau kelihatan) menyimpang daripada ajaran Kristian selari dengan Council of Nicea, supaya di kenakan juga kepada golongan Yahudi yang menyekutukan agama mengikut kaca mata  Zionis ini.  

Henry Ford yang membangkang pembabitan Amerika Syarikat dalam perang dunia kedua kerana mengetahui perancangan licik dan jahat ini, meninggalkan kita maklumat berguna dengan menaja penerbitan buku ini.  Makalah yang pertama kali diterbitkan di Russia-Program Yahudi untuk menakluk dunia, yang kemudiaannya dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai-The Protocols of the Elders of Zion.



Saya berpendapat kejadian Holocaust (sekalipun bukan enam juta yahudi yang dibunuh), seperti juga kesengsaraan bangsa Palestin dewasa ini adalah gerak kerja Zionis-askar Dajjal yang licik memberi tunjuk ajar.  Dari segi ilmiah penulisan secara kritikal terdapat bersepah di alam maya.  

Dan sebagai permulaan marilah kita banding gambar-gambar semasa peristiwa Holocaust dengan jenayah ke atas bangsa Palestin hari ini.  Kata orang a picture speaks a thousand words.  Saya cuma berharap 17 set gambar-gambar ini akan berbuat lebih lagi.


































Persoalannya sekarang, adakah anda akan berbuat apa saja untuk mempertahankan keselamatan negara haram Israel?

sumber foto daripada justice now network

Riba-Sumber Kewangan Dajjal!

Akan Datang, InsyaAllah, sementara itu marilah kita renung sejenak gambaran ini.



Dan yang satu ini.



Keabsahan Negara Israel?

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,”




Sepuluh tahun lalu, saya bersama dengan seorang sahabat menghadirkan diri ke Kompleks Masyarakat Penyayang di Pulau Pinang untuk sebuah forum yang bercakap tentang Israel.  Pendirian kami jelas, Israel tidak berhak untuk wujud, dan kami gagahkan diri ke sana untuk mendengar hujah-hujah daripada seseorang yang lebih alim tentang hal ini.



Forum tersebut dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat Pulau Pinang, termasuklah bukan muslim.  Di situlah saya diperkenalkan dengan Sheikh Imran N Hosein yang baru usai menghasilkan naskah terbarunya dalam siri penulisannya tentang Akhir Zaman. 

Di situlah juga, saya diperkenalkan kepada buku 'Jerusalem In The Quran' yang sebahagiannya ditulis di Malaysia dan mungkin juga dicetak di Malaysia, ingat saya.  Sheikh Imran N Hosein juga menyusulkan kepada mana-mana hadirin untuk menjual bukunya.  




Sekarang ini buku tersebut merupakan sebuah naskah 'best seller' dan ada diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.  

Buku ini (hadiah daripada sahabat di atas) banyak membantu saya memahami isu palestin dengan lebih mendalam.  Dengan lebih jelas.  Kebanyakkan kita mungkin akan mengatakan bahawa masalah Palestin adalah politikal.  Ia sebenarnya tidak.  

Ya memang tanah Palestin dijajah.  Rakyat dan bangsa Palestin ditindas tanpa mengira latar belakang kepercayaan mereka.  Tetapi isu ini bukanlah bermula pada tahun 1948, atau 1967 atau 1991 pasca 911.  Ianya telah ditulis sejak azali.  Semuanya tertera dengan jelas dalam Al-Quran.  




Dan sebagai seseorang yang tidak boleh berbahasa arab dan juga kurang meluangkan masa membaca Al-Quran, buku ini banyak membantu saya dengan lebih jelas memahami isu Palestin daripada pandangan tauhid.  Isu palestin tidak boleh diambil secara bersendirian tanpa mengambil kira nas-nas agama.

Jika pandangan ini jelas, kita tidak akan teragak-agak lagi akan pendirian kita tentang negara haram Israel!  Kita tidak akan menjerit macam seorang pseudo intelektual hedonis yang mengatakan Allah subhanawataala tidak ada kena mengena dengan Palestin.  Dan tentunya kita juga tidak akan berani bercakap pasal pseudo two-state solution yang digebang Barat untuk menipu kita dan membeli masa supaya kita teragak-agak untuk menyatakan satu pendirian yang jelas dan jitu.





Kita juga tidak akan berani bercakap pasal keselamatan negara haram Israel, seperti sesetengah ahli politik sells out di Malaysia (kawan baik susuk hedonis di atas) dan ditidak-apakan pula oleh sesetengah tok guru.  Perkembangan ini di Malaysia amatlah  menyedihkan.  

Perjuangan bangsa Palestin yang kehilangan bukan saja negara dan tanah air, tetapi juga hilang budaya dan identiti, perlu dibela muslim seluruh dunia.  Mereka kini menjadi pelarian di seluruh dunia dan kita saja yang mampu untuk meletakkan yang hak kepada tempatnya.  Kita telah diberi amaran dan peringatan tentang episod ini dalam kitab suci kita.  Tetapi kenapa pula sebahagian daripada kita memilih untuk berbuat sebaliknya?



Timbul persoalan sama ada kurang faham tentang isu ini dari pandangan Al-Quran menjadi penyebab kenapa seorang badwi yang pernah juga menyatakan  pendirian kepada two state solution.

Dan apabila kita mahu kelihatan moderat, terutamanya apabila termakan dengan anugerah tokoh muslim demokrat (yang sepatutnya tidak memberi apa-apa makna malah menghina muslim kerana Islam itu sendiri demokratik-muslim secara de facto demokrat) dan memilih untuk mensabotaj perjuangan bangsa Palestin selama ini dengan mempertahankan Israel, dalam apa juga bentuk dan cara, sama ada moral atau perbuatan, boleh dikira sebagai mengkhianati agama!

Dalam Buku The Religion of Abaraham & The State of Israel-A view from the Quran, Sheikh Imran N Hosein berpendapat bahawa seseorang muslim yang mengatakan Israel berhak untuk wujud telah melakukan syirik kepada Allah subhanawataala kerana meningkari perintah-Nya.  Sila baca di sini untuk penerangan lanjut.

Jika yahudi daripada Amerika Syarikat sendiri berpendapat sebaliknya, kenapakah kita masih teragak-agak?   Wang ringgit?  Kedudukan?  Atau simply jahil?

  

Namun di zaman k-ekonomi kini, apabila maklumat hanya dihujung jari, masih mampukah kita mendakwa innocent atas alibi tidak tahu?






Kejatuhan Empayar Turki Utmaniah-Satu Pengajaran!

Thursday, July 12, 2012

Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.

Piagam Madinah, 1 Hijrah

Berikut adalah pecahan ringkas kronologi daripada Piagam Madinah sehinggalah kepada kejatuhan Empayar Islam Utmaniyah.  Ringkasan ini juga merupakan intipati kepada Dokumentari yang dihasilkan oleh pihak Hizb ut Tahrir Australia dipos di sini supaya kita dapat memahami modus operandi Dajjal dan pengikutnya.  

Setelah gagal menyerang secara fizikal, mereka mula menggunakan gerakan-gerakan sosial, khususnya mubaligh kristian ketika itu yang tujuannya, bukanlah semata-mata untuk memurtadkan muslim, tetapi hanya untuk melemahkan akidah mereka supaya mereka menjadi muslim hanya pada nama!  

Ditiup pula dengan semangat berpuak-puak samada atas nama berpersatuan ataupun kebangsaan.  Empayar Utmaniah menjadi semakin goyah, apabila muslim mula menggelar diri mereka mengikut bangsa, seperti Arab, Parsi dan Turki.  Dengan perancangan licik, termasuklah beberapa siri perang, Empayar Islam Utmaniah berjaya digulingkan!


Perlu diingatkan di sini, sikap suka berpuak-puak dan asabiyah jugalah yang menyebabkan Kekhalifahan Islam berjaya digulingkan.  Pemimpin Arab yang dijanjikan bulan dan segunung emas, berpaling tadah dan memulakan Arab Uprising untuk berpisah daripada Kerajaan Islam Utmaniyah atas logik akal, sebagai bangsa yang berhak ke atas Tanah Hijaz.


Sheikh Imran N Hosein mengatakan pakatan yang dibuat mereka adalah satu perbuatan syirik kerana melanggar perintah Allah subhanawataala.  Universiti Al Azhar pada ketika itu juga mengeluarkan fatwa haram untuk muslim menggulingkan Kerajaan Islam Utmaniyah.  Namun disebabkan oleh beberapa juta pound sterling dan beberapa ribu 'jizyah' pound sterling sebulan, membuatkan kepimpinan arab kelabu mata apabila dijanjikan menjadi 'Raja' kepada bangsa arab!


Sememangnya Dajjal menggunakan semua spektrum kehidupan kita untuk menyesatkan kita daripada menuju Al Haq.  Adakalanya kita sedar dan ada kalanya tidak kerana kita tidak seteliti Dajjal menyebarkan fitnah.  Devil in the details, selalu kita dengar dituturkan barat sememangnya ada kebenarannya.  


Tetapi Allah subhanawataala lebih detail daripada segala bentuk perancangan makhluk ciptaannya.  Sesungguhnya perancangan Allah subhanawataala jualah yang benar.  Semoga kita di Malaysia dapat belajar satu dua perkara supaya kita tidak akan menerima nasib yang sama.

Tahun 622

Bermula dengan pembukaan Kota Madinah dengan Piagam Madinah, Nabi Muhammad sallalahualaihiswassalam mengajar kita bagaimana untuk membangunkan Daulah Islamiyah dengan meletakkan Syariah Islam di peringkat tertinggi sambil melindungi hak-hak minoriti selagi mereka tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan perjanjian tersebut.

Tahun 638

Khalifah Umar Al Khattab radiallahuanhu berjaya membuka Baitul Maqdis dan menegakkan Daulah Islamiyah di sana.



Tahun 750

Jajahan Islam menjadi semakin luas dan Islam mengalami Zaman Keemasan yang mana mula menimbulkan cemburu daripada musuh-musuhnya. 


Jajahan Dunia Islam, 622-750. (Coklat c. 622-632; Oren-Gelap c. 632-661; Oren-Cerah c. 661-750)


Tahun 1099

Perang Salib dilancarkan ke atas Khalifah ketika dunia Islam gagal untuk bersatu-padu.  Serangan dan seterusnya kekuasaaan pihak Kristian telah mengejutkan orang-orang Islam yang ‘terlena dengan kemewahan dan kehebatan’ yang telah dicapai.  Baitul Maqdis ditawan pihak Kristian.


Adakah kita juga sedang menghadapi 'crusade' yang dilancarkan mereka-mereka yang bencikan Islam kerana kita alpa dan selesa dengan kedudukan kita ketika ini?

Tahun 1205

Setelah orang-orang Islam bersatu dibawah kepimpinan Salahuddin Al Ayubi, barulah Baitul Maqdis berjaya ditawan semula daripada cengkaman Pihak Kristian.



Tahun 1453

Konstantinople berjaya dikuasai oleh Bani Utmaniyah dengan kemenangan Sultan Muhammad al Fateh.  



Sejarah Empayar Uthmaniyah boleh dibaca di sini.



 And the rest is history!





  • Fasal 14
Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin lain kerana seorang kafir, tidak sayugianya ia menolong mana-mana kafir terhadap seseorang mukmin.

Piagam Madinah, 1 Hijrah

Persoalannya, adakah kita sebagai mereka yang telah diberi amaran dan peringatan akan membiarkan supaya sejarah akan berulang kembali?

Imran N Hosein

Loading...