Keabsahan Negara Israel?

Friday, July 13, 2012
“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,”




Sepuluh tahun lalu, saya bersama dengan seorang sahabat menghadirkan diri ke Kompleks Masyarakat Penyayang di Pulau Pinang untuk sebuah forum yang bercakap tentang Israel.  Pendirian kami jelas, Israel tidak berhak untuk wujud, dan kami gagahkan diri ke sana untuk mendengar hujah-hujah daripada seseorang yang lebih alim tentang hal ini.



Forum tersebut dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat Pulau Pinang, termasuklah bukan muslim.  Di situlah saya diperkenalkan dengan Sheikh Imran N Hosein yang baru usai menghasilkan naskah terbarunya dalam siri penulisannya tentang Akhir Zaman. 

Di situlah juga, saya diperkenalkan kepada buku 'Jerusalem In The Quran' yang sebahagiannya ditulis di Malaysia dan mungkin juga dicetak di Malaysia, ingat saya.  Sheikh Imran N Hosein juga menyusulkan kepada mana-mana hadirin untuk menjual bukunya.  




Sekarang ini buku tersebut merupakan sebuah naskah 'best seller' dan ada diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.  

Buku ini (hadiah daripada sahabat di atas) banyak membantu saya memahami isu palestin dengan lebih mendalam.  Dengan lebih jelas.  Kebanyakkan kita mungkin akan mengatakan bahawa masalah Palestin adalah politikal.  Ia sebenarnya tidak.  

Ya memang tanah Palestin dijajah.  Rakyat dan bangsa Palestin ditindas tanpa mengira latar belakang kepercayaan mereka.  Tetapi isu ini bukanlah bermula pada tahun 1948, atau 1967 atau 1991 pasca 911.  Ianya telah ditulis sejak azali.  Semuanya tertera dengan jelas dalam Al-Quran.  




Dan sebagai seseorang yang tidak boleh berbahasa arab dan juga kurang meluangkan masa membaca Al-Quran, buku ini banyak membantu saya dengan lebih jelas memahami isu Palestin daripada pandangan tauhid.  Isu palestin tidak boleh diambil secara bersendirian tanpa mengambil kira nas-nas agama.

Jika pandangan ini jelas, kita tidak akan teragak-agak lagi akan pendirian kita tentang negara haram Israel!  Kita tidak akan menjerit macam seorang pseudo intelektual hedonis yang mengatakan Allah subhanawataala tidak ada kena mengena dengan Palestin.  Dan tentunya kita juga tidak akan berani bercakap pasal pseudo two-state solution yang digebang Barat untuk menipu kita dan membeli masa supaya kita teragak-agak untuk menyatakan satu pendirian yang jelas dan jitu.





Kita juga tidak akan berani bercakap pasal keselamatan negara haram Israel, seperti sesetengah ahli politik sells out di Malaysia (kawan baik susuk hedonis di atas) dan ditidak-apakan pula oleh sesetengah tok guru.  Perkembangan ini di Malaysia amatlah  menyedihkan.  

Perjuangan bangsa Palestin yang kehilangan bukan saja negara dan tanah air, tetapi juga hilang budaya dan identiti, perlu dibela muslim seluruh dunia.  Mereka kini menjadi pelarian di seluruh dunia dan kita saja yang mampu untuk meletakkan yang hak kepada tempatnya.  Kita telah diberi amaran dan peringatan tentang episod ini dalam kitab suci kita.  Tetapi kenapa pula sebahagian daripada kita memilih untuk berbuat sebaliknya?



Timbul persoalan sama ada kurang faham tentang isu ini dari pandangan Al-Quran menjadi penyebab kenapa seorang badwi yang pernah juga menyatakan  pendirian kepada two state solution.

Dan apabila kita mahu kelihatan moderat, terutamanya apabila termakan dengan anugerah tokoh muslim demokrat (yang sepatutnya tidak memberi apa-apa makna malah menghina muslim kerana Islam itu sendiri demokratik-muslim secara de facto demokrat) dan memilih untuk mensabotaj perjuangan bangsa Palestin selama ini dengan mempertahankan Israel, dalam apa juga bentuk dan cara, sama ada moral atau perbuatan, boleh dikira sebagai mengkhianati agama!

Dalam Buku The Religion of Abaraham & The State of Israel-A view from the Quran, Sheikh Imran N Hosein berpendapat bahawa seseorang muslim yang mengatakan Israel berhak untuk wujud telah melakukan syirik kepada Allah subhanawataala kerana meningkari perintah-Nya.  Sila baca di sini untuk penerangan lanjut.

Jika yahudi daripada Amerika Syarikat sendiri berpendapat sebaliknya, kenapakah kita masih teragak-agak?   Wang ringgit?  Kedudukan?  Atau simply jahil?

  

Namun di zaman k-ekonomi kini, apabila maklumat hanya dihujung jari, masih mampukah kita mendakwa innocent atas alibi tidak tahu?






0 comments:

Imran N Hosein

Loading...