Kejatuhan Empayar Turki Utmaniah-Satu Pengajaran!

Thursday, July 12, 2012

Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.

Piagam Madinah, 1 Hijrah

Berikut adalah pecahan ringkas kronologi daripada Piagam Madinah sehinggalah kepada kejatuhan Empayar Islam Utmaniyah.  Ringkasan ini juga merupakan intipati kepada Dokumentari yang dihasilkan oleh pihak Hizb ut Tahrir Australia dipos di sini supaya kita dapat memahami modus operandi Dajjal dan pengikutnya.  

Setelah gagal menyerang secara fizikal, mereka mula menggunakan gerakan-gerakan sosial, khususnya mubaligh kristian ketika itu yang tujuannya, bukanlah semata-mata untuk memurtadkan muslim, tetapi hanya untuk melemahkan akidah mereka supaya mereka menjadi muslim hanya pada nama!  

Ditiup pula dengan semangat berpuak-puak samada atas nama berpersatuan ataupun kebangsaan.  Empayar Utmaniah menjadi semakin goyah, apabila muslim mula menggelar diri mereka mengikut bangsa, seperti Arab, Parsi dan Turki.  Dengan perancangan licik, termasuklah beberapa siri perang, Empayar Islam Utmaniah berjaya digulingkan!


Perlu diingatkan di sini, sikap suka berpuak-puak dan asabiyah jugalah yang menyebabkan Kekhalifahan Islam berjaya digulingkan.  Pemimpin Arab yang dijanjikan bulan dan segunung emas, berpaling tadah dan memulakan Arab Uprising untuk berpisah daripada Kerajaan Islam Utmaniyah atas logik akal, sebagai bangsa yang berhak ke atas Tanah Hijaz.


Sheikh Imran N Hosein mengatakan pakatan yang dibuat mereka adalah satu perbuatan syirik kerana melanggar perintah Allah subhanawataala.  Universiti Al Azhar pada ketika itu juga mengeluarkan fatwa haram untuk muslim menggulingkan Kerajaan Islam Utmaniyah.  Namun disebabkan oleh beberapa juta pound sterling dan beberapa ribu 'jizyah' pound sterling sebulan, membuatkan kepimpinan arab kelabu mata apabila dijanjikan menjadi 'Raja' kepada bangsa arab!


Sememangnya Dajjal menggunakan semua spektrum kehidupan kita untuk menyesatkan kita daripada menuju Al Haq.  Adakalanya kita sedar dan ada kalanya tidak kerana kita tidak seteliti Dajjal menyebarkan fitnah.  Devil in the details, selalu kita dengar dituturkan barat sememangnya ada kebenarannya.  


Tetapi Allah subhanawataala lebih detail daripada segala bentuk perancangan makhluk ciptaannya.  Sesungguhnya perancangan Allah subhanawataala jualah yang benar.  Semoga kita di Malaysia dapat belajar satu dua perkara supaya kita tidak akan menerima nasib yang sama.

Tahun 622

Bermula dengan pembukaan Kota Madinah dengan Piagam Madinah, Nabi Muhammad sallalahualaihiswassalam mengajar kita bagaimana untuk membangunkan Daulah Islamiyah dengan meletakkan Syariah Islam di peringkat tertinggi sambil melindungi hak-hak minoriti selagi mereka tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan perjanjian tersebut.

Tahun 638

Khalifah Umar Al Khattab radiallahuanhu berjaya membuka Baitul Maqdis dan menegakkan Daulah Islamiyah di sana.



Tahun 750

Jajahan Islam menjadi semakin luas dan Islam mengalami Zaman Keemasan yang mana mula menimbulkan cemburu daripada musuh-musuhnya. 


Jajahan Dunia Islam, 622-750. (Coklat c. 622-632; Oren-Gelap c. 632-661; Oren-Cerah c. 661-750)


Tahun 1099

Perang Salib dilancarkan ke atas Khalifah ketika dunia Islam gagal untuk bersatu-padu.  Serangan dan seterusnya kekuasaaan pihak Kristian telah mengejutkan orang-orang Islam yang ‘terlena dengan kemewahan dan kehebatan’ yang telah dicapai.  Baitul Maqdis ditawan pihak Kristian.


Adakah kita juga sedang menghadapi 'crusade' yang dilancarkan mereka-mereka yang bencikan Islam kerana kita alpa dan selesa dengan kedudukan kita ketika ini?

Tahun 1205

Setelah orang-orang Islam bersatu dibawah kepimpinan Salahuddin Al Ayubi, barulah Baitul Maqdis berjaya ditawan semula daripada cengkaman Pihak Kristian.



Tahun 1453

Konstantinople berjaya dikuasai oleh Bani Utmaniyah dengan kemenangan Sultan Muhammad al Fateh.  



Sejarah Empayar Uthmaniyah boleh dibaca di sini.



 And the rest is history!





  • Fasal 14
Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin lain kerana seorang kafir, tidak sayugianya ia menolong mana-mana kafir terhadap seseorang mukmin.

Piagam Madinah, 1 Hijrah

Persoalannya, adakah kita sebagai mereka yang telah diberi amaran dan peringatan akan membiarkan supaya sejarah akan berulang kembali?

0 comments:

Imran N Hosein

Loading...