Madinah kembali menjadi perhatian di Akhir Zaman (bahagian 1)

Thursday, July 5, 2012

Ditulis oleh Sheikh Imran N Hosein


Dalam lebih kurang sepuluh tahun daripada sekarang dalam bulan Rabiul Akhir 1443, Dunia Islam akan menandakan ulangtahun yang ke seratus tahun pemindahan kuasa daripada kerajaan Turki Utmaniah kepada pemimpin arab, Sultan Abdul Aziz Ibni Saud. Bala tentera yang setia kepada Sultan Najd menakluki Mekah pada bulan Rabiul Akhir 1343 (bersamaan dengan 30 Oktober 1924 mengikut kalendar Gregory) yang mana menyaksikan Abdul Al Aziz mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Najd dan Raja Hijaz.

Sepuluh tahun daripada sekarang juga akan genaplah tempoh seratus tahun Mekah dan Madinah diangkat keluar daripada kuali panas ‘Dajal Utmaniah’ kepada bara api ‘Dajal Saudi-Wahabi’.  Janganlah kita lupa, setelah mereka memilih untuk meletakkan Arab Saudi sejajar dengan puak Zionis Judeo-Kristian Anglo-Amerika untuk sebegitu lama, para pemimpin Arab Saudi sekarang telah melakukan pakatan strategik dengan negara haram Israel Zionis.  Maka dengan itu jelaslah bahawasanya mereka itu sebenarnya bertuankan kepada Al Masih al Dajjal ataupun Imam Mahdi palsu.  Mungkin inilah ramalan yang pernah diperlihatkan kepada Nabi Muhammad (sallalahu ‘alaihi wa sallam), yang mana baginda melihat Dajal bertawaf mengelilingi Kaabah.  Terdapat juga beberapa bukti yang merujuk kepada Kerajaan Utmaniah, secara sedar atau tidak, berpihak kepada Dajal dengan memberi bantuan yang bukan sedikit kepada pihak Kristian barat.  Mereka berbuat demikian dengan berkali-kali menikam pisau ganas lagi berbisa selama 600 tahun kepada musuh pihak Kristian barat yakni pihak Kristian timur ataupun Rum.  Ini selari dengan agenda licik Dajal kerana phak Kristian barat saja yang akan membuat pakatan dengan Yahudi, dan pakatan ini jugalah yang membuahkan negara haram Israel.  Rum tidak pernah membuat pakatan yang sedemikian dengan Yahudi!  Oleh kerana itu maka terhasillah kebencian yang mendalam terhadap Islam dan permusuhan ke atas umat muslim oleh pihak Rum yang dizalimi dengan sebegitu lama.  Kerajaan Turki Utmaniah dan juga kerjaaan Saudia Arabia secara misteri dan jahat pula mengabaikan ramalan Nabi Muhammad yang dimuliakan, berkenaan dengan Umat Islam yang akan memeterai satu pakatan Akhir Zaman dengan pihak Kristian timur ataupun  Rum.  Oleh itu, bolehlah disimpulkan bahawasanya kedua-dua kerajaan sama ada Turki Utmaniah ataupun Saudi Wahabi sebenarnya telah memberikan pelbagai bantuan strategik kepada Dajal.

Empayar Utmaniah menakluk dan menjajah hampir keseluruhan jazirah arab-termasuk tanah Hijaz-dan berjaya memindahkan ibu kota Khalifah Islam-untuk julung-julung kalinya-ianya terkeluar daripada dunia Arab ke sebuah kotaraya Constantinople di sempadan Eropah-Asia, bekas jajahan Bizantin Kristian.  Kerajaan Utmaniah sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kelayakan untuk memerintah kawasan penting Islam.  Namun, selari dengan perancangan licik Dajal, mereka berjaya berbuat demikian selama hamper 400 ratus tahun sehinggalah Arab Spring (Kebangkitan Arab) tajaan Eropah berjaya memecah-belahkan pemerintahan Utmaniah, memusnahkan sistem khalifah dan melantik pemimpin-pemimpin Arab yang pro barat (Tanah Hijaz tidak terkecuali).  Kemusnahan sistem Khalifah dan pemindahan kuasa kepada pemimpin Arab yang pro-barat menjadi pembuka jalan kepada tertubuhnya Negara Israel di Tanah Suci yang terletak di tengah-tengah tanah Arab.  Tanpa 400 tahun pemerintahan imperialis Turki Uthmaniah ke atas orang-orang Arab, diikuti dengan Kebangkitan Arab, negara Zionis Israel tidak mungkin dapat ditubuhkan.  Sharif al-Husain, Sharif Mekah berketurunan Arab yang dilantik oleh kerajaan Uthmaniah, pernah menuntut kekhalifahan untuk dirinya sendiri sebagai tindak balas kepada penghapusan sistem tersebut oleh pihak Turki, tetapi ianya sudah terlalu lambat untuk seorang khalifah berketurunan arab dilantik menaiki takhta.  Kerajaan Britain menggunakan Abd al Aziz Ibn Saud sebagai jalan pintas untuk membantutkan sistem Khalifah Arab .  Sesungguhnya sistem Khalifah Islam tidak akan mampu dipulihkan semula selagi Saudi-Wahabi berkuasa di Hijaz.  Husain terpaksa lari dan pemerintahan Saudi-Wahabi yang berikutnya di tanah Hijaz menjamin (dari pandangan British) supaya sistem Khalifah Islam terus berkubur-dan tidak akan mampu bangkit lagi (sila baca buku saya ‘Khalifah Hijaz dan sebuah Negara Saudi-Wahabi di lama sesawang saya: http://imranhosein.org/books/126-the-caliphate-the-hijaz-and-the-saudi-wahabi-nation-state.html


Selama lebih 400 ratus tahun pemerintahan  Khalifah Utmaniah ke atas Mekah dan Madinah, dua Bandar ini disekat secara halus daripada menjadi tumpuan ziarah haji tahunan besar-besaran.  Pemerintahan Utmaniah juga seperti menidakkan Mekah dan Madinah daripada memainkan sebarang peranan penting dalam hal ehwal islam.  Walau bagaimanapun apabila Saudi-Wahabi mengambil alih Tanah Haram al Sharif, mereka melancarkan satu usaha jahat untuk mengekplotasi ibadah Haji pada tahun 1344 hijrah  untuk mendapat pengiktirafan politik dan agama daripada dunia Islam berkenaan dengan pemerintahan mereka ke atas tanah Hijaz dan tanah Haram.  Usaha tersebut gagal.  Tidak berapa lama kemudiaan mereka mencuba pula untuk mengekplotasi bandar Nabi Muhammad (sallahu alaihi wa sallam) dengan menyebarkan fahaman Islam dengan epistemologi mata-satu yang menidakkan pemerolehan ilmu pengetahuan dengan pemerhatian rohani (firasat seorang mukmin).  Madinah menjadi sebuah Bandar universiti dengan agenda untuk mengubah bentuk pemikiran Islam; orang-orang arab dan juga bukan arab supaya ahli-ahli akademik dapat memastikan hanya ajaran dan pemikiran islam yang tulen sahaja berkembang di Madinah. Tetapi yang sebaliknya berlaku kerana, ajaran dan pemikiran Islam yang ‘tulen’ yang ditaja mereka gagal menghasilkan cendiakawan yang dapat membezakan antara sesuatu yang kelihatan dengan reality sebenar, terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan Dajal.  Akibat daripada itu Arab Saudi dapat meneruskan hubungan persaudaraan dengan puak Zionis Barat dan menguburkan system Khalifah tanpa ada sebarang bantahan yang ketara daripada cendiakawan agama. Malah, mana-mana cendiakawan agama ataupun pelajar yang berani untuk mempersoalkan agenda Saudi-Wahabi yang telah menjalankan perjanjian rahsia dengan Israel akan dipotong kepala.


Baitul Muqqadis menjadi perhatian.


Lebih daripada enam abad kebelakangan ini Madinah masih lagi sebuah bandar yang mundur dan seterusnya pula menjadi bandar universiti ‘senyap’ mata-satu yang amat menyedihkan, pakatan judeo kristian anglo amerika (yang menaja Gerakan Zionis sejak awal kelahirannya) bergerak secara berperingkat dan dengan jayanya membawa Baitul Muqqadis menjadi pusat hal ehwal dunia.  Nabi Muhammad (sallahu alaihi wa sallam) pernah meramalkan tentang hal tersebut, katanya: 


Diceritakan oleh Muadh ibn Jabal: Nabi Muhammad (sallahu alaihi wa sallam) berkata:


Baitul Muqqadis akan bertambah maju apabila bandar Yathrib (Madinah) menjadi semakin sepi; apabila ini berlaku, akan datang satu peperangan yang amat dasyat; apabila tercetusnya perang maha besar itu, Istanbul akan ditakluk semula; penaklukan Istanbul akan diikuti dengan kemunculan Dajjal. Dia (Nabi Muhammad) kemudiaannya menepuk dengan tangannya, riba atau bahu seseorang yang sedang dia berbicara dan berkata: Ini sangat benar seperti kamu (yang sedang duduk) di sini (baginda maksudkan Muadh ibn Jabal). (Sunan Abi Daud) 

bersambung... 

Dipetik dan diterjemah daripada imranhosein.org

0 comments:

Imran N Hosein

Loading...