The Muslim's Experience!

Tuesday, July 31, 2012


Ketika Soo Winci berazam mahu berpuasa tahun ini, Xifu Naser seorang pendakwah bebas media baru, memperkenalkan kita dengan gadis bukan muslim yang berjaya berpuasa selama lapan hari dan menceritakan pengalamannya dan menyeru rakan-rakan bukan muslim lain untuk cuba berpuasa. 

Beliau meceritakan betapa puasa menambah nikmat manusia untuk menghargai segala sesuatu.  Ketika berbuka puasa, seteguk air yang membasahi kerongkong yang kering selama lebih kurang dua belas jam mendatangkan lebih nikmat daripada hari-hari biasa.  

Hikmah berpuasa membuatkan beliau lebih menghargai rakan-rakan dan kedua orang tuanya.  Kata J Sze lagi, puasa membuka matanya melihat dunia ini semuanya adalah sementara dan suatu hari nanti semuanya akan hilang, oleh itu kita haruslah menghargainya selagi ada.




Biar apapun motif J Sze baikpun Soo Winci dalam menjalani ibadah puasa yang adakalanya tidak dipatuhi oleh muslim sendiri, haruslah diberikan sokongan moral.  Semoga keikhlasan mereka dibalas Allah subhanawataala cahaya hidayah.

Berbeza pula dengan lelaki ini (sila lihat video di bawah) yang menjalani kehidupan selama 30 Hari sebagai muslim dalam rancangan realiti tv.  Beliau seperti kebanyakkan lelaki kristian anglo-amerika mempunyai pandangan serong terhadap Islam dan Muslim.




Namun sedikit demi sedikit terpancar keikhlasan lelaki ini dalam mendalami Islam.  Dan sedikit sebanyak pada saja beliau faham Islam.  Cuma mungkin niatnya saja tidak cukup membawanya menjadi seorang muslim.  

Sekurang-kurangnya seperti wanita-wanita barat ini yang diberi hidayah oleh Allah subhanawataala untuk kembali kepada Islam.  Agama Tauhid untuk semua.  




Wallahualam.


2 comments:

Muhammad Ibn 'Az said...

Perhatikan lisan Tze.. dari sana kita tahu kenapa Dong Jiao Zong berkeras mahu masyarakat mereka hidup dlm keadaan terasing dari bahasa Melayu.. perhatikan apabila Soo Winci terdedah kpd pergaulan dgn Melayu di dalam Master Chef, dia berasa amat selesa berada dikalangan org2 Islam.. begitu juga dengan anak gadis tersebut.. lisannya menunjukkan dia tidak dibesarkan di dalam satu kelompok masyarakat yg terpisah tetapi bercampur dgn org2 Melayu.. Ini yg chauvinist takutkan dan takut-takutkan.

islam1st said...

Setuju benar, tak kenal maka tak cinta, kalau kenal dong zong n the gang takdak kerja!
yang sedihnya DR Ridhuan Tee dituduh racist tp DZ pejuang hak minoriti...

Imran N Hosein

Loading...