Wag The Dog II dan Kebangkitan Arab di Syria

Wednesday, July 11, 2012
Sheikh Imran N Hosein mengandaikan peperangan yang berlaku di Syria akan menjadi titik mula Malhama (perang besar yang diceritakan oleh Nabi Muhammad salallahualaihiwassalam) jika negara itu diserang oleh Nato melalui 'pintu belakang' mereka, Turki.  Ketika semua pihak mahu kelihatan bertamadun dengan sejuta kilometer press statements di PBB (ia tidak memberi apa-apa makna kepada saya melainkan untuk menghalalkan segala kezaliman Iblis, Dajjal dan tentera-tentera mereka) dengan kemas bercukur dengan rambut didandan rapi, dengan suits yang boleh membuatkan seorang tokoh pembangkang cemburu sampai pagi pilihan raya yang mendatang.

Kita sedar dan tahu, Barat aka Dajjal operatif tidak sabar-sabar mahu memulakan peperangan dengan Syria kerana sedar yang mereka telah gagal menjatuhkan rejim Assad dengan menggunakan modus operandi yang sama digunakan di Libya.



Presiden Bashar al Assad bukanlah Hosni Mubarak yang dibenci setiap lapisan masyarakat di Syria.  Bashar al Assad masih mempunyai sokongan padu rakyat Syria dan tenteranya juga memilih untuk tidak berpaling tadah untuk menggulingkannya.   Sekurang-kurangnya buat setakat ini.  Semoga Allah subhanawataala menegakkan yang hak ke atas yang batil. Wallahualam.


sila lihat ini



dan sokongan rakyat Syria di Dataran Umayyin


dan sila lihat juga ini, pemberita BBC (kafir-tuhan tiga, tiga set tuhan dalam satu, anak tuhan, bapak tuhan ect) cuba memperbodohkan muslim (yang berakal kerana hanya menyembah Allah subhanawataala Yang Maha Esa) di Syria



Kebangkitan Arab yang dibangga-banggakan oleh sesetengah daripada kita bukanlah sesuatu yang terjadi begitu saja.  Kebangkitan Arab terjadi kerana ia dibenarkan untuk terjadi.  Master of Puppets yang pulling all the right strings di Jerusalem (ya Baitul Maqdis yang sepatutnya neutral tidak dijajah Israel telah lama dihijacked oleh askar-askar Dajjal dan dijadikan ibu pejabat!), Washington dan London memberi lampu hijau untuk ianya berlaku.



Sekarang ini setelah semuanya kelihatan hampir-hampir gagal, Barat sekutu Dajjal mahu perubahan rejim secara aman.  Mereka (dengan tekanan daripada Rusia-Rom yang diceritakan Rasullulah?) mahu Bashar al Assad turun takhta dan diganti dengan (tentunya) pemimpin pilihan rakyat Syria (fikir-Amerika Syarikat dan Israel).  Sudahkah kita lupa episod Iraq yang terjerumus dengan peperangan saudara yang amat dasyat setelah rejim Saddam Husein digulingkan?

Perlukah kita sekali lagi berDeja Vu dengan mimpi basah Barat?  Adakah kita tidak buta dengan pelan Dajjal untuk mewujudkan Israel Raya?  Video dibawah cumalah cebisan daripada apa yang sedang dan telah dirancang, sila baca, baca, dan baca dengan nama Tuhanmu, Tuhan Seluruh Alam!


Malulah kita umat Islam yang diberikan Al Quran sebagai pegangan akhir zaman jika kita tidak boleh menjadi sedepa kehadapan daripada mereka-mereka, yang tidak makan, makanan bersih yang kita makan, tidak mengucap nama Tuhan, memuji dan memuja seperti kita, yang dihadiahkan seorang tokoh ulung akhir zaman, Nabi Muhammad salallahualaihiwassalam yang mewariskan kita hadis untuk diikuti dan dibuat pedoman.  Kenapakah lelaki ini, seorang pakar trends-barometer aliran sosial terkini, yang 'cari makan' dengan menjadi konsultan kepada syarikat-syarikat besar, dapat melihat realiti kekacauan dengan Syria (yang akan berakhir dengan peperangan semestinya) tetapi tidak kita yang mengaji Al-Quran dan mengkaji Sunnah Nabi?  Di manakah silap kita?


Kenapa pula George Galloway yang diberikan Allah subhanawataala pandangan yang tajam tentang Syria tetapi tidak kita?


Apakah Allah subhanawataala telah menutup mata Qalbu kita kerana sikap sombong dan pentingkan diri sendiri kita?  Adakah kerana itu kita di Malaysia masih bertelingkah tentang siapa lebih mulia sedangkan Dajjal sudah gatal kaki mahu melangkah memunculkan wajah hodohnya di alam dunia kita ini?

Kenapa kita tidak dapat sedar apabila Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya menganjurkan sesuatu ianya pasti akan menjanjikan keburukan dan kebinasaan semata-mata.  Adakah kita telah nyanyuk kerana lupa dosa Amerika Syarikat di serata dunia sama ada dengan gerakan bawah tanah melalui agen-agen CIA ataupun peperangan tajaannya sendiri?  Iran, Vietnam, Laos, Congo, Cuba, and Guatemala adalah sebahagian legasi Amerika Syarikat yang patut kita ingat sampai kiamat.



Kerana kealpaan tentang hal-hal sebegini akan membuatkan kita menjadi umat yang syok sendiri tanpa dapat kita sedar fitnah Dajjal sudah selesa duduk di ruang tamu mengadap sofa empuk yang kita baru beli?


Sheikh Imran N Hosein dalam bukunya yang bertajuk Surah Al Khaf and The Modern Age ada mendedahkan bagaimana Israel sekarang sedang bersedia untuk menjadi jaguh dunia seperti Amerika Syarikat sekarang ini yang mewarisinya daripada Britain.

Inilah detik-detik terakhir yang akan memunculkan Dajjal Laknatullah!  Dan Israel sememangnya tidak berdiam diri, walaupun kelihatan tidak terlibat langsung dalam konflik di Syria.


Kita sebagai muslim tidak hairan jika rakyat Amerika Syarikat ditipu mentah-mentah tentang episod ini, tetapi kita sebagai umat pilihan, sepatutnya malu dan hairan, di mana dan apa silapnya kita kerana gagal melihat semua ini dengan mata Qalbu yang sepatutnya menjadi kelebihan setiap muslim kerana menyembah yang Haq!


Wallahualam!





4 comments:

Muhammad Ibn 'Az said...

Assalamu'alaikam Tuan,
Mungkin krn terlalu percaya bahawa syaitan itu rupanya bertanduk, berekor, bewarna merah serta berserampang, maka sempit mata hati mrk hanya mengkhususkan syaitan itu dalam bentuk sedemikian rupa...

Mata hati tertutup atas banyak sebab. Makanan,iktikad, riak dan takbur, rasa diri terlalu baik dan bijak dan sebagainya...

Malah yang paling ditakuti ialah apabila Allah sendiri yg menutup hati manusia kerana sikap dan perbuatan mereka sendiri..

Al Jaatsiyah ayat 23:
23. Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya[1384] dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?

Semoga dijauhkan kita dr mndapat nasib sedemikian rupa. Amin.

islam1st said...

Waalaikumsalam Tuan,
Amin. Saya juga berdoa semoga Allah subhanawataala membuka semula mata qalbu mereka-mereka yang ditutup sebelumnya supaya muslim menjadi lebih kuat dan dapatlah kita menumpukan seluruh tenaga dan masa untuk menentang dajjal yang sudah ada didepan mata...

En. Gosip said...

Dikatakan bahawa keluarga Asad adalah dari keterunan Syiah Alawi.

islam1st said...

Wallahualam en gosip, boleh kongsikan maklumat yang ada pada tuan untuk pencerahan...terimakasih

Imran N Hosein

Loading...