Wartawan bebas Anhar Kochneva telah bekerja dan hidup dikalangan rakyat Syria sudah lebih daripada sepuluh tahun. Katanya keadaan di Syria sama sekali berbeza dengan apa yang telah dilaporkan oleh media massa.
Wanita ini berketurunan Russia (linguistik), beliau fasih berbahasa arab dan
mempunyai kenalan dan jiran dikalangan rakyat Syria. Beliau banyak
bercampur dengan warga Syria, malah membeli-belah di rangkaian pasaraya yang
sama dengan mana-mana rakyat Syria di ibu negara. Kami menemuramah beliau
dan bercakap tentang sebab-musabab yang menjadi punca kepada kekacauan
berpanjangan yang berlaku di Syria.
‘Demonstrasi Jalanan’
Apakah terdapat tanda-tanda sebelum krisis ini bermula?
Sebenarnya tidak terdapat langsung tanda-tanda akan berlakunya krisis
setahun yang lalu. Tiada apa-apa yang luar daripada kebiasaan yang
berlaku pada bulan Mac, 2011. Ianya bermula sebagai satu kes perbuatan jenayah.
Saya sebenarnya amat bengang apabila ada wartawan yang menulis kononnya berlaku
rusuhan dan demonstrasi jalanan di Syria beberapa bulan lalu. Ianya tidak benar sama sekali.
hanya nampak tiga keadaan
yang boleh dianggap sebagai demonstrasi.
Saya berkata demikian kerana ianya hanya dihadiri oleh beberapa orang
dan ianya tidak lebih daripada sebuah ‘persembahan lakonan’ untuk para
wartawan. ‘Protes’ dibuat rakaman video selama lima ke sepuluh minit sebelum
orang ramai bersurai. Di sesetengah bandar,
penyamun yang menguasai bandar tersebut memaksa orang ramai untuk
berdemonstrasi.
Saya telah datang ke Syria lewat tahun 90-an. Ikhlasnya, saya tidak sukakan negara ini. Setelah tinggal di sini beberapa lama, saya dapati negara ini sudah banyak berubah. Kehidupan di sini juga sudah berbeza. Orang ramai sudah mempunyai perniagaan sendiri; harta benda sendiri.
Saya telah datang ke Syria lewat tahun 90-an. Ikhlasnya, saya tidak sukakan negara ini. Setelah tinggal di sini beberapa lama, saya dapati negara ini sudah banyak berubah. Kehidupan di sini juga sudah berbeza. Orang ramai sudah mempunyai perniagaan sendiri; harta benda sendiri.
Jadi, mereka-mereka yang mungkin akan menyokong gerakan protes jika ianya dilakukan 10 tahun lalu, tidak akan berbuat sedemikian sekarang. Rakyat kini, mahukan stabiliti. Kini terdapat beberapa gangguan dan huru-hara. Dulunya negara ini aman. Syria adalah sebuah negara yang paling selamat di rantau ini. Sebelum ini jika anda tertinggal beg berisi wang di mana-mana dan kembali dua hari selepas itu, pasti beg tersebut tidak akan terusik dan masih di situ. Sekarang keadaan sudah jauh berbeza. Orang ramai dalam ketakutan. Keamanan dan keharmonian, sesuatu yang mereka banggakan dulu sudah dirampas daripada mereka.
Dalam
cengkaman penyamun
Siapakah yang merancang
siri-siri letupan, peristiwa tembak-menembak dan merosakkan bangunan-bangunan?
Beberapa minggu lepas saya
berada di Homs. Saya berada di daerah
yang dinamakan Baba Amr. Kebanyakkan
penduduk telah meninggalkan kediaman mereka.
Kawan-kawan saya tinggal lebih kurang 800 meter daripada daerah
tersebut. Mereka menceritakan kepada saya, bahawa kumpulan penyamun telah
melepaskan tembakan ke kawasan kediaman mereka.
Bukannya tentera Syria. Pihak
tentera Syria tidak akan menembak orang awam.
Mereka hanya akan menyerang balas apabila keadaan menjadi tidak
terkawal.
Kebanyakkan daripada mangsa-mangsa
perang pada bulan lepas terdiri daripada pihak tentera Syria sendiri.
Pemberontak-pemberontak berperang di jalanan, rakam video dan membakar tayar.
Jika anda perasan terdapat asap hitam dalam mana-mana video mereka, yang
kebanyakkan ‘dihasilkan daripada telefon mudah alih’, ianya bukanlah disebabkan
oleh bedilan daripada pihak tentera, ianya terhasil daripada tayar yang
terbakar.
Sebulan lalu, saya berada di
Zabadani, yang terletak di bahagian barat daya negara ini. Beberapa kumpulan
penyamun melakukan huru-hara dan menimbulkan rasa takut dikalangan penduduk di
situ. Kebelakangan ini kita selalu mendengar dan membaca tentang bencana
kemanusiaan di Syria. Ianya berlaku
apabila sesebuah bandar atau tempat itu jatuh ke tangan sekumpulan penyamun.
Di Zabadani, rakan sekerja saya ditangkap oleh sekumpulan penyamun. Mereka menunjukkan kepada kami sebuah kereta kebal yang sudah berkarat dan mendakwa bahawa kereta kebal tersebut telah menbedil bandar tersebut. Masalahnya, dua buah rumah yang rosak teruk berada ditengah-tengah bandar tersebut. Saya sangsi kereta kebal tersebut boleh melakukan perkara tersebut samada dengan menembak ke udara ataupun menembak daripada bahagian sisi. Mereka juga berusaha mengumpul beberapa orang awam dan mula melakukan ‘demonstrasi’ khas untuk kami berdua. Pada ketika itu, saya perasan kebencian dan ketakutan yang teramat sangat terukir di wajah orang-orang awam tadi. Mereka takut dan bencikan penyamun-penyamun itu.
Di Zabadani, rakan sekerja saya ditangkap oleh sekumpulan penyamun. Mereka menunjukkan kepada kami sebuah kereta kebal yang sudah berkarat dan mendakwa bahawa kereta kebal tersebut telah menbedil bandar tersebut. Masalahnya, dua buah rumah yang rosak teruk berada ditengah-tengah bandar tersebut. Saya sangsi kereta kebal tersebut boleh melakukan perkara tersebut samada dengan menembak ke udara ataupun menembak daripada bahagian sisi. Mereka juga berusaha mengumpul beberapa orang awam dan mula melakukan ‘demonstrasi’ khas untuk kami berdua. Pada ketika itu, saya perasan kebencian dan ketakutan yang teramat sangat terukir di wajah orang-orang awam tadi. Mereka takut dan bencikan penyamun-penyamun itu.
Image: "Kebanyakan daripada mereka berkepala botak dan berjanggut. Ramai memakai kasut sukan berwarna putih dan berseluar tentera," kata seorang yang didakwa sebagai 'pegawai yang belot' berkenaan dengan pelaku-pelaku "Pembunuhan Houla" Sebuah gambaran yang tepat berkenaan dengan teroris sektarian tajaan NATO yang menghancurkan Libya sebelum bergerak ke Syria (sini, dan sini) untuk meneruskan kempen genocide terancang.
Kisah
askar upahan
Anda sering melabel mereka
sebagi ‘penyamun’: bukankah mereka itu sebenarnya kumpulan pemberontak atau
lebih tepat lagi kumpulan pembangkang?
Dikalangan mereka ini sebenarnya terdapat sejumlah askar-askar upahan. Ada yang berketurunan Chechnya, Romania, Perancis, Libya dan juga Afghanistan. Sebenarnya terdapat satu persitiwa yang agak melucukan membabitkan askar-askar yang datang daripada Afghanistan. Beberapa orang daripada mereka ini tertangkap dan ditanya, ‘Apa yang kamu semua buat di sini?’ Mereka menjawab, ‘Kami diberitahu yang kami akan dibawa ke Israel, dan pada waktu malam kami menembak kea rah bus-bus daripada Israel. Kami sedang berperang dengan musuh untuk membebaskan Palestin. Ianya mungkin melucukan, tetapi ianya benar-benar berlaku. Askar-askar Afghanistan terkejut beruk bila diberitahu yang mereka sedang berada di Syria dan bukannya Israel. ‘Kami fikir kami di Israel!’
Penjenayah-penjenayah
berketurunan Syria juga bersenjata.
Mereka ini merupakan penjenayah dalam erti kata sebenar dan sepatutnya
berada dalam penjara. Mana-mana negara
sekalipun mempunyai masalah ini.
Sememangnya kumpulan penjenayah ini jika mereka dapat mengawal sesebuah
bandar mereka akan membakar rekod-rekod jenayah.
Di mana-mana saja pasti
terdapat sekumpulan orang yang gilakan kuasa, yang tidak mahu bekerja tetapi
mahu mempunyai wang. Kes kecurian di Syria kini meningkat dengan mendadak. Walaupun kumpulan penjenayah ini tidaklah
seramai mana, namun cukup menghuru-harakan sesebuah bandar. Dua orang penembak curi sudah cukup untuk
melumpuhkan kehidupan seharian.
Mereka
mahu melakukan huru-hara, bukannya reformasi
Pilihanraya parlimen
diadakan pada 7 haribulan Mei, 2012.
Adakah pihak pembangkang menyertai pilihanraya tersebut?
Ya, dan mereka sangat aktif
berkempen. Hampir ke semua
dinding-dinding di negara ini dipenuhi dengan poster-poster calon
pilihanraya. Dilaporkan terdapat lebih
kurang 7200 calon yang bertanding merebut 250 kerusi. Apakah yang membuatkan anda yakin bahawa
pilihanraya tersebut tidak demokratik? Siapa kata? Pemimpin-pemimpin pihak
pembangkang? Mereka hidup di luar
negara, di Eropah, berdekad-dekad lamanya.
Apa yang mereka tahu tentang Syria kini?
Apakah mereka memahami aspirasi dan keperluan kami? Biar rakyat Syria
sendiri yang menentukan hala tuju negara ini.
Konflik di Syria, siapa lawan siapa sebenarnya?
Ianya sesuatu yang tragik,
Syria sebenarnya menjadi batu penghalang kepada keupayaan Amerika Syarikat
untuk mengubah paksi kuasa di Timur Tengah. Sila baca buku, Where to InvadeNext, suntingan Stephen Elliot, dan anda akan lebih memahami Arab Spring.
Terima kasih kepada media
global, kita semua sekarang bergerak bersama-sama realiti media alternatif. Seluruh dunia kini sedang menonton sebuah
tayangan gambar yang tidak pernah wujud; ianya tidak lebih hanyalah sebuah
fiksyen yang dicanang-canang sebagai kisah benar. Pendapat orang ramai dimanipulasi secara
halus.
Bagaimanakah penerimaan
terhadap pelan damai Annan di Syria?
Ada juga yang berpendapat
bahawa, langkah ini diambil semata-mata untuk membolehkan penyamun-penyamun
tadi menyusun semula barisan kumpulan mereka.
Orang ramai yang kami jumpa di Homs yakin bahawa tentera Syria akan
dapat menyelesaikan permasalahan ini dalam masa lebih kurang seminggu. Dalam pada itu, ada juga versi lain: yang mendakwa
Amerika Syarikat mahu keluar daripada permasalahan ini secara terhormat.
Keputusan Bangsa-Bangsa
Bersatu akan menyelebelahi Kerajaan Syria. Saya sukakan versi yang kedua.
Inilah sebenarnya kebenaran, masakan kita semua tidak nampak. Sekali-sekala bolehlah kita menipu. Tetapi tidak sepanjang masa. Saya yakin 300
pemerhati Bangsa-Bangsa Bersatu akan memahami situasi sebenar di sini. Paksa mereka untuk menipu-saya rasa ianya
sukar.
Pada bulan Januari lepas, sebuah misi daripada Liga Arab telah menyediakan sebuah laporan terperinci tentang peristiwa yang berlaku di Damsyik. Laporan tersebut antara lain melaporkan bahawa tindakan yang diambil oleh pihak polis di Homs bertepatan dengan jenayah yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan bersenjata. Malangnya, laporan suruhanjaya Liga Arab tidak diterbitkan. Saya amat berharap supaya wakil-wakil Bangsa-Bangsa Bersatu terdiri daripada orang baik-baik, yang akan melaporkan situasi di sini secara objektif.
Pada bulan Januari lepas, sebuah misi daripada Liga Arab telah menyediakan sebuah laporan terperinci tentang peristiwa yang berlaku di Damsyik. Laporan tersebut antara lain melaporkan bahawa tindakan yang diambil oleh pihak polis di Homs bertepatan dengan jenayah yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan bersenjata. Malangnya, laporan suruhanjaya Liga Arab tidak diterbitkan. Saya amat berharap supaya wakil-wakil Bangsa-Bangsa Bersatu terdiri daripada orang baik-baik, yang akan melaporkan situasi di sini secara objektif.
Akhir sekali, adakah anda
menyokong Kerajaan Syria?
Saya? Saya tidak kenal sesiapa dalam kerajaan. Namun saya menyokong penuh rakyat Syria. Tidak ada yang lain.
Gambar-gambar dan video-video dalam terjemahan ini tidak berkaitan artikel sebenar (link ada dibawah-gbtimes), namun dimasukkan penulis kerana ianya bersesuaian untuk memahami konflik ini dengan lebih mendalam.
Baca dengan lebih lanjut tentang krisis di Syria dalam ruangan Third Angle
Dipetik dan diterjemah
daripada gbtimes