Barat & Hipokrasi Maha Acuan 1

Saturday, August 11, 2012

Ketika barat melabel kita dengan pelbagai gelaran yang kurang enak didengar, malah ada yang menghina dan cuba mengajar kita tentang adab menjalani kehidupan kita dalam kerangka Orde Baru Dunia (perlukah kita terjebak sama dengan aspirasi yang dibenihkan dan dihidupkan barat tanpa was-was dan curiga apabila semua ini dirangka tanpa mengambil kira aspirasi kita, muslim di alaf ke-21?-pluralisme dan keterbukaan agama hanya cakap-cakap kosong barat dan agen-agen berbayar mereka!) seorang tokoh liberal berpengaruh dunia barat telah memalukan dua gergasi media Amerika Syarikat dengan tuduhan plagiat ke atas dirinya.

Barat hari ini semakin lama semakin terdedah pekung di dada yang selama ini dikatup rapat daripada mata kita semua dan dunia amnya.  Penipuan demi penipuan yang rampant dalam aktviti seharian seorang individu barat (as oppose to muslims dan its ideals-nilai apa lagi yang perlu kita ikut jika kita tahu dan sedar sebagai muslim, Islam itu agama kebenaran, Al Quran kalam Allah subhanawataala juga benar kerana kebenaran hakiki atau Haq ialah tidak lain dan tidak bukan ialah Allah Maha Pencipta seluruh alam-ada muslim yang tidak bersetuju dengan hakikat ini?)



Hari ini, kolumnis majalah berpengaruh Time, Fareed Zakaria yang banyak bercakap tentang pendekatan politik barat, terutamanya Amerika Syarikat di Timur Tengah (banyak perkara lain juga sebenarnya, tetapi penulisan awal beliau dilihat sebagai bernuansakan pandangan kiri muslim, kerana beliau lahir muslim di India, lesen untuk kritikal terhadap Islam tanpa di label white supremacist islamophobes-fikir, agen barat),  memohon maaf secara terbuka kerana dituduh memplagiat artikel seorang penulis majalah New Yorker, Jill Lepore berkenaan dengan pengawalan senjata api.  Fareed Zakaria yang juga editor at large majalah Time dan pengacara CNN, dalam permohonan maafnya menyatakan kekesalan kerana terdapat persamaan beberapa para dalam artikel tulisan beliau dengan artikel penulis wanita tersebut.

Pihak Time menerima permohonan maaf Fareed Zakaria sambil menegaskan apa yang beliau lakukan telah melanggar etika tatacara kolumnis majalah tersebut.  Tegas Time kolumnis mereka hendaklah menghasilkan kerja yang berasaskan fakta dan karya mereka mestilah juga asli.  Pendapat mereka hendaklah datang daripada pandangan peribadi mereka, malah setiap bait perkataan yang dicernakan hendak jugalah asli, tambah Time lagi.  Kolum Fareed Zakaria akan digantung selama sebulan, sementara perkara ini dikaji dengan lebih mendalam.

Fareed Zakaria mempunyai sebuah rancangan bual bicara Global Public Square dengan singkatan GPS yang popular di CNN.  Dengan barisan jemputan yang sangat berwarna –warni dan berpengaruh, rancangan tersebut mendapat rating yang tinggi (kredibiliti personaliti yang dijemput seperti Tony Blair, Henry Kissinger, Condoleeza Rice, Tim Geithner, Zbigniew Brzezinski dan lain-lain masih boleh dibahas!). dan beliau juga menulis di CNN.com untuk blog bagi rancangan yang sama.  Jadi tidak hairanlah jika CNN juga pantas memberi respons kepada perkembangan terbaru ini. 

Kata CNN, pihak kami telah menganalisa kolum majalah Time tulisan Fareed Zakaria, yang membuatkan beliau memohon maaf secara terbuka (permohonan maaf tersebut juga telah dititpkan diblog GPS).  Beliau menulis ‘a shorter blog’ di CNN.com berkenaan dengan isu yang sama yang juga mempunyai petikan yang tidak dinyatakan punca asal petikan tersebut.  Pos tersebut telah dipadam dan CNN telah menggantung Fareed Zakaria sementara perkara ini dikaji semula.

Dilaporkan juga ini bukanlah kali pertama si empunya badan melakukan perkara sedemikian, pada tahun 2009 beliau pernah di tegur oleh seorang penulis Jeffrey Goldberg yang pernah memenangi National Magazine Award for Reporting, kerana memetik penulisannya tanpa menyatakan sumber asal petikan tersebut, seolah-olah ditulis Fareed Zakaria sendiri.

Beliau secara sinis menulis, ‘…bagaimana boleh saya membalas ‘persahabatan’ yang baru terjalin ini? Dengan mencuri his shit?  Mungkin para pembaca boleh membantu:Ada tak di luar sana petikan-petikan yang bagus hasil temuramah Fareed Zakaria dengan pemimpin dunia yang boleh saya guna untuk Atlantic (beliau menulis untuk the Atlantic)?’




Namun masalah penulis tersohor ini, pengarang kepada The Post American World ini tidak terhenti di situ, Jim Sleeper seorang pensyarah politik di Universiti Yale melaporkan bahawa Fareed Zakaria merupakan seorang trustee di universiti tersebut, dan oleh kerana Yale memandang berat hal-hal berkenaan plagiarisme ddi institusi tersebut.  Pelajar yang didapati bersalah melakukan plagiat akan digantung serta-merta dan ada juga yang dibuang terus.  Jika tatacara ini diikuti, si empunya badan yang pernah menulis di majalah dalam talian Slate bagi kolum tentang wine ini, perlu berundur atau meletak jawatan.



Masalah yang lebih besar ialah, penulis wanita tersebut, Jill Lepore merupakan cendiakawan dengan ijazah kedoktoran daripada Universiti Yale dan sekarang ini bekerja sebagai Profesor Sejarah Amerika Syarikat di Universiti Harvard.  Dan Fareed Zakaria sebagai pemegang ijazah kedoktoran daripada Universiti Harvard, patut lebih tahu untuk tidak memplagiat kerja cendiakawan lain, tambahnya lagi.

Persoalannya bagaimanakah seorang wartawan merangkap penulis kolum yang sudah lebih 20 tahun berkecimpung dalam bidang ini tergamak melakukan perkara sedemikian.  David Zurawik daripada Baltimore Sun, menutup penulisannya tentang kejadian ini dengan keras, namun amat bersesuaian, katanya, '...mungkin saya seorang moralis jumud, atau mungkin juga kerana saya telah 20 tahun mengajar etika kewartawanan kepada pelajar-pelajar kolej, saya sememangnya tidak pandang betapapun pandai seseorang itu, jika mereka mencuri atau memplagiat idea ataupun perkataan sekalipun, pada saya mereka ini sudah 'mati', mereka ini tidak layak untuk dijadikan sumber rujukan untuk sebarang perbincangan berbentuk ilmiah ataupun moral.  Dan jika media melakukan kerja mereka dengan baik untuk mengawal kejadian ini daripada berlaku, masyarakat akan lebih mempercayai media.  Mungkin juga saya keterlaluan, tetapi saya tidak akan yakin mahupun percaya apa saja yang akan diperkatakan Fareed Zakaria'.

Kelulusan Harvard yang sebeginikah yang dicernakan salah satu universiti yang dibangga-banggakan barat.  Tidak cukupkah dengan skandal institusi pengajian barat yang 'menjual' sijil-sijil Ijazah secara gelap, tanpa perlu pelajar mengikuti sepenuhnya pengajian tersebut.  Begitu juga dengan kes makhamah seorang tokoh kaya raya dari Asia Tengah yang membayar harga yang sangat tinggi kepada agen pembelajaran tinggi, semata-mata kerana beliau mahu menjejakkan kaki ke sebuah Universiti tersohor?!

Setelah skandal ekonomi dan kewangan seperti Enron, Worldcom, Arthur Andersen, Parmalat, AIG dan Bernie Maddoff menunjukkan sedikit (a tip of the iceberg) wajah sebenar dunia korporat barat.  Muslim patut merendahkan rating ke atas syarikat, pertubuhan dan personaliti barat, kerana kes-kes penipuan maha mega sebegini.

IMF, Bank Dunia, the Federal Reserve dan Fifa juga mempunyai beberapa skandal yang maha memalukan.  Tetapi barat pandai mengguna-pakai kuasa lobi dan perhubungan awam untuk menutup bangkai gajah.  Dengan 'nyiru' yang besar, mereka pandai menutup cerita.  Namun nampaknya kebelakangan ini, sedikit demi sedikit bau bangkai menjengah ke sini.  InsyaAllah jika diberi kesempatan, kelapangan, ilham dan rezeki untuk berkomentari tentang perkara-perkara ini, akan penulis persembahkan kepada semua.

Persoalannya masihkah kita mahu mengguna-pakai penanda aras barat yang jelas bercakap tidak serupa bikin?  Siapa yang tidak telus sebenarnya?  Institusi barat sememangnya korup, tidak telus dan penuh dengan segala macam penipuan.  Sudah sampai masanya, dasar mempercayai 'mat saleh' dan agen-agen mereka dihentikan.  Muslim harus sedar diri dan bangun daripada slumber yang panjang.  Agen-agen barat atas nama liberal, demokrat ataupun moderat di negara kita dan di negara jiran tetangga kita, harus didedahkan supaya mereka sedar diri dan kembali ke pangkal jalan dan berhenti menjual masa depan bangsa dan agama!


Penulis berpendapat Fareed Zakaria merupakan a true blue individu barat berdasarkan pengakuan, perbuatan (melalui pemikiran dan penulisan), gaya hidup dan aspirasi beliau sendiri.  Untuk lebih memahami pendirian penulis sila kaji dengan lebih mendalam tentang perkara yang disebutkan di atas.


2 comments:

Imran Haaz said...

Fareed Zakaria ni dlm kebanyakan article Newsweek yg ditulisnya, banyak digunakan oleh majalah tu utk sebarkan propaganda serta memprogramkan phobia, jijik dan kebencian kepada setiap apa yg boleh di'associate'kn sbg apa yg melambangkan Islam kepada pemikiran org2 yg membaca majalah trsebut.. Allah berjanji di dalam al Qur'an bahawa org2 seperti ini akan Allah perolok-olokkan.. dan terbukti janji Allah sentiasa benar dan tetap benar pada setiap masa..

Lihat sahaja apa yg berlaku kepada 'kumpulan yang mendakwa diri pewaris nabi' di Malaysia. Mrk permainkan agama dan akhirnya kini mereka juga turut diperolok-olokkan Allah dgn pelbagai masalah yg mencemarkan kemuliaan akal dan kedudukan mulia palsu mrk di mata manusia2 yg selama ini buta.

Imran Haaz said...


Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
(Al-Baqarah 2:6)

(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
(Al-Baqarah 2:7)

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
(Al-Baqarah 2:8)

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
(Al-Baqarah 2:9)

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
(Al-Baqarah 2:10)

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".
(Al-Baqarah 2:11)

Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
(Al-Baqarah 2:12)

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Al-Baqarah 2:13)

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".
(Al-Baqarah 2:14)

Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).
(Al-Baqarah 2:15)

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.
(Al-Baqarah 2:16)

Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
(Al-Baqarah 2:17)

Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
(Al-Baqarah 2:18)

Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.
(Al-Baqarah 2:19)

Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Al-Baqarah 2:20)

Imran N Hosein

Loading...