Barat & Hipokrasi Maha Acuan 2

Monday, August 13, 2012

Jabatan Pertahanan Negara Amerika Syarikat mendifinisikan terorisme sebagai “the calculated use of unlawful violence or threat of unlawful violence to inculcate fear; intended to coerce or to intimidate governments or societies in the pursuit of goals that are generally political, religious, or ideological.”

Jika ini diambil kira, sedarkah kita berapa banyak jenayah terorisme terancang yang telah dilakukan Amerika Syarikat ke atas negara-negara yang ditelah diganggu-gugat oleh operatif CIA.  Jika ini diambil kira, kenapakah bekas pemimpin negara Britain dan Perancis masih bebas mendapat pencen jabatan awam sedang mereka gembira melayari kehidupan selepas bersara bersama cucu-cucu mereka?  Jika ini diambil kira kenapakah jenayah Itali semasa menjajah Libya dipandang sepi tanpa sebarang tindakan?  Jika ini diambil kira, kenapakah negara-negara penjenayah perang dan keganasan terancang ini tidak dihadapkan ke Tribunal Perang di Hague, Belanda (apakah kita masih mempercayai tribunal yang memilih pemimpin-pemimpin negara ikan bilis seperti bekas jajahan Yugoslavia, bagaimana pula dengan anak beranak Bush dan anjing poodlenya, Blair)? 



Kenapakah Malaysia dan Asean amnya tidak memasukkan negara-negara ini dan lain-lain warmongers seperti Israel ke dalam Terrorist Watch List Tahunan kita?  Bukankah mereka ini telah melakukan jenayah terorisme terancang ke atas kerajaan dan masyarakat di seluruh dunia, seperti apa yang berlaku di Syria sekarang ini sehingga mengorbankan puluhan ribu nyawa-collateral damage numericals yang tidak membawa apa-apa makna kepada mereka semua.

Bukankah mereka pernah mengugut Bashar Assad supaya meletak jawatan jika tidak mahu negara anda diserang?  Dan apabila Bashar Assad memilih untuk tidak tunduk kepada mereka, seperti juga Muaamar Gadafi dan Saddam Husein sebelum ini (bezanya Bashar Assad masih mendapat sokongan majoriti rakyat Syria), mereka melaksanakan perancangan mereka dengan menaja pengganas Al-Qaeda yang sering mereka canang sebagai pengganas berbahaya dalamwanted list mereka

Kenapakah kita, umat islam dan rakyat Malaysia amnya,  tidak menghalau wakil kedutaan mereka supaya balik saja, kerana kita cintakan keamanan dan sebagai pendukung NAM dan aspirasinya, kita tidak mahu berurusan lagi berurusan dengan teroris?!  Tidak cukupkah dokumentasi jenayah perang Amerika Syarikat di Vietnam dan Laos untuk negara ini dimasukkan ke dalam senarai negara penjenayah perang, penaja keganasan yang paling berbahaya?!


Selamat datang kepada realiti dunia akhir zaman courtesy kebobrokkan manusia mengejar kebendaan melebihi nilai maruah dan nilai nyawa manusia itu sendiri.    Berapakah nilai harga seorang wanitadewasa ini?  Satu malam RM700 untuk ditiduri?  15000 thai bhat untuk gadis perawan di seberang sempadan Thailand? Berapa pula harga dua anak gadis naif itu yang ditinggalkan taman permainan penuh dengan sarung-sarung bom sumbangan uncle sam? Bagaimana pula dengan nasib dan masa depan mangsa-mangsa Agent Orange Amerika Syarikat?



Jika semua kita perdagangkan dewasa ini, janganlah kita hairan apabila ada anasir-anasir professional (dari segi penampilan, perwatakan dan juga tatacara kerja-di mata Tuhan sudah tentu sebaliknya!) yang kerjanya hanya perlu mempengaruhi massa.  Lebih besar dan ramai yang dipengaruhinya, lebih besar ganjaran yang akan dibayar.  Mereka ini akan digunakan untuk melobi masyarakat di mana saja mereka beroperasi untuk (secara halus dan tidak disedari selalunya) tunduk kepada kehendak money masters.  Retorik-retorik yang selari dengan apa yang dibriefkan kepada operatif akan kedengaran di ruang-ruang ceramah dan dapat dibaca di dada akhbar dan laman-laman blog.

Tujuannya hanya satu supaya sentiment berubah daripada apa yang mereka tidak suka kepada apa yang mereka kehendaki.  Tetapi mengenali manusia ianya (tugasan tersebut) bukanlah semudah yang disangka.  Mereka perlukan wajah atau personality yang digemari dan disukai massa supaya mudah proses indoktrinasi dikerjakan.

Kuasa-kuasa lobi digunakan bersama-sama dengan kuasa kewangan (kuasa lobi juga perlukan kepada kewangan yang kukuh dan banyak-samada untuk melobi dan merasuah untuk memuktamadkan lobi itu sendiri) untuk melobi negara-negara tertentu yang boleh dibeli.  Negara-negara miskin atau mereka yang mempunyai kerajaan yang korup selalunya dipergunakan untuk tujuan ini. 

Ya barat akan tutup sebelah mata apabila keinginan dan kehendak mereka dipenuhi.  Tetapi jika tidak mereka akan mengeluarkan seribu satu macam konvensyen dan clausa undang-undang untuk mengenakan mereka yang tidak mahu mengikut telunjuk mereka.  Fikir Saddam Husein dan juga Muamar Gadafi, general perang yang semasa mudanya diangkat oleh CIA (fikir Judeo-Kristian Zionis Barat) kerana kritikal terhadap Kesatuan Soviet pada ketika itu namun akhirnya dibunuh dalam keadaan yang amat memalukan!



Untuk memahami dengan lebih lanjut sila baca berkenaan dengan kejatuhan Empayar Turki Utmaniah dan penglibatan CIA di Amerika Latin dalam menjatuhkan pemimpin popular yang tidak pro Amerika Syarikat.  Ianya bukanlah rahsia lagi, tetapi maklumat ini juga tidak akan datang bergolek ke depan kita tanpa usaha kerana pihak yang satu lagi sentiasa berusaha keras supaya maklumat ini tidak sampai kepada massa!

Bukan saja lobi itu mampu membuatkan kejadian keganasan itu berlaku, seperti yang dapat kita lihat putiknya (itu saja sudah amat menggerunkan) pada Himpunan Bersih 3.0 tempoh hari (saya alumni Bersih, pada tahun pertama ketika orang lain takut dan masih terpinga-pinga mahu ke jalan raya saya sudah pakai baju kuning menuntut supaya pilihanraya menjadi lebih bersih dan adil, tetapi Bersih 3.0 bukanlah sesuatu yang boleh saya banggakan!), lobi itu sendiri adalah kerja dan usaha yang unlawful digunakan untuk menimbulkan rasa kurang senang, untuk menekan atau menakut-nakutkan sesebuah kerajaan atau sesuatu masyarakat dengan memperolehi matlamat politik, agama atau ideologi!  Dan jika kes tembakan di Sikh Temple di Wisconsin itu sebuah pelakuan terorisme, kenapakah perlakuan seperti Bersih 3.0 tidak dianggap sama dan kenapa pula Amerika Syarikat dan agen-agennya menaja penganjuran aktiviti tersebut?

0 comments:

Imran N Hosein

Loading...