Barat & Hipokrasi Maha Acuan 3

Tuesday, August 21, 2012


Aung San Suu Kyi merupakan tawanan politik paling lama dan paling terkenal di serata dunia.  Ibu kepada dua anak yang berwajah lembut ini terkenal sebagai wanita tabah yang dizalimi oleh junta tentera Myanmar, ditahan di rumah sendiri, dihalang daripada berjumpa dengan ahli keluarganya sehinggakan kematian suaminya sendiri tidak dapat dihadirinya.  

Begitu sekali dia dizalimi.  Seluruh dunia tersentuh dan bersimpati dengan ketabahannya.  Wanita ini menjadi wajah kepada perjuangan menegakkan keadilan seantoro dunia sehinggalah dinobatkan Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1991, sehingga digelar sebagai pemimpin moral untuk seluruh dunia oleh pengerusi Jawatankuasa Nobel Norway, Thorbjorn Jagland. Teliti ucapan wanita ini semasa menerima hadiah tersebut 20 tahun selepas memenangi anugerah berpengaruh tersebut.  

Terkini Aung San Suu Kyi yang sudah pun bergelar ahli Parlimen di negaranya ini mula menunjukkan wajahnya yang sebenar apabila menidakkan isu pelarian Rohingya yang dibunuh dan dihalau dengan kejam daripada tanahair mereka sendiri.  Pemimpin moral dunia ini bersikap acuh tidak acuh berkenaan dengan permasalahan ini sehinggakan beratus ribu menjadi pelarian dan beratus lagi telah kehilangan nyawa.  Sebanyak 800,000 ribu masyarakat Rohingya dinafikan hak kerakyatan Myanmar walaupun sudah beratus tahun hidup di sana


Diskriminasi yang dialami oleh masyarakat Rohingya sebenarnya satu lagi bukti kepada hipokrasi barat yang terserlah apabila puppet ciptaan dan tajaan barat yang hilang punca apabila tidak mendapat brief terkini untuk mengendali isu tersebut.  Aung San Suu Kyi dibela dan dipelihara barat untuk mengetengahkan Agenda Dunia Baru supaya imej dan wajah wanita ini disinonimkan dengan penindasan dan kebobrokkan junta tentera yang wujud ditengah-tengah ASEAN yang cintakan keamanan.

ASEAN dan masyarakatnya belum cukup civilised kerana menanggung biawak hidup ini.  Nilai barat adalah nilai yang terbaik dan harus digunapakai semua masyarakat, jika tidak, tentunya akan lahir kezaliman maha acuan seperti yang dialami oleh Aung San Suu Kyi dan masyarakat Myanmar sendiri amnya.  Tidak penting jika Perdana Menteri kita memikirkan sebaliknya.  Semua ini berlaku (seperti juga peperangan di Syria) kerana ada tangan-tangan ghaib yang menggerakkannya.


Jika tidak kerana isu Rohingya dunia mungkin masih mahu mempercayai The Lady dan berterusan bersimpati dengannya.  Aung San Suu Kyi tidaklah selembut wajahnya.  Wanita ini sebenarnya menyimpan banyak rahsia hipokrasi barat yang didukungnya.  Disebalik senyuman dan mata bundarnya, disebalik bunga yang disemat disanggul dan selendang yang tersebai dibahu, Aung San Suu Kyi bukanlah golongan bawahan yang berjuang kerana comradenya ditindas.  Dia lahir daripada keluarga berada dan telah mendapat pendidikan daripada salah sebuah universiti termuka dunia barat yang in itself sangat boleh dipertikaikan keabsahannya!


0 comments:

Imran N Hosein

Loading...