Barat & Hipokrasi Maha Acuan 4

Sunday, August 26, 2012

Masihkah kita semua ingat ketika masyarakat dunia cuba menghina kita semua dengan menghina junjungan besar kita Nabi Muhammad sallahualaihiswassalam dengan karikatur yang cukup mengjengkelkan.  Ketika seluruh umat Islam di seluruh dunia melahirkan kekesalan mereka dengan berdemonstrasi, menghantar memorandum ke kedutaan Denmark, membakar bendera dan ada juga membakar kedutaan Denmark seperti yang berlaku di Beirut, memanggil pulang duta daripada Denmark, memboikot barangan keluaran Denmark dan tidak kurang juga yang membalas dengan penulisan dan lukisan kartun.  

Ketika itu Jyllands-Posten, Denmark, malah seluruh dunia barat mentertawakan  kita semua, sambil cuba mengajar kita tentang kehidupan dan ketamadunan.  Bukankah kita yang mentamadunkan mereka?!  


Mereka dengan bongkaknya mengatakan kita patut lebih terbuka, dalam sistem demokrasi yang diamalkan oleh masyarakat barat, semua perkara, termasuk pemimpin dan agama boleh dikritik.  Ramai yang melabel kita sebagai keterbelakang dan gagal mengamalkan kebebasan bersuara.  Kita dilihat jumud.

Tetapi tahukah kita karikatur yang menghina Nabi Muhammad sallahualahiwassalam, sengaja dihasilkan untuk menghina dan mempersendakan pendatang muslim dan muslim keturunan denmark, muslim diseluruh dunia amnya.

Kita juga patut tahu bahawa Jyllands-Posten beberapa tahun sebelum menyiarkan karikatur tersebut pernah memilih untuk tidak menerbitkan kartun hasil karya Christoffer Zieler yang mengambarkan kebangkitan Jesus Christ, kerana khuatir akan membangkitkan kemarahan orang-orang kristian.  Kartun tersebut juga sebenarnya tidak kelakar, tambah suratkhabar itu lagi.  Kenapakah dwi standard ini digunapakai oleh barat yang mengagungkan demokrasi?  Benarkah demokrasi dan kebebasan bersuara makmur di Eropah?  Jika benarkah, kenapakah wanita ini didapati bersalah hanya kerana menulis sajak tentang jihad?  Sejak bila pula aspirasi dan pemikiran seseorang yang dicernakan dalam bentuk penulisan boleh dipenjarakan dibawah Akta  Terorisme UK?

Bukankah United Kingdom juga negara yang memberikan suaka politik dengan wang pembayar cukainya untuk melindungi Salman Rushdie yang menghina Nabi Muhammad dalam novel nukilannya, The Satanic Verses atas nilai 'sesiapapun tidak patut dibunuh atau diugut untuk dibunuh dek kerana pemikiran ataupun penulisan seseorang'. 

United Kingdom yang mempunyai sistem beraja baru-baru digemparkan dengan skandal gambar bogel Putera Harry di Las Vegas bersama beberapa rakan-rakannya.  Skandal tersebut tersebar meluas di internet apabila TMZ mengeluarkan gambar yang didakwa sebagai Putera Harry bersama seorang kenalan wanita dalam keadaan 'telanjang bulat'.

Pihak Istana mengeluarkan arahan supaya media-media di Britain memberikan kerjasama supaya gambar-gambar tersebut tidak diterbitkan.  Kebanyakkan akhbar patuh dan akur, tetapi berlainan pula halnya dengan thesun yang memilih untuk menyiarkan gambar tersebut atas alasan kebebasan bersuara dan gambar tersebut boleh dilihat di internet.

Persoalannya kenapakah Putera Harry kebal daripada dikritik atau dimalukan?  Kenapakah akhbar-akhbar di Britain yang terkenal dengan sifat degilnya, kali ini, memilih untuk tunduk akur dengan arahan tersebut?  Sudahkah mereka lupa nilai-nilai eropah yang sering mereka bangga-banggakan?  Adakah masyarakat di United Kingdom tidak mempunyai kapasiti untuk berdepan dengan kebenaran?
  
Hanya atas nama menghormati privasi seorang putera raja, mereka memilih untuk melakukan media blackout yang sering mereka label kepada kita dan beberapa negara dunia ketiga yang lain.  

Dan Kenapa pula Amerika Syarikat begitu marah apabila tokoh Wikileaks, Julian Assange mendedahkan rahsia-rahsia kerajaannya yang banyak melakukan jenayah dan kezaliman di atas muka bumi Allah ini, sehinggakan mahu memenjarakan lelaki Australia ini?  Kenapakah Amerika Syarikat yang suka mengkritik kerajaan negara-negara lain, pantang dikritik balas?


Kebobrokkan ini memang menjengkelkan, tetapi inilah legasi hipokrasi barat yang tidak patut kita semua lupa!






0 comments:

Imran N Hosein

Loading...