Kepentingan Besedekah dan Berzakat II

Thursday, August 9, 2012
Sememangnya kita perlulah memperbaiki kebajikan sosial masyarakat kita dahulu sebelum menjengah ke luar.  Namun tidaklah menjadi kesalahan ataupun membawa kemudaratan pada hemat saya jika kita renungkan nasib yang dialami oleh saudara kita dalam dua video yang digerakkan oleh dua badan pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang banyak menghulurkan tangan meringankan beban mereka yang miskin dan terpinggir.  

Dan jika kita mampu, apa salahnya kita menghulurkan seberapa banyak bantuan yang kita mampu.


Dan juga ini.



Tetapi yang lebih membimbangkan ialah realiti yang berlaku ke atas negara jiran kita yang sangat dekat, sebangsa dan seagama, Indonesia.  Alhamdullilah dengan gerakan pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan, harapnya masalah murtad dikalangan umat muslim Indonesia dapat dibendung.  Mereka di sana bertungkus-lumus mengembleng tenaga menidakkan gerakan jesuit kristian yang berleluasa, kita di sini mempunyai peranan untuk membantu sedaya mungkin, jika bukan dengan kuasa ekonomi, dengan daya usaha.  Sila hebahkan tentang video ini sekadar mampu.  

Sesungguhnya gerakan jesuit mempunyai dana kewangan yang kukuh, mereka sangat sistematik dalam kerja dakwah mereka.

Timbul persoalan, kenapa kita, dengan sumber 'black gold' yang telah Allah subhanawataala kurniakan (hampir semua bumi yang didiami muslim ada dijumpai sumber minyak pertroleum dan gas), kita tidak mampu mengekang gerakan ini daripada menyesatkan saudara muslim kita yang lain?

Sila lihat carta di bawah.



Adakah kita tidak mampu?

Atau adakah kita sebenarnya tidak peduli?!


2 comments:

Imran Haaz said...

Salam Tuan,
Kita tak peduli sebenarnya.. jawapan ringkas yg sgt menyakitkan hati tetapi ia suluhan kepada cermin realiti sikap kita..

islam1st said...

Salam Tuan.
Kelmarin stumbled video tu kat youtube, memang terkejut...rupa-rupanya Dr Ridhuan Tee pun ada komen pasal ini kat sinar harian, Alhamdullilah banyak kekurangan yang ada di Indonesia itu tiada di sini (boleh baca kat blog dia), namun ketika sedang sibuk berpolitik, Allah subhanawataala semacam masih mahu mengingatkan kita kepada perkara-perkara yang lebih penting, akidah muslim dan musuh sebenar muslim hari ini, sudah tentunya bukan sesama muslim sendiri...harap-harap pemimpin muslim dalam kesemua barisan nampak akan hal ini dan peduli...bukan dambakan kerusi meja putrajaya semata-mata at all cost!

Imran N Hosein

Loading...