Madinah kembali menjadi perhatian di Akhir Zaman (bahagian 2)

Tuesday, August 7, 2012

Beberapa siri peperangan hebat akan menyebabkan Penaklukan Kota Istanbul

Esei ini cuba membentangkan pandangan bahawa kita sekarang ini sedang berada di takuk masa yang mana Baitul Muqadis sedang berkembang maju manakala Madinah, berbanding dengan Baitul Maqdis berada di dalam keadaan tersisih yang amat menyedihkan-tidak langsung memainkan sebarang peranan dalam urusan berkenaan dengan dunia Islam atau pentas antarabangsa.  Jika pandangan ini betul, maknanya kita akan menyaksikan satu peperangan besar seperti yang diperkatakan oleh Hadis di atas.  Penulis berpendapat peperangan ini akan berlaku dalam beberapa bulan daripada penghasilan esei ini. Peperangan tersebut akan mengakibatkan perang saudara berlaku di Turki, yang mana akan membenarkan ramalan Akhir Zaman berkenaan dengan penaklukan Kota Istanbul yang mana sangat berlainan dengan penaklukan Kerajaan Uthmaniah yang sangat ganas dan memalukan Islam. Hanya apabila penaklukan Islam ke atas Kota Istanbul ini berlaku, Hagia Sophia akan dipulangkan kepada pihak Kristian Timur dengan satu permohonan maaf, dan kota ini akan kembali menggunakan nama Kostantinopel, ketika inilah ‘sehari umpama seminggu’ akan berakhir (sila rujuk Jerusalem Dalam Al-Quran) dan Dajjal akan menampakkan dirinya sambil cuba untuk memerintah dunia daripada Baitul Maqdis (sila lihat Hadis atas).

Sememangnya agak sukar untuk kita meramalkan bagaimana perang saudara di Turki akan bermula.  Tetapi tidaklah mustahil jika langkah Turki untuk menyerang Syria untuk menjatuhkan rejim sedia ada akan membawa ke hadapan agenda Zionis, boleh membangkitkan kemarahan umat Islam Turki untuk berusaha membebaskan Turki daripada cengkaman berbisa NATO.  Usaha tersebut mungkin akan dibantu oleh pejuang-pejuang Arab bergerak ke Turki daripada segenap pelusuk dunia Arab.  Dunia juga akan menyaksikan pejuang-pejuang Islam daripada Albania, Bosnia, Azerbaijan dan kawasan bersebelahan memasuki Turki.  Ada juga ramai di luar sana yang mengandaikan bahawa penaklukan Kota Istanbul telah berlaku, oleh itu amatlah penting untuk kita mengupas berkenaan isu ini.

Adakah Penaklukan Konstantinopel telah berlaku?

Junjungan besar kita Nabi Muhammad sallalahualaihiwassalam banyak memuji kumpulan tentera yang berjaya menakluk kota tersebut, dan tentang Amir yang akan mengetuai tentera pilihan tersebut:

“ sesungguhnya kamu akan menakluki Konstantinopel.  Pemimpinnya sangat hebat, dan begitu juga dengan tenteranya!” (Musnad, Iman Ahmad)

Apabila puak nasionalis sekular Turki menakluki kota tersebut dan meneruskan dengan menubuhkan negara sekular Republik Turki moden pada tahun 1923, mereka memilih untuk menggunakan nama Istanbul sebagai nama rasmi kota tersebut dan melarang penggunaan nama yang sebelumnya; ini mengakibatkan nama ‘Konstantinopel’ semakin hilang daripada perbualan seharian. Dan nama itu juga sekarang ini sudah terkubur di muzium sejarah.  Istanbul bukanlah satu nama yang baru.  Ia adalah salah satu daripada nama yang pernah digunakan kota tersebut.  Walau bagaimanapun kota tersebut sangat terkenal dengan satu nama yang tidak lain tidak bukan ialah Konstantinopel.  Dan larangan penggunaan nama lain sebenarnya lebih ditujukan kepada penggunaan nama terkenal tersebut.  Ada sebabnya kenapa nama kota tersebut ditukar dan penggunaan nama lain dilarang keras, dan esei ini cuba mengupas sebabnya. 

Umum mempercayai bahawasanya ramalan Nabi Muhammad sallaahualaihiwasallam telah dicapai pada tahun 1453 apabila Turki Utmaniyah, dibawah pemerintahan Sultan Muhammad (Mehmet) Fatih, menakluk Istanbul. Walau bagaimanapun hadis yang dipetik di bawah akan menerangkan bahawasanya penaklukan tersebut akan berlaku di Akhir Zaman, beberapa ketika sebelum munculnya al Masih Dajjal dalam bentuk manusia (i.e, jasad sebagai manusia yang akan mengaku sebagai Penyelamat manusia):

Dirawikan oleh Mu’adh ibn Jabal: Rasullulah (sallalahu ‘alaihi wa sallam) berkata:

...tercetusnya perang besar (akan diikuti) penaklukan kota Konstantinopel; and penaklukan kota Konstantinopel (akan diikuti) kemunculan Dajjal (muncul atau keluar)... (Sunan, Abi Daud)

Puak nasionalis Turki yang sekular tidak mahu orang Islam menyedari bahawasanya penaklukan Istanbul seperti yang diramalkan oleh Nabi Muhammad (sallalahu ‘alaihi wa salaam) belum lagi terjadi, dan akan berlaku; dan oleh kerana itulah, salah satu sebab mengapa mereka mengubah nama bandar tersebut.  Nabi Muhammad (sallalahu ‘alaihi wa salaam) mengunakan nama Konstantinopel (alKonstantaniyyah dalam bahasa Arab) apabila baginda meramalkan tentang Bandar tersebut.  Oleh sebab itu, jika nama itu ‘dimuziumkan’, mudahlah untuk perhatian umat muslim dialihkan daripada ramalan tersebut.

Telah diperjelaskan sebelum ini bahawasanya kita sekarang sedang berada di fasa sejarah yang mana Baitul Muqadis berkembang maju dan Madinah menjadi mundur terbelakang.  Maka jelaslah bahawa dunia sekarang sedang menuju ke sebuah peperangan yang maha besar, yang mana akan menjadi permulaan kepada penaklukan semula umat muslim ke atas kota Istanbul.  Umat muslim bukan saja akan membebaskan kota tersebut daripada pemerintahan puak nasionalis secular Turki, malah juga akan melepaskan dan membebaskan kota tersebut daripada cengakaman berbisa Zinonis NATO.

Pembuktian selanjutnya perlu untuk membuktikan tesis ini, sekarang ini kami akan memperjelaskan dengan lebih mendalam tanpa sebarang keraguan bahawasanya penaklukan kota Constantinople oleh kerajaan Utmaniyah pada tahun 1453 masihi bukanlah penaklukan seperti yang diramalkan oleh Nabi Muhammad (sallalahu ‘alaihi wa sallam).


bersambung....

dipetik dan diterjemah daripada imranhosein.org

0 comments:

Imran N Hosein

Loading...