Manipulasi Pasaran Emas, Sistem Wang Fiat dan Kejatuhan Bank Amerika! Teaser 2

Tuesday, August 28, 2012

Jim Rogers ialah seorang pelabur berketurunan Amerika Syarikat yang sekarang ini menetap di Singapura memberi nasihat tentang realiti pasaran saham, standard emas, sistem wang kertas yang semakin merudum nilainya, semakin banyak ianya dihasilkan, dan keadaan ekonomi semasa yang perlu diberi fokus oleh semua orang, terutamanya orang muda.


Pengerusi kepada Rogers Holding and Beeland Interests, Inc yang juga bersama-sama George Soros menubuhkan Quantum Fund yang digunakan Soros untuk 'menyusahkan' Bank of England, sehinggakan british pound susut nilai.


Tokoh ini juga yang menulis, menggesa orang ramai supaya melaburkan wang mereka kepada 'aset padu', seperti hartanah, perak dan emas dan lain-lain komoditi.  Beliau juga merekacipta Rogers International Commodity Index untuk mengukur komoditi dipasaran dunia.


Amatlah diharap dengan pengenalan ini dapatlah kita semua meluangkan lebih banyak masa 'menelaah' video-video Jim Rogers dan tokoh-tokoh lain amnya, yang tidak bercakap dengan skrip yang sama seperti kebanyakkan tokoh-tokoh ekonomi dunia yang lain.


0 comments:

Imran N Hosein

Loading...