Syria, Realiti & Ilusi 2

Tuesday, August 14, 2012

Barat (Judeo Kristian Zionis) kini sedang pecah kepala memikirkan kesukaran untuk menjatuhkan Bashar Assad dengan instrumen ‘kebangkitan rakyat yang cintakan keadilan’ sehingga sanggup mencadangkan pelan perang yang absurd dan menjengkelkan apabila mula mencadangkan supaya no flyzone dikenakan kepada Syria untuk menghalang tentera udaranya daripada menyerang balas pengganas Al-Qaeda di tanah air mereka sendiri!

Amerika Syarikat dan sekutunya kini sedar akan perbezaan pemerintahan diktator arab ini daripada Ben Ali dan Hosni Mubarak.  Kebencian rakyat yang membuak-buak di Tunisia dan Mesir terhadap presiden mereka tidak berlaku di Syria.  Dunia juga seperti kebanyakkan rakyat Syria, sudah mula sedar akan kejahatan Zionis Amerika Syarikat dan sekutunya seperti yang dapat kita lihat dalam video berikutnya ini 


yang dengan sejelas gelas menghuraikan konflik sebenar yang sedang berlaku di Syria, walaupun banyak bercakap lebih daripada konteks seorang Kristian (non-zionis tentunya)-perhatikan juga komen Alan Greenspan berkenaan Federal Reserve dan kenyatan Money Master, Rothschild (akan diperjelaskan dengan lebih mendalam-Riba Sumber Kewangan Dajjal dan Manipulasi Pasaran Emas, Sistem Wang Fiat dan Kejatuhan Bank Amerika.  

Kenapakah pula rakyat Malaysia, muslim khususnya tidak dapat melihat semua ini?  Dan kenapa pula OIC yang dianggotai muslim memilih untuk menyokong Dajjal Wahabi Saudi (pinjam gelaran Imran N Hosein) yang menaja operasi Zionis ini?

Bashar Assad mendapat sekurang-kurangnya lebih daripada 70% sokongan daripada rakyat Syria daripada kumpulan latar belakang yang pelbagai.  Diberitakan penduduk Kristian di sebuah perkampungan Maaloula di Tengah Syria juga mendambakan kejayaan Presiden mereka untuk mengekang pemberontakkan di Aleppo dan Homs daripada menular ke sana.  Mereka juga risau, jika apa yang berlaku ke atas penduduk kristian di Iraq selepas kejatuhan Saddam Husein, menimpa mereka pula.


Diberitakan juga dalam video di atas, terdapat beberapa kumpulan yang datang daripada luar cuba mempengaruhi penduduk perkampungan ini untuk memberontak menentang kerajaan Bashar Assad, tetapi mereka, seperti juga penduduk Syria keturunan Kurdish di sempadan Turki memilih untuk bersama-sama menentang keganasan dan pemberontakkan yang berlaku.  Tetapi pelobi menentang Bashar Assad telah mula mencadangkan supaya mimpi tanah air Kurdistan dihidupkan semula supaya pihak Kurdish Syria bangun menentang Tentera Syria. 

Dan apabila Bassar Assad memilih untuk membantu penduduk negaranya dan menjaga sempadan utaranya daripada diceroboh dengan persenjataan,  Amerika Syarikat dan Turki menuduh beliau memberikan senjata kepada pemberontak.  Tentunya tindakan bijak Syria ini akan menyukar sedikit kemasukan pengganas Al-Qaeda daripada Turki.  Tindakan strategik ini juga boleh memulakan perang saudara tercetus di Turki dengan kebangkitan PKK yang terkenal dengan keberanian berperang dan menimbulkan masalah dalaman baru kepada Turki untuk meminta kuasa autonomi Kurdish.  Masalah Kurdish masih tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan Turki.

Perlu diingati bangsa Kurdish adalah bangsa keturunan pahlawan perang yang gagah dan berani, atas sebab itulah mungkin tanah air mereka dipecahkan kepada beberapa bahagian, Iran, Iraq, Syria dan Turki, supaya kemajuan bangsa ini dapat disekat daripada mencapai potensi sebenar. Pahlawan perang Islam tersohor, Sallehudin al Ayubi adalah berketurunan Kurdish.


Dikhabarkan juga tentera kerajaan Syria telah berjaya mengalahkan pengganas Al-Qaeda dari bumi Aleppo (pemberita barat memilih melabel tentera kerajaan Syria sebagai Assad forces atau the regime's army, manakala pengganas Al-Qaeda sebagai Free Syrian Army sila baca di sini.  Jangan lupa untuk klik Malaysia pada link Area In Focus untuk memahami bangaimana Zionis menaja agen-agennya di Malaysia untuk melakukan huru-hara supaya agenda Money Masters dapat diadakan.  Reserve Emas kita lebih tinggi daripada Libya!

Semoga laman web di atas dapat mendekatkan kita dengan kebenaran peperangan di Syria dan Orde Baru Dunia amnya.  Syaitan dan Dajal sekarang ini datang dengan rambut disikat rapi bersama busana berjenama antarabangasa.  Amat rugilah mereka-mereka yang masih menanti Syaitan dan Dajal seperti lukisan abad ke-15 pelukis Austria, Michael Pacher di bawah ini.



Wallahualam.

0 comments:

Imran N Hosein

Loading...