Syria, Realiti & Ilusi

Friday, August 10, 2012
Amerika Syarikat terkini, sedang berkira-kira mahu mengenakan lebih sekatan ekonomi ke atas Syria dan entiti yang berurusan dengan negara tersebut.  Siapa atau lebih tepat negara apa yang dimaksudkan tidak pula diperincikan.  



Kita tahu delegasi daripada Syria mengunjungi Russia memohon bantuan kewangan dalam menghadapi pemberontakkan yang didalangi Al-Qaeda dengan tajaan Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Arab Saudi, Qatar dan Israel.  Dan Russia secara terbuka berjanji akan membantu Syria.  

Kita juga tahu China dan Iran (walaupun tidak dijemput ke perbincangan 'meja bulat' untuk membincangkan peralihan kuasa secara aman berkenaan Syria tempoh hari) banyak menjadi batu penampan kepada gendang-gendang perang yang telah dibunyikan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya setahun lalu.  

Apatah lagi kuasa veto telah digunakan Russia dan China untuk menghalang Majlis Keselamatan PBB daripada mengenakan sekatan ekonomi dan diplomatik ke atas Syria.  Dan diberitakan juga disebabkan sokongan kuat Russia, Nato bertopengkan Turki tidak berani menyerang Syria setakat ini.

Pada masa yang sama Amerika Syarikat dengan penuh hipokrasi akan menambah bantuan kewangan sebanyak $5.5 juta Dolar Amerika menjadikan jumlah bantuan US aid sebanyak $82 juta Dolar Amerika sejak konflik tercetus 17 bulan lepas.  Setakat mana wang ini tidak disalurkan kepada pengganas-pengganas Al Qaeda di Syria tidaklah kita ketahui.

Negara Penaja Peperangan seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis (baca semula konflik berdarah di Rwanda) dan Israel tidak harus kita percayai!  

Bukanlah satu rahsia kepada pemerhati politik dan mereka yang rajin membaca bahawa modus operandi CIA yang menggunakan 'wang haram' untuk disalurkan kepada gerakan-gerakan pengganas di mana saja mereka beroperasi.  

Britain juga secara terbuka menaja pengganas dengan mengumumkan untuk menyalurkan dana sebanyak $5 juta Pound Sterling kepada pengganas Al-Qaeda (label Amerika Syarikat sebenarnya).  Sila abaikan non lethal practical assistance yang dicanangkan kerajaan Britain kerana kita sememangnya tahu, pemberontak Syria dan pengganas Al-Qaeda yang masuk melalui Turki dan negara-negara yang berkongsi sempadan dengan Syria, yang anti dengan kerajaan Assad, diberi bantuan senjata dan kewangan, seperti yang telah mereka lakukan ketika menentang Muamar Gadafi sehingga kerajaan pimpinannya itu tumbang.  Apa saja yang Clinton dan Hague cakap pasal bantuan untuk menyelamatkan nyawa rakyat Syria hanyalah lips service semata-mata.

Syria bukan saja menghadapi peperangan yang cuba menjatuhkan kerajaan Bashar Assad secara ketenteraan, malah kepimpinannya juga diserang dengan menggunakan saluran media-media antarabangsa dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dari dalam dan luar negara tersebut.

Human Rights Watch seperti menghalalkan peperangan yang dimulakan kuasa-kuasa besar barat walaupun banyak nyawa telah terkorban.  Dalam laporan yang dikeluarkan kumpulan itu yang melaporkan tentang pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh kumpulan pemberontak ke atas orang awam, kumpulan tersebut melabel tindakan ketenteraan yang diambil kerajaan Syria untuk menjaga kedaulatan negaranya sebagai keras dan kejam.  Walaupun ada mengingatkan kerajaan Britain supaya menekankan peri pentingnya keselamatan dan menghormati hak orang awam di Syria kepada pemberontak yang didukung Britain.



Begitu juga dengan media-media antarabangsa yang menyalahkan kerajaan Bashar Assad sebagai gagal untuk mengadakan social order di Allepo dan beberapa bandar lain yang mengalami pemberontakkan bersenjata.  Balai-balai polis telah kosong.  New York Times melaporkan beberapa laporan penculikan yang semakin menjadi-jadi di Syria.  Laporan kes rogol juga meningkat dengan mendadak dan ini diperakui beberapa pertubuhan hak asasi manusia seperti Amnesty International.

Keadaan amatlah menyedihkan bagi rakyat Syria terutamanya di bulan Ramadan ini apabila terpaksa apabila berdepan dengan inflasi disebabkan oleh embargo yang dikenakan ke atas ekspot negaranya.  Kedai-kedai roti pula ada yang dirompak kerana roti boleh dijual dengan harga yang lebih mahal di pasaran gelap.  Begitu dasyat dugaan yang dihadapi saudara kita di Syria.

Persoalannya adakah Barat naif dengan semua ini?  Adakah mereka tidak tahu, tidak pernah terfikir atau anticipate bahawa social unrest akan membawa kepada social disorder dan seterusnya anarchy?

Tidakkah universiti-universiti ulung mereka telah menghasilkan think tank yang pakar dalam bidang sosiologi, sosio-antropologi dan sains politik?  Tidakkah sekolah sains sosial atau think tank di Washington atau di London sudah memperincikan satu-persatu pandora's box yang akan menjadi catalyst kepada lebih banyak keburukan dan kemusnahan kepada rakyat Syria?  

Persoalannya, benarkah mereka tidak menjangkakan semua ini, atau adakah sememangnya semua inilah yang mereka tunggu-tunggu?!



Barat sememangnya movers and shakers kepada kehidupan seharian kita kini.  Dengan Orde Baru Dunia, dunia sememangnya menjadi tanpa sempadan apabila negara-negara kuat dan kaya boleh 'melanggar' negara-negara yang lebih lemah dan miskin.  Buli bukan saja berlaku di sekolah-sekolah malah di pentas politik antarabangsa.

Perang saraf yang dilakukan dengan menggunakan media dan penulis-penulis tertentu is an open secret.  Walaupun sedikit demi sedikit ini didedahkan oleh Hollywood, kita masih mengambil mudah dan tidak benar-benar mahu membaca between the lines.  Perumpaan devils is in the details haruslah menjadi pegangan muslim kerana sememangnya syaitan, dajal dan askar-askar mereka sememangnya sangat teliti dalam melakukan kerja jahat mereka.  

Di Akhirul Zaman, ilusi dan realiti sudah samar.  Hak dan bathil juga sudah mengguna pakai parameters yang berbeza.  Ada juga yang berpendapat sejarah adalah milik mereka yang menang perang.  Namun di zaman teknologi maklumat dengan aktiviti-aktiviti media sosial yang pelbagai, perang itu sendiri dimenangi dengan berita-berita palsu.  Cerita yang dijadikan berita.  Penipuan yang diulang-ulang sehingga menjadi satu kepercayaan, dan dibenarkan dengan pergerakkan masa sehingga menjadi sebagai sejarah dan dianggap fakta.  

Kajian Kes kepada skeptics dikalangan kita, sejarah penipuan Nabi Isa alahissalam sebagai anak tuhan.  Baca, baca dan baca dengan nama Tuhan-mu, Maha Pencipta sekalian alam.

Seorang pembaca menulis komen ini di thedailybeast.com mengkritik penulis artikel Christopher Dickey berkenaan dengan artikel tentang peperangan di Syria yang ditulis beliau...

Nothing Dickey says is to be believed.  He wrote a book glorifying David Cohen, the undercover Jewish CIA agent who ran the NYPD's CT unit and started the war on Muslims in America for the AAI - Anglo American Israeli Empire.  Her Royal Highness Tina Brown is a member along with racist Bloomberg, scourge of the Palestinians, and Mitt Romney, money launderer for El Salvadoran Death Squads.

kata pembaca itu lagi...

Dickey, like his drunken poet father James (that's a fact not opinon), is a warmonger and racist, plus a CIA propagandist, who will not explain that the CIA started the war.  Dickey's job is to sell out America for Israel, and that's what he's doing here.

banyak yang kita boleh belajar jika kita rajin luangkan masa google nama-nama dan perkara-perkara yang telah diperkatakan pembaca tadi, pokoknya kita peduli atau tidak, itu saja sebenarnya.


0 comments:

Imran N Hosein

Loading...