Wag the Dog III dan Syria

Monday, August 6, 2012
Ketika umat Islam di Malaysia dapat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan al Mubarak dengan penuh aman makmur, saudara seagama kita di Syria, terutamanya di bandar Aleppo menjalani ibadah puasa dalam suasana penuh ketakutan dan kelaparan.

Ketika kita menunaikan solat terawih di malam Nuzul Quran sambil mengharapkan dipertemukan dengan Malam Lailatul Qadar, muslim di Aleppo hanya dapat melihat kemusnahan demi kemusnahan yang terjadi rentetan daripada perang saudara yang dicetuskan jihadis-jihadis tajaan barat.



Bukan satu cerita keganasan yang diperlakukan mereka-mereka yang menentang rejim Bashar Assad diceritakan oleh penduduk tempatan.  Malah seorang tua yang ditinggalkan keluarganya, merayau di Aleppo  menggatakan 'jihadis-jihadis' ini lebih kejam daripada askar Perancis kerana tidak menghormati bulan Ramadhan.  Beliau yang sudah menyaksikan beberapa peperangan berlaku di Syria sepanjang hidupnya meragui latar belakang mereka ini.


Ada juga laporan yang mengatakan syarikat Blackwater yang pernah mencetuskan kontroversi di Iraq kerana sikap trigger happy mereka sudahpun berada di Syria.


Begitu juga dengan CIA dan Mossad death squads, seperti yang diceritakan oleh Tokoh sejarawan dan wartawan Webster Trapley baru-baru ini.


Katanya lagi siri-siri pembunuhan yang dilakukan terhadap orang awam Syria dilakukan untuk menggalakkan  campur tangan asing.


Campur tangan Amerika Syarikat dan Israel bukan satu rahsia lagi, Israel tentunya melihat dengan senang hati, kerja kotornya dilakukan proksi serpihan pengganas Al Qaeda yang dikutuk suatu masa dahulu.


Lihat juga ini.


Kita semua yang menyokong pengganas-pengganas yang bertopengkan pejuang keamanan haruslah bertanggungjawab sama kerana tidak mahu ambil tahu dan ambil peduli tentang keadaan sebenar yang berlaku di Syria.  Hanya kerana Dajjal dan ejen-ejennya telah mula propaganda perang saraf dengan mengatakan Bashar Assad membunuh Ahli Sunnah Wal Jamaah di Syria tanpa sebab semata-mata kerana latar belakangnya seorang Alawi, amatlkah menyedihkan.



Tahukah kita bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan majoriti terbesar di Syria dan mereka menyokong presiden mereka tidak berbelah bagi seperti yang telah kita saksikan di Damascus tidak berapa lama dulu.

Hanya kerana sepuluh ribu pengganas yang terpaksa mengimpot pengganas luar untuk melakukan huru-hara atas nama perjuangan jihad, tidak berpuas hati dengan pimpinan beliau, kita terus menidakkan aspirasi majoriti rakyat Syria yang cintakan keamanan!

Hanya kerana seorang sunni seperti bekas Perdana Menterinya yang meletakkan jawatan dan menghentam rejim Bashar Assad, tidak bermakna kita ahli sunnah harus bersetuju dengan beliau dan menghentam sama.  Kita tidak tahu apa yang berlaku di belakang tabir sehinggakan beliau lari dan berlindung di Jordan.

Tekanan demi tekanan seperti yang dilakukan oleh Annan apabila beliau meletak jawatan ialah untuk memberikan gambaran bahawa kegagalan proses diplomasi, dan peperangan ialah jalan penyelesaian yang tinggal.


Washington sudah menuding jari kepada Russia dan China kerana kegagalan proses diplomasi.  Russia pula menuduh Washington di atas kegagalan tersebut.



Perkara yang sama juga diperlakukan Turki untuk mengukuhkan legitimasi perang yang diperkatakan Hilary Clinton ketika meyokong jihadis-jihadis ini.

Yang peliknya apabila muslim ditangkap tanpa usul periksa atas dakwaan mahu melakukan jihad ke atas tamadun barat, tetapi dihalalkan bila ianya berlaku di tanah muslim, seperti yang belaku di Syria sekarang dan Libya tidak berapa lama dahulu.


Atau mungkin juga kita semua sudah lupa?!


Atau benarkah seperti kata Sheikh Imran N Hossein Saudi Wahabi merupakan agen Dajjal?


Wallahualam.

2 comments:

Imran Haaz said...

Semoga kedamaian kembali pulih di dalam hati semua umat Islam agar negeri mereka kekal aman dan bebas dari hasutan proksi dajjal.. Amin.

islam1st said...

Amin Ya Raabbal alamin.
Sedih kenapa majoriti rakyat Malaysia macam indifference dengan nasib yang menimpa Syria.
Yang kita tengok berbuat demo semuanya terdiri daripada proksi ketua pembangkang berkiblatkan washington, kerajaan Malaysia juga seperti silence dalam hal ini.
Sangat merisaukan.

Imran N Hosein

Loading...