Sheikh Imran N Hosein Benar, Turki Bersekutu Dengan Tentera Dajjal-NATO!

Monday, September 24, 2012
Ketika Imran N Hosein menerangkan dengan terperinci tentang Turki sekarang ini, belum lagi Islam kerana masih bersekutu dengan Amerika Syarikat dan Israel dibawah panji-panji tentera NATO, penulis sedikit tercengang dan masih ragu-ragu tentang pendapat peribadi Sheikh yang disegani itu.  Walaupun pada malam tersebut di dalam rumah Allah, masjid UIA, tuan Sheikh memberi penerangan sedemikian rupa,  penulis terfikir, mungkinkahkali ini dia khilaf.

Sebagai umat Islam, penulis sayang semua negara Islam, semua rakyat Islam, tidak terfikir pula Turki yang dipermainkan Kesatuan Eropah apabila, berdolak-dalik dengan kemasukan negara tersebut ke dalam EU, rupa-rupanya sekutu kuat Dajjal?

Sheikh menyandarkan pandangan yang lebih ekstrem dan kontroversial apabila beliau juga menyatakan bahawa penaklukan Al Fateh ke atas Istanbul bukanlah penaklukan yang diceritakan oleh junjungan besar kita, Rasullulah sallalahualaihiwassalam, tetapi kejadian itu masih belum berlaku.  

Sedar akan kurangnya ilmu di dada, penulis membaca lebih lanjut penulisan Sheikh di laman web beliau dan melakukan penterjemahan ke dalam Bahasa Melayu untuk berkongsi maklumat penting dengan saudara sebangsa yang mungkin kurang fasih berbahasa Inggeris.  Penulis fikir maklumat itu penting, dan mula melakukan pemerhatian ke atas konflik di Syria, media-media antarabangsa yang pro-Barat dan juga daripada media-media yang tidak sehaluan dengan Barat.  

Sambil-sambil itu penulis juga sedikit terkilan dan sedih dengan media tempatan yang tidak mempunyai pendirian yang kuat dan jelas tentang isu Syria.  Media kita ikut membuta tuli.  Adakalanya kelihatan seperti menyebelahi Assad dan adakalanya mengulang sebut apa yang diperturunkan oleh editorial barat!

Malas dan gagal memahami isu dengan lebih menyeluruh menyebabkan perkara ini berlaku.  Jika bloggers yang tidak dibayar gaji boleh membuat kajian dengan mendalam, apatah lagi mereka, tetapi realitinya di Malaysia bukannya begitu!  Cutting edge news ada di blog-blog, bukannya didada-dada akhbar!

Berbalik kepada isu Turki, hari ini sudah terang lagi bersuluh bahawa negara tersebut menaja dan melindungi teroris Al Qaeda walaupun dipermulaan perang (malah pencerobohan asing sebenarnya!), pemimpin Turki yang rapat dengan ketua pembangkang di Malaysia, menafikan sekeras-kerasnya!  Betapa muslim moderat ini yang pernah dipuji ketua pembangkang kebanggaan segelintir kita, rupa-rupanya berbohong.

Demi masa, kebenaran, hakiki, akhirnya terserlah cerah.  Namun adakah segelintir daripada kita masih BUTA?!


وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

".  .  .  .  they have hearts and yet do not understand, they have eyes and yet do not see, they have ears and yet do not hear; Such people are just like cattle.  .  .  ."

(Qur'an, al-'Araaf, 7:179)




Wallahualam.





0 comments:

Imran N Hosein

Loading...