Arab Saudi & Qatar bersekongkol dengan Dajjal!

Monday, October 8, 2012



Hari ini jelas sudah dua negara muslim ini yang dikurniakan Allah SWT emas hitam telah menggunakan kekayaan tersebut untuk menjatuhkan kepimpinan saudara seagama dengan menaja perang ke atas negara berdaulat Syria.

Mereka mahu rejim Bashar Assad tumbang, dan dengan itu mereka sanggup melakukan apa saja, termasuklah dengan membekalkan bantuan kewangan dan persenjataan pemberontak-pemberontak yang didatangkan daripada luar Syria untuk melakukan perang, yang dilabel Barat dan sekutunya sebagai perang saudara untuk membebaskan Syria!

Mereka tidak hirau jika saudar seagama mereka terpaksa berpuasa dan melakukan ibadah terawih dalam ketakutan dan kesusahan suasana perang hanya kerana mereka tidak sukakan Bashar Assad.  Hanya kerana mereka mengikut skrip yang sudah rapi ditulis think-tank mereka di Tel Aviv.

Mereka sanggup menghalalkan cara dan menipu kita dengan mewawarkan peperangan itu adalah perlu kerana secara rahsia pula rejim Bashar Assad membunuh penduduk sunnah, dan rejim ini wajar ditentang.  Maka berbondong-bondonglah umat muslim Malaysia dan juga dunia melakukan tunjuk perasaan menentang Bashar Assad, yang menjadi wajah kebencian Barat kerana masih mampu bertahan dibawah perlindungan (dari segi kewangan dan moral, malah mungkin juga ketenteraan, InsyaAllah) Republik Rakyat China dan Russia.

Ketika bermulanya peperangan di Syria, kedua-dua negara ini menafikan terlibat secara langsung namun sekarang sudah bukti sudah berada didepan mata, sila baca artikel ini, tetapi tolong jangan percaya perihal Amerika Syarikat melarang kedua-dua negara ini daripada memberi bantuan yang lebih besar, kerana Amerika Syarikat sendiri merupakan pakar dalam melancarkan perang proksi, pendek kata baling batu sembunyi tangan!

Cuma kali ini Amerika Syarikat perlu menggunakan topeng negara Islam seperti, Arab Saudi, Qatar dan Turki!

0 comments:

Imran N Hosein

Loading...