Sheikh Imran N Hosein Benar, Turki Sudah Serang Syria!

Thursday, October 4, 2012
Beberapa bulan lepas, Sheikh Imran N Hosein menulis perihal Turki yang akan menyerang Syria sebagai titik mula Perang Besar Akhir Zaman.  Tulisan tersebut saya terjemah di sini.

Ada yang mungkin skeptikal dengan pandangan beliau.  Saya yakin ianya akan berlaku, cuma bila masanya dan bagaimana saya tidak tahu kerana berpandukan perkembangan berita di Syria dan retorik pemimpin-pemimpin barat dan timur yang bersekongkol dengan Israel.  Terima kasih juga kepada penulisan dan penjelasan Sheikh yang banyak membantu saya memahami pengakhiran sejarah tamadun manusia menghampiri Akhir Zaman.


Semalam Turki yang merupakan ahli anggota NATO, sudah memulakan langkah perang mngikut skrip yang ditulis think tank yang berpengkalan di Jerusalem (let's face it, Baitul Muqqadis sudah dijajah dan dijadikan ibu pejabat Dajjal dan tenteranya) dan Washington.  Apapun alasannya kali ini (Ankara mendakwa serangan mortar Tentera Syria mengorbankan lima rakyat biasa di sebuah bandar berdekatan dengan sempadan), kita muslim harus jelas niat jahat terancang yang sedang dicatur oleh Dajjal dan tenteranya.

Tetapi ramai daripada kita menjadi buta hati (dan belas kasihan) apabila kita menuduh Rejim Assad sedang melakukan pembunuhan kejam ke atas rakyatnya sendiri terutamanya yang bermazhab sunnah kerana beliau berketurunan Syiah Alawi (sangat menghairankan apabila media barat banyak memperkatakan hal ini, sedangkan mereka tidak pernah mempersoalkan kredibiliti sesiapapun pemimpin asala saja mengikut telunjuk mereka).  

Adakah kita dungu atau sudah gila agaknya apabila mempercayai bulat-bulat permainan politik antarabangsa apabila kita sama-sama mengiyakan penipuan mereka?

Jika seorang Presiden membunuh rakyat negaranya, siapakah nanti yang akan diperintah Presiden tersebut?

Peperangan di Syria yang ditaja oleh Barat dan beberapa sekutu Arabnya (Saudi Arabia dan Qatar, dan semestinya Turki) sudah masuk ke bulan ke-20.  Amerika Syarikat sebenarnya buntu kerana kegagalan mereka menumbangkan Presiden Bashar Assad dari dalam seperti yang mereka perlakukan dengan jayanya, di Libya dan negara-negara arab yang lain. Penangan Arab Spring sebenarnya hanya berjaya apabila kerajaan itu lemah dan rakyat menderita.  Peningkatan taraf hidup dikalangan rakyat Syria sejak kebelakangan ini membantutkan usaha Amerika Syarikat dan sekutu-sekutu pakatan dajjalnya untuk memomokkan wajah hodoh Bashar Assad dikalangan rakyatnya yang keluar beramai-ramai tahun lepas untuk menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kepadanya.

Namun tentunya bukan semua rakyat Syria mempunyai aspirasi yang sama, terutamanya pelarian politik yang bersuaka di luar negara, terutamanya di negara-negara barat, bersekongkol untuk menggulingkan Presiden Assad untuk kepentingan peribadi.  

Begitu juga dengan Al-Qaeda yang dilabel Amerika Syarikat sebagai teroris didatangkan dari seluruh pelusuk dunia Islam bergolak untuk menyerang sebuah negara berdaulat seperti Syria.  Apakah tentera negara sebuah negara berdaulat berhak mempertahankan rakyanya daripada diserang oleh holigan perang yang dipergunakan barat?  Tidak hairanlah jika ada dikalangan mereka-mereka ini yang menjangkakan mereka sebenarnya menentang Israel dan bukannya negara saudara seagama, Syria!


Pekung Barat yang selalu melakukan operasi false flag memang diketahui dunia.  Baling batu sembunyi tangan juga satu perbuatan khianat yang umat melayu kenal sejak turun temurun.  Apakah kecerdikan akal nenek moyang kita tidak turun ke kita? Ketika dunia perubatan moden memperkatakan tentang pengurangan tahap sperma dikalangan lelaki dunia disebabkan oleh gajet seperti telefon bimbit, komputer riba, botol-botol plastik dan juga bahan-bahan kimia yang terdapat dalam makanan dan air yang kita minum, dunia juga menyaksikan dumbing down terancang masyarakat dunia yang membaca dengan tuli tanpa usul periksa.  

Sebagai muslim, kita diperingatkan Allah Maha Pencipta supaya, baca, baca dan baca dengan nama Tuhan mu, adakah kita sudah lupa akan itu?

3 comments:

Imran Haaz said...

Salam Tuan,
Hanya satu harapan, orang2 cepat sedar yang mereka terlalu mudah dimanipulasikan. Dengan sedikit manipulasi, mrk lantas berbunuh-bunuhan dan terlupa perbuatan mrk diperhatikan Tuhan. Semoga Syria segera aman dan kita di sini juga tidak turut sama terpalit dengan kebodohan yang cuba disogokkan gerakan dajjal.. Amin..

Unknown said...

Sama la harapan aku jugak agar Muslim di Malaysia cepat2 membuka mata terhadap realiti sebenar dan bukan "realiti yang disogokkan" kepada mereka. Ameen...- Hank Armoury.

Unknown said...

Sama la harapan kita semua agar semua Muslim cepat sedar dan membuka mata minda/hati mereka dan melihat realiti sebenar bukan realiti yang disogokkan kepada mereka. Ameen....-Hank Armoury.

Imran N Hosein

Loading...