Anhar Kochneva, Askar Pemberontak & Hegemoni Barat

Thursday, November 8, 2012
Wartawan bebas yang memilih untuk tidak bersekongkol dengan rakan-rakan wartawan lain untuk menipu masyarakat dunia tentang pencerobohan Syria oleh askar upahan tajaan Amerika Syarikat dan sekutu-kutu kuatnya seperti Arab Saudi dan Qatar telah diculik.


Modus Operandi untuk menangkap dan membunuh sesiapa saja yang mempunyai pandangan berbeza terutamanya terhadap pemberontak yang mendapat bantuan daripada serpihan Al-Qaeda serantau seperti diakui oleh Amerika Syarikat baru-baru ini, ke dalam barisan pemberontak yang sememangnya terdiri daripada askar-askar dari luar Syria!


Anhar Kochneva yang hidup dikalangan masyarakat tempatan sedar akan keadaan itu.  Beliau bukanlah pemberita yang hanya akan 'mendarat' apabila perlu melaporkan sesuatu, seperti kebanyakkan wartawan.  Jadi pandangan beliau sememangnya akan berbeza daripada apa yang akan kita baca di New York Times atau The Washington Post.  Ia juga akan sama sekali berbeza dengan apa yang akan kita lihat di BBC dan CNN.  Ini semua cabang berita yang tidak mahu melihat Amerika Syarikat kalah kerana mereka mahu mengekalkan hegemoni dunia seperti yang telah mereka rancang sesama mereka!


Walaupun operasi hegemoni mereka dinamakan sebagai gerakan menyokong kebebasan dan demokrasi, mana-mana yang baca, baca dan baca dengan nama Tuhanmu, Tuhan sekalian alam, akan sedar kedua-dua perkara tesebut bukanlah agenda utama mereka.



Lihat saja Libya hari ini yang menjadi porak-peranda, setelah kebebasan yang dibawa Amerika Syarikat, Perancis dan geng-gengnya yang terkenal dengan sikap suka membuli negara-negara yang lemah!  Kenapakah Amerika Syarikat membiarkan saja perang saudara berterusan di sana?


Adakah ini sememangnya Modus Operandi yang suka mereka gunakan sesama muslim terutamanya, seperti yang dapat kita lihat di Somalia, Selatan Thailand dan sekarang ini di Syria.

Jenayah perang yang diperlakukan Kuasa-kuasa Barat, suruhan Dajjal ini perlu dihalang oleh seluruh muslim.  Kenapakah lepas satu, satu negara Islam berdaulat diceroboh (seperti Iraq, Afghanistan dan Pakistan, dengan lambakan drones Obama!), kita masih berpeluk tubuh dan berdiam diri?  Kenapakah kita masih 'menyanyi lagu yang dikarang Amerika Syarikat dan sekutu Dajjalnya'?


Mungkin juga apa yang diperkatakan oleh wanita-wanita ini boleh kita fikir-fikirkan...




1 comments:

Imran Haaz said...

mungkin tuan berminat dgn dokumen berikut.. taktik tidak konvensional penaklukan negara yg tidak terlalu volatile spt M'sia..

http://nsnbc.files.wordpress.com/2011/10/special-forces-uw-tc-18-01.pdf

Imran N Hosein

Loading...