Obama & Romney, Dua Kali Lima, Lima Kali Dua!

Thursday, November 8, 2012
Sistem dua parti yang diamalkan di negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Britain bukanlah satu contoh yang baik untuk masyarakat kita, Malaysia amnya dan Muslim khasnya.  Ini adalah kerana kita sebenarnya dinafikan hak untuk memilih kalangan pemimpin yang lebih baik, lebih berkelayakan, lebih mengambil berat untuk berkhidmat kepada kita.

Walaupun kita rasa kita diberikan pilihan kerana kita terpaksa memilih seseorang berbanding yang lain.  Tetapi sedarkah kita bahawasanya seseorang yang kita pilih itu bukanlah seorang yang patut dipilih, malah mungkin juga tidak patut bertanding sekalipun.

Seperti Obama yang kelihatan seperti benar-benar berjuang dan berkempen untuk memenangi pilihanraya kali ini, sebenarnya memang dijangkakan untuk menang.  Kumpulan think tank beliau bukan saja bekerja keras untuk memastikan beliau menang, tetapi 'Amerika Syarikat' tahu siapa yang 'mereka' mahu!  Obama sememangnya sudah 'dipilih' untuk menang!


Alex Jones seorang pakar teori konspirasi dunia juga jengkel dengan media-media utama yang banyak melaporkan 'kemenangan Obama ke atas Romney'.  Seolah-olah Obama telah benar-benar menang!  Tentunya beliau sedar akan kehendak 'Amerika Syarikat' yang mahukan Obama menang, cuma ianya perlu dihighlightkan kepada mereka yang masih 'tidur'.



Amerika Syarikat dan Dunia Barat amnya (pemegang hegemoni dunia akhir zaman) tidak sanggup memperdagangkan status quo.  Kegagalan menjatuhkan Syria seperti yang mereka rancangkan tidak membenarkan mereka untuk mengambil enteng perihal Presiden yang bakal dipilih kelak.  Walaupun kedua-dua mereka merupakan  'Dua Kali Lima, Lima Kali Dua', seperti yang diakui oleh negara haram(jadah) Israel, yakni mereka tidak pernah gusar siapa yang berada ditampuk Rumah Putih kerana mereka tetap akan dapat apa yang mereka minta!


Sistem dua parti yang menggabungkan dua parti utama A dan B mungkin memudahkan kita semua untuk membuat pilihan, tetapi malanglah kita jika kedua-dua mereka sama saja, seperti kata pepatah melayu yang terkenal, 'keluar mulut harimau, masuk mulut naga'.  


Lihat juga berita ini.


Fikir-fikirkanlah saudara semua.  Walalhualam.

0 comments:

Imran N Hosein

Loading...