Syria; Perkembangan Terkini!

Wednesday, January 30, 2013
NATO BERSIAP-SIAGA UNTUK DARAH MUSLIM DI SYRIA!


MILITAN SYRIA MEMPUNYAI SENJATA KIMIA!


TENTERA-TENTERA SYRIA AKAN MENGALAHKAN MILITAN SYRIA TAJAAN AMERIKA SYARIKAT DAN SEKUTUNYA




Mali: Rencana Pendek PressTV

Perancis nampaknya masih bermimpi basah akan haknya untuk menduduki Mali, bekas jajahannya di Benua Afrika.  Mentaliti ini nampaknya masih digunapakai kebanyakkan negara-negara besar kuasa besar dunia.  Video ini mengupas tentang tujuan sebenar Perancis bersama-sama dengan kuasa-kuasa barat yang lain bergegas menduduki Mali apabila negara itu mahu ditadbir oleh sekumpulan muslim yang mahu mentadbir negara itu berpandukan Undang-Undang Syariah pretek kepada Darul Islamiyah yang diingini semua muslim.


Noam Chomsky: Amerika Syarikat, Negara Teroris Papan Atas!


Mengikut standard Barat Noam Chomsky merupakan seorang cendiakawan papan atas yang paling penting dewasa ini.  Figura ini juga pernah diundi sebagai Top Intelektual Dunia beberapa tahun lepas.  Beliau merupakan seorang pakar bahasa, ahli falsafah dan seorang pengkritik tegar dasar luar Amerika Syarikat, terutamanya tentang Hipokrasi Maha Acuan Amerika Syarikat dalam tingkah-lakunya sebagai 'Polis Dunia'.  Beliau sering dipanggil ke forum-forum ilmiah dalam dan luar negara untuk bercakap tentang konflik di Palestin.  Tulisan terbarunya tentang penderitaan rakyat Palestin boleh dibaca di sini.


Jika seorang cendiakawan papan atas sepertinya mula melabel negaranya sendiri sebagai Negara Teroris Dunia, kenapakah pula kita masih terkial-kial memahaminya?!  



Mesir, Dataran Tahrir & CIA; Porak Peranda Di Mesir, Sebuah Renungan...


Kepada mereka yang masih mahu menggunakan Mesir sebagai model contoh untuk kita menjatuhkan kerajaan kita, dengan cara demonstrasi jalanan yang dicanang (dan dibanggakan oleh segelintir daripada kita, dewasa ini) oleh pencacai-pencacai Amerika Syarikat dengan dana yang masuk ke Malaysia melalui bank-bank antarabangsa secara haram-MONEY LAUNDERING, tolong berhenti sejenak, solat sunat isthikarah dan dengan penuh rasa rendah diri memohon petunjuk Allah subhanawataala.  Moga-moga Allah mempermudahkan kita untuk kenal akan hak dan batil!

Lihat Mesir sekarang.  Ketika ada dikalangan kita yang meraikan kemenangan puak salafi di Mesir yang akan memulakan era baru di salah satu daripada negara Islam yang mundur, kita dihidangkan dengan demonstrasi jalanan yang sudah memasuki hari ke-5.  Morsi poster boy Presiden bersih dan telus oleh segolongan daripada pemimpin kita, kini dilabel masyarakat Mesir sendiri sebagai seseorang yang telah mengkhianati perjuangan yang dilabelkan Barat sebagai kebangkitan Arab Spring.  Dataran Tahrir yang menjadi simbol kepada kebangkitan rakyat menjatuhkan rejim Hosni Mubarak nampak belum reda bermandi darah dan menjamah asap gas pemidah mata, antara tentera dan khalayak awam Mesir.

Adakah ini yang kita mahu contohi?  Adakah ini sesuatu yang bagus dan baik untuk kita semua, maka kita cuba menghasilkan Arab Spring ciptaan kita?  Adakah kita bersedia untuk menghumban negara yang kita cintai ini dengan konflik yang tiada berkesudah seperti yang berlaku di Syria dengan campur tangan asing dari segenap penjuru, rakyat tempatan keliru dan menderita, tersepit di tengah-tengah jalan?  Perlukah kita mengikut nafsu sehinggakan mengandaikan apa saja yang kita ada hari ini, hanya kerana ABU? Hanya kerana kita bencikan satu kumpulan yang terdiri daripada saudara sebangsa dan seagama kita sendiri, yang tentunya terdiri daripada pelbagai latar belakang, baik dan jahat?!

Atau kita sudah jaded dan riak apabila dijanjikan syurga sehingga memberi lesen kepada kita melakukan porak-peranda dan huru-hara tanpa sekelumit dosa terpalit di muka?  Atau adakah kerana kita merasakan diri kita maksom, tidak berdosa sehinggakan kita boleh melakukan apa saja, darah 'mereka' yang tidak bersama kita, Halal di mata kita? 


Adakah motto Bush, Koboi Perang Amerika yang kita pakai dewasa ini untuk 'menghancurkan' mereka?!  Jika jawapannya 'YA!', maka ingin saya ucapkan 'HAPPY KILLING TO ALL!'.








Mali; David Cameron is Francois Hollande's poodle!


Beberapa tahun lalu, semasa bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair, penjenayah perang yang didapati bersalah pada Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur, didapati 'mengiyakan' apa saja yang diperkatakan bekas Presiden Amerika Syarikat, George Bush, seorang lagi penjenayah perang pada tibunal yang sama,  pada satu sesi perjumpaan apabila mikrofon 'merakam; perbualan candid mereka berdua,beliau digelar Bush's poodle oleh media-media Britain yang kurang senang dengan cara Cowboy Amerika Syarikat itu berinteraksi dengan Perdana Menteri mereka.

Gelaran ini menghantui bekas Perdana Menteri Britain itu sehinggalah ke akhir riwayat kariernya sebagai penghuni No. 10, Downing Street.  Pada beberapa ketika dalam kariernya beliau menjawab bahawasanya beliau bukanlah poodle Bush atau sesiapa, negaranya merupakan ally yang kuat dalam perang menentang keganasan dan seumpamanya. Namun masih ada mereka yang sinis dengan kenyataan itu dan mengkritik Britain yang sentiasa mengikut telunjuk Amerika Syarikat semasa pemerintahannya.


Terkini, Perdana Menteri Britain, David Cameron bersetuju untuk menghantar ratusan tentera British untuk membantu Perancis menghadapi perang di Mali selepas beliau berpeluang bercakap dengan Presiden Perancis Francois Hollande melalui panggil telefon untuk menegaskan bahawa Britain bersama-sama dengan Perancis dalam perang menentang pengganas di Mali dan Afrika Barat. Walaupun kelembapan ekonomi yang melanda Britain membawa seribu satu masalah sosial di negara bekas penjajah Tanah Melayu itu, Britain nampaknya komited dalam usaha mereka menentang gerakan muslim untuk mentadbir tanah air mereka sendiri.  Dengan acuan mereka sendiri.  

Nampak gayanya, dalam hal-hal untuk menentang kebangkitan semula Islam dan muslim dalam menegakkan Darul Islamiyah, barat bersatu dengan sebulat suara tidak akan  berganjak daripada Orde Baru Dunia yang telah diamanahkan kepada mereka!

Malangnya muslim di Malaysia dan dunia amnya, masih berpecah-belah, berpuak-puak dan taksub fahaman politik!


Tuhan, Batu & Kayu; Video Untuk Ahli-Ahli Sorga

Monday, January 28, 2013
Saya mahu menulis lebih panjang tentang hal ini, InsyaAllah jika berkesempatan (masa dan minda) saya akan menulis dengan lebih lanjut. Sememangnya isu ini sangat berat.  Tetapi Alhamdullilah isu ini sudah menjadi semakin jelas kini.  Semakin jelas dengan penjelasan hamba Allah ini.  Semoga beliau ditempatkan dikalangan hamba-hamba terpilih bersama dengan kekasih-kekasih-Nya. Ameen Ya Rabbalalamin.


Terima-kasih Satuhala dan Tuan A. Karim Omar

Muslim, Identiti Muslim & Sentimen Akhir Zaman

Kira-kira 5 tahun lepas, saya telah menulis kepada sebuah surat khabar berbahasa Inggeris berkenaan satu isu.  Surat saya telah dijawab oleh salah seorang daripada bekas presiden majlis peguam ketika itu dengan nada yang kurang menyenangkan saya, lalu saya hantar satu lagi surat balas.  Kedua-dua surat tersebut saya hantar melalui email saya dengan nama penuh siap dengan 'bin'.  Tetapi, walaupun kedua-dua surat tersebut mendapat perhatian ke atas buah fikiran yang saya nukilkan, malangnya, pihak editor suratkhabar tersebut tidak menghormati saya sebagai seorang manusia kerana secara sedar menidakkan identiti muslim saya!

Saya seorang muslim, ini boleh dilihat dengan nama saya (tentunya tanpa gambar wajah saya), jika dibuangkan 'bin', saya mungkin juga seorang serani, atau juga seorang druze?  Siapa tahu?  Sebenarnya gerakan untuk menidakkan identiti muslim di Malaysia sudah lama berlaku, tetapi ianya dilakukan dengan halus sekali sehingga kita tidak menyedarinya.  Gerakan ini merupakan salah satu cabang untuk mengikis hegemoni Islam dan nilai-nilai muslim dikalangan muslim di tanah air mereka sendiri.  Siapa kata, apa ada pada nama?, sememangnya keliru.  Jika nama tidak penting, kenapakah syarikat yang berpaksikan keuntungan membelanjakan berbillion juta dollar Amerika ke atas penjenamaan?  Saya graduan pemasaran dan perniagaan, saya tahun akan hal ini, period.


Di Malaysia mungkin anda pernah membaca supaya perkataan 'bangsa' dan 'agama' perlu ditiadakan dalam pendaftaran bayi yang baru dilahirkan.  Mungkin juga anda pernah terdengar polemik untuk menidakkan saja penggunaan 'bin' dan 'binti' dalam urusan seharian kita, termasuklah urusan rasmi.  Semua ini jika berjaya dilaksanakan akan memudahkan proses untuk memurtadkan anak-anak muslim, yang semakin rancak berlaku walaupun dewasa ini.

Pengakisan identiti muslim bukanlah fenomena yang hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia.  Kita ambil contoh dunia hiburan di Amerika Syarikat contohnya.  Yuna anak muda yang berbakat besar perlu, menukar bentuk hijab yang dipakainya kepada bentuk 'serban' yang lebih mainstream, lebih Erykah Badu, walaupun penyanyi ini tidak lagi mengayakan gaya ini.  Lebih mudah untuk diterima kerana budaya wanita Afrika mengayakan gaya 'serban' yang sama.  Dan sememangnya dipopularkan oleh ramai Artis dan penggiat seni berkulit hitam di Amerika Syarikat.


Jadi Yuna, walaupun mempunyai bakat yang setaraf dengan artis-artis besar Amerika Syarikat, identiti muslimnya perlu di tone down.  Perlu di mainstreamkan sedikit. Jadilah Yuna, gadis yang berhijab kepada gadis yang 'berserban', semata-mata untuk menyenangkan penerimaan peminat muzik di Amerika Syarikat dan dunia.  Saya tidak menyalahkan Yuna dalam hal ini, saya sedar akan compromised yang perlu diambil artis baru sepertinya.  Tetapi itulah hakikatnya.


Masalahnya, barat sering mahu mengajar kita yang bakat dan kebolehan merupakan segala-galanya.  Warna kulit, latar belakang budaya, agama, seks tidak menjadi hal yang dititik-beratkan mereka.  Itu yang mereka seringkali ajarkan kita.  Macam kita di sebelah sini yang rasis tidak tentu hala.  Tetapi kenapakah, atas nama marketing, public relation atau apapun, perlu seseorang muslim itu mengorbankan identitinya untuk diterima khalayak 'mereka'?  'Mereka' di sini lebih kepada cara pemikiran atau kumpulan yang mempunyai pemikiran liberal barat.  Kelompok ini juga terdapat di Malaysia tentunya.

Itulah apa yang saya suka namakan sebagai Hipokrasi Barat.  Barat tidak cakap serupa bikin.  Barat hanya mahu kita Walk the Talk, sedangkan mereka akan menggunakan setiap jalan singkat yang terhidang di depan  mata.  Barat merupakan Ketam yang mengajar anak berjalan lurus.  Barat by design (Maha Acuan) sememangnya begitu.  Jadi saya hairan malah sinis kepada insan-insan yang sering menggunakan 'Barat' (sekali lagi kepada bentuk pemikiran, ideals yang sama, bukan geografi) sebagai tanda aras untuk segala sesuatu dalam kehidupan kita seharian. 

Seorang lelaki Australia yang merupakan seorang guru yang saya jumpa lewat tahun 2012 ketika pulang bercuti di Pulau Pinang baru-baru juga bersetuju apabila saya katakan yang saya sangat kurang senang apabila, dunia sekarang menggunakan 'Barat' sebagai benchmark untuk segala sesuatu.  Tegas saya barat juga mempunyai dirty little secrets, barat juga (geografi dan pemikiran) tidak 100% telus.  Tabie manusia.  Malah kalau kita mahu pergi lebih jauh lagi, saya akan katakan muslim dan dunia Islam sahajalah akan menghasilkan insan-insan yang 100% telus.  Jika ada, dan jika dunia kita sendiri gagal untuk berbuat demikian, apatah lagi dunia lain yang makan segala macam makanan, ingat, kita merupakan apa yang kita makan!


Baru-baru ini penyanyi Shila Amzah memenangi sebuah pertandingan nyanyian di China dengan gelaran Juara Asian Wave 2012.  Kemenangannya itu membolehkan beliau dikenali di China dan di seluruh pelusuk negara yang berbahasa mandarin.  Tidak keterlaluan juga jika dikatakan kejayaan tersebut membolehkan beliau tercalon dalam kategori Worlds's Best Female Artist, World Music Awards 2013 yang akan berlansung di Monaco.  Beliau tercalon bersama seorang lagi artis popular Malaysia, Siti Nurhaliza.  Berita ini sememangnya membawa kegembiraan kepada kita semua, apabila kedua-dua artis bertudung tanahair yang menjaga tatasusila dan meneruskan perjuangan artis bertudung Malaysia tercalon di anugerah yang kepada ramai amat berprestij (saya tentunya mempunyai pendapat yang lain sebenarnya).

Namun anda akan kecewa apabila anda melewati laman web anugerah tersebut, apabila mendapati kedua-dua gambar artis kita yang tercalon dengan gambar lama di kala mereka tidak berhijab. Mungkin pegawai perhubungan pelanggan anugerah tersebut akan menjawab, gambar itu saja yang ada dalam koleksi mereka atau gambar itu saja yang boleh digunapakai mereka dan seribu satu alasan lain yang akan mereka berikan.  Tetapi yakinlah saudara muslim semua, ini merupakan gerakan halus untuk menidakkan identiti muslim kita,sama seperti apabila mereka cuba menghalang kita daripada menggunakan 'bin' dan 'binti' kita!

Ini jugalah yang berlaku apabila mereka cuba menghalang atlet wanita kita daripada bertudung.  Ingatkah anda akan atlet wanita saudi yang hampir-hampir dilarang daripada mewakili negaranya di Olimpik atas kerana hijabnya? Alasan yang diberikan ialah keselamatan selain daripada alasan tidak munasabah yang melarang beliau daripada bertudung kerana 'selari dengan semangat judo'.  Beliau akhirnya dapat beraksi dengan tundung yang sememangnya tidak kelihatan membahayakan nyawa dan bertentangan dengan semangat judo, apa itu?

Gambar di bawah ini sekadar renungan kita semua.  Wanita Yahudi Ultra Ortodoks di satu majlis perkahwinan di belakang tirai nipis, sila amati gaya tudung mereka. 







Lego, Star Wars & Sentimen Anti Islam

Saturday, January 26, 2013

Di Austria sekumpulan muslim menuduh Lego sebagai rasis kerana mengeluarkan set Istana, Jabba The Hut. Kita masih ingat akan Jabba The Hut yang sangat gemuk, slimy dan suka hisap Shisha, duduk bermalas-malasan dalam istananya yang kelihatan seperti sebuah harem, terutamanya apabila dia menculik Princess Leia dan memaksa puteri tersebut memakai bikini keemasan.

Jabba juga suka menyiksa mangsanya dan membunuh dengan kejam.  Jabba juga mempunyai hobi untuk mengumpul hamba sahaya!  Inilah stereotype yang telah dilabelkan ke atas muslim dengan jayanya oleh media barat dan Hollywood terutamanya.  Dan dengan mengeluarkan istana Jabba yang kelihatan seperti sebuah masjid lengkap dengan minaret, sudah tentulah akan menimbulkan kemarahan muslim.

Kumpulan tersebut mendakwa bahawa istana Jabba The Hut dalam set Lego tersebut kelihatan seakan-akan masjid Hagia Sophia di Turki yang sangat terkenal di seantero pelusuk dunia. 'Masjid' tersebut juga kelihatan mempunyai seakan-akan bunker lengkap dengan set persenjataan untuk berperang.  Adakah ini yang ada dalam kotak pemikiran mereka yang anti Islam dan muslim?

 Ini bukanlah kali pertama tuduhan sedemikian dilemparkan ke atas Lego, pada 2010, artis Chris McVeigh mendakwa, kesemua watak yang bukan berkulit putih dalam Lego mempunyai expresi muka marah.

Semoga perkara sebegini tidak berlaku di Lego City.  Mungkin sudah sampai masanya kita semua pergi melawat Lego City dan siasat sendiri!

Barat & Hipokrasi Maha Acuan 5


Beberapa hari lalu, saya ada terbaca satu artikel tentang seorang remaja lelaki Aaron Swartz yang membunuh diri, disebabkan tekanan perasaan (mengikut sesetengah laporan) khuatir akan nasib dirinya yang akan dihadapkan ke makhamah, kerana telah memuat turun sejumlah data daripada MIT (Institut Teknologi Massachusetts).  

Diberitakan beliau merupakan seorang genius yang pakar dalam bidang atur cara komputer dan telah bekerja dengan beberapa syarikat besar di Amerika Syarikat, seawal usia 15 tahun. Beliau menulis secara bersama RSS feed di usia 14 tahun.  Tetapi kejayaan beliau yang sebenar ialah apabila beliau dan beberapa rakan remajanya, bekerjasama untuk menghalang daripada satu undang-undang yang akan dibentangkan di Kongres Amerika Syarikat, iaitu COICA daripada diluluskan.  

Mungkin ramai dikalangan kita yang kurang arif tentang hal ini. Namun masih ingatkah anda ketika Google dan Wikipedia bergelap seketika untuk memprotes SOPA dan PIPA daripada diluluskan.  Pendirian mereka jelas, Internet tidak boleh ditapis dan dihalang perjalanannya.  Akhirnya mereka berjaya menundukkan sesetengah pihak di Amerika Syarikat, Money Masters tentunya, daripada memantau selia internet.  Tidak keterlaluan juga dikatakan, penglibatan syarikat-syarikat besar menentang usul tersebut adalah kesinambungan daripada kerja keras, di peringkat permulaan Aaron Swartz dan rakan-rakannya, melobi orang ramai menentang usul tersebut melalui Internet.

Hari saya berpeluang membaca tulisan salah seorang daripada kenalan beliau dan menonton video yang mengandungi ucapan beliau di satu majlis, bercakap tentang kejayaan mereka menghalang SOPA dan PIPA.  Remaja ini kelihatan sangat bijak kepada saya, tetapi seperti yang dinukilkan kawannya, Cory Doctorow, walaupun beliau kelihatan lebih matang dan bijak menjangkau usianya, beliau merupakan seorang remaja biasa seperti kita semua yang mempunyai permasalahan sendiri.

Kedua ibubapa mendakwa, MIT dan JSTOR bertanggungjawab dalam kematian anak muda mereka kerana menggunakan taktik membuli dengan mengugut remaja tersebut dengan 13 pertuduhan.  Anonymous telah bertindak balas dengan mengodam laman web MIT dengan meninggalkan banner, melobi keadilan untuk Aaron Swartz.

Money Masters yang call the shot di Amerika Syarikat bukanlah membenci Aaron Swartz kerana beliau bijak atur cara komputer, tetapi sangat tidak sukakannya, malah mungkin juga meletakkan beliau sebagai poster boy papan atas yang perlu dihapuskan dalam kadar segera, kerana beliau menggunakan kebolehan nya itu bukan untuk menolong mereka untuk mendapat lebih wang, tetapi melobi khalayak ramai, golongan marhaen supaya, bangun menentang bentuk penindasan yang sedang dipersembahkan kepada rakyat Amerika Syarikat yang sememangnya rata-rata dungu.



Beliau telah berjaya dengan menggerakkan khalayak ramai melawan bentuk penjajahan dunia korporat jahat Money Masters untuk memperkudakan masyarakat Amerika Syarikat dan dunia, dengan cuba menghalang pengguna Internet daripada berhubungan dengan bebas dalam melayari Internet dan berkongsi bahan-bahan yang terdapat di Internet dikalangan mereka.  Bukankah Amerika Syarikat juga yang cuba mengambil tindakan kepada syarikat gergasi Google yang bersetuju dengan kerajaan China untuk melarang rakyat negaranya daripada melawat beberapa laman web yang disenarai hitamkan oleh kerajaan komunis tersebut?

Barat sememangnya tidak setelus yang digambarkan mereka.  Mereka tidak layak untuk memberi sebarang rating kepada pencapaian sosial mana-mana negara kerana mereka juga mempunyai seribu satu rahsia dan pekung di dada yang cuba  mereka sembunyikan, atas nama apa sekalipun.  Barat juga cuba menghalalkan hampir segala bentuk sekatan kebebasan manusiawi yang mereka mahu kita buka.  Mereka semakin menyuruh kita bersikap lebih terbuka dan bebas dalam perkara-perkara yang semakin mereka sekat.  Tujuannya tentulah berlawanan daripada apa yang kita fikir kita akan capai.

Contohnya Aaron Swartz tidak akan menjadi mangsa keadaan dan sepatutnya dijulung sikap terpujinya yang tidak mementingkan diri sendiri dengan meluangkan masa dan tenaga untuk membebaskan rakyat Amerika Syarikat dan dunia amnya daripada cengkaman jahat, Money Masters.  Jika mereka berjaya melakukan itu, bayangkan, segala macam perkara buruk lain yang akan dipersembahkan ke atas kita?  Sekurang-kurangnya, buat seketika Pandora's Box itu masih tertutup rapat.

Barat juga sebenarnya tidak mementingkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan, apa yang anda fikir, pasal MIT, Harvard, Cambridge dan Oxford perlulah ditukar sekarang. Terbaru seorang remaja di Montreal, Canada, Ahmad Al-Khabaz yang berusia 20 tahun dan sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang Sains Komputer telah dibuang kolej, hanya kerana melaporkan kepada pihak kolej tentang adanya, bug terhadap sistem kolej Quebec yang mengambil beberapa data pelajar yang menggunakan sistem tersebut.  Perkara ini melibatkan hampir 250 ribu orang pelajar yang mana, identiti mereka boleh dicuri, mereka boleh diintip pihak yang tidak bertanggungjawab, malah loker mereka juga boleh dibuka.


Perkara seserius ini mungkin akan membuatkan kita mengurniakan pingat jasa cemerlang kepada remaja tersebut, yang seperti Aaron Swartz, masih positif dan idealis dalam menjadikan dunia satu tempat yang baik untuk semua manusia.  Namun mereka salah, dan mungkin salah seorang daripada mereka belajar akan fakta tersebut dengan cara yang kejam dan tidak adil, tetapi itulah bentuk dunia yang digerakkan oleh wang ringgit.  

Apabila Money Masters berkuasa, Fareed Zakaria yang menipu, masih dibayar dengan mahal untuk mengacarakan forum di Davos, Switzerland, bersempena dengan World Economic Forum yang sedang berlangsung sekarang.  Dan anak-anak muda seperti Aaron Swatz dan Ahmed Al-Khabaz, perlu dihukum kerana doing a disservice to the Money Masters!  RUGINYA KITA!







Syria; Realiti & Ilusi 4

Friday, January 25, 2013
Sila faham video ini betul-betul, mungkin dapat menjawab siri-siri 'leaked videos' yang menunjukkan kekejaman askar-askar Syria.  Adakalanya  kita yang tidak fasih berbahasa arab tidak dapat mengenalpasti antara lidah syria, lidah libya, lidah saudi, lidah yemen.  Seorang usahawan Syria yang mempunyai perniagaan di Kuala Lumpur pernah mengatakan lidah arab Damascus pun berbeza dengan lidah arab syiah alawi.

Leaked Videos dalam koleksi anda mungkin benar, mungkin tidak, wallahualam, tetapi janganlah kita terlalu excited untuk scoop dunia blogging dengan semberono mempercayai sesuatu. Dan saya pun mungkin juga salah dalam hal ini.  Hanya Allah subhanawataala sahajalah yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.  Semoga keikhlasan kita dalam isu ini dibalas Allah subahanawataal dengan pemahaman akan isu ini dengan mata hati.


Syria; Realiti & Ilusi 3

Satu lagi angle untuk melihat konflik yang sedang berlaku di Syria.


Osama, Obama & Trump!

Kepada mereka yang mempercayai dengan kematian Osama Bin Laden, mereka patut menonton video ini sehingga habis.  Video ini sedikit sebanyak berkenaan dengan Donald Trump, salah seorang usahawan berjaya di Amerika Syarikat mula meragui keabsahan kepimpinan Barack Obama. Trump berpendapat Obama tidak layak untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat kerana beliau tidak dilahirkan di negara Uncle Sam tersebut.

Debat berkenaan mendapat liputan luas di Amerika Syarikat kerana pengaruh Donald Trump sendiri.  Tidak berapa lama kemudiaan Rumah Putih mengeluarkan Sijil Bersalin Obama, namun, sijil ini dikatakan tidak sah, malah hasil kerja photoshop, saksikan juga Alex Jones mendedahkan hal ini.

Sila tonton video ini sehingga habis untuk sedikit sebanyak memahami gerakan Dajjal di Akhir Zaman.  InsyaAllah.


DNA Kuda dalam daging burger lembu di UK!

Thursday, January 24, 2013

Sejak lebih kurang seminggu yang lalu, Britain digemparkan dengan kes DNA kuda yang berjaya dikesan dalam patti burger lembu yang dijual di Tesco.  Kes ini mengundang seribu satu debat tentang keselematan makanan, kelazatan daging kuda, tahap kualiti makanan yang dijual murah di pasar raya, sehinggalah kepada hipokrasi industri pemakanan itu sendiri yang mungkin mengimpot kembali 'daging-daging kuda' yang disembelih di Britain daripada Holland, Argentina dan Sepanyol yang daijadikan filler kepada pembuatan daging burger lembu untuk mengurangkan kos.
Tesco memohon maaf di atas insiden tersebut dan mengeluarkan kesemua produk-produk yang berasaskan daging lembu yang diimpot daripada dua buah pengilang di Ireland.  Beberapa pasaraya besar lain juga mengambil langkah berjaga-jaga dengan berbuat demikian walaupun mereka tidak dikesan terlibat dalam skandal makanan terbaru yang melanda Britain yang membabitkan daging kuda. Sainsbury, Co-op dan Asda walaupun tidak terlibat, mengambil langkah awal untuk menjaga hati pelanggan mereka yang semakin kritikal terhadap produk daging yang terjual di Tesco.  Produk daging burger Tesco Value Range, dikesan mengandungi 29% daging kuda.


Terbaru Burger King juga membuat pengakuan terbuka bahawa syarikat mereka juga menggunakan pembekal yang sama yakni, Silvercrest Food dan Dalepak yang dimiliki oleh syarikat gergasi ABP, walaupun mendakwa daging-daging burger mereka tidak terlibat. Berdasarkan uji-kaji yang mereka jalankan, daging burger mereka adalah selamat.  Walau bagaimana pun syarikat itu mengambil langkah untuk memusnahkan berjuta-juta patti burger, sebagai langkah berjaga-jaga.  Produk-produk patti burger ditandakan X dan kakitangan diarahkan untuk menunggu penghantaran stok baru. Sementara itu Burger King mungkin tidak dapat mengadakan beberapa menu biasa mereka.


Perdana Menteri Britain sangat tidak selesa dengan apa yang berlaku.  Dia mengarahkan agensi yang mengawal selia makanan di Britain, UK Food Standard Agency untuk mengadakan siasatan yang lebih menyeluruh dan memberi komen bahawa apa yang berlaku adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.  Sudah mula cakap-cakap yang mahu Tesco disaman kerana tidak berhati-hati dalam mengawal selia makanan yang mereka jual.  Jika agensi pemakanan boleh mengesan DNA tersebut, kenapa tidak Tesco?  Namun ada juga yang mengatakan bahawasanya syarikat besar seperti Tesco tidak perlu risau kerana jika didapati bersalah sekalipun jumlah dendanya amatlah kecil.


Jika agensi pemakanan Britain itu mahu meneruskan pendakwaan ke atas kesalahan dalam melabel bahan makan, Tesco hanya perlu membayar tidak lebih daripada 20 ribu pound sterling dan dua tahun penjara.  Pengkritik mengatakan denda tersebut tidak mencukupi untuk menghalang syarikat-syarikat besar daripada melakukan kesalahan dalam melabel makanan yang dijual mereka.

Laporan terbaru mengatakan kuda-kuda yang disembelih di United Kingdom pada tahun lepas diuji positif phenylbutazone, anti-inflamatori agen yang boleh menyebabkan kanser dan dilarang daripada digunakan dalam rantaian pemakanan manusia.


Terdapat juga cakap-cakap dikalangan pemain industri yang mengatakan mungkin daging-daging kuda yang dijual murah dalam pasaran itu merupakan daging daripada haiwan yang berpenyakit dan juga tercedera.  Kualiti daging-daging tersebut perlu diragui jika sumbernya tidak dapat dikesan.

Setakat ini Tesco sudah kerugian hampir 300 juta pound sterling kerana syarikatnya sudah susut nilai apabila skandal ini berlaku.  Kira-kira 10 juta pound sterling nilai makanan berasaskan daging yang telah dimusnahkan oleh pasaraya-pasaraya besar terbabit.  Semua ini tentunya tidak akan berlaku jika FSA menggunapakai standard makanan Halal yang diunjurkan Islam.  Dan kepada muslim Malaysia, dibawah merupakan satu-satunya logo Halal yang sah di Malaysia yang membuktikan bahawa premis makanan ini telah mendapat kelulusan daripada JAKIM.  Jika selain daripada ini dipaparkan, sila laporkan kepada pihak berkuasa di tempat anda.


Semoga skandal pemakanan seperti ini tidak berlaku kepada kita semua muslim Malaysia.  Insiden Ikan keli DNA babi harapnya tidak berulang.  Makanan Halal dan Penguatkuasaan terhadap pemakanan Halal harus digiatkan supaya kita semua, muslim dan sebaliknya dapat menikmati makanan yang sihat dan bebas penyakit.



Salam Maulid Nabi Semua!


Sallalahualaihiwassalam, sempena menyambut ulangtahun kelahiran junjungan besar kita, penyelamat seluruh ummat, marilah kita banyak-banyakkan berselawat salam ke atas junjungan baginda.  Manusia terbaik yang pernah dilahirkan dan marilah pula kita mengenangkan jerit payah baginda berdakwah pada peringkat awal permulaan dakwahnya dengan membaca sedikit cebisan kisah dakwah baginda di Taif sebagai benteng tekladan kepada kita muslim-muslim yang waras, supaya jiwa muslim yang dibawakan Rasullulah sallalahualaihiwassalam, masih utuh dikalangan kita semua.
'Setelah diangkat menjadi Rasul ketika berusia 40 tahun, Nabi Muhammad s.a.w mula menyebarkan dakwah. Antara kota yang pernah dijejaki Rasulullah untuk berdakwah ialah Ta'if yang merupakan sebuah bandar dalam negara Arab Saudi dan terletak kira-kira 97 km dari kota Mekah.
Nabi Muhammad s.a.w memilih kota itu kerana menyangkakan kota subur itu lebih mudah menerima Islam setelah baginda menerima tentangan hebat daripada kaum musyrikin Mekah.
Namun kedatangan baginda telah diejek dan dihina oleh penduduk Ta'if dengan balingan batu sehingga tubuhnya berdarah. Keadaan itu menyebabkan malaikat Jibril turun dan bertanyakan kepada Nabi Muhammad s.a.w, adakah baginda mahu malaikat menghancurkan kota itu dengan menghempapkan gunung. Namun Nabi Muhammad s.a.w menolak dan sekadar berdoa moga-moga Ta'if melahirkan zuriat yang menyembah Allah yang Esa. Doa baginda dimakbulkan apabila kota Ta'if kemudiannya menerima Islam.
Begitulah terpujinya akhlak Nabi Muhammad s.a.w. Biar seteruk mana tentangan yang diterima, baginda tidak menyimpan dendam dan tidak akan membalas perbuatan yang jahat dengan kejahatan.'
Dipetik daripada Kosmo, klik sini untuk membaca artikel penuh.

Tindakan Rasullulah itu sememangnya 360 darjah berbeza dengan segolongan ahil-ahli syurga yang menadah tangan dengan penuh riak dan bongkaknya, mendoakan kehancuran muslim yang tidak masuk hati dengan pendekatan Islami yang dibawakan mereka.  Semoga kita mengikut sunnah nabi dalam perkara ini. 

Amin ya rabbalalamin.



Mali, Al Qaeda & Undang-Undang Syariah

Tuesday, January 22, 2013
Sekali lagi alasan untuk menghapuskan Al-Qaeda diguna-pakai untuk menyerang sebuah negara berdaulat.  Acap kali ianya digunakan, bagaikan kata-kata keramat, seluruh dunia 'bertamadun' diam seribu bahasa.  

Al-Qaeda sudah menjadi azimat kepada warmonger yang bekerja di Rumah Putih dan di pejabat Kesatuan Eropah.  Warmonger juga sering memperkudakan Bangsa-Bangsa Bersatu yang sememangnya berkiblatkan Tel Aviv dan pendokongnya.


Namun sekali lagi, seperti Amerika Syarikat yang menyerang Iraq tidak berapa lama dahulu (jangan kita lupa!), Perancis kini mengambil tindakan yang sama, membelakangi Bangsa-Bangsa Bersatu, malah membelakangi Parlimen Negaranya, tergesa-gesa menceroboh Mali, atas alasan untuk menghalang daripada Undang-Undang Syariah Islam ditegakkan di negara tersebut.  Perancis yang satu ketika dahulu pernah mengkritik keras Amerika Syarikat kerana menyerang Iraq, kini mengikut telunjuk, Negara Pembuli Nombor Satu Dunia!

'Kematian Osama bin Laden' rupa-rupa tidak dapat memadam cerita sebuah organisasi yang diasaskannya pada lewat 80an dulu (mengikut wikipedia). Osama bin Laden rupa-rupanya masih hidup. Alive and kicking kata orang putih.  Itupun jika, anda, seperti penulis, tidak pernah percaya akan berita kematian Pengganas Nombor Satu Dunia itu.  Endingnya terlalu mudah.  Bukan standard Hollywood.  White House dengan tradisi Wag The Dog, sememangnya boleh buat lebih daripada ini.  Satu-satunya bukti kematian tragik 'Hero' sesetengah umat Islam itu ialah, gambar di bawah, lihat betul-betul. A picture is worth a thousand words.  Benarlah tu!


Barat, dengan Transparency Internationalnya, dengan Amnesty Internationalnya, dengan Human Rights Watchnya, dengan Reporters Without Bordersnya (asal Reporter Sans Frontiere), gagal untuk mempertahankan hak, warga dunia yang miskin dan tertindas daripada dibuli oleh penaja-penaja Israel.  

Penulis sememangnya tidak pernah menanggung harap kepada kesemua organisasi ini.  Salah satu sebab kenapa penulis tidak pernah tergerak hati mahu menderma kepada Unicef.  Penulis sememangnya skeptikal terhadap keikhlasan mereka mengotakan janji misi mereka.  Masakan tidak, kenapakah Unicef yang sepatutnya mengambil berat perihal kanak-kanak seluruh dunia, memilih untuk tidak berbuat apa malah berdiam diri terhadap kanak-kanak yang dipenjarakan Israel hanya sebab membaling batu kepada tentera-tentera yang menjajah tanahair mereka?!  Untuk itu saja Unicef sudah gagal!  Untuk itu saja Unicef tidak layak mendakwa mereka sebuah organisasi yang mementingkan kesejahteraan kanak-kanak sedunia.  Untuk itu saja kewujudan Unicef batil. Dan tidak layak menerima sedekah orang-orang beriman.

Penulis sentiasa merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap organisasi-organisasi ini yang sememangnya profesional dalam melakukan tugasan mereka berpandukan kepada kehendak pihak-pihak tertentu, terutamanya Money Masters yang sanggup menaja organisasi mereka.  Penting dalam memastikan Cek Gempal diterima pengurusnya setiap bulan.  After all, mereka juga makan gaji.  Mereka harus akur, suka atau tidak, kepada Paymaster mereka.  Fikir Sisters In (Slaming) Islam.

Mungkin segelintir daripada mereka, terutamanya beberapa kakitangan Al Jazeera yang meletak jawatan sebagai bantahan kepada cara rangkaian berita serantau itu melaporkan beritanya tentang konflik di Syria, benar-benar ikhlas.    Mungkin ada daripada mereka di dalam organisasi-organisasi tersebut, benar-benar ikhlas.  Sudah tentu.  Tetapi tidak sememangnya tidak bagi seorang lelaki muslim Malaysia yang penulis jumpa pada satu sesi bicara seni di Galeri Petronas, suatu ketika dulu, yang memilih untuk memakai kemeja T yang bercakap tentang krisis di Darfur, Sudan (yang sedang berlaku ketika itu, namun kurang mendapat perhatian di Malaysia), berbanding dengan isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat Palestin.

Adakah totok Amnesty International Malaysia itu berpendapat bahawasanya masyarakat Palestin kurang layak mendapat perhatian berbanding dengan rakyat Sudan di Darfur?  Bukankah kesengsaraan dan penderitaan rakyat Palestin sudah berlangsung berpuluh tahun, dan perlu diselesaikan secepat mungkin, sama seperti krisis kemanusiaan di mana-mana pun?!  Kenapakah beliau memilih untuk 'bercakap' tentang isu Darfur berbanding isu Gaza?  Adakah kerana pendokong-pendokong Israel tidak mahu ianya berlaku maka ianya tidak berlaku?  Israel perlu membeli masa untuk menjayakan projeknya, dengan itu konflik demi konflik di beberapa kawasan panas dunia, dilancarkan dan diberi perhatian.

Sememangnya Israel akan dapat apa yang ia mahu. Sememangnya pendokong Tel Aviv di seluruh dunia Barat terutamanya dengar dan patuh cakap-cakap Tuannya!  Maka sebagai pembuka bicara tahun 2013, kita dikejutkan dengan penambahan satu lagi konflik (yang sudah menjadi dua dengan krisis penculikan di Algeria) berlangsung dengan peperangan.

Persoalannya sekarang, adakah benar Al-Qaeda sedang menghuru-harakan Mali dan juga beberapa tempat di Afrika Barat, termasuk Algeria?  Bukankah mereka-mereka ini yang ditaja barat untuk menjatuhkan Muammar Gadafi di Libya dan sekarang ini, diberi wang dan senjata api untuk merancakkan konflik di Syria untuk menjatuhkan Presiden Bashar Assad?  Kenapa Hillary Clinton yang baru-baru ini berjabat tangan dengan salah seorang pemimpin Al-Qaeda, kini menukar lenggok apabila perancangan perang Pentagon dan Henry Kissinger menghadapi masalah?



Professor David Anderson daripada University of Oxford mendakwa Al-Qaeda bukanlah masalah di Mali.  Banyak lagi permasalahan lain yang wujud ditengah-tengah masyarakat Mali.  Ketidakpuasan hati tuareg yang mahukan 'Azawad' mereka dicampur dengan sesetengah masyarakatnya yang mahukan Undang-Undang Syariah ditegakkan.  Beliau menambah jika Barat masih mahu menyelesaikan konflik yang berlaku di Mali dengan mengaitkannya kepada Al-Qaeda, maka mereka silap besar, malah delusional!



Atau mungkin juga Perancis menyerang Mali kerana Undang-Undang Syariah mahu ditegakkan?  Retorik tentang perkara tersebut banyak terpampang di dada akhbar.  Tetapi diselang-selikan dengan adanya pengaruh Al-Qaeda yang mahu medaulatkan 'pure and strict' Islamic Law.  Seingat saya kalau sesebuah undang-undang itu cair dan tidak ketat, waima undang-undang ciptaan manusia sekalipun, ianya bukanlah layak dipanggil undang-undang, apalagi didaulatkan!  Sekali lagi barat cuba menipu kita dengan mantik.



Barat sememangnya semakin berani menunjukkan wajah sebenar mereka yang sememangnya anti Islam dan Muslim.  Di Malaysia juga kita ada beberapa kumpulan politik yang berpaksikan kepada barat.  Ada yang bergerak atas nama keadilan sejagat dan demokrasi, namun sentiasa menekankan sifat sekular mereka.  Namun penulis agak pening apabila mereka didokong oleh sekelompok ahli syurga yang mahu mendaulatkan negara Islam di bumi Malaysia.  Berjayakah mereka nanti?  Berjayakah mereka meyakinkan pakatan mereka bila menang besar nanti?  Mampukah pakatan mereka meyakinkan paymaster mereka nanti, bahawasanya Islam itu syumul dan agama yang membawa kepada keamanan sejagat?

Atau mungkin jugakah, negara ini akan diserang Perancis atas alasan Undang-Undang Syariah?  Atau mungkin juga kita diserang Britain atas alasan yang sama?  Mungkin juga tentera daripada Commonwealth yang akan dikerah menjajah kita?  Atau mungkin juga Amerika Syarikat atas dasar pre-emptive, kerana sudah dekat sangat dengan pintu tamadun barat, yakni Singapore?  Atau mungkin juga atas alasan kerana segelintir operatif CIA rakyat tempatan, menaikkan bendera merah, meminta tolong?!

Wallahualam.





Anhar Kochneva, Askar Pemberontak & Hegemoni Barat II

Sunday, January 13, 2013

Dunia telah mengetahui bahawa wartawan bebas Anhar Kochneva diculik oleh askar-askar pemberontak yang menggelarkan diri mereka sebagai Askar Pembebasan Syria.  Askar Pembebasan Syria merupakan gelaran 'baik' yang seringkali diguna pakai oleh media-media barat terutamanya Amerika dan Kesatuan Eropah, untuk menghalalkan pemusnahan negara Syria dari dalam dengan membawa masuk askar-askar upahan daripada seluruh negara kejiranan Syria, terutamanya Libya, setelah projek menjatuhkan Muamar Gadafi (yang diaibkan jenazahnya oleh mereka-mereka yang tentunya tidak Islami) dijayakan dengan begitu gemilang sekali.

Setelah diculik Oktober tahun lepas, pemberontak-pemberontak ini mula meminta wang tebusan sebanyak $50 juta dolar dan jika ianya tidak ditunaikan wartawan ini akan dibunuh pada 13hb Disember 2012.  Namun pada 17hb Disember 2012 mereka menunda tarikh tersebut kepada 26hb Disember 2012 sambil mendakwa, bahawasanya kerajaan Ukraine tidak melakukan apa-apa perhubungan untuk membebaskan Anhar Kochneva.

Sejak daripada tahun baru, 2013, keluarga kepada wartawan tersebut mendakwa mereka tidak langsung dihubungi oleh kementrian Ukraine untuk melaporkan sebarang perkembangan terhadap berita wartawan yang dijadikan tebusan itu. Samada beliau masih hidup ataupun sebaliknya tidak dapat dipastikan.  Wallahualam.

Namun satu perkara yang pasti daripada episod penculikan ini ialah, Askar Pembebasan Syria yang kebanyakkan daripada kita mahu banggakan kerana beberapa sebab, bukanlah kumpulan askar Islami yang patut kita banggakan apalagi contohi, kerana jelasnya mereka bukan memperjuangkan sesuatu atas nama Islam, malah telah menfitnah Islam dengan perbuatan mereka yang jelas melanggar syarat-syarat berperang dalam Islam.

Jihad atas nama Islam bukan begini caranya.  Malanglah bagi mereka yang benar-benar mahu mencari pahala jihad, apabila ditipu Dajjal dan konco-konconya dengan sesuatu yang batil seperti pemusnahan negara Syria.  Berapa ramaikah anak-anak muda muslim yang telah tertipu dengan retorik barat yang sememangnya mahu melemahkan dunia Islam secara pukal untuk memperkasakan hegemoni mereka ke atas dunia ini amnya?!  Semoga mereka-mereka yang ikhlas diberi Allah subhanawataala balasan yang setimpal.


Presiden Assad dengan jelas sekali dalam ucapannya baru-baru ini bahawa, peperangan yang sedang berlaku di Syria merupakan peperangan di antara 'negara berdaulat tersebut dengan pengganas'.  Syabas kepada Assad yang dengan berani dan jayanya juga, menyatukan rakyat Syria, terutamanya tentera-tenteranya yang masih bersatu teguh di belakang presiden mereka.


Presiden Assad sudah membuka pintu untuk memulakan dialog dengan rakyat, sekiranya mereka ikhlas untuk melihat kemajuan negara tersebut.  Ini jelas memberi mesej kepada pemberontak dan pengganas tajaan Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Arab Saudi dan Qatar (tentunya Israel), bahawa negara itu tidak akan tunduk dengan ugutan yang mereka buat untuk menggulingkan Assad.  Assad juga menolak untuk meletak jawatan.  Satu pendirian yang disokong kuat oleh Russia, dan China yang menjadi batu penghalang kepada pakatan jahat yang mahu menggulingkan Assad.

Setelah gagal menjatuhkan Assad selama 22 bulan negara tersebut dilanda 'perang saudara'.  Pakatan Jahat ini mula menggunakan muscle politik untuk menjatuhkan beliau dengan meletakkan pra syarat kepada sebarang bentuk perbincangan untuk membawa kepada proses damai di Syria.  Sesuatu yang diveto Russia.
Russia sebagai sebuah kuasa besar yang pernah diperkotak-katikan oleh barat sehingga berpecah tahu percaturan yang sedang Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan beberapa negara Arab lain, untuk menggulingkan pemerintahan Assad.




Amerika Syarikat dengan agenda Israel, sememangnya suka menganggu-gugat sebarang negara yang akan menjadi batu penghalang kepada agenda mereka.  Agen-agen CIA yang sememangnya bersepah 'merisik' diseluruh dunia, termasuk di Kuala Lumpur malangnya, memang terkenal dengan modus operandi yang adakalanya membutuhkan mereka mensabotaj keamanan sesebuah negara dengan apa cara sekalipun.  Itulah cara mereka dilatih, itulah satu-satunya cara yang mereka tahu.


Selamat Tahun Baru, semua dan saya bekalkan video dibawah kepada anda semua berkenaan dengan tragedi di Syria yang dijayakan oleh kegagalan kita untuk memahami isu sebenar.




Imran N Hosein

Loading...