Anhar Kochneva, Askar Pemberontak & Hegemoni Barat II

Sunday, January 13, 2013

Dunia telah mengetahui bahawa wartawan bebas Anhar Kochneva diculik oleh askar-askar pemberontak yang menggelarkan diri mereka sebagai Askar Pembebasan Syria.  Askar Pembebasan Syria merupakan gelaran 'baik' yang seringkali diguna pakai oleh media-media barat terutamanya Amerika dan Kesatuan Eropah, untuk menghalalkan pemusnahan negara Syria dari dalam dengan membawa masuk askar-askar upahan daripada seluruh negara kejiranan Syria, terutamanya Libya, setelah projek menjatuhkan Muamar Gadafi (yang diaibkan jenazahnya oleh mereka-mereka yang tentunya tidak Islami) dijayakan dengan begitu gemilang sekali.

Setelah diculik Oktober tahun lepas, pemberontak-pemberontak ini mula meminta wang tebusan sebanyak $50 juta dolar dan jika ianya tidak ditunaikan wartawan ini akan dibunuh pada 13hb Disember 2012.  Namun pada 17hb Disember 2012 mereka menunda tarikh tersebut kepada 26hb Disember 2012 sambil mendakwa, bahawasanya kerajaan Ukraine tidak melakukan apa-apa perhubungan untuk membebaskan Anhar Kochneva.

Sejak daripada tahun baru, 2013, keluarga kepada wartawan tersebut mendakwa mereka tidak langsung dihubungi oleh kementrian Ukraine untuk melaporkan sebarang perkembangan terhadap berita wartawan yang dijadikan tebusan itu. Samada beliau masih hidup ataupun sebaliknya tidak dapat dipastikan.  Wallahualam.

Namun satu perkara yang pasti daripada episod penculikan ini ialah, Askar Pembebasan Syria yang kebanyakkan daripada kita mahu banggakan kerana beberapa sebab, bukanlah kumpulan askar Islami yang patut kita banggakan apalagi contohi, kerana jelasnya mereka bukan memperjuangkan sesuatu atas nama Islam, malah telah menfitnah Islam dengan perbuatan mereka yang jelas melanggar syarat-syarat berperang dalam Islam.

Jihad atas nama Islam bukan begini caranya.  Malanglah bagi mereka yang benar-benar mahu mencari pahala jihad, apabila ditipu Dajjal dan konco-konconya dengan sesuatu yang batil seperti pemusnahan negara Syria.  Berapa ramaikah anak-anak muda muslim yang telah tertipu dengan retorik barat yang sememangnya mahu melemahkan dunia Islam secara pukal untuk memperkasakan hegemoni mereka ke atas dunia ini amnya?!  Semoga mereka-mereka yang ikhlas diberi Allah subhanawataala balasan yang setimpal.


Presiden Assad dengan jelas sekali dalam ucapannya baru-baru ini bahawa, peperangan yang sedang berlaku di Syria merupakan peperangan di antara 'negara berdaulat tersebut dengan pengganas'.  Syabas kepada Assad yang dengan berani dan jayanya juga, menyatukan rakyat Syria, terutamanya tentera-tenteranya yang masih bersatu teguh di belakang presiden mereka.


Presiden Assad sudah membuka pintu untuk memulakan dialog dengan rakyat, sekiranya mereka ikhlas untuk melihat kemajuan negara tersebut.  Ini jelas memberi mesej kepada pemberontak dan pengganas tajaan Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Arab Saudi dan Qatar (tentunya Israel), bahawa negara itu tidak akan tunduk dengan ugutan yang mereka buat untuk menggulingkan Assad.  Assad juga menolak untuk meletak jawatan.  Satu pendirian yang disokong kuat oleh Russia, dan China yang menjadi batu penghalang kepada pakatan jahat yang mahu menggulingkan Assad.

Setelah gagal menjatuhkan Assad selama 22 bulan negara tersebut dilanda 'perang saudara'.  Pakatan Jahat ini mula menggunakan muscle politik untuk menjatuhkan beliau dengan meletakkan pra syarat kepada sebarang bentuk perbincangan untuk membawa kepada proses damai di Syria.  Sesuatu yang diveto Russia.
Russia sebagai sebuah kuasa besar yang pernah diperkotak-katikan oleh barat sehingga berpecah tahu percaturan yang sedang Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan beberapa negara Arab lain, untuk menggulingkan pemerintahan Assad.




Amerika Syarikat dengan agenda Israel, sememangnya suka menganggu-gugat sebarang negara yang akan menjadi batu penghalang kepada agenda mereka.  Agen-agen CIA yang sememangnya bersepah 'merisik' diseluruh dunia, termasuk di Kuala Lumpur malangnya, memang terkenal dengan modus operandi yang adakalanya membutuhkan mereka mensabotaj keamanan sesebuah negara dengan apa cara sekalipun.  Itulah cara mereka dilatih, itulah satu-satunya cara yang mereka tahu.


Selamat Tahun Baru, semua dan saya bekalkan video dibawah kepada anda semua berkenaan dengan tragedi di Syria yang dijayakan oleh kegagalan kita untuk memahami isu sebenar.




0 comments:

Imran N Hosein

Loading...