Barat & Hipokrasi Maha Acuan 5

Saturday, January 26, 2013

Beberapa hari lalu, saya ada terbaca satu artikel tentang seorang remaja lelaki Aaron Swartz yang membunuh diri, disebabkan tekanan perasaan (mengikut sesetengah laporan) khuatir akan nasib dirinya yang akan dihadapkan ke makhamah, kerana telah memuat turun sejumlah data daripada MIT (Institut Teknologi Massachusetts).  

Diberitakan beliau merupakan seorang genius yang pakar dalam bidang atur cara komputer dan telah bekerja dengan beberapa syarikat besar di Amerika Syarikat, seawal usia 15 tahun. Beliau menulis secara bersama RSS feed di usia 14 tahun.  Tetapi kejayaan beliau yang sebenar ialah apabila beliau dan beberapa rakan remajanya, bekerjasama untuk menghalang daripada satu undang-undang yang akan dibentangkan di Kongres Amerika Syarikat, iaitu COICA daripada diluluskan.  

Mungkin ramai dikalangan kita yang kurang arif tentang hal ini. Namun masih ingatkah anda ketika Google dan Wikipedia bergelap seketika untuk memprotes SOPA dan PIPA daripada diluluskan.  Pendirian mereka jelas, Internet tidak boleh ditapis dan dihalang perjalanannya.  Akhirnya mereka berjaya menundukkan sesetengah pihak di Amerika Syarikat, Money Masters tentunya, daripada memantau selia internet.  Tidak keterlaluan juga dikatakan, penglibatan syarikat-syarikat besar menentang usul tersebut adalah kesinambungan daripada kerja keras, di peringkat permulaan Aaron Swartz dan rakan-rakannya, melobi orang ramai menentang usul tersebut melalui Internet.

Hari saya berpeluang membaca tulisan salah seorang daripada kenalan beliau dan menonton video yang mengandungi ucapan beliau di satu majlis, bercakap tentang kejayaan mereka menghalang SOPA dan PIPA.  Remaja ini kelihatan sangat bijak kepada saya, tetapi seperti yang dinukilkan kawannya, Cory Doctorow, walaupun beliau kelihatan lebih matang dan bijak menjangkau usianya, beliau merupakan seorang remaja biasa seperti kita semua yang mempunyai permasalahan sendiri.

Kedua ibubapa mendakwa, MIT dan JSTOR bertanggungjawab dalam kematian anak muda mereka kerana menggunakan taktik membuli dengan mengugut remaja tersebut dengan 13 pertuduhan.  Anonymous telah bertindak balas dengan mengodam laman web MIT dengan meninggalkan banner, melobi keadilan untuk Aaron Swartz.

Money Masters yang call the shot di Amerika Syarikat bukanlah membenci Aaron Swartz kerana beliau bijak atur cara komputer, tetapi sangat tidak sukakannya, malah mungkin juga meletakkan beliau sebagai poster boy papan atas yang perlu dihapuskan dalam kadar segera, kerana beliau menggunakan kebolehan nya itu bukan untuk menolong mereka untuk mendapat lebih wang, tetapi melobi khalayak ramai, golongan marhaen supaya, bangun menentang bentuk penindasan yang sedang dipersembahkan kepada rakyat Amerika Syarikat yang sememangnya rata-rata dungu.



Beliau telah berjaya dengan menggerakkan khalayak ramai melawan bentuk penjajahan dunia korporat jahat Money Masters untuk memperkudakan masyarakat Amerika Syarikat dan dunia, dengan cuba menghalang pengguna Internet daripada berhubungan dengan bebas dalam melayari Internet dan berkongsi bahan-bahan yang terdapat di Internet dikalangan mereka.  Bukankah Amerika Syarikat juga yang cuba mengambil tindakan kepada syarikat gergasi Google yang bersetuju dengan kerajaan China untuk melarang rakyat negaranya daripada melawat beberapa laman web yang disenarai hitamkan oleh kerajaan komunis tersebut?

Barat sememangnya tidak setelus yang digambarkan mereka.  Mereka tidak layak untuk memberi sebarang rating kepada pencapaian sosial mana-mana negara kerana mereka juga mempunyai seribu satu rahsia dan pekung di dada yang cuba  mereka sembunyikan, atas nama apa sekalipun.  Barat juga cuba menghalalkan hampir segala bentuk sekatan kebebasan manusiawi yang mereka mahu kita buka.  Mereka semakin menyuruh kita bersikap lebih terbuka dan bebas dalam perkara-perkara yang semakin mereka sekat.  Tujuannya tentulah berlawanan daripada apa yang kita fikir kita akan capai.

Contohnya Aaron Swartz tidak akan menjadi mangsa keadaan dan sepatutnya dijulung sikap terpujinya yang tidak mementingkan diri sendiri dengan meluangkan masa dan tenaga untuk membebaskan rakyat Amerika Syarikat dan dunia amnya daripada cengkaman jahat, Money Masters.  Jika mereka berjaya melakukan itu, bayangkan, segala macam perkara buruk lain yang akan dipersembahkan ke atas kita?  Sekurang-kurangnya, buat seketika Pandora's Box itu masih tertutup rapat.

Barat juga sebenarnya tidak mementingkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan, apa yang anda fikir, pasal MIT, Harvard, Cambridge dan Oxford perlulah ditukar sekarang. Terbaru seorang remaja di Montreal, Canada, Ahmad Al-Khabaz yang berusia 20 tahun dan sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang Sains Komputer telah dibuang kolej, hanya kerana melaporkan kepada pihak kolej tentang adanya, bug terhadap sistem kolej Quebec yang mengambil beberapa data pelajar yang menggunakan sistem tersebut.  Perkara ini melibatkan hampir 250 ribu orang pelajar yang mana, identiti mereka boleh dicuri, mereka boleh diintip pihak yang tidak bertanggungjawab, malah loker mereka juga boleh dibuka.


Perkara seserius ini mungkin akan membuatkan kita mengurniakan pingat jasa cemerlang kepada remaja tersebut, yang seperti Aaron Swartz, masih positif dan idealis dalam menjadikan dunia satu tempat yang baik untuk semua manusia.  Namun mereka salah, dan mungkin salah seorang daripada mereka belajar akan fakta tersebut dengan cara yang kejam dan tidak adil, tetapi itulah bentuk dunia yang digerakkan oleh wang ringgit.  

Apabila Money Masters berkuasa, Fareed Zakaria yang menipu, masih dibayar dengan mahal untuk mengacarakan forum di Davos, Switzerland, bersempena dengan World Economic Forum yang sedang berlangsung sekarang.  Dan anak-anak muda seperti Aaron Swatz dan Ahmed Al-Khabaz, perlu dihukum kerana doing a disservice to the Money Masters!  RUGINYA KITA!







2 comments:

Imran Haaz said...

Betulkah dia bunuh diri Tuan?

Teringat dengan Wag The Dog bila watak Dustin Hoffman "dijumpai membunuh diri di dalam kolam renang rumahnya"..

islam1st said...

Salam Tuan, benar tuan, sebenarnya beliau lebih hebat daripada apa yang telah saya beri kredit.
beliau seorang penulis yang sangat jelas bentuk penulisannya, sangat tebal sifat cintakan manusia, terutamanya masyarakat marhaen, di mana pun kita berada dan beliau merupakan seorang genius (kurniaan Allah subhanawataala) yang bijak dalam memahami atur cara komputer dan bijak mengaplikasi jati diri empatinya yang tinggi dalam berbuat atur caranya, satu kombinasi yang sangat FATAL kepada Money Masters dan kuncu-kuncunya.
Maka beliau must go at all cost. itulah yang berlaku agaknya.
Wallahualam.
sila lawati www.aaronsw.com

Imran N Hosein

Loading...