DNA Kuda dalam daging burger lembu di UK!

Thursday, January 24, 2013

Sejak lebih kurang seminggu yang lalu, Britain digemparkan dengan kes DNA kuda yang berjaya dikesan dalam patti burger lembu yang dijual di Tesco.  Kes ini mengundang seribu satu debat tentang keselematan makanan, kelazatan daging kuda, tahap kualiti makanan yang dijual murah di pasar raya, sehinggalah kepada hipokrasi industri pemakanan itu sendiri yang mungkin mengimpot kembali 'daging-daging kuda' yang disembelih di Britain daripada Holland, Argentina dan Sepanyol yang daijadikan filler kepada pembuatan daging burger lembu untuk mengurangkan kos.
Tesco memohon maaf di atas insiden tersebut dan mengeluarkan kesemua produk-produk yang berasaskan daging lembu yang diimpot daripada dua buah pengilang di Ireland.  Beberapa pasaraya besar lain juga mengambil langkah berjaga-jaga dengan berbuat demikian walaupun mereka tidak dikesan terlibat dalam skandal makanan terbaru yang melanda Britain yang membabitkan daging kuda. Sainsbury, Co-op dan Asda walaupun tidak terlibat, mengambil langkah awal untuk menjaga hati pelanggan mereka yang semakin kritikal terhadap produk daging yang terjual di Tesco.  Produk daging burger Tesco Value Range, dikesan mengandungi 29% daging kuda.


Terbaru Burger King juga membuat pengakuan terbuka bahawa syarikat mereka juga menggunakan pembekal yang sama yakni, Silvercrest Food dan Dalepak yang dimiliki oleh syarikat gergasi ABP, walaupun mendakwa daging-daging burger mereka tidak terlibat. Berdasarkan uji-kaji yang mereka jalankan, daging burger mereka adalah selamat.  Walau bagaimana pun syarikat itu mengambil langkah untuk memusnahkan berjuta-juta patti burger, sebagai langkah berjaga-jaga.  Produk-produk patti burger ditandakan X dan kakitangan diarahkan untuk menunggu penghantaran stok baru. Sementara itu Burger King mungkin tidak dapat mengadakan beberapa menu biasa mereka.


Perdana Menteri Britain sangat tidak selesa dengan apa yang berlaku.  Dia mengarahkan agensi yang mengawal selia makanan di Britain, UK Food Standard Agency untuk mengadakan siasatan yang lebih menyeluruh dan memberi komen bahawa apa yang berlaku adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.  Sudah mula cakap-cakap yang mahu Tesco disaman kerana tidak berhati-hati dalam mengawal selia makanan yang mereka jual.  Jika agensi pemakanan boleh mengesan DNA tersebut, kenapa tidak Tesco?  Namun ada juga yang mengatakan bahawasanya syarikat besar seperti Tesco tidak perlu risau kerana jika didapati bersalah sekalipun jumlah dendanya amatlah kecil.


Jika agensi pemakanan Britain itu mahu meneruskan pendakwaan ke atas kesalahan dalam melabel bahan makan, Tesco hanya perlu membayar tidak lebih daripada 20 ribu pound sterling dan dua tahun penjara.  Pengkritik mengatakan denda tersebut tidak mencukupi untuk menghalang syarikat-syarikat besar daripada melakukan kesalahan dalam melabel makanan yang dijual mereka.

Laporan terbaru mengatakan kuda-kuda yang disembelih di United Kingdom pada tahun lepas diuji positif phenylbutazone, anti-inflamatori agen yang boleh menyebabkan kanser dan dilarang daripada digunakan dalam rantaian pemakanan manusia.


Terdapat juga cakap-cakap dikalangan pemain industri yang mengatakan mungkin daging-daging kuda yang dijual murah dalam pasaran itu merupakan daging daripada haiwan yang berpenyakit dan juga tercedera.  Kualiti daging-daging tersebut perlu diragui jika sumbernya tidak dapat dikesan.

Setakat ini Tesco sudah kerugian hampir 300 juta pound sterling kerana syarikatnya sudah susut nilai apabila skandal ini berlaku.  Kira-kira 10 juta pound sterling nilai makanan berasaskan daging yang telah dimusnahkan oleh pasaraya-pasaraya besar terbabit.  Semua ini tentunya tidak akan berlaku jika FSA menggunapakai standard makanan Halal yang diunjurkan Islam.  Dan kepada muslim Malaysia, dibawah merupakan satu-satunya logo Halal yang sah di Malaysia yang membuktikan bahawa premis makanan ini telah mendapat kelulusan daripada JAKIM.  Jika selain daripada ini dipaparkan, sila laporkan kepada pihak berkuasa di tempat anda.


Semoga skandal pemakanan seperti ini tidak berlaku kepada kita semua muslim Malaysia.  Insiden Ikan keli DNA babi harapnya tidak berulang.  Makanan Halal dan Penguatkuasaan terhadap pemakanan Halal harus digiatkan supaya kita semua, muslim dan sebaliknya dapat menikmati makanan yang sihat dan bebas penyakit.



2 comments:

Imran Haaz said...

Ada satu lagi masalah yg mrk belum ambil tindakan sepenuhnya. Iaitu dedak kepada makanan lembu2 mereka bukanlah berasaskan kepada tumbuhan semata2, malah ada juga daripada daging dan darah dari ladang dan food leftover yg diproses semula.

http://usatoday30.usatoday.com/news/health/2003-06-09-beef-cover_x.htm

Perkara ini legal di sana. Tetapi bukankah apabila, lembu yang fitrahnya memakan tumbuhan, tetapi kemudiannya diubah fitrah pemakanannya dengan membuatkannya memakan daging dan darah, ia akan menyebabkan berlakukan modifikasi kepada genetik haiwan dan sifat2nya sebagai lembu sebenar?

Kerana itulah timbulnya mad cow disease (Bovine spongiform encephalopathy) dan beberapa penyakit lain. Apa pula kesannya ke atas manusia? Aku pernah terbaca dalam satu pamphlet di hospital tentang satu lg penyakit yg berkaitan dengan masalah pemakanan lembu ni. Tp aku x ingat.

Satu persoalan, apakah daging lembu2 dlm bentuk mcm ni ada dalam hidangan restoran makanan segera kita? Inilah yg dinamakan membunuh dan memprogramkan kejahatan ke dalam diri manusia secara diam dan tanpa sedar.

islam1st said...

Salam Tuan, benar sememangnya mereka sedang menggangu-gugat tabie manusia. disebabkan itulah semakin banyak permasalahan berlaku dikalangan manusia dewasa ini.
sememangnya mereka semakin berjaya. terutamanya apabila kita sebagai muslim semakin tidak mahu menggunakan benchmark HALAL yang disyariatkan Maha Pencipta kepada kita muslim, sememangnya kita semakin rugi.

Imran N Hosein

Loading...