Lego, Star Wars & Sentimen Anti Islam

Saturday, January 26, 2013

Di Austria sekumpulan muslim menuduh Lego sebagai rasis kerana mengeluarkan set Istana, Jabba The Hut. Kita masih ingat akan Jabba The Hut yang sangat gemuk, slimy dan suka hisap Shisha, duduk bermalas-malasan dalam istananya yang kelihatan seperti sebuah harem, terutamanya apabila dia menculik Princess Leia dan memaksa puteri tersebut memakai bikini keemasan.

Jabba juga suka menyiksa mangsanya dan membunuh dengan kejam.  Jabba juga mempunyai hobi untuk mengumpul hamba sahaya!  Inilah stereotype yang telah dilabelkan ke atas muslim dengan jayanya oleh media barat dan Hollywood terutamanya.  Dan dengan mengeluarkan istana Jabba yang kelihatan seperti sebuah masjid lengkap dengan minaret, sudah tentulah akan menimbulkan kemarahan muslim.

Kumpulan tersebut mendakwa bahawa istana Jabba The Hut dalam set Lego tersebut kelihatan seakan-akan masjid Hagia Sophia di Turki yang sangat terkenal di seantero pelusuk dunia. 'Masjid' tersebut juga kelihatan mempunyai seakan-akan bunker lengkap dengan set persenjataan untuk berperang.  Adakah ini yang ada dalam kotak pemikiran mereka yang anti Islam dan muslim?

 Ini bukanlah kali pertama tuduhan sedemikian dilemparkan ke atas Lego, pada 2010, artis Chris McVeigh mendakwa, kesemua watak yang bukan berkulit putih dalam Lego mempunyai expresi muka marah.

Semoga perkara sebegini tidak berlaku di Lego City.  Mungkin sudah sampai masanya kita semua pergi melawat Lego City dan siasat sendiri!

2 comments:

Imran Haaz said...

Benar Tuan semua ini telah lama berlaku.. di sekeliling kita penuh dgn program bawah sedar yg cuba programkan bahawa segala yg bukan berkulit putih itu jahat, buruk, tidak berjaya dan gagal.

Malah semua yg berkenaan imej muslim sentiasa mereka cuba burukkan dgn permainan persepsi bawah sedar sebegini.

islam1st said...

Salam Tuan, mungkin disebabkan itulah mudah untuk kita merasa rendah diri, rasa perlu imitate barat untuk berjaya dan sebagainya. Bangga apabila melihat SM Mohd Idris ke hulu ke hilir dalam majlis2 besar berpakaian selesa kepada dirinya dengan yakin dan segak sekali.
Beliau sangat sedar akan nilai dirinya yang tinggi tanpa perlu mengikut bentuk2 yang dishoved oleh barat ke atas kita.

Imran N Hosein

Loading...