Mali, Al Qaeda & Undang-Undang Syariah

Tuesday, January 22, 2013
Sekali lagi alasan untuk menghapuskan Al-Qaeda diguna-pakai untuk menyerang sebuah negara berdaulat.  Acap kali ianya digunakan, bagaikan kata-kata keramat, seluruh dunia 'bertamadun' diam seribu bahasa.  

Al-Qaeda sudah menjadi azimat kepada warmonger yang bekerja di Rumah Putih dan di pejabat Kesatuan Eropah.  Warmonger juga sering memperkudakan Bangsa-Bangsa Bersatu yang sememangnya berkiblatkan Tel Aviv dan pendokongnya.


Namun sekali lagi, seperti Amerika Syarikat yang menyerang Iraq tidak berapa lama dahulu (jangan kita lupa!), Perancis kini mengambil tindakan yang sama, membelakangi Bangsa-Bangsa Bersatu, malah membelakangi Parlimen Negaranya, tergesa-gesa menceroboh Mali, atas alasan untuk menghalang daripada Undang-Undang Syariah Islam ditegakkan di negara tersebut.  Perancis yang satu ketika dahulu pernah mengkritik keras Amerika Syarikat kerana menyerang Iraq, kini mengikut telunjuk, Negara Pembuli Nombor Satu Dunia!

'Kematian Osama bin Laden' rupa-rupa tidak dapat memadam cerita sebuah organisasi yang diasaskannya pada lewat 80an dulu (mengikut wikipedia). Osama bin Laden rupa-rupanya masih hidup. Alive and kicking kata orang putih.  Itupun jika, anda, seperti penulis, tidak pernah percaya akan berita kematian Pengganas Nombor Satu Dunia itu.  Endingnya terlalu mudah.  Bukan standard Hollywood.  White House dengan tradisi Wag The Dog, sememangnya boleh buat lebih daripada ini.  Satu-satunya bukti kematian tragik 'Hero' sesetengah umat Islam itu ialah, gambar di bawah, lihat betul-betul. A picture is worth a thousand words.  Benarlah tu!


Barat, dengan Transparency Internationalnya, dengan Amnesty Internationalnya, dengan Human Rights Watchnya, dengan Reporters Without Bordersnya (asal Reporter Sans Frontiere), gagal untuk mempertahankan hak, warga dunia yang miskin dan tertindas daripada dibuli oleh penaja-penaja Israel.  

Penulis sememangnya tidak pernah menanggung harap kepada kesemua organisasi ini.  Salah satu sebab kenapa penulis tidak pernah tergerak hati mahu menderma kepada Unicef.  Penulis sememangnya skeptikal terhadap keikhlasan mereka mengotakan janji misi mereka.  Masakan tidak, kenapakah Unicef yang sepatutnya mengambil berat perihal kanak-kanak seluruh dunia, memilih untuk tidak berbuat apa malah berdiam diri terhadap kanak-kanak yang dipenjarakan Israel hanya sebab membaling batu kepada tentera-tentera yang menjajah tanahair mereka?!  Untuk itu saja Unicef sudah gagal!  Untuk itu saja Unicef tidak layak mendakwa mereka sebuah organisasi yang mementingkan kesejahteraan kanak-kanak sedunia.  Untuk itu saja kewujudan Unicef batil. Dan tidak layak menerima sedekah orang-orang beriman.

Penulis sentiasa merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap organisasi-organisasi ini yang sememangnya profesional dalam melakukan tugasan mereka berpandukan kepada kehendak pihak-pihak tertentu, terutamanya Money Masters yang sanggup menaja organisasi mereka.  Penting dalam memastikan Cek Gempal diterima pengurusnya setiap bulan.  After all, mereka juga makan gaji.  Mereka harus akur, suka atau tidak, kepada Paymaster mereka.  Fikir Sisters In (Slaming) Islam.

Mungkin segelintir daripada mereka, terutamanya beberapa kakitangan Al Jazeera yang meletak jawatan sebagai bantahan kepada cara rangkaian berita serantau itu melaporkan beritanya tentang konflik di Syria, benar-benar ikhlas.    Mungkin ada daripada mereka di dalam organisasi-organisasi tersebut, benar-benar ikhlas.  Sudah tentu.  Tetapi tidak sememangnya tidak bagi seorang lelaki muslim Malaysia yang penulis jumpa pada satu sesi bicara seni di Galeri Petronas, suatu ketika dulu, yang memilih untuk memakai kemeja T yang bercakap tentang krisis di Darfur, Sudan (yang sedang berlaku ketika itu, namun kurang mendapat perhatian di Malaysia), berbanding dengan isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat Palestin.

Adakah totok Amnesty International Malaysia itu berpendapat bahawasanya masyarakat Palestin kurang layak mendapat perhatian berbanding dengan rakyat Sudan di Darfur?  Bukankah kesengsaraan dan penderitaan rakyat Palestin sudah berlangsung berpuluh tahun, dan perlu diselesaikan secepat mungkin, sama seperti krisis kemanusiaan di mana-mana pun?!  Kenapakah beliau memilih untuk 'bercakap' tentang isu Darfur berbanding isu Gaza?  Adakah kerana pendokong-pendokong Israel tidak mahu ianya berlaku maka ianya tidak berlaku?  Israel perlu membeli masa untuk menjayakan projeknya, dengan itu konflik demi konflik di beberapa kawasan panas dunia, dilancarkan dan diberi perhatian.

Sememangnya Israel akan dapat apa yang ia mahu. Sememangnya pendokong Tel Aviv di seluruh dunia Barat terutamanya dengar dan patuh cakap-cakap Tuannya!  Maka sebagai pembuka bicara tahun 2013, kita dikejutkan dengan penambahan satu lagi konflik (yang sudah menjadi dua dengan krisis penculikan di Algeria) berlangsung dengan peperangan.

Persoalannya sekarang, adakah benar Al-Qaeda sedang menghuru-harakan Mali dan juga beberapa tempat di Afrika Barat, termasuk Algeria?  Bukankah mereka-mereka ini yang ditaja barat untuk menjatuhkan Muammar Gadafi di Libya dan sekarang ini, diberi wang dan senjata api untuk merancakkan konflik di Syria untuk menjatuhkan Presiden Bashar Assad?  Kenapa Hillary Clinton yang baru-baru ini berjabat tangan dengan salah seorang pemimpin Al-Qaeda, kini menukar lenggok apabila perancangan perang Pentagon dan Henry Kissinger menghadapi masalah?



Professor David Anderson daripada University of Oxford mendakwa Al-Qaeda bukanlah masalah di Mali.  Banyak lagi permasalahan lain yang wujud ditengah-tengah masyarakat Mali.  Ketidakpuasan hati tuareg yang mahukan 'Azawad' mereka dicampur dengan sesetengah masyarakatnya yang mahukan Undang-Undang Syariah ditegakkan.  Beliau menambah jika Barat masih mahu menyelesaikan konflik yang berlaku di Mali dengan mengaitkannya kepada Al-Qaeda, maka mereka silap besar, malah delusional!



Atau mungkin juga Perancis menyerang Mali kerana Undang-Undang Syariah mahu ditegakkan?  Retorik tentang perkara tersebut banyak terpampang di dada akhbar.  Tetapi diselang-selikan dengan adanya pengaruh Al-Qaeda yang mahu medaulatkan 'pure and strict' Islamic Law.  Seingat saya kalau sesebuah undang-undang itu cair dan tidak ketat, waima undang-undang ciptaan manusia sekalipun, ianya bukanlah layak dipanggil undang-undang, apalagi didaulatkan!  Sekali lagi barat cuba menipu kita dengan mantik.



Barat sememangnya semakin berani menunjukkan wajah sebenar mereka yang sememangnya anti Islam dan Muslim.  Di Malaysia juga kita ada beberapa kumpulan politik yang berpaksikan kepada barat.  Ada yang bergerak atas nama keadilan sejagat dan demokrasi, namun sentiasa menekankan sifat sekular mereka.  Namun penulis agak pening apabila mereka didokong oleh sekelompok ahli syurga yang mahu mendaulatkan negara Islam di bumi Malaysia.  Berjayakah mereka nanti?  Berjayakah mereka meyakinkan pakatan mereka bila menang besar nanti?  Mampukah pakatan mereka meyakinkan paymaster mereka nanti, bahawasanya Islam itu syumul dan agama yang membawa kepada keamanan sejagat?

Atau mungkin jugakah, negara ini akan diserang Perancis atas alasan Undang-Undang Syariah?  Atau mungkin juga kita diserang Britain atas alasan yang sama?  Mungkin juga tentera daripada Commonwealth yang akan dikerah menjajah kita?  Atau mungkin juga Amerika Syarikat atas dasar pre-emptive, kerana sudah dekat sangat dengan pintu tamadun barat, yakni Singapore?  Atau mungkin juga atas alasan kerana segelintir operatif CIA rakyat tempatan, menaikkan bendera merah, meminta tolong?!

Wallahualam.





2 comments:

Imran Haaz said...

Salam Tuan Rizal Hass,
al Qaeda sebenarnya 'phantom of the opera' dalam panggung permainan Dajjal. Ia tidak wujud.

Bila Perancis serang Mali, kita akan sedar tentang satu perkara. Ia segera mengingatkan kita dengan Treatise of Tordesillas 1494. Di mana dunia baharu dibahagikan kepada 2 kuasa iaitu Spain dan Portugis.

Tindakan Perancis ini bukan yang pertama. Beberapa tahun lepas, mereka serang Chad atas alasan yg sama. Seolah2 ada perjanjian gelap antara US dan Perancis untuk ambil tindakan menyekat penguasaan mana-mana gerakan Islam mengikut pembahagian kawasan2 yg tertentu spt dlm Treatise of Tordesillas. Bila US masuk Iraq, Afghan dsb, perancis x campur. Bila perancis masuk Chad & Mali, US x campur..

Ada pakatan jahat yg terlindung. Ada opera sedang dimainkan. Dan al Qaeda menjadi phantom di dalam opera tersebut.

islam1st said...

Salam Tuan Imran Haaz, setuju seratus peratus, dalam mereka mahu kita berpecah-belah sesama kita, mereka sebenarnya bersatu teguh di bawah common goals. Baru tonton sebuah filem berkenaan dengan perjuangan bangsa-bangsa afrika utara dan afrika barat (jajahan Perancis) yang membantu mereka berperang menentang Jerman sehingga ke titisan darah yang terkahir tetapi dianaktirikan semasa dan selepas perang. Kita semua merupakan boneka saja, hanya Allah sajalah yang dapat membalas keikhlasan kita.
dan pakatan jahat yang terlindung seperti yang tuan perkatakan juga terdapat di Malaysia dan sedang bersatu atas common goals.

Imran N Hosein

Loading...