Mesir, Dataran Tahrir & CIA; Porak Peranda Di Mesir, Sebuah Renungan...

Wednesday, January 30, 2013

Kepada mereka yang masih mahu menggunakan Mesir sebagai model contoh untuk kita menjatuhkan kerajaan kita, dengan cara demonstrasi jalanan yang dicanang (dan dibanggakan oleh segelintir daripada kita, dewasa ini) oleh pencacai-pencacai Amerika Syarikat dengan dana yang masuk ke Malaysia melalui bank-bank antarabangsa secara haram-MONEY LAUNDERING, tolong berhenti sejenak, solat sunat isthikarah dan dengan penuh rasa rendah diri memohon petunjuk Allah subhanawataala.  Moga-moga Allah mempermudahkan kita untuk kenal akan hak dan batil!

Lihat Mesir sekarang.  Ketika ada dikalangan kita yang meraikan kemenangan puak salafi di Mesir yang akan memulakan era baru di salah satu daripada negara Islam yang mundur, kita dihidangkan dengan demonstrasi jalanan yang sudah memasuki hari ke-5.  Morsi poster boy Presiden bersih dan telus oleh segolongan daripada pemimpin kita, kini dilabel masyarakat Mesir sendiri sebagai seseorang yang telah mengkhianati perjuangan yang dilabelkan Barat sebagai kebangkitan Arab Spring.  Dataran Tahrir yang menjadi simbol kepada kebangkitan rakyat menjatuhkan rejim Hosni Mubarak nampak belum reda bermandi darah dan menjamah asap gas pemidah mata, antara tentera dan khalayak awam Mesir.

Adakah ini yang kita mahu contohi?  Adakah ini sesuatu yang bagus dan baik untuk kita semua, maka kita cuba menghasilkan Arab Spring ciptaan kita?  Adakah kita bersedia untuk menghumban negara yang kita cintai ini dengan konflik yang tiada berkesudah seperti yang berlaku di Syria dengan campur tangan asing dari segenap penjuru, rakyat tempatan keliru dan menderita, tersepit di tengah-tengah jalan?  Perlukah kita mengikut nafsu sehinggakan mengandaikan apa saja yang kita ada hari ini, hanya kerana ABU? Hanya kerana kita bencikan satu kumpulan yang terdiri daripada saudara sebangsa dan seagama kita sendiri, yang tentunya terdiri daripada pelbagai latar belakang, baik dan jahat?!

Atau kita sudah jaded dan riak apabila dijanjikan syurga sehingga memberi lesen kepada kita melakukan porak-peranda dan huru-hara tanpa sekelumit dosa terpalit di muka?  Atau adakah kerana kita merasakan diri kita maksom, tidak berdosa sehinggakan kita boleh melakukan apa saja, darah 'mereka' yang tidak bersama kita, Halal di mata kita? 


Adakah motto Bush, Koboi Perang Amerika yang kita pakai dewasa ini untuk 'menghancurkan' mereka?!  Jika jawapannya 'YA!', maka ingin saya ucapkan 'HAPPY KILLING TO ALL!'.








0 comments:

Imran N Hosein

Loading...