Muslim, Identiti Muslim & Sentimen Akhir Zaman

Monday, January 28, 2013
Kira-kira 5 tahun lepas, saya telah menulis kepada sebuah surat khabar berbahasa Inggeris berkenaan satu isu.  Surat saya telah dijawab oleh salah seorang daripada bekas presiden majlis peguam ketika itu dengan nada yang kurang menyenangkan saya, lalu saya hantar satu lagi surat balas.  Kedua-dua surat tersebut saya hantar melalui email saya dengan nama penuh siap dengan 'bin'.  Tetapi, walaupun kedua-dua surat tersebut mendapat perhatian ke atas buah fikiran yang saya nukilkan, malangnya, pihak editor suratkhabar tersebut tidak menghormati saya sebagai seorang manusia kerana secara sedar menidakkan identiti muslim saya!

Saya seorang muslim, ini boleh dilihat dengan nama saya (tentunya tanpa gambar wajah saya), jika dibuangkan 'bin', saya mungkin juga seorang serani, atau juga seorang druze?  Siapa tahu?  Sebenarnya gerakan untuk menidakkan identiti muslim di Malaysia sudah lama berlaku, tetapi ianya dilakukan dengan halus sekali sehingga kita tidak menyedarinya.  Gerakan ini merupakan salah satu cabang untuk mengikis hegemoni Islam dan nilai-nilai muslim dikalangan muslim di tanah air mereka sendiri.  Siapa kata, apa ada pada nama?, sememangnya keliru.  Jika nama tidak penting, kenapakah syarikat yang berpaksikan keuntungan membelanjakan berbillion juta dollar Amerika ke atas penjenamaan?  Saya graduan pemasaran dan perniagaan, saya tahun akan hal ini, period.


Di Malaysia mungkin anda pernah membaca supaya perkataan 'bangsa' dan 'agama' perlu ditiadakan dalam pendaftaran bayi yang baru dilahirkan.  Mungkin juga anda pernah terdengar polemik untuk menidakkan saja penggunaan 'bin' dan 'binti' dalam urusan seharian kita, termasuklah urusan rasmi.  Semua ini jika berjaya dilaksanakan akan memudahkan proses untuk memurtadkan anak-anak muslim, yang semakin rancak berlaku walaupun dewasa ini.

Pengakisan identiti muslim bukanlah fenomena yang hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia.  Kita ambil contoh dunia hiburan di Amerika Syarikat contohnya.  Yuna anak muda yang berbakat besar perlu, menukar bentuk hijab yang dipakainya kepada bentuk 'serban' yang lebih mainstream, lebih Erykah Badu, walaupun penyanyi ini tidak lagi mengayakan gaya ini.  Lebih mudah untuk diterima kerana budaya wanita Afrika mengayakan gaya 'serban' yang sama.  Dan sememangnya dipopularkan oleh ramai Artis dan penggiat seni berkulit hitam di Amerika Syarikat.


Jadi Yuna, walaupun mempunyai bakat yang setaraf dengan artis-artis besar Amerika Syarikat, identiti muslimnya perlu di tone down.  Perlu di mainstreamkan sedikit. Jadilah Yuna, gadis yang berhijab kepada gadis yang 'berserban', semata-mata untuk menyenangkan penerimaan peminat muzik di Amerika Syarikat dan dunia.  Saya tidak menyalahkan Yuna dalam hal ini, saya sedar akan compromised yang perlu diambil artis baru sepertinya.  Tetapi itulah hakikatnya.


Masalahnya, barat sering mahu mengajar kita yang bakat dan kebolehan merupakan segala-galanya.  Warna kulit, latar belakang budaya, agama, seks tidak menjadi hal yang dititik-beratkan mereka.  Itu yang mereka seringkali ajarkan kita.  Macam kita di sebelah sini yang rasis tidak tentu hala.  Tetapi kenapakah, atas nama marketing, public relation atau apapun, perlu seseorang muslim itu mengorbankan identitinya untuk diterima khalayak 'mereka'?  'Mereka' di sini lebih kepada cara pemikiran atau kumpulan yang mempunyai pemikiran liberal barat.  Kelompok ini juga terdapat di Malaysia tentunya.

Itulah apa yang saya suka namakan sebagai Hipokrasi Barat.  Barat tidak cakap serupa bikin.  Barat hanya mahu kita Walk the Talk, sedangkan mereka akan menggunakan setiap jalan singkat yang terhidang di depan  mata.  Barat merupakan Ketam yang mengajar anak berjalan lurus.  Barat by design (Maha Acuan) sememangnya begitu.  Jadi saya hairan malah sinis kepada insan-insan yang sering menggunakan 'Barat' (sekali lagi kepada bentuk pemikiran, ideals yang sama, bukan geografi) sebagai tanda aras untuk segala sesuatu dalam kehidupan kita seharian. 

Seorang lelaki Australia yang merupakan seorang guru yang saya jumpa lewat tahun 2012 ketika pulang bercuti di Pulau Pinang baru-baru juga bersetuju apabila saya katakan yang saya sangat kurang senang apabila, dunia sekarang menggunakan 'Barat' sebagai benchmark untuk segala sesuatu.  Tegas saya barat juga mempunyai dirty little secrets, barat juga (geografi dan pemikiran) tidak 100% telus.  Tabie manusia.  Malah kalau kita mahu pergi lebih jauh lagi, saya akan katakan muslim dan dunia Islam sahajalah akan menghasilkan insan-insan yang 100% telus.  Jika ada, dan jika dunia kita sendiri gagal untuk berbuat demikian, apatah lagi dunia lain yang makan segala macam makanan, ingat, kita merupakan apa yang kita makan!


Baru-baru ini penyanyi Shila Amzah memenangi sebuah pertandingan nyanyian di China dengan gelaran Juara Asian Wave 2012.  Kemenangannya itu membolehkan beliau dikenali di China dan di seluruh pelusuk negara yang berbahasa mandarin.  Tidak keterlaluan juga jika dikatakan kejayaan tersebut membolehkan beliau tercalon dalam kategori Worlds's Best Female Artist, World Music Awards 2013 yang akan berlansung di Monaco.  Beliau tercalon bersama seorang lagi artis popular Malaysia, Siti Nurhaliza.  Berita ini sememangnya membawa kegembiraan kepada kita semua, apabila kedua-dua artis bertudung tanahair yang menjaga tatasusila dan meneruskan perjuangan artis bertudung Malaysia tercalon di anugerah yang kepada ramai amat berprestij (saya tentunya mempunyai pendapat yang lain sebenarnya).

Namun anda akan kecewa apabila anda melewati laman web anugerah tersebut, apabila mendapati kedua-dua gambar artis kita yang tercalon dengan gambar lama di kala mereka tidak berhijab. Mungkin pegawai perhubungan pelanggan anugerah tersebut akan menjawab, gambar itu saja yang ada dalam koleksi mereka atau gambar itu saja yang boleh digunapakai mereka dan seribu satu alasan lain yang akan mereka berikan.  Tetapi yakinlah saudara muslim semua, ini merupakan gerakan halus untuk menidakkan identiti muslim kita,sama seperti apabila mereka cuba menghalang kita daripada menggunakan 'bin' dan 'binti' kita!

Ini jugalah yang berlaku apabila mereka cuba menghalang atlet wanita kita daripada bertudung.  Ingatkah anda akan atlet wanita saudi yang hampir-hampir dilarang daripada mewakili negaranya di Olimpik atas kerana hijabnya? Alasan yang diberikan ialah keselamatan selain daripada alasan tidak munasabah yang melarang beliau daripada bertudung kerana 'selari dengan semangat judo'.  Beliau akhirnya dapat beraksi dengan tundung yang sememangnya tidak kelihatan membahayakan nyawa dan bertentangan dengan semangat judo, apa itu?

Gambar di bawah ini sekadar renungan kita semua.  Wanita Yahudi Ultra Ortodoks di satu majlis perkahwinan di belakang tirai nipis, sila amati gaya tudung mereka. 







2 comments:

Imran Haaz said...

Salam Tuan Rizal Hass,
Surat tuan dgn Tajuk 'No one’s abducting minority groups' ada aku simpan paper cut dia. Prof. Khoo Kay Kim punya surat backing idea dalam surat pertama tuan pun aku ada simpan. Nanti aku scan dan email lepas tu bolehlah paste balik dalam artikel ni.

Kita selalu 'berperang' dgn pihak ni. Tapi tak mengapa tuan, biasanya org macam mrk ni, bila mrk buang najis mereka terlupa di mana najis tersebut mereka simpan. Akhirnya mrk akan terpijak najis buangan sendiri dan aku telah menangkap mereka. Caught red handed kata tuan yang membela mrk.

Bab Muslim mesti masuk dlm acuan yg mrk mahukan, mmg aku pun ada tulis tp x publish lg. Benar pemerhatian tuan.

Satu lagi kalau tuan perasan, dalam iklan-iklan media kita, imej wanita Islam bertudung mengikut syariat telah pupus. Lebih2 lg kalau iklan yang menunjukkan manusia-manusia bahagia, ceria, cemerlang, berjaya, kuat serta hebat di dalam apa sahaja bidang diceburi mereka. Dalam iklan2 spt itu, tiada imej muslim dpt dikesan. Tiada wanita bertudung mengikut syariat ditonjolkan sebagai insan2 yg berjaya dan bahagia dlm iklan sedemikian rupa.

Perhatikan pula bilamana sebuah syarikat penerbitan yg dimiliki seorang anak figura pemimpin. Dlm penerbitannya, dia gemar menggunakan wanita2 dgn imej muslimah yg mengikut syariat sebagai insan2 yg dirundung malang, cenderung bermasalah,mahu bunuh diri, ada anak luar nikah, bodoh dan sebagainya. Tetapi apabila mahu menggambarkan imej wanita berjaya, bahagoa dan cemerlang, hanya wanita2 tidak bertudung dan jika bertudung pun mestilah seperti pocong baru bangkit dari kubur jika tidak serban Jamaica menjadi pilihan.

Kita semua sedang diprogramkan. Tuan, saya dan kita semua yg sedar tentang perkara ini perlu terus bersuara. Teruskan usaha tuan menyedarkan apa yg manusia lain tidak sedar. Semoga Allah memberikan tuan kekuatan serta semua kemudahan dan kebahagian dalam perjuangan ini dan kehidupan tuan di dunia dan akhirat. Ameen..

islam1st said...

Salam Tuan Imran Haaz, sememangnya benar apa yang tuan perkatakan, aku sendiri malu apabila anak saudara kesayangan berusia tujuh tahun tonton Istanbul aku... dengan sendiri di laptop bapanya. aku risau dengan nilai-nilai yang ada didalamnya. benar mereka memang bekerja dengan kuat dan tekun sekali. Hasil kerja syarikat tersebut memang berada dalam radar pemerhatian yours truly.
Tuan, terima kasih atas doa, Alhamdullilah. Ameen.

Imran N Hosein

Loading...