Salam Maulid Nabi Semua!

Thursday, January 24, 2013

Sallalahualaihiwassalam, sempena menyambut ulangtahun kelahiran junjungan besar kita, penyelamat seluruh ummat, marilah kita banyak-banyakkan berselawat salam ke atas junjungan baginda.  Manusia terbaik yang pernah dilahirkan dan marilah pula kita mengenangkan jerit payah baginda berdakwah pada peringkat awal permulaan dakwahnya dengan membaca sedikit cebisan kisah dakwah baginda di Taif sebagai benteng tekladan kepada kita muslim-muslim yang waras, supaya jiwa muslim yang dibawakan Rasullulah sallalahualaihiwassalam, masih utuh dikalangan kita semua.
'Setelah diangkat menjadi Rasul ketika berusia 40 tahun, Nabi Muhammad s.a.w mula menyebarkan dakwah. Antara kota yang pernah dijejaki Rasulullah untuk berdakwah ialah Ta'if yang merupakan sebuah bandar dalam negara Arab Saudi dan terletak kira-kira 97 km dari kota Mekah.
Nabi Muhammad s.a.w memilih kota itu kerana menyangkakan kota subur itu lebih mudah menerima Islam setelah baginda menerima tentangan hebat daripada kaum musyrikin Mekah.
Namun kedatangan baginda telah diejek dan dihina oleh penduduk Ta'if dengan balingan batu sehingga tubuhnya berdarah. Keadaan itu menyebabkan malaikat Jibril turun dan bertanyakan kepada Nabi Muhammad s.a.w, adakah baginda mahu malaikat menghancurkan kota itu dengan menghempapkan gunung. Namun Nabi Muhammad s.a.w menolak dan sekadar berdoa moga-moga Ta'if melahirkan zuriat yang menyembah Allah yang Esa. Doa baginda dimakbulkan apabila kota Ta'if kemudiannya menerima Islam.
Begitulah terpujinya akhlak Nabi Muhammad s.a.w. Biar seteruk mana tentangan yang diterima, baginda tidak menyimpan dendam dan tidak akan membalas perbuatan yang jahat dengan kejahatan.'
Dipetik daripada Kosmo, klik sini untuk membaca artikel penuh.

Tindakan Rasullulah itu sememangnya 360 darjah berbeza dengan segolongan ahil-ahli syurga yang menadah tangan dengan penuh riak dan bongkaknya, mendoakan kehancuran muslim yang tidak masuk hati dengan pendekatan Islami yang dibawakan mereka.  Semoga kita mengikut sunnah nabi dalam perkara ini. 

Amin ya rabbalalamin.



2 comments:

Imran Haaz said...

Tuan Rizal Hass,
Rasulullah s.a.w. bila ditawarkan malaikat utk menghancurkan Taif, baginda memilih utk mendoakan kebaikan utk mereka.

Ahli kitab Muslim dikalangan kita mendoakan kehancuran sesama kita sebelum mana-mana 'malaikat datang menawarkan doa2 yg makbul untuk mereka'. Perasannya mrk bila mrk mendabik dada merekalah yg mewarisi perjuangan nabi. Betul meloyakan.

islam1st said...

Salam Tuan, benarlah tuan, hati saya sememangnya sedih apabila sesi berdoa tersebut berlaku.
semoga Allah subhanawatala memperlihatkan kepada kita semua yang hak dan batil.
Ameen Ya Rabbalalamin.

Imran N Hosein

Loading...