IKEA Malaysia: Meatballs Kami Tiada Daging Kuda!

Thursday, February 28, 2013

Bebola Daging yang dijual di IKEA Malaysia hanya mengandungi daging yang daripada Australia, kata pengurus stor, Roszalena Mashrudin.

"Bahan-bahan kami tidak dihasilkan daripada pengeluar terbabit" katanya apabila mengulas tentang kontroversi yang menyelubungi eropah apabila daging burger dicemari dengan daging kuda.

"Kami tidak akan berkompromi dengan bahan-bahan yang digunakan dalam resipi dan cara penyediaan kami, dijamin dengan standard tetap, pensijilan dan analisa dimakmal-makmal bertauliah.


"Sebagai langkah berjaga-jaga, kami telah mengarahkan untuk pemberhentian penjualan bebola daging di IKEA Food Market dan Restoran IKEA sehinggalah keputusan ujian makmal DNA diketahui", katanya.

Roszalena berkata IKEA berharap keputusan ujian tersebut akan diketahui dalam pertengahan minggu depan untuk mengenal pasti sememangnya tiada sebarang unsur daging kuda dalam bebola dagingnya.

"Keyakinan pengguna dan kepercayaan pengguna amatlah penting kepada IKEA, kami komited untuk menjual makanan yang sihat dan selamat dan dihasilkan dengan bertanggungjawab kepada alam sekitar dan mereka yang menghasilkannya," tambahnya lagi.

Katanya, bebola daging yang dijual adalah dijamin halal dan dihasilkan di Malaysia-Bernama

Saya harap IKEA sememangnya 'walk the talk' dan kita harap insiden sosej kulit babi tidak berapa lama dulu tidak akan berulang, jika tidak KITA SEMUA MUSLIM PATUT MENYAMAN SYARIKAT INI!

Hipokrasi Amerika Syarikat Maha Acuan: Bradley Manning-1000 Hari Ditahan Tanpa Bicara

Saturday, February 23, 2013

Fikirkanlah, congak betul-betul, 1000 hari; merupakan jumlah hari Bradley Manning ditahan tanpa bicara.  Walaupun beliau sudah ditahan selama lebih seribu hari tanpa bicara, kebanyakkan rakyat Amerika Syarikat masih kurang jelas tentang perbuatannya, kenapa beliau berbuat sedemikian atau bagaimana beliau telah dizalimi, datang daripada Ketua Komander sehinggalah kamar perbicaraan di Fort Meade.

Media massa sememangnya mahu rakyat Amerika Syarikat jahil tentang apa yang berlaku dan kenapa ianya penting.  Namun ramai yang telah sedar menjangkau salah maklumat yang diberikan dan berdiri teguh bersama-sama menyokong Bradley Manning. Kami bertindak kerana, seperti beliau, kami juga mahukan kebenaran diketahui umum supaya Amerika Syarikat akan menjadi lebih baik.

Hujung minggu ini, lebih daripada 55 bandar dan di seluruh dunia, orang ramai akan berkumpul, mengadakan forum-forum, berdemo membantah penahanan Bradley Manning-ambil sebarang tindakan sedaya mampu supaya pembohongan dapat ditelanjangkan dan kebenaran terserlah.  Sertai mereka atau adakan acara anda sendiri.


Apakah kebenaran yang mahu didedahkan?  Banyak.  Namun dalam makalah pendek ini, kami mahu fokus kepada satu-Hillary Clinton.  Beliau merupakan seorang wanita yang paling popular di dunia, berdasarkan kepada sebuah kaji selidik.  Jika dia mahukan kerusi presiden, media berpendapat beliau mampu memperolehinya.  Namun, apakah maklumat yang didedahkan oleh Wikileaks berdasarkan maklumat yang didedahkan  Bradley Manning beritahu kita? Yakni, beliau tidak berhak menjadi seorang presiden, jauh seklai untuk dikagumi malah dia patut dihukum bunuh.  Ini mungkin berbunyi kejam dan keterlaluan kepada kebanyakkan rakyat Amerika Syarikat yang telah disembunyikan kebenaran sejak sekian lama, tetapi kenyataan itu merupakan satu fakta.

Amerika Syarikat merupakan tuan rumah kepada ibupejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).  Ini sebenarnya memberikan mereka banyak peluang untuk mengintip diplomat-diplomat PBB acapkali mereka datang bersidang di New York. Perbuatan ini adalah menyalahi undang-undang.  Tetapi, dokumen Wikileaks   membuktikan, pada tahun 2009, Hillary Clinton mengarahkan supaya diplomat asing diintip.  Malah dia telah mengarahkan diplomat Amerika Syarikat supaya mendapatkan data DNA, data biometrik, imbasan mata dan cap jari bersama-sama dengan data kad kredit dan no ahli program kerap terbang dan banyak lagi.

Arahan yang dihantar kepada 30 kedutaan ialah untuk memenuhi kehendak CIA untuk mengumpul segala jenis maklumat.  Setiausaha Agung, Ban Ki Moon (yang juga diintip) memanggil Hillary Clinton untuk bermesyuarat tentang perbuatan ini, yang menyalahi undang-undang. Adakah berita ini disiarkan di Amerika Syarikat? Adakah terdapat cadangan untuk sebarang siasatan atau melantik seorang pendakwa khas untuk menyiasat tentang perlakuan ini? Tidak.  Media massa dan golongan elit politik di Amerika Syarikat tidak sentuh langsung tentang perkara ini.

Apabila Kebangkitan Arab hampir menemui kejayaan, apakah peranan yang telah dimainkan oleh Hillary Clinton?  Beliau mengkehendaki supaya sokongan diberikan kepada Omar Suleiman.  Tiba-tiba dokumen Wkileaks yang dibocorkan Bradley Manning mendedahkan identiti sebenar Omar Suleiman.  Omar Suleiman merupakan orang kuat suruhan Hosni Mubarak yang banyak melakukan kerja-kerja kotor arahannya.  Bukan itu saja, malah dia juga susuk yang perlu dijumpai Israel jika hendak berurusan dengan Mesir, malah terlibat dengan begitu banyak sekali 'urusniaga' yang membolehkan kezaliman dilakukan ke atas rakyat Palestin.

Dialah lelaki yang melakukan banyak kerja-kerja keji untuk empayar Amerika Syarikat.  Dia juga merupakan pegawai hubungan CIA yang menjadi sumber kepada kempen untuk memberikan maklumat yang salah berkenaan dengan WMD (senjata kemusnahan massa) di Iraq dan sesiapa saja yang menjadi sasaran Amerika Syarikat akan diterbangkan ketangan Omar Suleiman untuk didera.  Tetapi Hillary Clinton yang tahu akan semua ini, masih mahu Omar Suleiman menyiasat tentang keganasan yang telah dilakukan oleh Mesir semasa kebangkitan arab dan berpendapat lelaki tersebut sebagai calon yang paling sesuai untuk menggantikan Hosni Mubarak.  Apabila semua ini didedahkan di Mesir, walaupun tidak banyak yang diperkatakan di Amerika Syarikat tentang hal ini, Omar Suleiman tidak lagi dilihat sebagai seorang calon presiden yang layak.

Hillary Clinton mengumumkan minggu lepas, bahawa beliau akan melakukan beberapa siri ceramah umum apabila bersara daripada jawatan Setiausaha Negara.  Ini tidaklah menghairankan kerana beliau sememangnya akan dapat menikmati hasil kerja kerasnya memastikan dasar luar negara Amerika Syarikat berhambakan kepada syarikat-sayrikat transnasional.  Dokumen Wikileaks sekali lagi telah membuktikan akan hal ini.  Semestinya, rakyat Amerika Syarikat akan ditipu bahawa negara mereka pergi berperang untuk mempromosi demokrasi, mempertahankan hak asasi manusia dan hak wanita di Afghanistan.  Malangnya media Amerika Syarikat mengulangi fakta ini berulang-ulang kali, sehinggakan rakyat Amerika Syarikat mempercayainya walaupun dokumen yang didedahkan oleh Wikileaks membuktikan bahawasanya dasar luar Amerika Syarikat dicarta oleh dan untuk syarikat-syarikat gergasi Amerika Syarikat.

Sesiapa saja yang mengikuti kes Bradley Manning sedar akan penganiayaan yang dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat terhadapnya.  Daripada permulaan dia ditahan sehinggalah kepada salah dakwaan ke atas-nya.  Dibawah peruntukkan undang-undang tentera, Bradley Manning sepatutnya didakwa dalam masa 120 hari penangkapannya, tetapi itu berlaku selama lebih daripada 600 hari.

Dalam jangkamasa 600 hari tersebut, Bradley Manning didera sehinggakan dia hampir membunuh diri.  Pada mulanya beliau dikurung dan dizalimi di Kuwait: dipaksa berjaga sepanjang malam dan dibenarkan tidur pada siang hari sahaja, bilik kurungannya digeledah beberapa kali, disepahkan oleh pengawal dan beliau dipisahkan daripada sebarang hubungan dengan tahanan lain.  Bradley Manning memikirkan yang dia akan mati dalam sel haiwan 8 kali 8 kaki di Kuwait.


Beliau sedikit gembira apabila diterbangkan, walaupun masih tidak mengetahui arah tuju destinasinya, namun tahu sememangnya lebih baik daripada berada ditempat lama.  Apabila beliau mendarat di lapangan terbang Baltimore Washinton International (BWI), beliau sangat gembira kerana dapat pulang ke Amerika Syarikat, pulang ke tanahair.  Namun tidak berapa lama dia mula sedar yang keadaan tidak sebaik yang disangka, kerana selama sembilan bulan beliau ditahan di bilik kurung ketat Quantico Marine Base, yang mana pada setiap 5 minit beliau akan ditanyakan soalan "Adakah anda dalam keadaan baik?", dan sepanjang hari tidak dibenarkan untuk berbaring atau bersandar dalam selnya.  Ini hanyalah dua contoh kepada seribu satu penderaan dan penganiayaan yang diperlakukan ke atasnya.

Sudah tentulah tidak akan ada sesiapa lagi yang akan didera dan dizalimi memandangkan Quantico telah ditutup, antaranya disebabkan penyokong kepada Bradley Manning menyerbu lokasi tersebut dengan beberapa siri bantahan sehinggalah Bradley Manning dibebaskan daripada tahanan tersebut dan dilayan dengan lebih berperikemanusiaan.


Sememangnya aktivis mampu untuk melakukan perubahan.  Selepas protes terakhir kami, di mana berbelas-belas daripada aktivis ditahan ketika mana unit paramilitari, beberapa helikopter dan kuda-kuda digunakan ke atas kami, apabila Bradley Manning ditahan sebelum beliau dibicarakan.  Aktivis Occupy, veteran tentera dan kumpulan aktivis-aktivis lain sememangnya menyokong penuh Bradley Manning.  Kami semua bersatu, kerana kami mahukan kerajaan yang telus dan aman.

Oleh kerana itulah apa yang kami lakukan hujung minggu ini akan memberi impak yang besar. 1000 hari.  Ianya patut diingati, dan dipaksa masuk kepada kotak pemikiran semua rakyat Amerika Syarikat yang ditipu oleh media massa tempatan dengan cerita-cerita yang tidak berkaitan seperti seksualiti Bradley Manning  (pembunuhan karakter seperti yang diperlakukan kepada Julian Assange, pengasas bersama kepada Wikileaks, yang mahu diektradisi ke Amerika Syarikat via negara proksi Sweden kerana melakukan hubungan seks tanpa menggunakan kondom) daripada isi dokumen yang didedahkannya.


Sebenarnya inilah intipati kepada isunya.  Bradley Manning bermain dengan api apabila beliau cuba berlawan dengan korporat Amerika Syarikat.  Media massa tempatan gagal untuk melaporkan kepada kita jumlah sebenar belanjawan untuk keselamatan negara, selalu menyatakan secara rendah perbelanjaan tahunan keselamatan negara kepada USD 1.3 trillion; tanpa menyatakan dengan jelas fakta bahawa Amerika Syarikat mempunyai lebih daripada 1200 pengkalan dan kem tentera di seluruh dunia.  Malah tidak ada sesiapapun daripada pihak media atau kumpulan ahli politik yang akan memberitahu kita bahawasanya, Amerika Syarikat merupakan sebuah empayar!

Ianya merupakan sesuatu yang kelakar dan pelik, apabila kita, warga kepada sebuah empayar yang terbesar dalam sejarah dunia tetapi media, kumpulan politik dan plutokrati yang mendukungnya tidak pernah mahu mengaku bahawasanya kita merupakan sebuah empayar.

Disebabkan itulah Bradley Manning dilayan dengan tidak adil sekali apabila Video Collateral Murderyang menunjukkan tentera Amerika Syarikat membunuh wakil media dan orang awam di Iraq.  Bradley Manning menjadi sasaran 'Empayar'.  Beliau telah membukakan hijab supaya kebenaran terserlah kepada kita semua. Dan sememangnya kita semua semakin sedar.  Suatu hari nanti apabila empayar Amerika Syarikat merudum jatuh, seperti kesemua empayar sebelum ini, khalayak ramai akan menganalisa dokumen Wikileaks dan kagum kepada kandungannya-jadual harian gerakan ketenteraan empayar Amerika Syarikat dan kor diplomatiknya.  Kandungan ini akan menunjukkan dengan jelas sekali bagaimana rasuah, kezaliman dan keganasan yang berleluasa dalam empayar ini.  Bradley Manning akan dikenang dengan seadilnya dan begitu juga dengan mereka-mereka yang menyokongnya.


Marilah kita jadikan 1000 hari yang beliau lalui dipenjara diketahui semua rakyat Amerika Syarikat dengan menyertai acara ini dan jika tiada acara di kawasan anda, maka adakan satu acara.  Hubungi suratkhabar tempatan anda dan bercakap tentang Bradley Manning, dokumen Wikileaks dan Amerika Syarikat sebagai sebuah empayar.  Bradley Manning dalam log perbualannya pernah berkata bahawa dia mahu memulakan sebuah debat di Amerika Syarikat supaya negara ini dapat diperbaiki.  Marilah sama-sama kita keluar hujung minggu ini untuk menjadikannya sebuah realiti.


diterjemah daripada globalresearch.ca




Video Collateral Murder







George Galloway & Budak-Budak Dungu Oxford

Friday, February 22, 2013
George Galloway terkenal sebagai salah seorang berbangsa British yang sering memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang sedang ditindas di bumi sendiri.  Pengasas Viva Palestina ini yang berjaya mengadakan konvoi menuju ke Gaza melalui jalan darat beberapa tahun lepas sememangnya cintakan manusia dan keamanan sejagat. 

Semalam di satu majlis debat berkenaan dengan isu Palestin bertajuk 'Israel patut berundur segera daripada Tebing Barat', di Universiti Oxford, George Galloway, Ahli Parlimen Parti Respect yang baru saja memenangi kerusi Bardford Barat meninggalkan majlis kerana lawannya merupakan seorang pelajar tahun tiga universiti tersebut merupakan warganegara Israel (beliau mempunyai dua kewarganegaraan sebenarnya, Bristih dan Israel-itupun jika anda seperti sesetengah ahli politik kita, mengabsahkan negara Israel).

Eylon Aslan-Levy menggunakan perkataan 'kami' ketika bercakap tentang negara haram Israel, ini membuatkan George Galloway tersentak dan meminta penjelasan sama ada beliau merupakan warganegara Israel, dan apabila beliau menjawab ya, beliau lantas bangun sambil memohon maaf kerana mendapat salah maklumat kerana tidak diberitahu bahawa jurudebat lawannya merupakan susuk yang datang daripada sebuah negara yang beliau tidak absahkan, dan beliau tidak berdialog atau berdebat dengan warga Israel!


Sejurus selepas berbuat demikian beliau diboo (ya, intelektual-intelektual di Universiti Oxford juga pandai mengemboo-mungkin selesa di kandang lembu mereka?!) dan mula memanggil beliau rasis, modus operandi yahudi zionis sedunia untuk menghina sesiapa saja yang tidak bersetuju dengan bentuk penindasan dan kezaliman yang mereka lakukan.  Mungkin kurang selesa apabila goyim yang mereka rasakan dungu sebenarnya tidaklah sedungu yang mereka sangkakan (kecuali mungkin lembu-lembu Universiti Oxford yang mengemboo George Galloway tadi)!

Pengasas Viva Palestina ini yang pernah dihalang kerajaan Mesir (negara yang ekonominya lemah seperti mesir senang diperkotak-katikkan Uncle Sam dan Yahudi Zionis untuk berbuat demikian-Barat seperti suka ini berlaku, tetapi apabila kita menghantar pulang Nick Xenophon mereka menunjukkan wajah hipokrasi maha acuan!) daripada memasuki Gaza, mempunyai satu pendirian yang sangat jelas tentang pundudukan haram Israel ke atas tanah Palestin, tidak ada kalau, tidak ada tapi.  Di laman Twitternya beliau menegaskan, sebenarnya mudah saja, Israel, tidak perlu ada sokongan, tidak perlu ada hubungan, melainkan boikot, pelupusan pelaburan dan sekatan ekonomi, macam yang pernah diperlakukan ke atas Afrika Selatan ketika era aparteid sehinggalah tidak berlaku lagi aparteid di bumi Palestin.  Berapa ramaikah ahli parlimen kita yang mampu mengambil pendirian seperti ini?  Yang pasti sahabat kepada Wolfowitz, Gore dan Xenophon tidak akan berbuat demikian! 

Dunia berjaya menundukkan rejim aparteid di Afrika Selatan dan tentunya dunia akan berjaya jika dunia mahu rejim Yahudi Zionis di Palestin akur dengan kezaliman dan penindasan malah penjajahan yang sedang mereka perlakukan ke atas bangsa Palestin yang terpaksa menjadi pelarian antarabangsa selepas lebih setengah abad dizalimi.  Logik George Galloway sememangnya munasabah, tetapi disebabkan hitam dan putih dalam dunia serba materialistik kini sudah berubah wajah, ramai dikalangan kita yang gagal melihat isu ini sejelas-jelasnya.

Dibawah ini video terbaru George Galloway yang dapat memberikan gambaran sedikit sebanyak kepada kita semua tentang susuk kepada lelaki berketurunan Irish ini.








Barat & Hipokrasi Maha Acuan 6: Hak Asasi Manusia

Wednesday, February 6, 2013
Barat seringkali mengajar kita tentang hak sama rata dalam kehidupan seharian kita berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.  Barat juga seringkali pantas menuding kepada mana-mana negara atau masyarakat yang tidak mengagungkan kesamarataan hak antara sesama manusia.  Pendek kata Barat merupakan pejuang papan atas, hak-hak kesamarataan setiap insan di dunia ini.

Pada Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu, kita (terutamanya muslim yang tidak mahu mengiktiraf ini melebihi Hukum Allah subhanawataala) diajarkan bahawa:
i) Semua manusia itu bebas dan sama dan mereka perlulah saling berbuat baik sesama manusia.  
ii) Semua orang berhak ke atas deklarasi yang ditetapkan ini tanpa perlu ada sebarang diskriminasi ke atasnya berdasarkan latar belakang bangsa, warna kulit, bahasa, agama, politik ataupun pandangan lain, kebangsaan ataupun latar belakang sosial, lahir atau lain-lain status. Malah perbezaan tidak boleh dibuat berdasarkan kepada asas politik, undang-undang atau status antarbangsa sesebuah negara atau kawasan di mana seseorang itu berasal dalam bentuk pemerintahan apa sekalipun negara tersebut.
iii) Semua berhak hidup, bebas dan selamat.
iv) Sesiapaun tidak patut dijadikan hamba atau diperhambakan dan perdagangan hamba patut dihapuskan dalam apa bentuk sekalipun.

Selebihnya dalam bahasa Inggeris sila lawati sini (saya malas untuk menulis dan menterjemah dengan panjang lebar kepada sebuah organisasi yang saya anggap BATIL!)

Begitulah cantik dan indah sekali apa yang telah dideklarasikan di Bangsa-Bangsa Bersatu untuk manusia sejagat sebagai panduan dan pedoman untuk digunakan oleh semua manusia sejagat.  Malangnya semua hanyalah indah khabar daripada rupa.

Kes pertama yang saya ingin tekankan di sini ialah Babar Ahmad.  Babar Ahmad ialah warga kelahiran British golongan pertengahan yang dibesarkan dan mendapat pendidikan British.  Babar Ahmad seperti kebanyakkan warga British lain bencikan peperangan yang berlaku di sekeliling mereka.  Memilih untuk tidak berdiam diri daripada berkomentari di pub-pub dan di kaki lima sahaja, beliau memilih untuk menulis tentang perkara ini di laman sesawangnya azzam.com (tidak wujud lagi) dengan begitu detail sekali bersama dengan video-video perjuangan mujahideen sambil meminta pelawat menderma kepada perjuangan mujahideen yang cuba membebaskan tanah air mereka daripada penjajah dan penjajahan. Babar Ahmad merupakan blogger muslim terawal yang memilih untuk berdakwah, melakukan sedaya mampu untuk membantu saudara seagamanay melawan kezaliman dan penindasan.

Laman sesawang yang didaftarkan sejak tahun 1994 itu mendapat sambutan yang sangat hebat dengan 5 juta hits sehari.  Dan jika dikira hits yang diperolehi dengan lain-lain laman sesawang yang bersolidariti dengannya, sekurang-kurangnya hits sehari melebihi 15 juta banyaknya.  Ini tentunya akan membuatkan mereka-mereka yang sememangnya anti Islam dan Muslim kurang senang dan memikirkan seribu satu cara untuk menutup pengaruh yang dinikmatinya.  Masalahnya, bukankah seseorang itu berhak untuk mempunyai pandang apa sekalipun, tanpa perlu ada sebarang diskriminasi?

Masalah mula timbul apabila pengkalan server di Kentucky, Amerika Syarikat mula melaporkan perkara ini kepada kerajaannya tentang laman sesawang yang bercerita tentang perjuangan muslim di seluruh dunia.  Tidak berapa lama kemudiaan perisikan Britain melakukan pengintipan ke atas talian telefon di rumahnya.  Dan pada awal pagi, Disember tahun 2003, ketika Babar Ahmad dan isterinya sedang nyenyak tidur, beliau dikejutkan dengan bunyi hentakan yang kuat.  Tidak berapa lama kemudiaan pasukan polis Metropolitan menyerbu masuk ke rumahnya, memukul dan menendang untuk mencederakannya dan membawanya ke pusat tahanan sebagai pesalah di bawah undang-undang anti keganasan.  INGAT GANAS=ISLAM=KEGANASAN=MUSLIM.


Di mana silapnya?!  Seperti yang telah diperkatakan tadi 'Barat' (tidak terhad kepada lokasi semata-mata malah pysche) sememangnya tidak senang dengan kebangkitan Islam dan Muslim di mana-mana sekalipun.  Sikap bencikan Islam (seperti yang diluahkan dengan jelas dan nyata sekali oleh Patrick Teowh baru-baru ini) sememangnya mekar dan segar disanubari mereka-mereka yang bertuhankan Dajjal Laknatullah. Jadi Babar Ahmad perlu dihapuskan dengan apa cara sekalipun.


Mudahnya, ialah kerana walaupun dilahirkan di Britain, kulitnya tidak seputih Tony Blair, penjenayah perang yang menghalalkan penangkapan dan proses penghantaran Babar Ahmad ke Amerika Syarikat ataupun seputih George Galloway, suami si Gayatri yang membuatkan ramai pengundi di Bradford tertanya-tanya tentang agama pegangannya.  Babar Ahmad si 'Paki' yang tidak mahu embrace minda dan gaya hidup barat seperti Zayn Malik, One Direction heartthrob yang menjadi kegilaan ramai gadis-gadis di dunia. Simon Cowell tidak terkecuali!


Malah Babar Ahmad memilih untuk menggunakan masa dan tenaganya untuk menegakkan kebenaran seperti yang dituntut agamanya Islam.  Itu sememangnya satu masalah besar kepada 'Barat' dan semestinya dia harus dipenjarakan, kalaupun tidak dibunuh ala Saddam Husein ataupun Muammar Gadafi, diktator ciptaan dan tajaan 'Barat' yang diakhir hayat mereka perlu dibunuh penaja mereka sendiri!


Adalah tidak sukar untuk kita menyimpulkan bahawa penangkapan Babar Ahmad disebabkan oleh sikap Islamophobia yang diagung-agungkan 'Barat' dan kesemua pendukung-pendukungnya.  Oleh kerana itu, Babar Ahmad seperti juga Dr Aafia Siddiqui dan ramai lagi yang senasib dengan mereka tidak layak untuk hidup, untuk bebas dan untuk selamat.  Walaupun mereka juga manusia sama seperti kita, tetapi oleh kerana mereka menganuti Islam dan memilih untuk menjadi muslim yang tawaduk, mereka diklasifikasikan sebagai pengganas dan layak di dera dan di seksa tanpa sebarang belas kasihan dan tidak perlu dibicarakan sama seperti mana-mana pelaku jenayah.

Walaupun ini semua berlaku dengan pengetahuan Human Rights Watch, cawangan UK nampaknya seperti gembira jika Babar Ahmad dihantar ke Amerika Syarikat.  Britain seperti tercari-cari remedi untuk menghantar the so calleg pengganas dengan atas sebab-sebab teknikal.  Mereka masih lagi bercakap tentang perlu diadakan forum untuk memutuskan samaada jenayah dilakukan di Britain ataupun di Amerika Syarikat.  Satu lagi bukti undang-undang batil ciptaan manusia (apatah lagi pengikut Dajjal Laknatullah) sememangnya tidak terbanding atau seadil dengan Undang-Undang Syariah yang telah ditetapkan Allah subhanawataala, period!

Begitu juga Amnesty International yang kelihatan sangat merana apabila konflik Darfur tidak berapa lama dulu memilih untuk 'tidak melakukan apa-apa' tentang hak Dr Aafia Siddiqui yang ditahan dan diseksa dengan begitu kejam oleh Amerika Syarikat dan pendukung-pendukungnya.  Kenapakah ini boleh berlaku?  Saudara sekalian usahlah kita mahu bersopan berselindung lagi, kebobrokan 'Barat' seduah terserlah, peperangan menentang keganasan, atas nama apa sekalipun sememangnya merupakan gerakan terancang untuk memerangi muslim di mana saja anda berada!

Kalau tidak kenapakah mereka-mereka ini diperlakukan sedemikian kejam?!







In Search of Prisoner 650: Mencari Dr Aafia Siddiqui

Tuesday, February 5, 2013
Dokumentari ini dihasilkan oleh Yvonne Ridley bersama dengan jurukamera Hassan Ghani mengadai nyawa menjelajah Pakistan dan Afghanistan untuk mencari seorang tahanan wanita yang ketika itu hanya dikenali sebagai Tahanan 650 yang kini dikenali sebagai Dr Aafia Siddiqui yang diculik di Pakistan dengan tiga orang anak kecilnya, di bawa ke Pusat Tahanan Bagram di Afghanistan dan diterbangkan secara haram oleh Amerika Syarikat dan terkini jika beliau masih hidup, masih ditahan di Pusat Tahanan di New York.

Kes beliau bukan saja tidak mendapat liputan meluas media-media utama barat, malah juga dicemuh oleh kebanyakan tabloid di Amerika Syarikat.  Beliau dilabel sebagai Ibu Al-Qaeda dan dicemuh sebagai pengganas. Hakikatnya wanita neuro surgeon mempunyai credentials akademik mengalahkan mana-mana wanita barat.  Namun kerana sikapnya yang sering bersuara lantang semasa peperangan di Balkan dan sebarang ketidakadilan membuatkan beliau menjadi sasaran.  

Kata Yvonne Ridley beliau ditangkap dan ditahan adalah kerana sifat tawaduknya sebagai seorang muslimah yang sememangnya tidak menyenangkan the Money Master dan pendukung NWO.  Saksikan dokumentari yang disiarkan PressTV sebuah rangkaian Televisyen alternatif yang berpengkalan di Tehran.





Muslim & Sentimen Akhir Zaman: Kisah Dr Afia Siddiqui


Ya !! Allah Selamatkan La Dr Aafia Siddiqui....


Assalamualaikum w.b.t



Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima panggilan telefon dari Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis bila terkenangkan nasib cucunya harus melalui penderitaan, cucu laki-lakinya masih hilang, dan anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah.



Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?



"Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!” (Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya kepada isterinya dan beliau berkata pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah.


Siapakah Aafia?

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.


Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa.

Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip ***** untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma.

Skrg tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini.


Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan2 Muslim dan Muslimat di penjara2 Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid.

"Ya Allah! Tolonglah mereka yang dizalimi. Tolonglah kami umat Islam! Aamiiin."

Justice for Aafia. 

Kongsikan....Tq

Dipetik daripada sayacintaislam

Ceramah pendek oleh Dr Aafia Siddiqui pada tahun 1991 di Houston.


Sila juga tonton penerangan oleh sister Yvonne Ridley




Lelaki di bawah ini juga pernah diculik di Pakistan dan dipenjarakan di Pusat Tahanan Bagram, Afghanistan. Mungkin ada benda yang dapat kita semua belajar daripada hamba Allah ini.





Dan berikaut ini beberapa siri protes aman di seluruh dunia untuk bebaskan Dr Aafia Siddiqui.  Semoga Allah subhnawataala, Maha Pengasih, Maha Penyayang memberi balasan setimpal kepada Dr Aafia Siddiqui.  Ameen Ya Rabbalalameen.




Laman rasmi gerakan untuk membebaskan Dr Aafia Siddiqui di sini.  Berita tentang Dr Aafia Siddiqui di RT America (Agensi berita Rusia Today yang dicemuh Clive Kessler di penghujung tahun lepas).


Kebatilan 9/11: Pembohongan Tania Head

Sunday, February 3, 2013
Wanita ini mengaku sebagai salah seorang mangsa yang terselamat daripada peristiwa 911.  Ceritanya penuh tragis kerana bukan saja beliau dijumpai nyawa-nyawa ikan tertimbus dan putus tangan (yang kemudiaannya dijumpai semula dan berjaya dicantumkan semula), malah beliau juga kehilangan tunangannya yang mati, Dave dalam trajedi tersebut.

Penipuannya semakin terbongkar apabila wartawan di New York  memeriksa latar belakang dirinya dan mendapati beberapa kecelaruan fakta.  Sesi temujanji kemudiaan diatur, namun ditolak.  Cubaan mangsa-mangsa lain yang berkawan baik dengannya memujuknya untuk bersetuju ditemuramah suratkhabar itu tidak berhasil.  Tiga sesi temujanji ditolak begitu saja.  Tania kemudiaannya menghilangkan diri.

Saksikan video di bawah ini yang dibuat berkenaan dengan penipuan beliau dalam peristiwa Batil 911.  Kebatilan dalam kebatilan dalam kebatilan!


Wag The Dog: Belakang Tabir!

Saturday, February 2, 2013
Fikir-fikirkan saudara.


Imran N Hosein

Loading...