Barat & Hipokrasi Maha Acuan 6: Hak Asasi Manusia

Wednesday, February 6, 2013
Barat seringkali mengajar kita tentang hak sama rata dalam kehidupan seharian kita berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.  Barat juga seringkali pantas menuding kepada mana-mana negara atau masyarakat yang tidak mengagungkan kesamarataan hak antara sesama manusia.  Pendek kata Barat merupakan pejuang papan atas, hak-hak kesamarataan setiap insan di dunia ini.

Pada Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu, kita (terutamanya muslim yang tidak mahu mengiktiraf ini melebihi Hukum Allah subhanawataala) diajarkan bahawa:
i) Semua manusia itu bebas dan sama dan mereka perlulah saling berbuat baik sesama manusia.  
ii) Semua orang berhak ke atas deklarasi yang ditetapkan ini tanpa perlu ada sebarang diskriminasi ke atasnya berdasarkan latar belakang bangsa, warna kulit, bahasa, agama, politik ataupun pandangan lain, kebangsaan ataupun latar belakang sosial, lahir atau lain-lain status. Malah perbezaan tidak boleh dibuat berdasarkan kepada asas politik, undang-undang atau status antarbangsa sesebuah negara atau kawasan di mana seseorang itu berasal dalam bentuk pemerintahan apa sekalipun negara tersebut.
iii) Semua berhak hidup, bebas dan selamat.
iv) Sesiapaun tidak patut dijadikan hamba atau diperhambakan dan perdagangan hamba patut dihapuskan dalam apa bentuk sekalipun.

Selebihnya dalam bahasa Inggeris sila lawati sini (saya malas untuk menulis dan menterjemah dengan panjang lebar kepada sebuah organisasi yang saya anggap BATIL!)

Begitulah cantik dan indah sekali apa yang telah dideklarasikan di Bangsa-Bangsa Bersatu untuk manusia sejagat sebagai panduan dan pedoman untuk digunakan oleh semua manusia sejagat.  Malangnya semua hanyalah indah khabar daripada rupa.

Kes pertama yang saya ingin tekankan di sini ialah Babar Ahmad.  Babar Ahmad ialah warga kelahiran British golongan pertengahan yang dibesarkan dan mendapat pendidikan British.  Babar Ahmad seperti kebanyakkan warga British lain bencikan peperangan yang berlaku di sekeliling mereka.  Memilih untuk tidak berdiam diri daripada berkomentari di pub-pub dan di kaki lima sahaja, beliau memilih untuk menulis tentang perkara ini di laman sesawangnya azzam.com (tidak wujud lagi) dengan begitu detail sekali bersama dengan video-video perjuangan mujahideen sambil meminta pelawat menderma kepada perjuangan mujahideen yang cuba membebaskan tanah air mereka daripada penjajah dan penjajahan. Babar Ahmad merupakan blogger muslim terawal yang memilih untuk berdakwah, melakukan sedaya mampu untuk membantu saudara seagamanay melawan kezaliman dan penindasan.

Laman sesawang yang didaftarkan sejak tahun 1994 itu mendapat sambutan yang sangat hebat dengan 5 juta hits sehari.  Dan jika dikira hits yang diperolehi dengan lain-lain laman sesawang yang bersolidariti dengannya, sekurang-kurangnya hits sehari melebihi 15 juta banyaknya.  Ini tentunya akan membuatkan mereka-mereka yang sememangnya anti Islam dan Muslim kurang senang dan memikirkan seribu satu cara untuk menutup pengaruh yang dinikmatinya.  Masalahnya, bukankah seseorang itu berhak untuk mempunyai pandang apa sekalipun, tanpa perlu ada sebarang diskriminasi?

Masalah mula timbul apabila pengkalan server di Kentucky, Amerika Syarikat mula melaporkan perkara ini kepada kerajaannya tentang laman sesawang yang bercerita tentang perjuangan muslim di seluruh dunia.  Tidak berapa lama kemudiaan perisikan Britain melakukan pengintipan ke atas talian telefon di rumahnya.  Dan pada awal pagi, Disember tahun 2003, ketika Babar Ahmad dan isterinya sedang nyenyak tidur, beliau dikejutkan dengan bunyi hentakan yang kuat.  Tidak berapa lama kemudiaan pasukan polis Metropolitan menyerbu masuk ke rumahnya, memukul dan menendang untuk mencederakannya dan membawanya ke pusat tahanan sebagai pesalah di bawah undang-undang anti keganasan.  INGAT GANAS=ISLAM=KEGANASAN=MUSLIM.


Di mana silapnya?!  Seperti yang telah diperkatakan tadi 'Barat' (tidak terhad kepada lokasi semata-mata malah pysche) sememangnya tidak senang dengan kebangkitan Islam dan Muslim di mana-mana sekalipun.  Sikap bencikan Islam (seperti yang diluahkan dengan jelas dan nyata sekali oleh Patrick Teowh baru-baru ini) sememangnya mekar dan segar disanubari mereka-mereka yang bertuhankan Dajjal Laknatullah. Jadi Babar Ahmad perlu dihapuskan dengan apa cara sekalipun.


Mudahnya, ialah kerana walaupun dilahirkan di Britain, kulitnya tidak seputih Tony Blair, penjenayah perang yang menghalalkan penangkapan dan proses penghantaran Babar Ahmad ke Amerika Syarikat ataupun seputih George Galloway, suami si Gayatri yang membuatkan ramai pengundi di Bradford tertanya-tanya tentang agama pegangannya.  Babar Ahmad si 'Paki' yang tidak mahu embrace minda dan gaya hidup barat seperti Zayn Malik, One Direction heartthrob yang menjadi kegilaan ramai gadis-gadis di dunia. Simon Cowell tidak terkecuali!


Malah Babar Ahmad memilih untuk menggunakan masa dan tenaganya untuk menegakkan kebenaran seperti yang dituntut agamanya Islam.  Itu sememangnya satu masalah besar kepada 'Barat' dan semestinya dia harus dipenjarakan, kalaupun tidak dibunuh ala Saddam Husein ataupun Muammar Gadafi, diktator ciptaan dan tajaan 'Barat' yang diakhir hayat mereka perlu dibunuh penaja mereka sendiri!


Adalah tidak sukar untuk kita menyimpulkan bahawa penangkapan Babar Ahmad disebabkan oleh sikap Islamophobia yang diagung-agungkan 'Barat' dan kesemua pendukung-pendukungnya.  Oleh kerana itu, Babar Ahmad seperti juga Dr Aafia Siddiqui dan ramai lagi yang senasib dengan mereka tidak layak untuk hidup, untuk bebas dan untuk selamat.  Walaupun mereka juga manusia sama seperti kita, tetapi oleh kerana mereka menganuti Islam dan memilih untuk menjadi muslim yang tawaduk, mereka diklasifikasikan sebagai pengganas dan layak di dera dan di seksa tanpa sebarang belas kasihan dan tidak perlu dibicarakan sama seperti mana-mana pelaku jenayah.

Walaupun ini semua berlaku dengan pengetahuan Human Rights Watch, cawangan UK nampaknya seperti gembira jika Babar Ahmad dihantar ke Amerika Syarikat.  Britain seperti tercari-cari remedi untuk menghantar the so calleg pengganas dengan atas sebab-sebab teknikal.  Mereka masih lagi bercakap tentang perlu diadakan forum untuk memutuskan samaada jenayah dilakukan di Britain ataupun di Amerika Syarikat.  Satu lagi bukti undang-undang batil ciptaan manusia (apatah lagi pengikut Dajjal Laknatullah) sememangnya tidak terbanding atau seadil dengan Undang-Undang Syariah yang telah ditetapkan Allah subhanawataala, period!

Begitu juga Amnesty International yang kelihatan sangat merana apabila konflik Darfur tidak berapa lama dulu memilih untuk 'tidak melakukan apa-apa' tentang hak Dr Aafia Siddiqui yang ditahan dan diseksa dengan begitu kejam oleh Amerika Syarikat dan pendukung-pendukungnya.  Kenapakah ini boleh berlaku?  Saudara sekalian usahlah kita mahu bersopan berselindung lagi, kebobrokan 'Barat' seduah terserlah, peperangan menentang keganasan, atas nama apa sekalipun sememangnya merupakan gerakan terancang untuk memerangi muslim di mana saja anda berada!

Kalau tidak kenapakah mereka-mereka ini diperlakukan sedemikian kejam?!







0 comments:

Imran N Hosein

Loading...