George Galloway & Budak-Budak Dungu Oxford

Friday, February 22, 2013
George Galloway terkenal sebagai salah seorang berbangsa British yang sering memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang sedang ditindas di bumi sendiri.  Pengasas Viva Palestina ini yang berjaya mengadakan konvoi menuju ke Gaza melalui jalan darat beberapa tahun lepas sememangnya cintakan manusia dan keamanan sejagat. 

Semalam di satu majlis debat berkenaan dengan isu Palestin bertajuk 'Israel patut berundur segera daripada Tebing Barat', di Universiti Oxford, George Galloway, Ahli Parlimen Parti Respect yang baru saja memenangi kerusi Bardford Barat meninggalkan majlis kerana lawannya merupakan seorang pelajar tahun tiga universiti tersebut merupakan warganegara Israel (beliau mempunyai dua kewarganegaraan sebenarnya, Bristih dan Israel-itupun jika anda seperti sesetengah ahli politik kita, mengabsahkan negara Israel).

Eylon Aslan-Levy menggunakan perkataan 'kami' ketika bercakap tentang negara haram Israel, ini membuatkan George Galloway tersentak dan meminta penjelasan sama ada beliau merupakan warganegara Israel, dan apabila beliau menjawab ya, beliau lantas bangun sambil memohon maaf kerana mendapat salah maklumat kerana tidak diberitahu bahawa jurudebat lawannya merupakan susuk yang datang daripada sebuah negara yang beliau tidak absahkan, dan beliau tidak berdialog atau berdebat dengan warga Israel!


Sejurus selepas berbuat demikian beliau diboo (ya, intelektual-intelektual di Universiti Oxford juga pandai mengemboo-mungkin selesa di kandang lembu mereka?!) dan mula memanggil beliau rasis, modus operandi yahudi zionis sedunia untuk menghina sesiapa saja yang tidak bersetuju dengan bentuk penindasan dan kezaliman yang mereka lakukan.  Mungkin kurang selesa apabila goyim yang mereka rasakan dungu sebenarnya tidaklah sedungu yang mereka sangkakan (kecuali mungkin lembu-lembu Universiti Oxford yang mengemboo George Galloway tadi)!

Pengasas Viva Palestina ini yang pernah dihalang kerajaan Mesir (negara yang ekonominya lemah seperti mesir senang diperkotak-katikkan Uncle Sam dan Yahudi Zionis untuk berbuat demikian-Barat seperti suka ini berlaku, tetapi apabila kita menghantar pulang Nick Xenophon mereka menunjukkan wajah hipokrasi maha acuan!) daripada memasuki Gaza, mempunyai satu pendirian yang sangat jelas tentang pundudukan haram Israel ke atas tanah Palestin, tidak ada kalau, tidak ada tapi.  Di laman Twitternya beliau menegaskan, sebenarnya mudah saja, Israel, tidak perlu ada sokongan, tidak perlu ada hubungan, melainkan boikot, pelupusan pelaburan dan sekatan ekonomi, macam yang pernah diperlakukan ke atas Afrika Selatan ketika era aparteid sehinggalah tidak berlaku lagi aparteid di bumi Palestin.  Berapa ramaikah ahli parlimen kita yang mampu mengambil pendirian seperti ini?  Yang pasti sahabat kepada Wolfowitz, Gore dan Xenophon tidak akan berbuat demikian! 

Dunia berjaya menundukkan rejim aparteid di Afrika Selatan dan tentunya dunia akan berjaya jika dunia mahu rejim Yahudi Zionis di Palestin akur dengan kezaliman dan penindasan malah penjajahan yang sedang mereka perlakukan ke atas bangsa Palestin yang terpaksa menjadi pelarian antarabangsa selepas lebih setengah abad dizalimi.  Logik George Galloway sememangnya munasabah, tetapi disebabkan hitam dan putih dalam dunia serba materialistik kini sudah berubah wajah, ramai dikalangan kita yang gagal melihat isu ini sejelas-jelasnya.

Dibawah ini video terbaru George Galloway yang dapat memberikan gambaran sedikit sebanyak kepada kita semua tentang susuk kepada lelaki berketurunan Irish ini.








1 comments:

Imran Haaz said...

Tu cara yg betul bila berdepan dgn gol. ni.. tepuk sorak utk cover malu.. benar2 malu.. benar2 maruah mrk jatuh berkecai dengan tindakan tipping point kurang 10 saat.. Israel sekelip mata bertukar menjadi objek paling hina dgn tindakan mudah sebegini.. tgk selepas ini, Galloway akan menjadi mangsa character assassination gol. ni.. tp. rasanya dia lebih dr mampu untuk berhadapan dgn golongan ni dgn berani. Insya Allah..

Imran N Hosein

Loading...