Hipokrasi Amerika Syarikat Maha Acuan: Bradley Manning-1000 Hari Ditahan Tanpa Bicara

Saturday, February 23, 2013

Fikirkanlah, congak betul-betul, 1000 hari; merupakan jumlah hari Bradley Manning ditahan tanpa bicara.  Walaupun beliau sudah ditahan selama lebih seribu hari tanpa bicara, kebanyakkan rakyat Amerika Syarikat masih kurang jelas tentang perbuatannya, kenapa beliau berbuat sedemikian atau bagaimana beliau telah dizalimi, datang daripada Ketua Komander sehinggalah kamar perbicaraan di Fort Meade.

Media massa sememangnya mahu rakyat Amerika Syarikat jahil tentang apa yang berlaku dan kenapa ianya penting.  Namun ramai yang telah sedar menjangkau salah maklumat yang diberikan dan berdiri teguh bersama-sama menyokong Bradley Manning. Kami bertindak kerana, seperti beliau, kami juga mahukan kebenaran diketahui umum supaya Amerika Syarikat akan menjadi lebih baik.

Hujung minggu ini, lebih daripada 55 bandar dan di seluruh dunia, orang ramai akan berkumpul, mengadakan forum-forum, berdemo membantah penahanan Bradley Manning-ambil sebarang tindakan sedaya mampu supaya pembohongan dapat ditelanjangkan dan kebenaran terserlah.  Sertai mereka atau adakan acara anda sendiri.


Apakah kebenaran yang mahu didedahkan?  Banyak.  Namun dalam makalah pendek ini, kami mahu fokus kepada satu-Hillary Clinton.  Beliau merupakan seorang wanita yang paling popular di dunia, berdasarkan kepada sebuah kaji selidik.  Jika dia mahukan kerusi presiden, media berpendapat beliau mampu memperolehinya.  Namun, apakah maklumat yang didedahkan oleh Wikileaks berdasarkan maklumat yang didedahkan  Bradley Manning beritahu kita? Yakni, beliau tidak berhak menjadi seorang presiden, jauh seklai untuk dikagumi malah dia patut dihukum bunuh.  Ini mungkin berbunyi kejam dan keterlaluan kepada kebanyakkan rakyat Amerika Syarikat yang telah disembunyikan kebenaran sejak sekian lama, tetapi kenyataan itu merupakan satu fakta.

Amerika Syarikat merupakan tuan rumah kepada ibupejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).  Ini sebenarnya memberikan mereka banyak peluang untuk mengintip diplomat-diplomat PBB acapkali mereka datang bersidang di New York. Perbuatan ini adalah menyalahi undang-undang.  Tetapi, dokumen Wikileaks   membuktikan, pada tahun 2009, Hillary Clinton mengarahkan supaya diplomat asing diintip.  Malah dia telah mengarahkan diplomat Amerika Syarikat supaya mendapatkan data DNA, data biometrik, imbasan mata dan cap jari bersama-sama dengan data kad kredit dan no ahli program kerap terbang dan banyak lagi.

Arahan yang dihantar kepada 30 kedutaan ialah untuk memenuhi kehendak CIA untuk mengumpul segala jenis maklumat.  Setiausaha Agung, Ban Ki Moon (yang juga diintip) memanggil Hillary Clinton untuk bermesyuarat tentang perbuatan ini, yang menyalahi undang-undang. Adakah berita ini disiarkan di Amerika Syarikat? Adakah terdapat cadangan untuk sebarang siasatan atau melantik seorang pendakwa khas untuk menyiasat tentang perlakuan ini? Tidak.  Media massa dan golongan elit politik di Amerika Syarikat tidak sentuh langsung tentang perkara ini.

Apabila Kebangkitan Arab hampir menemui kejayaan, apakah peranan yang telah dimainkan oleh Hillary Clinton?  Beliau mengkehendaki supaya sokongan diberikan kepada Omar Suleiman.  Tiba-tiba dokumen Wkileaks yang dibocorkan Bradley Manning mendedahkan identiti sebenar Omar Suleiman.  Omar Suleiman merupakan orang kuat suruhan Hosni Mubarak yang banyak melakukan kerja-kerja kotor arahannya.  Bukan itu saja, malah dia juga susuk yang perlu dijumpai Israel jika hendak berurusan dengan Mesir, malah terlibat dengan begitu banyak sekali 'urusniaga' yang membolehkan kezaliman dilakukan ke atas rakyat Palestin.

Dialah lelaki yang melakukan banyak kerja-kerja keji untuk empayar Amerika Syarikat.  Dia juga merupakan pegawai hubungan CIA yang menjadi sumber kepada kempen untuk memberikan maklumat yang salah berkenaan dengan WMD (senjata kemusnahan massa) di Iraq dan sesiapa saja yang menjadi sasaran Amerika Syarikat akan diterbangkan ketangan Omar Suleiman untuk didera.  Tetapi Hillary Clinton yang tahu akan semua ini, masih mahu Omar Suleiman menyiasat tentang keganasan yang telah dilakukan oleh Mesir semasa kebangkitan arab dan berpendapat lelaki tersebut sebagai calon yang paling sesuai untuk menggantikan Hosni Mubarak.  Apabila semua ini didedahkan di Mesir, walaupun tidak banyak yang diperkatakan di Amerika Syarikat tentang hal ini, Omar Suleiman tidak lagi dilihat sebagai seorang calon presiden yang layak.

Hillary Clinton mengumumkan minggu lepas, bahawa beliau akan melakukan beberapa siri ceramah umum apabila bersara daripada jawatan Setiausaha Negara.  Ini tidaklah menghairankan kerana beliau sememangnya akan dapat menikmati hasil kerja kerasnya memastikan dasar luar negara Amerika Syarikat berhambakan kepada syarikat-sayrikat transnasional.  Dokumen Wikileaks sekali lagi telah membuktikan akan hal ini.  Semestinya, rakyat Amerika Syarikat akan ditipu bahawa negara mereka pergi berperang untuk mempromosi demokrasi, mempertahankan hak asasi manusia dan hak wanita di Afghanistan.  Malangnya media Amerika Syarikat mengulangi fakta ini berulang-ulang kali, sehinggakan rakyat Amerika Syarikat mempercayainya walaupun dokumen yang didedahkan oleh Wikileaks membuktikan bahawasanya dasar luar Amerika Syarikat dicarta oleh dan untuk syarikat-syarikat gergasi Amerika Syarikat.

Sesiapa saja yang mengikuti kes Bradley Manning sedar akan penganiayaan yang dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat terhadapnya.  Daripada permulaan dia ditahan sehinggalah kepada salah dakwaan ke atas-nya.  Dibawah peruntukkan undang-undang tentera, Bradley Manning sepatutnya didakwa dalam masa 120 hari penangkapannya, tetapi itu berlaku selama lebih daripada 600 hari.

Dalam jangkamasa 600 hari tersebut, Bradley Manning didera sehinggakan dia hampir membunuh diri.  Pada mulanya beliau dikurung dan dizalimi di Kuwait: dipaksa berjaga sepanjang malam dan dibenarkan tidur pada siang hari sahaja, bilik kurungannya digeledah beberapa kali, disepahkan oleh pengawal dan beliau dipisahkan daripada sebarang hubungan dengan tahanan lain.  Bradley Manning memikirkan yang dia akan mati dalam sel haiwan 8 kali 8 kaki di Kuwait.


Beliau sedikit gembira apabila diterbangkan, walaupun masih tidak mengetahui arah tuju destinasinya, namun tahu sememangnya lebih baik daripada berada ditempat lama.  Apabila beliau mendarat di lapangan terbang Baltimore Washinton International (BWI), beliau sangat gembira kerana dapat pulang ke Amerika Syarikat, pulang ke tanahair.  Namun tidak berapa lama dia mula sedar yang keadaan tidak sebaik yang disangka, kerana selama sembilan bulan beliau ditahan di bilik kurung ketat Quantico Marine Base, yang mana pada setiap 5 minit beliau akan ditanyakan soalan "Adakah anda dalam keadaan baik?", dan sepanjang hari tidak dibenarkan untuk berbaring atau bersandar dalam selnya.  Ini hanyalah dua contoh kepada seribu satu penderaan dan penganiayaan yang diperlakukan ke atasnya.

Sudah tentulah tidak akan ada sesiapa lagi yang akan didera dan dizalimi memandangkan Quantico telah ditutup, antaranya disebabkan penyokong kepada Bradley Manning menyerbu lokasi tersebut dengan beberapa siri bantahan sehinggalah Bradley Manning dibebaskan daripada tahanan tersebut dan dilayan dengan lebih berperikemanusiaan.


Sememangnya aktivis mampu untuk melakukan perubahan.  Selepas protes terakhir kami, di mana berbelas-belas daripada aktivis ditahan ketika mana unit paramilitari, beberapa helikopter dan kuda-kuda digunakan ke atas kami, apabila Bradley Manning ditahan sebelum beliau dibicarakan.  Aktivis Occupy, veteran tentera dan kumpulan aktivis-aktivis lain sememangnya menyokong penuh Bradley Manning.  Kami semua bersatu, kerana kami mahukan kerajaan yang telus dan aman.

Oleh kerana itulah apa yang kami lakukan hujung minggu ini akan memberi impak yang besar. 1000 hari.  Ianya patut diingati, dan dipaksa masuk kepada kotak pemikiran semua rakyat Amerika Syarikat yang ditipu oleh media massa tempatan dengan cerita-cerita yang tidak berkaitan seperti seksualiti Bradley Manning  (pembunuhan karakter seperti yang diperlakukan kepada Julian Assange, pengasas bersama kepada Wikileaks, yang mahu diektradisi ke Amerika Syarikat via negara proksi Sweden kerana melakukan hubungan seks tanpa menggunakan kondom) daripada isi dokumen yang didedahkannya.


Sebenarnya inilah intipati kepada isunya.  Bradley Manning bermain dengan api apabila beliau cuba berlawan dengan korporat Amerika Syarikat.  Media massa tempatan gagal untuk melaporkan kepada kita jumlah sebenar belanjawan untuk keselamatan negara, selalu menyatakan secara rendah perbelanjaan tahunan keselamatan negara kepada USD 1.3 trillion; tanpa menyatakan dengan jelas fakta bahawa Amerika Syarikat mempunyai lebih daripada 1200 pengkalan dan kem tentera di seluruh dunia.  Malah tidak ada sesiapapun daripada pihak media atau kumpulan ahli politik yang akan memberitahu kita bahawasanya, Amerika Syarikat merupakan sebuah empayar!

Ianya merupakan sesuatu yang kelakar dan pelik, apabila kita, warga kepada sebuah empayar yang terbesar dalam sejarah dunia tetapi media, kumpulan politik dan plutokrati yang mendukungnya tidak pernah mahu mengaku bahawasanya kita merupakan sebuah empayar.

Disebabkan itulah Bradley Manning dilayan dengan tidak adil sekali apabila Video Collateral Murderyang menunjukkan tentera Amerika Syarikat membunuh wakil media dan orang awam di Iraq.  Bradley Manning menjadi sasaran 'Empayar'.  Beliau telah membukakan hijab supaya kebenaran terserlah kepada kita semua. Dan sememangnya kita semua semakin sedar.  Suatu hari nanti apabila empayar Amerika Syarikat merudum jatuh, seperti kesemua empayar sebelum ini, khalayak ramai akan menganalisa dokumen Wikileaks dan kagum kepada kandungannya-jadual harian gerakan ketenteraan empayar Amerika Syarikat dan kor diplomatiknya.  Kandungan ini akan menunjukkan dengan jelas sekali bagaimana rasuah, kezaliman dan keganasan yang berleluasa dalam empayar ini.  Bradley Manning akan dikenang dengan seadilnya dan begitu juga dengan mereka-mereka yang menyokongnya.


Marilah kita jadikan 1000 hari yang beliau lalui dipenjara diketahui semua rakyat Amerika Syarikat dengan menyertai acara ini dan jika tiada acara di kawasan anda, maka adakan satu acara.  Hubungi suratkhabar tempatan anda dan bercakap tentang Bradley Manning, dokumen Wikileaks dan Amerika Syarikat sebagai sebuah empayar.  Bradley Manning dalam log perbualannya pernah berkata bahawa dia mahu memulakan sebuah debat di Amerika Syarikat supaya negara ini dapat diperbaiki.  Marilah sama-sama kita keluar hujung minggu ini untuk menjadikannya sebuah realiti.


diterjemah daripada globalresearch.ca




Video Collateral Murder







0 comments:

Imran N Hosein

Loading...