IKEA Malaysia: Meatballs Kami Tiada Daging Kuda!

Thursday, February 28, 2013

Bebola Daging yang dijual di IKEA Malaysia hanya mengandungi daging yang daripada Australia, kata pengurus stor, Roszalena Mashrudin.

"Bahan-bahan kami tidak dihasilkan daripada pengeluar terbabit" katanya apabila mengulas tentang kontroversi yang menyelubungi eropah apabila daging burger dicemari dengan daging kuda.

"Kami tidak akan berkompromi dengan bahan-bahan yang digunakan dalam resipi dan cara penyediaan kami, dijamin dengan standard tetap, pensijilan dan analisa dimakmal-makmal bertauliah.


"Sebagai langkah berjaga-jaga, kami telah mengarahkan untuk pemberhentian penjualan bebola daging di IKEA Food Market dan Restoran IKEA sehinggalah keputusan ujian makmal DNA diketahui", katanya.

Roszalena berkata IKEA berharap keputusan ujian tersebut akan diketahui dalam pertengahan minggu depan untuk mengenal pasti sememangnya tiada sebarang unsur daging kuda dalam bebola dagingnya.

"Keyakinan pengguna dan kepercayaan pengguna amatlah penting kepada IKEA, kami komited untuk menjual makanan yang sihat dan selamat dan dihasilkan dengan bertanggungjawab kepada alam sekitar dan mereka yang menghasilkannya," tambahnya lagi.

Katanya, bebola daging yang dijual adalah dijamin halal dan dihasilkan di Malaysia-Bernama

Saya harap IKEA sememangnya 'walk the talk' dan kita harap insiden sosej kulit babi tidak berapa lama dulu tidak akan berulang, jika tidak KITA SEMUA MUSLIM PATUT MENYAMAN SYARIKAT INI!

2 comments:

Imran Haaz said...

Hairan betul dgn Malaysia.. bila Toyota seluruh dunia kena tarik balik, Toyota Malaysia tak perlu.. setiap kali ada isu dalam apa jua produk, Malaysia 'pasti terkecuali'... lebih2 lg bila masuk bab makanan.. bila CAP kata ada problem.. sekelip mata keluar statement dr kementeria kesihatan kata xda problem.. sama juga dgn kes daging kuda ni.. ada sesuatu yg x kena dgn pihak berkuasa Malaysia.. Kapitalis Didahulukan?

islam1st said...

Nak jaga orang berniaga. Maslahat Ummah tidak perlu ditekankan...jangan kita lupa dengan insiden tidak cukup kakitangan untuk memantau isu halal di Malaysia. Muslim majoriti tapi dilayan macam minoriti. Yang non muslim pula nampak bersungguh-sungguh nak jaga apa yang mereka makan sedangkan kita ditekan tentang konsep halal dan haram tidak berbuat demikian, sebab itulah agaknya masalah sosial semakin menjadi-jadi dikalangan kita!

Imran N Hosein

Loading...