Lahad Datu Sudah Dijangka!!!

Saturday, March 23, 2013
Council on Foreign Relations sudah menjangkakan konflik yang akan berlaku di Lahad datu, Sabah dan telah war-warkan tentang hal tersebut sejak Disember 2012 lagi.  Ini boleh dilihat apabila badan tersebut yang menjadi rujukan pentadbiran Washington untuk melakukan campur tangan dalam urusan mana-mana negara yang mereka suka.  Negara Uncle Sam penaja kepada keganasan antarabangsa samaada secara terus, ataupun dengan proksi seperti yang sedang berlaku selama lebih dua tahun di Syria.

Gambar rajah di bawah menunjukkan dengan jelas kawasan-kawasan panas berdasarkan kepada kaji selidik yang dilakukan oleh badan tersebut.  Sesuatu yang amat melucukan kerana ianya dihasilkan oleh sebuah jabatan yang diberi nama Center for Preventive Action dalam laporan tahunannya, Preventive Priorities Survey. Ianya dilakukan untuk mengagak kemungkinan berlaku sesuatu konflik supaya beberapa siri tindakan boleh diambil untuk mengurangkan impak kepada Amerika Syarikat. Sila klik sini untuk gambar rajah yang lebih interaktif.


Video dibawah secara ringkas memilih untuk menerangkan tentang tiga kawasan panas yang dipilih dan menariknya diramalkan bahawa konflik China dan Jepun akan berlaku dan jika berlaku, Amerika Syarikat tidak mempunyai pilihan untuk tidak masuk campur kerana telah menandatangani sebuah perjanjian keselamatan bersama-sama dengan Jepun.


Kepada kita yang mempercayai bahawa terdapat campurtangan asing dalam percaturan berdarah di Lahad Datu yang mengorbankan 10 orang wira perang kita dengan sebab-musabab yang tidak lain dapat mengukuhkan pandangan tersebut.  Mungkin kita tidak perlu melihat jauh tetapi mengkaji dengan lebih mendalam asas yang menyebabkan negara aman Malaysia disenaraikan kepada Tier II, Mid Level Priority?

Apakah yang Amerika Syarikat tahu, yang kita dan kerajaan kita tidak tahu?  Adakah negara penaja pengganas itu benar-benar menaja keganasan di Lahad Datu, Sabah dengan bekalan senjata api dan kewangan?  Apa benarkah proksi CIA dan Zionis di Malaysia bergerak selari dengan brief yang telah diberikan kepada mereka bersama dengan penajaan yang berjumlah kepada ratusan ribu dolar Amerika?

Apakah keganasan dirantau ini akan dipehebatkan untuk merancakkan ketidakstabilan untuk memudahkan Uncle Sam menundukkan China?  Apakah perlu Malaysia dan Filipina berperang semata-mata untuk membolehkan Amerika Syarikat untuk mengadakan dengan lebih besar kapal-kapal perangnya sebagai persediaan untuk menyerang China dan Korea Utara?

Council on Foreign Relations mendakwa mereka merupakan sebuah badan pemikir untuk mengurangkan konflik dan impaknya ke atas Amerika Syarikat.  Namun apa yang tidak mereka akui ialah merekalah dalang  keganasan seperti apa yang berlaku di Libya dan Syria!

Mungkinkah Malaysia dengan kedudukan kukuhnya dalam ASEAN dan lokasi strategiknya di Asia Tenggara perlu dipertundukkan supaya perancangan Amerika Syarikat dapat dipermudahkan?!

3 comments:

Imran Haaz said...

link yg lebih detail.

http://www.cfr.org/china/south-china-sea-tensions/p29790

langkah pertama, tentu shj regime change.. krn itulah Venezuela dikeluarkan dr ketiga2 Tier selepas kematian Chavez, sdgkn CPS tahun lepas ia ada dlm Tier II.

Jika regime change dgn cara pilihanraya gagal, konflik berdarah akan ditimbulkan.. maka perlu kita semua bersedia dgn false flag yg akan dicipta tidak lama lg.

Bak kata Chandra Muzaffar, Selat Melaka menarik nafsu Uncle Sam utk meletakkan lebih 50% kekuatan armada mrk bg tujuan menyekat pengaruh China..

'seven billion barrels and an estimated 900 trillion cubic feet of natural gas' amat mengiurkan nafsu Uncle Sam..

'As much as 50 percent of global oil tanker shipments (GlobalSecurity) pass through the South China Sea, which sees three times more tanker traffic than the Suez Canal and over five times that of the Panama Canal, making the waters one of the world's busiest international sea lanes..."

Suez Canal & Panama dlm genggaman mrk, cuma Selat Melaka masih gagal dikawal krn puppet mrk belum berjaya memegang kuasa..

maka master perlu mencari puppet barunya dgn segera.. Puppet lama agak berusia dan koyak rabak kainnya..

brsedialah dgn hilangnya puppet lama spt hilangnya dustin hoffman dlm WTG dan munculnya puppet 2.0 sedikit masa nanti..

Imran Haaz said...

Lebih menarik lg jika tuan lihat senarai Board Members ICG dlm link di bawah.. nampak mcm nama dia, tp mungkin bukan dia..

http://www.crisisgroup.org/en/publication-type/media-releases/2006/new-board-members-for-international-crisis-group.aspx

islam1st said...

Asslamualikum, saudara Imran Haaz bersetuju sangat dengan pandangan tuan, sememangnya Venezuela sudah mengundi dan menyatakan keputusan mereka dengan memilih protege chavez seorang pemandu bas, namun malangnya, elitis puppet berkiblatkan wall street tidak dapat menerima kekalahan dan Venezuela berontakkan sehinggakan mengorbankan nyawa.
harap2 apa yang sedang berlaku di Venezuela, Mesir dan paling teruk sekali Syria, tidak berlaku di sini dan puppet wall street zionis tok kun xjadi perdana menteri tanahair bertuah.

Imran N Hosein

Loading...