Palestin Sebuah Infografik

Tuesday, March 12, 2013

Palestin hanyalah sebuah statistik pilu kepada kebanyakkan daripada kita di Malaysia yang memilih untuk hanya bersimpati dan bersedih dengan nasib yang menimpa mereka daripada berbuat sesuatu yang boleh membebaskan mereka daripada cengkaman kuku besi Zionis Antarabangsa.  

Adakah sikap apati seperti ini lahir daripada rasa tidak berdaya kita sebagai individu daripada sebuah negara yang kerdil atau ianya lahir daripada maklumat berlandaskan agama yang mengajar kita tentang akhir zaman dan kaitannya dengan permasalahan Palestin.

Perlukah kita berpeluk tubuh, berlapang dada sambil menunggu Al Mahdi datang merungkaikan sejarah peradaban manusia yang sudah terpatri di Loh Mahfuz?  

Atau kita peluk saja Zionis Antarabangsa seperti cadangan seorang pendukungnya di Malaysia, dan nikmati apa saja laba yang akan dipanjangkan kepada kita semua nanti?

Tentunya negara sekerdil Malaysia tidaklah sekerdil yang kebanyakkan kita sangka apabila peristiwa demi peristiwa yang acapkali kita perhatikan dalam  kaca tv sudah mula menyelinap masuk ke dalam ruang tamu kita!

Dan kita masih menunggu penerangan daripada pihak ketiga untuk memahami kesemuanya.  Malang sungguh kita.  Malang sungguh Malaysia!

0 comments:

Imran N Hosein

Loading...