Perbankan Riba Sumber Kewangan Dajjal

Wednesday, March 27, 2013
Perkara seperti ini berlaku kerana kita gagal menidakkan sistem riba seperti yang telah diberitakan kepada semua muslim.  Namun kita juga telah diingatkan oleh junjungan besar Rasullulah bahawasanya di akhir zaman, riba semakin berleluasa dan kita tidak akan dapat terlepas daripadanya.  Hakikatnya itulah yang berlaku sekarang apabila masyarakat dunia, Barat terutamanya kerana banyak bergelumang dengan sistem ini secara total, telah menzahirkan sebegitu banyak penindasan seperti yang berlaku di Cyprus apabila IMF dan EU masuk campur dengan menindakkan bank kedua popular Cyprus yang mempunyai sebegitu ramai pendeposit berbangsa Russia.

Mungkinkah ini cara tangan-tangan tersembunyi membalas dendam ke atas Russia yang banyak membantu Syria dalam peperangan menentang penjajahan Barat aka Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan Israel, dengan bantuan Arab Saudi Wahabi, Qatar, Jordan dan Turki? Russia banyak menjadi batu penghalang daripada diserang NATO seperti yang diperlakukan ke atas Libya.  Syria dan kerajaannya yang masih bertahan selama lebih dua tahun cukup membuktikan bahawa keganasan yang berlaku diperlakukan orang luar, elemen luar dengan sedikit bantuan elemen dalaman seperti yang menimpa kita di Lahad Datu, Sabah sekarang ini.

Ini juga yang berlaku di Ireland apabila rakyatnya terpaksa menanggung hutang untuk menyelamatkan bank-bank yang tidak langsung kena-mengena dengan mereka hanya kerana mereka berada dalam EU. Ini jugalah yang berlaku kepada rakyat Amerika Syarikat apabila mereka terpaksa menanggung beban hutang syarikat kewangan dan bank-bank besar melalui pelan penyelamat oleh kerajaan Amerika Syarikat menggunakan duit kutipan cukai.

Marilah sama-sama kita lihat bagaimana seorang wartawan yang sangat berpengalaman, yang sangat berbangga dengan bangsanya dan tahu kedudukan dan haknya sebagai warga Ireland dan warga dunia.  Dan bagaimana pula banker yang menjadi hamba kepada money masters gagal untuk menipu wartawan lelaki ini, tidak seperti kebanyakkan warga dunia yang lain, yours truly juga termasuk.


Tetapi walaupun pegawai bank tadi cuba berdolak-dalik apabila tidak dapat menjawab pertanyaan demi pertanyaan wartawan ini, namun wartawan ini tidak diherdik seperti yang berlaku di bawah oleh mereka-mereka yang mengutamakan keadilan, ketelusan dan kebebasan media, bersuara dan berekpresi seperti yang sering mereka persembahkan di jalan-jalan di Malaysia.  Sekurang-kurangnya banker eropah tadi lebih berhemah daripada lelaki melayu pseudo liberal yang mengugut wartawan untuk dihumban keluar seperti penjenayah jika berterusan bertanyakan soalan di satu sesi soal jawab press conference.


Dan kejadian ini bukanlah kali pertama, malah mereka-mereka ini yang kononnya mendukung ketamadunan barat terutamanya Amerika Syarikat gagal bertindak dengan lebih bertamadun dengan memenuhi tuntutan asas seorang muslim untuk melayan tetamu.  Kasihan kepada anak muda ini bila berdepan dengan bapa kepada ketelusan itu dan ketelusan ini.  Sila lihat video di bawah ini.  Tepuk Dada Tanya Iman!


0 comments:

Imran N Hosein

Loading...