Aurat & Seks : Facebook, Halal & Haram!

Friday, April 26, 2013

Awal bulan ini facebook telah mengambil keputusan untuk mengharamkan grafik tiga dimensi fizikal lelaki yang dihasilkan untuk melaporkan satu kuputusan kaji selidik yang dijalankan tentang kegemaran kaum Hawa tentang bentuk fizikal kaum Adam termasuklah kepada saiz zakar mereka.  Kajian tersebut dijalankan oleh sebuah badan yang dianggap berprestij di Barat dan dilaporkan oleh sebuah majalah Nature dan dipost  semula di Facebook oleh Scientific American.  

                                                    Gambar Asal Tidak Dihitamkan Sebegini.

Asalnya sesetengah pihak menganggap berlaku kesilapan algoritma yang memadam gambar tiga dimensi tersebut.  Namun akhirnya diperjelaskan oleh Scientific American bahawa pihak Facebook menghubungi mereka dan menyatakan bahawa sebuah jawatankuasa telah membuat keputusan untuk mengharamkan imej tersebut berdasarkan Dasar Kebolehan Berbogelnya.  Pernyataan ini telah mengundang banyak kecaman tentang dasar ketat Facebook.



Facebook yang bertindak sebagai Moral Police (muslim selalu dilabelkan sebegini apabila mahu menekankan cara hidup Islami dikalangan penganutnya!) 800 juta pengguna aktifnya, menjawab sebegini, "Facebook mempunyai undang-undang ketat tentang perkongsian bahan-bahan pornografi dan kandungan seksual explisit yang membabitkan kanak-kanak dibawah umur.  Kami juga mengharamkan bahan-bahan yang berunsurkan bogel.  Aspirasi kami ialah untuk menghormati perkongsian kandungan yang dekat dengan jiwa pengguna kami, samada arca David ukiran Michaelangelo ataupun gambar keluarga berkenaan dengan penyusuan bayi".


Dasar Kebolehan Berbogel di facebook jelas.  Hanya gambar wanita menyusu anak dan sesetengah hasil karya seni dibenarkan.  Tetapi karya fotografi ini daripada sebuah page sebuah muzium seni telah diharamkan.  Page tersebut telah digelapkan selama 24jam sebelum Facebook membenarkan semula ianya di akses dengan foto bogel hasil seni yang dipost telah dibuang. Pengguna Facebook yang mengpostkan gambar diatas pernah dibanned sebanyak dua kali oleh Facebook, namun diaktifkan semula setelah sedar akan kesilapan mereka kerana gambar berkenaan sebenarnya dibenarkan.


Pengguna di atas merupakan seorang artisan barangan perhiasan diri yang menggunakan patung berbogel (Barbie?) untuk mengiklan hasil kerja tangannya.  Pengeluar barangan kemas itu pernah beberapa lepas diugut untuk disaman oleh Facebook.  Victoria Buckley Jewellery akur setelah mengeluarkan kenyataan yang mencemuh sikap puritan Amerikana yang diamalkan oleh Facebook.


Perbuatan Facebook yang ingin menjaga hak ahlinya yang ramai dan yang mempunyai pelbagai citarasa, latar belakang budaya dan agama.  Amalan ini patutlah dipuji.  Kita tidak harus lupa terdapat juga pengguna Facebook yang terdiri daripada kanak-kanak bawah umur yang dianggarkan seramai 7.5 juta akaun.   Facebook harus mengambil jalan tengah untuk memuaskan hati semua penggunanya.  Facebook merupakan sebuah entiti perniagaan dan ini sememangnya bagus untuk perniagaan.  Bayangkan jika tidak ada sebarang panduan tentang kandungan pornografi kanak-kanak umpamanya, Facebook tentulah akan diheret ke makhamah diseluruh dunia dan mungkin juga diarahkan membayar pampasan kepada penggunanya yang tidak senang dengan perkara tersebut!


Inilah yang diamalkan oleh Islam.  Inilah yang hendak diterapkan oleh Islam kepada semua masyarakat samada mereka muslim atau tidak.  Amalan ini sangat praktikal.  Semua pihak selesa dan tidak ada pihak juga yang akan berasa tidak puas hati.  Facebook merupakan domain awam, perkara yang diharamkan Facebook masih boleh diperlakukan secara bersendirian atau tanpa Facebook.  Begitu juga pandangan Islam tentang aurat, malah lebih lagi kerana Islam menekankan dengan detail tentang aurat lelaki dan wanita, sesama lelaki atau sesama wanita, aurat dengan kaum wanita dengan lelaki lembut yang tidak bernafsu dengan wanita, aurat sesama muhrim dan bukan muhrim, aurat antara hamba dengan Tuhannya (ketika mandi dengan kain basahan atau perbuatan berselimut ketika melakukan hubungan seks dengan isteri sebagai contoh).  

Bercakap tentang isu aurat.  Seorang model terkenal Kylie Bisutti memutuskan untuk tidak lagi memperagakan pakaian dalam jenama terkenal Victoria Secret (yang menjadi idaman model-model wanita kerana bayarannya yang lumayan bersama dengan pendedahan glamor menjadi 'bidadari' jenama tersebut) setelah berasakan yang beliau terpaksa mendedahkan tubuhnya hampir bogel untuk mengoda lelaki.  Beliau merasakan seperti barang dagangan murahan dan memutuskan untuk tidak meneruskan perbuatan itu lagi.  Semua ini didedahkan dalam buku memoirnya, 'Saya Bukan Bidadari'.


Namun perkembangan yang membimbangkan semakin menular diseluruh dunia.  Perkahwinan sejenis semakin mendapat tempat.  Walaupun masih terdapat golongan yang menentang keras hubungan sejenis dan menganggapnya sebagai taboo, namun kepantasan gerakan yang melobi supaya perkahwinan sejenis semakin mendapat tempat dikebanyakkan negara barat se[erti yang berlaku di Perancis kelmarin.


Hubungan sesama jenis adalah dilarang keras oleh Islam.  Perbuatan ini adalah haram.  Jadi tidak hairanlah mereka yang masih mempunyai akal fikiran untuk berfikir memprotes apabila Parlimen Perancis sebuah republik sekular yang mengharamkan kebebasan wanita muslim untuk beragama dengan mengamalkan purdah meluluskan perkahwinan sesama jenis.  Perkara membuatkan rakyat Perancis marah dengan kerajaan dan menggerakkan protes secara besar-besaran yang bertukar ganas.


Namun  kempen untuk menghalalkan sesuatu yang haram seperti perkahwinan sejenis merupakan sebuah fenomena global.  Ada pihak yang beruntung dengan trend baru ini yang bergerak sepantas api ditiup angin panas Los Angeles, bagai tidak dapat dibendung lagi.  United Kingdom juga sedang berkira-kira untuk mendapat persetujuan House of Commons yang sudah berdebat perkara ini dan sekarang sudah masuk fasa kedua.  Namun sesiapa saja, walau dimana saja mereka berada samaada di United Kingdom atau Amerika Syarikat akan dicemuh sekiranya tidak bersetuju dengan gerakan songsang ini.  Lihat saja aktor terkenal dunia Jeremy Irons yang yang terpaksa menarik balik kenyataan apabila dicemuh pengamal media di kedua-dua benua apabila beliau yang mempunyai seorang anak lelaki yang juga pelakon, mengatakan bahawa perkahwinan sesama lelaki sebagai sumbang mahram kerana perbuatan ini akan membolehkan si bapa untuk mengahwini anak lelakinya untuk mengelak cukai hartabenda.  Tidak berapa hari selepas itu beliau mengatakan bahawa kenyataannya itu telah disalah faham.


Gerakan ini yang malangnya berselindung atas label hak asasi manusia digerakkan dengan sangat meluas.  Malah pada satu ketika baru-baru ini, logo menyokong perkahwinan sejenis dilihat merata-rata di Facebook.  Ramai di Facebook yang berkongsi dan mengulang kongsi logo tanda sama berwarna merah itu di akaun mereka. 


Setelah berjaya (belum sepenuhnya tetapi pasti akan berjaya kerana Institusi Keluarga dan Agama di Barat telah lama musnah dengan ahli falsafah yang bercakap ikut sedap alat sulit dan trend ini semakin diterima di dunia Barat) dengan ini, apalagi kebodohan yang akan ditunjukkan oleh manusia-manusia gila ini yang kononnya amat mengambil berat hak sesama manusia.  Tuhan tidak menjadikan kita semua untuk ini.  Tuhan melarang kita daripada berbuat seperti Kaum Nabi Lut.  Malah kehancuran bandar Pompeii dengan ledakan Vesuvius dengan penuh ngeri dengan jasad yang beku menjadi batu dilahap lava berapi, perlu dijadikan peringatan kepada golongan ini yang semakin terpesong jauh daripada azali manusiawi.


Namun ketika golongan homoseksual di Amerika Syarikat terpaksa berpindah negeri untuk melangsungkan perkahwinan sejenis, kerana sesetengah negeri masih menganggap perkahwinan sejenis sebagai salah disisi undang-undang negeri mereka, kenapakah kita di Malaysia, membutakan mata, memekakkan telinga dan mengunci mulut apabila perkahwinan sejenis diadakan di sini bukan sekali malah dua?!  Islam adalah agama rasmi dan majoriti warganegara merupakan muslim, mengapakah kita terlalu terbuka dalam hal ini?


Ketika non-muslim di Perancis, Australia, sebahagian besar Amerika Syarikat dan United Kingdom memberontak dengan kelulusan perkahwinan sejenis yang disisi undang-undang sebagai sah, kita masih bersifat kool dengan perlakuan dungu mereka-mereka yang sengaja mahu menguji kesabaran kita!


Apalagi selepas ini, menghalalkan hubungan seks manusia dengan binatang?  Ini tidak keterlaluan kerana kita tahu di luar sana terdapat segelintir manusia yang sakit akal gemar melakukan hubungan seks dengan haiwan.  Haiwan yang sepatutnya dipelihara dengan penuh amanah akhirnya dianiaya oleh mereka-mereka yang sepatutnya mencintai haiwan dan memeliharanya sebaik-baiknya.  Melakukan hubungan seks sesama haiwan melanggar tabie manusia dan tabie haiwan.  Lelaki di bawah ini telah dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun kerana didapati bersalah melakukan hubungan seks dengan pitbull peliharaannya!  


Perbuatan ini dianggap jijik disisi masyarakat sivil.  Syukur nikmat Allah subhanawataala.  Namun persoalannya sampai bila?  Bukannya kita tidak pernah mendengar kisah lelaki yang berkahwin dengan kambing!  Di India dan di Australia terdapat dua majlis perkahwinan dengan anjing.  Satu kerana mahu menolak bala dan karma tidak baik dan satu lagi kerana suka-suka.  


Namun dari sisi Islam, tujuan tidak menghalalkan cara.   Sebagai baik pun tujuan seseorang itu seperti mahu meninggalkan harta sepeninggalannya kepada haiwan peliharaannya, perbuatan mengahwini haiwan melanggar tabie manusiawi.  Seorang wanita barat juga telah mengetengahkan perihal kenapa beliau tidak boleh berkahwin dengan anjing peliharaannya?


Adakah seorang suami atau isteri setelah berkahwin dengan pasangan haiwan mereka dibenarkan untuk melakukan hubungan seks sebagaimana pasangan berumah-tangga yang lain?  Adakah menyalahi undang-undang jika pelakuan itu dilakukan seperti yang berlaku di atas?  Bagaimana pula dengan hak seorang suami atau isteri untuk meniduri pasangan mereka di domain peribadi mereka? Jawapan yang paling sesuai ialah semua ini merupakan KERJA GILA!  Nauzubillahhiminzaliq!




PRU 13 sangat berkait rapat dengan video ini!!!

Wednesday, April 24, 2013
Walaupun jauh beribu batu tidak bermakna perbuatan kita di tanahair kita sendiri menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak ada kena mengena dengan usaha Amerika Syarikat menghalang China daripada meluaskan pengaruhnya (Think Tank mesra Wall Street mesra pengeluar WMD yang berfikiran sebegitu)

Amerika Syarikat sedang melihat perkembangan ini dengan teliti setelah melabur dengan begitu banyak sekali untuk menjana perubahan di negara kita atas pretek kepada ketelusan dan hak asasi manusia.  Dan sekiranya kita masih tidak sedar, Amerika Syarikat dan Dunia Barat tidak mempunyai kredibiliti untuk mengajar kita tentang ketelusan dan hak asasi.

Lihat ini dan fahami perkara ini dengan perkembangan yang telah berlaku di Sabah.  Ianya bukanlah terjadi dengan sendirinya sebab raja tidak cukup makan, malah terdapat tangan-tangan tersembunyi yang mempunyai Modus Operandi yang serupa seperti yang kita lihat di Sabah.

Sila tonton video ini dengan teliti dan anda akan faham kenapa pentingnya kita menggunakan pendekatan nasionalis untuk menjaga kepentingan kita bersama daripada menjadi negara satelit Uncle Sam yang sememangnya terkenal sebagai War Monger Extraordinaire!


Pengeboman Maraton Boston = 911 2.0?


Kita amat menyesali perlakuan ganas yang diperlakukan ke atas orang ramai yang tidak berdosa dan tidak tahu apa-apa, ketika Maraton Boston yang diadakan pada setiap tahun berlangsung.  Dua letupan bom yang berada di dua lokasi yang bertentangan sememangnya mahu memaksimakan kemalangan jiwa ribuan manusia  yang berkumpul untuk menyertai acara tahunan bersejarah dan berprestij tersebut.




Di Malaysia kita sedikit lega apabila rakyat kita yang menyertai acara tersebut terselamat daripada sebarang kecederaan dan berharap semoga perjalanan pulang mereka ke tanahair, selamat hendaknya.


Namun sebelum apa-apa lagi kita sudah mendengar suara-suara yang mengatakan bahawa keganasan ini merupakan tidak lain tidak bukan diperlakukan oleh muslim atas nama Islan dan sebagainya.  Dunia Islam sudah mangli dengan pernyataan itu.  Setiap perkara buruk yang berlaku terutamanya letupan bom hampir kesemuanya dipersalahkan ke atas muslim dan Islam.


Oleh kerana itu kita tidak terkejut apabila keganasan yang melanda acara Maraton Boston memberikan kita wajah dua anak muda muslim yang (mengikut teks standard operatif FBI) tidak dapat menyesuaikan diri di tempat baru, selalu berseorangan memencilkan diri, mula terpengaruh dengan gerakan dakwah di mana-mana, mula bersikap Islamists (solat lima waktu sudah cukup untuk FBI menganggap anda sebagai potential Islamist, datang untuk memusnahkan Amerika Syarikat dan Dunia Barat yang maju) Masjid atau kumpulan Islam dan akhirnya terlibat dengan perbuatan keganasan seperti yang berlaku di Maraton Boston.

Amerika Syarikat tidak pernah segan silu atau kasihan untuk melakukan keganasan ke atas rakyat sendiri.  September 11, 2001 membuktikan jijiknya negara Uncle Sam ini yang hidup dengan mengekspot keganasan ke serata dunia, kepada muslim (Russia, Korea Utara dan China juga) di mana saja anda berada.  Iraq dan Afghanistan dua negara yang menjadi mangsa keganasan antarabangsa Amerika Syarikat dan sekutu-sekutu Kesatuan Eropah-nya.


Itu belum lagi dikira dengan drones yang bebas terbang sambil menyerang orang awam yang tidak berdosa di Pakistan, Yemen dan beberapa lagi negara terpilih di atas nama peperangan menentang keganasan.  Menghadapi isu ini kita tidak mengabsahkan perlakuan dua anak muda ini jika benar, kita berdoa kepada Allah subhanawataala supaya menunjukkan kepada kita semua kebenaran supaya nama Islam agama Syumul tidak terpalit dengan Fitan akhir zaman. 


Namun dengan kematian pelaku utama (mengikut pertuduhan FBI), Tamerlan Tsarnaev dan adiknya, Dzohkhar Tsarnaev yang mengalami kecederaan teruk di saluran pernafasannya, pakar perubatan mengjangkakan kesukaran untuk beliau bercakap semula amat tipis (beliau khabarnya telah sedar dan menjawab beberapa pertanyaan dengan tulisan dan menuduh abangnya sebagai perancang kepada keganasan ini atas nama jihad).  

Cerita sebenar kepada episod ini cuma dapat kita dengar daripada mulut pihak ketiga seperti isteri Tamerlan, Kathy Russel yang mengeluarkan kenyataan bersama dengan keluarganya, bahawa mereka kurang mengenali pemuda tersebut dan tidak pernah tahu tentang sebarang rancangan keganasan yang dirancang Tamerlan.

Seorang makcik mereka di Ontario, Canada bercerita tentang Tamerlan yang tiba mendekatkan diri kepada Islam menunjukkan karakter Islamist apabila mula melakukan sembahyang lima waktu.


Ibu mereka di Zubeidat Tsarnaev mengatakan ini semua merupakan perancangan jahat FBI yang sudah beberapa kali menyoal siasat anaknya namun melepaskannya setelah tidak mempunyai sebarang bukti untuk menuduh Tamerlan atas sebarang pertuduhan.  Puan Zubeidat mendakwa kedua-dua anaknya merupakan pelajar yang cerdik, malah sememangnya Dzohkhar pernah memenangi USD2500 biasiswa bandar Cambridge dan sedang mengikuti kursus perubatan.  Terdapat juag sesetengah laporan yang mengatakan beliau gagal dalam banyak matapelajaran yang diambilnya.  


Begitu juga Tamerlan yang dikatakan benci dengan nilai-nilai Amerika Syarikat dan pernah berkata bahawa beliau tidak mempunyai seorang kawan tempatan, beliau tidak memahami mereka.  Tamerlan juga dikatakan suka melayari laman web yang sering menunjukkan video tentang pejuang jihad Chechen menentang askar Rusia.  Namun jika beliau sememangnya gagal menyesuaikan diri walaupun sangat bagus dalam sukan bergusti (berkat latihan bapa mereka yang bekerja sebagai mekanik), bagaimana hubungan beliau dengan jandanya, Cik Kathryn Russell boleh terjalin sehinggakan mereka ke jinjang pelamin dan dikurniakan seorang bayi perempuan Zahara yang berusia dua tahun setengah?


Namun persoalannya kenapa di Maraton Boston?  Kenapa sekarang?  Dan apa motif dua anak muda berbangsa Chechen yang sedang berada di menara gading, mana silapnya?


bersambung...

Sebelum itu mari kita lihat empat video di bawah ini.








Apa Khabar Saudara Kita Di Guatanamo?


Tahanan musuh-musuh kombat di Guatanamo, Cuba sedang mengadakan mogok lapar untuk mendesak pembebasan mereka daripada pusat tahanan tersebut.  Namun tahukah kita semua bahawa terdapat dua rakyat Malaysia, saudara seagama yang ditahan disitu.

Kedua-dua lelaki di atas telah ditahan sejak daripada tahun 2006 lagi atas tuduhan sebagai operatif Al-Qaeda.  Kedua-dua mereka dikatakan telah berjumpa dengan Osama Bin Laden di Afghanistan pada tahun 2001 atas pertemuan yang dirancang oleh Riduan Isamuddin aka Hambali, seorang warga Indonesia.

Beberapa siri demonstrasi yang di adakan di seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat oleh pejuang-pejuang hak asasi manusia, mengapa kita rakyat Malaysia yang mempunyai dua rakan senegara tidak bertindak sama?

Lahad Datu Sudah Dijangka 4!!!

Thursday, April 4, 2013
Hari ini John Kerry Setiausaha Negara Amerika Syarikat memberi jaminan bahawa kerajaannya akan membayar pampasan yang setimpal untuk memujuk rakyat Filipina yang marah dengan kejadian kapal USS Guardian melanggar Terumbu Karang Warisan Unesco Tubbataha pada 17 Januari lepas, 3 minggu sebelum Lahad Datu, Sabah diceroboh oleh pengganas berketurunan Sulu.


Kapal seberat 16000 tan tersebut yang telah dicerai-berai oleh sebuah firma Singapura (tentunya front Yahudi Zionis untuk melakukan damage control) kepada beberapa bahagian sebelum terus dihantar ke Naval Base Amerika Syarikat di Sasebo, Jepun, supaya operasi rahsia Negara Setan itu membekal persenjataan kepada Penceroboh Sulu dapat ditutup rapat.


John Kerry yang bertemu dengan Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario di Washington merupakan usaha terdesak negara Uncle Sam itu untuk menyogok rakyat Filipina dengan bayaran pampasan yang tidak seberapa, hanya USD5 JUTA, supaya desakan penyiasatan terhadap insiden pelanggaran kapal canggih USS Guardian dan juga pencerobohan perairan Filipina dapat diredakan.

Namun masih terdapat beberapa kumpulan NGO di Filipina yang mendesak supaya kerajaan mereka menyiasat dengan menyoal anak-anak kapal USS Guardian yang sekarang disembunyikan oleh Amerika Syarikat di Naval Base mereka di Jepun.

Bayan melalui Setiausaha Agungnya, Renato Reyes mengatakan 'Siasatan ke atas insiden ini hanya akan membawa kita sejauh yang Tentera Laut Amerika Syarikat mahu, semua ini amat memalukan!'

Mungkin Donald Trump Jr akan tersedak apabila memikirkan USD5 JUTA lagi wang cukai rakyat Amerika Syarikat sepertinya terbazir begitu saja.  Itu belum dikira dengan jumlah wang yang dibelanjakan untuk mengupah syarikat Singapura untuk mencerai dan mengangkut ceraian bangkai kapal USS Guardian ke Jepun.
Namun itulah cara Amerika Syarikat mengekalkan kelangsungan hayat Empire Jahat Americana!

Campur Tangan Zionis Amerika Syarikat-Pengakuan Economic Hitman!


Lelaki dalam video ini merupakan John Perkins yang menulis buka tentang kebejatan projek setan Amerika Syarikat yang masuk campur dalam pentadbiran sesebuah negara yang berkepentingan supaya tunduk dengan kehendak Korporat Amerika. 

Buku dengan jelas menerangkan bagaimana beliau yang pada ketika itu bekerja secara tidak langsung dengan National Security Agency melalui proksi yang bernama Einar Greve digajikan dengan sebegitu lumayan untuk memujuk pemimpin-pemimpin Amerika Latin pada ketika itu supaya menerima dana atau memohon pinjaman daripada Bank Dunia atau USAID dan apabila mereka gagal untuk melangsaikan hutang tersebut, pemimpin tadi akan didesak dan diugut untuk mengikut telunjuk Negara Setan (menurut mantan Presiden Venezuela mendiang Hugo Chavez) dalam mentadbir negaranya, terutamanya dalam hal-hal pemilikan sumber-sumber asli dan kegiatan ekonomi.

Menurut John Perkins lagi, peranan seorang Economic Hitman ialah untuk menipu trillion dolar wang daripada negara yang mereka sedang beroperasi semata-mata untuk membesarkan lagi tembolok sebilangan kecil keluarga mega kaya dunia yang menggunakan pelbagai cara kotor untuk mengumpul kekayaan termasuklah dengan menipu akaun, menipu dalam pilihanraya, rasuah, ugutan, seks dan pembunuhan.

 Maklumat ada di mana-mana.  Allah subhanawataala dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah mengadakan bukti-bukti untuk kita faham Fitnah Dajjal di Zaman Fitan ini. Dengan dosa Negara Setan seperti Amerika Syarikat dan sekutu Dajjalnya, kenapakah kita masih bahu menghulur tangan meminta pertolongan daripada golongan ini dan agen-agen mereka?

Tepuk Dada, Tanya Iman.

Kredit Video kepada lensa kini


Campur Tangan Zionis Amerika Syarikat Di Malaysia

Wednesday, April 3, 2013

Dan cuba anda perhatikan pula perlambangan di bawah ini.  Kesamaan bukanlah suatu kebetulan malah sangat terancang, ingat the devil is in the details dan sememangnya berasal daripada satu sumber dan sekolah pemikiran yang sama.  Malah dana juga datang daripada sumber yang sama!  Bangunlah rakyat Malaysia, cuba berfikir di luar kotak pemikiran jumud melangkau sempadan bangsa dan negara dan melihat bagaimana seluruh tenaga dan wang ringgit digunakan untuk menentang keabsahan agama Allah swt dibumi ciptaanNya sendiri seperti yang telah ditagih oleh Iblis laknatullah!




Sekadar renungan kepada mereka yang masih boleh berfikir lewat ketaksuban puja dewa! Dan dalam pada itu mari kita perhatikan video klip ini yang menjadi halwa telinga saya ketika menukilkan ini.


Lahad Datu Sudah Dijangka 3!!!


Ini merupakan kapal canggih USS Guardian yang tersadai setelah melanggar Terumbu Karang Tubbataha yang merupakan sebuah kawasan peliharaan hidupan marin dan merupakan Taman Marin Negara Filipina.  Kejadiaan tersebut telah membangkitkan kemarahan rakyat Filipina yang berpendapat kejadiaan tersbut disengajakan negara Uncle Sam itu.



Persoalan demi persoalan mula timbul.  Kenapakah sebuah kapal secanggih Minesweeper USS Guardian yang digunakan untuk memusnahkan periuk api dasar laut yang rapi tersembunyi, masih mampu tersesat arah selama berjam-jam lamanya daripada pelabuhan terakhir mereka?  Kenapakah arahan untuk memberhentikan perjalanan kapal tersbut oleh Ranger Marin Terumbu Karang Tubbataha tidak diendah? Adakah sistem radar tercanggih kapal tersebut tidak dapat mengesan atol sebesar Taman Marin Tubbataha?


Persoalan demi persoalan juga timbul kerana anak-anak kapal tersebut tidak dibawa ke Filipina malah dilarikan dengan sebegitu pantas ke zon selamat perairan Jepun?  Kenapakah ini berlaku?  Apakah yang mahu disembunyikan oleh Amerika Syarikat yang sememangnya merupakan Setan terbesar dunia, sering campur tangan dalam urusan negara-negara lain seperti yang berlaku di seluruh Amerika Latin, Timur Tengah dan Eropah Timur?! Adakah Amerika Syarikat sudah mula mahu menumpukan perhatian kepada Malaysia kerana dekatnya kita dengan China?  Adakah Selat Melaka yang menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan dan peperangan ke laut sebelah sini merupakan sebuah aset yang perlu dimiliki supaya Perang Besar menentang China akan menjadi lebih mudah? 


Habiba Kiram (disebelah kanan) di laman facebooknya dengan bangga dan bongkaknya menunjukkan gambar persediaan tentera pengganas untuk menceroboh Sabah berlatih bersama-sama dengan Tentera Elit Amerika Syarikat.  Sejauh mana kebenaran ini tidak dapat disahkan, tetapi Filipina dan Amerika Syarikat sememangnya mempuyai perjanjian keselamatan bersama yang membutuhkan Amerika Syarikat membantu negara tersebut sekiranya ianya diserang melalui Visiting Forces Agreement dan Mutual Defense Treaty.


Sememangnya jika diperhatikan dengan lebih teliti, kapal USS Guardian ini sememangnya mahu melanggar Terumbu Karang Tubbataha berdasarkan kepada posisi kapalnya yang tersasar jauh sehinggakan benar-benar berada di atas terumbu karang tersebut! 


Dan jika ini masih tidak meyakinkan sebilangan daripada kita, marilah kita cuba congak keputusan bodoh Amerika Syarikat untuk tidak menunda kapal tersebut yang sememangnya masih berkeadaan baik, sehinggakan sanggup untuk memecahkannya satu-persatu yang akan merugikan wang rakyat negara tersebut yang sedang dilanda kemelesetan ekonomi sebanyak USD277 JUTA! Perbuatan ini memaksa Donald Trump Jr tercengang dan melabelkan perbuatan tersebut amatlah merugikan negaranya, sehingga menerima kecaman pencinta alam sekitar terutamanya rakyat Filipina!


Dan sememangnya dia benar bahawa perbuatan sebegitu sangat merugikan negaranya!  Jika anda sering menonton rancangan The Apprentice dan Celebrity Apprentice, Trump Jr merupakan seorang leaki simple yang tidak mudah melatah.  Mereka tidak dungu dan merupakan ahli perniagaan yang berjaya di Amerika Syarikat.  Dan jika anda ada melihat sesi beliau bersama keluarga dalam rancangan bual bicara Oprah, anda akan tahu fakta yang jutawan sepertinya juga berjimat kerana terbang secara ekonomi untuk urusan kerja kerana keadaan ekonomi tidak menentu di Amerika Syarikat!



Tetapi mungkinkah ada agenda yang lebih besar daripada untuk mengurangkan kerosakkan ke atas Terumbu Karang Tubbataha yang digunakan secara rasmi oleh kerajaan Amerika Syarikat yang mungkin juga melobi supaya NGO alam sekitar Filipina 'membolehkan keadaan' supaya perbuatan gila mereka nampak sangat berperikemanusiaan dan wajar semata-mata untuk mengutamakan Terumbu Karang Tubbataha yang juga merupakan Tapak Warisan Dunia Unesco. Sehinggalah Trump Jr mengatakan sebaliknya.


Tetapi untuk mereka yang masih tidak lupa ketika kejadian 911 yang melihat Amerika Syarikat mengorbankan rakyatnya sendiri untuk menyerang Iraq dan Afghanistan atas nama Perang Menentang Keganasan Sejagat, saki-baki besi banggunan dijadikan 'scrap' dengan begitu pantas sehinggakan tidak ada pakar letupan, ahli saintis ataupun pakar forensik tempatan dan antarabangsa dapat menjejakkan kaki ke Ground Zero untuk menyiasat dengan lebih teliti bagaimanakah World Trade Center boleh tumbang dengan sebegitu 'teratur' malah besi-besinya masih terbakar menandakan kewujudan penggunaan bahan letupan! 


Tentunya modus operandi yang sama digunakan untuk menutup operasi rahsia yang dilakukan mereka. Jika kapal yang berkeadaan baik itu seperti yaang diceritakan video di atas 'discrapkan' segala maklumat dan data-data yang masih berkeadaan elok tidak dapat dilakukan apa-apa dalam keadaan tercerai-berai berbanding dengan sebuah kapal yang tentunya akan ditunda ke Filipina yang tentunya pula mengundang demonstrasi besar-besaran rakyat Pinoy mendesak sebuah siasatan terperinci dijalankan ke kapal tersebut.  Biasalah baling batu sembunyi tangan, apa lagi?!  Dan sudah tentu pula extreme top officials Filipina bersengkongkol dalam operasi rahsia ini!


Ada juga pemerhati politik antarabangsa yang berpendapat bahawa Amerika Syarikat mahu memaksa Malaysia untuk membenarkan mereka mengadakan sebuah pengkalan tentera di Pulau Banggi beberapa kilometer daripada Kudat untuk menggantikan Clark Naval Base yang telah ditamatkan pada tahun 1992. Tentunya kedegilan Malaysia untuk tunduk kepada permintaan Amerika Syarikat dan perhubungan rapat Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, seperti juga bapanya, Tun Abdul Razak yang melawat China baru-baru ini sememangnya tidak menyenangkan Capitol Hill.  


Najib Razak yang membawa bersama seorang anak lelaki yang boleh berbahasa Mandarin bukanlah sebuah masa depan Malaysia yang mahu dilihat Amerika Syarikat. Dalam menundukkan China, Malaysia merupakan pemain utama yang boleh menggagalkan usaha Pelobi Zionis Antarabangsa itu, terutama sekali apabila Sabah juga khabarnya mempunyai rizab minyak dan gas seperti Kuwait! Lihat saja bagaimana akrabnya First Family Malaysia dengan Presiden kuasa besar ekonomi dunia dan militari ini.




Imran N Hosein

Loading...