Aurat & Seks : Facebook, Halal & Haram!

Friday, April 26, 2013

Awal bulan ini facebook telah mengambil keputusan untuk mengharamkan grafik tiga dimensi fizikal lelaki yang dihasilkan untuk melaporkan satu kuputusan kaji selidik yang dijalankan tentang kegemaran kaum Hawa tentang bentuk fizikal kaum Adam termasuklah kepada saiz zakar mereka.  Kajian tersebut dijalankan oleh sebuah badan yang dianggap berprestij di Barat dan dilaporkan oleh sebuah majalah Nature dan dipost  semula di Facebook oleh Scientific American.  

                                                    Gambar Asal Tidak Dihitamkan Sebegini.

Asalnya sesetengah pihak menganggap berlaku kesilapan algoritma yang memadam gambar tiga dimensi tersebut.  Namun akhirnya diperjelaskan oleh Scientific American bahawa pihak Facebook menghubungi mereka dan menyatakan bahawa sebuah jawatankuasa telah membuat keputusan untuk mengharamkan imej tersebut berdasarkan Dasar Kebolehan Berbogelnya.  Pernyataan ini telah mengundang banyak kecaman tentang dasar ketat Facebook.



Facebook yang bertindak sebagai Moral Police (muslim selalu dilabelkan sebegini apabila mahu menekankan cara hidup Islami dikalangan penganutnya!) 800 juta pengguna aktifnya, menjawab sebegini, "Facebook mempunyai undang-undang ketat tentang perkongsian bahan-bahan pornografi dan kandungan seksual explisit yang membabitkan kanak-kanak dibawah umur.  Kami juga mengharamkan bahan-bahan yang berunsurkan bogel.  Aspirasi kami ialah untuk menghormati perkongsian kandungan yang dekat dengan jiwa pengguna kami, samada arca David ukiran Michaelangelo ataupun gambar keluarga berkenaan dengan penyusuan bayi".


Dasar Kebolehan Berbogel di facebook jelas.  Hanya gambar wanita menyusu anak dan sesetengah hasil karya seni dibenarkan.  Tetapi karya fotografi ini daripada sebuah page sebuah muzium seni telah diharamkan.  Page tersebut telah digelapkan selama 24jam sebelum Facebook membenarkan semula ianya di akses dengan foto bogel hasil seni yang dipost telah dibuang. Pengguna Facebook yang mengpostkan gambar diatas pernah dibanned sebanyak dua kali oleh Facebook, namun diaktifkan semula setelah sedar akan kesilapan mereka kerana gambar berkenaan sebenarnya dibenarkan.


Pengguna di atas merupakan seorang artisan barangan perhiasan diri yang menggunakan patung berbogel (Barbie?) untuk mengiklan hasil kerja tangannya.  Pengeluar barangan kemas itu pernah beberapa lepas diugut untuk disaman oleh Facebook.  Victoria Buckley Jewellery akur setelah mengeluarkan kenyataan yang mencemuh sikap puritan Amerikana yang diamalkan oleh Facebook.


Perbuatan Facebook yang ingin menjaga hak ahlinya yang ramai dan yang mempunyai pelbagai citarasa, latar belakang budaya dan agama.  Amalan ini patutlah dipuji.  Kita tidak harus lupa terdapat juga pengguna Facebook yang terdiri daripada kanak-kanak bawah umur yang dianggarkan seramai 7.5 juta akaun.   Facebook harus mengambil jalan tengah untuk memuaskan hati semua penggunanya.  Facebook merupakan sebuah entiti perniagaan dan ini sememangnya bagus untuk perniagaan.  Bayangkan jika tidak ada sebarang panduan tentang kandungan pornografi kanak-kanak umpamanya, Facebook tentulah akan diheret ke makhamah diseluruh dunia dan mungkin juga diarahkan membayar pampasan kepada penggunanya yang tidak senang dengan perkara tersebut!


Inilah yang diamalkan oleh Islam.  Inilah yang hendak diterapkan oleh Islam kepada semua masyarakat samada mereka muslim atau tidak.  Amalan ini sangat praktikal.  Semua pihak selesa dan tidak ada pihak juga yang akan berasa tidak puas hati.  Facebook merupakan domain awam, perkara yang diharamkan Facebook masih boleh diperlakukan secara bersendirian atau tanpa Facebook.  Begitu juga pandangan Islam tentang aurat, malah lebih lagi kerana Islam menekankan dengan detail tentang aurat lelaki dan wanita, sesama lelaki atau sesama wanita, aurat dengan kaum wanita dengan lelaki lembut yang tidak bernafsu dengan wanita, aurat sesama muhrim dan bukan muhrim, aurat antara hamba dengan Tuhannya (ketika mandi dengan kain basahan atau perbuatan berselimut ketika melakukan hubungan seks dengan isteri sebagai contoh).  

Bercakap tentang isu aurat.  Seorang model terkenal Kylie Bisutti memutuskan untuk tidak lagi memperagakan pakaian dalam jenama terkenal Victoria Secret (yang menjadi idaman model-model wanita kerana bayarannya yang lumayan bersama dengan pendedahan glamor menjadi 'bidadari' jenama tersebut) setelah berasakan yang beliau terpaksa mendedahkan tubuhnya hampir bogel untuk mengoda lelaki.  Beliau merasakan seperti barang dagangan murahan dan memutuskan untuk tidak meneruskan perbuatan itu lagi.  Semua ini didedahkan dalam buku memoirnya, 'Saya Bukan Bidadari'.


Namun perkembangan yang membimbangkan semakin menular diseluruh dunia.  Perkahwinan sejenis semakin mendapat tempat.  Walaupun masih terdapat golongan yang menentang keras hubungan sejenis dan menganggapnya sebagai taboo, namun kepantasan gerakan yang melobi supaya perkahwinan sejenis semakin mendapat tempat dikebanyakkan negara barat se[erti yang berlaku di Perancis kelmarin.


Hubungan sesama jenis adalah dilarang keras oleh Islam.  Perbuatan ini adalah haram.  Jadi tidak hairanlah mereka yang masih mempunyai akal fikiran untuk berfikir memprotes apabila Parlimen Perancis sebuah republik sekular yang mengharamkan kebebasan wanita muslim untuk beragama dengan mengamalkan purdah meluluskan perkahwinan sesama jenis.  Perkara membuatkan rakyat Perancis marah dengan kerajaan dan menggerakkan protes secara besar-besaran yang bertukar ganas.


Namun  kempen untuk menghalalkan sesuatu yang haram seperti perkahwinan sejenis merupakan sebuah fenomena global.  Ada pihak yang beruntung dengan trend baru ini yang bergerak sepantas api ditiup angin panas Los Angeles, bagai tidak dapat dibendung lagi.  United Kingdom juga sedang berkira-kira untuk mendapat persetujuan House of Commons yang sudah berdebat perkara ini dan sekarang sudah masuk fasa kedua.  Namun sesiapa saja, walau dimana saja mereka berada samaada di United Kingdom atau Amerika Syarikat akan dicemuh sekiranya tidak bersetuju dengan gerakan songsang ini.  Lihat saja aktor terkenal dunia Jeremy Irons yang yang terpaksa menarik balik kenyataan apabila dicemuh pengamal media di kedua-dua benua apabila beliau yang mempunyai seorang anak lelaki yang juga pelakon, mengatakan bahawa perkahwinan sesama lelaki sebagai sumbang mahram kerana perbuatan ini akan membolehkan si bapa untuk mengahwini anak lelakinya untuk mengelak cukai hartabenda.  Tidak berapa hari selepas itu beliau mengatakan bahawa kenyataannya itu telah disalah faham.


Gerakan ini yang malangnya berselindung atas label hak asasi manusia digerakkan dengan sangat meluas.  Malah pada satu ketika baru-baru ini, logo menyokong perkahwinan sejenis dilihat merata-rata di Facebook.  Ramai di Facebook yang berkongsi dan mengulang kongsi logo tanda sama berwarna merah itu di akaun mereka. 


Setelah berjaya (belum sepenuhnya tetapi pasti akan berjaya kerana Institusi Keluarga dan Agama di Barat telah lama musnah dengan ahli falsafah yang bercakap ikut sedap alat sulit dan trend ini semakin diterima di dunia Barat) dengan ini, apalagi kebodohan yang akan ditunjukkan oleh manusia-manusia gila ini yang kononnya amat mengambil berat hak sesama manusia.  Tuhan tidak menjadikan kita semua untuk ini.  Tuhan melarang kita daripada berbuat seperti Kaum Nabi Lut.  Malah kehancuran bandar Pompeii dengan ledakan Vesuvius dengan penuh ngeri dengan jasad yang beku menjadi batu dilahap lava berapi, perlu dijadikan peringatan kepada golongan ini yang semakin terpesong jauh daripada azali manusiawi.


Namun ketika golongan homoseksual di Amerika Syarikat terpaksa berpindah negeri untuk melangsungkan perkahwinan sejenis, kerana sesetengah negeri masih menganggap perkahwinan sejenis sebagai salah disisi undang-undang negeri mereka, kenapakah kita di Malaysia, membutakan mata, memekakkan telinga dan mengunci mulut apabila perkahwinan sejenis diadakan di sini bukan sekali malah dua?!  Islam adalah agama rasmi dan majoriti warganegara merupakan muslim, mengapakah kita terlalu terbuka dalam hal ini?


Ketika non-muslim di Perancis, Australia, sebahagian besar Amerika Syarikat dan United Kingdom memberontak dengan kelulusan perkahwinan sejenis yang disisi undang-undang sebagai sah, kita masih bersifat kool dengan perlakuan dungu mereka-mereka yang sengaja mahu menguji kesabaran kita!


Apalagi selepas ini, menghalalkan hubungan seks manusia dengan binatang?  Ini tidak keterlaluan kerana kita tahu di luar sana terdapat segelintir manusia yang sakit akal gemar melakukan hubungan seks dengan haiwan.  Haiwan yang sepatutnya dipelihara dengan penuh amanah akhirnya dianiaya oleh mereka-mereka yang sepatutnya mencintai haiwan dan memeliharanya sebaik-baiknya.  Melakukan hubungan seks sesama haiwan melanggar tabie manusia dan tabie haiwan.  Lelaki di bawah ini telah dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun kerana didapati bersalah melakukan hubungan seks dengan pitbull peliharaannya!  


Perbuatan ini dianggap jijik disisi masyarakat sivil.  Syukur nikmat Allah subhanawataala.  Namun persoalannya sampai bila?  Bukannya kita tidak pernah mendengar kisah lelaki yang berkahwin dengan kambing!  Di India dan di Australia terdapat dua majlis perkahwinan dengan anjing.  Satu kerana mahu menolak bala dan karma tidak baik dan satu lagi kerana suka-suka.  


Namun dari sisi Islam, tujuan tidak menghalalkan cara.   Sebagai baik pun tujuan seseorang itu seperti mahu meninggalkan harta sepeninggalannya kepada haiwan peliharaannya, perbuatan mengahwini haiwan melanggar tabie manusiawi.  Seorang wanita barat juga telah mengetengahkan perihal kenapa beliau tidak boleh berkahwin dengan anjing peliharaannya?


Adakah seorang suami atau isteri setelah berkahwin dengan pasangan haiwan mereka dibenarkan untuk melakukan hubungan seks sebagaimana pasangan berumah-tangga yang lain?  Adakah menyalahi undang-undang jika pelakuan itu dilakukan seperti yang berlaku di atas?  Bagaimana pula dengan hak seorang suami atau isteri untuk meniduri pasangan mereka di domain peribadi mereka? Jawapan yang paling sesuai ialah semua ini merupakan KERJA GILA!  Nauzubillahhiminzaliq!




0 comments:

Imran N Hosein

Loading...