Campur Tangan Zionis Amerika Syarikat-Pengakuan Economic Hitman!

Thursday, April 4, 2013

Lelaki dalam video ini merupakan John Perkins yang menulis buka tentang kebejatan projek setan Amerika Syarikat yang masuk campur dalam pentadbiran sesebuah negara yang berkepentingan supaya tunduk dengan kehendak Korporat Amerika. 

Buku dengan jelas menerangkan bagaimana beliau yang pada ketika itu bekerja secara tidak langsung dengan National Security Agency melalui proksi yang bernama Einar Greve digajikan dengan sebegitu lumayan untuk memujuk pemimpin-pemimpin Amerika Latin pada ketika itu supaya menerima dana atau memohon pinjaman daripada Bank Dunia atau USAID dan apabila mereka gagal untuk melangsaikan hutang tersebut, pemimpin tadi akan didesak dan diugut untuk mengikut telunjuk Negara Setan (menurut mantan Presiden Venezuela mendiang Hugo Chavez) dalam mentadbir negaranya, terutamanya dalam hal-hal pemilikan sumber-sumber asli dan kegiatan ekonomi.

Menurut John Perkins lagi, peranan seorang Economic Hitman ialah untuk menipu trillion dolar wang daripada negara yang mereka sedang beroperasi semata-mata untuk membesarkan lagi tembolok sebilangan kecil keluarga mega kaya dunia yang menggunakan pelbagai cara kotor untuk mengumpul kekayaan termasuklah dengan menipu akaun, menipu dalam pilihanraya, rasuah, ugutan, seks dan pembunuhan.

 Maklumat ada di mana-mana.  Allah subhanawataala dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah mengadakan bukti-bukti untuk kita faham Fitnah Dajjal di Zaman Fitan ini. Dengan dosa Negara Setan seperti Amerika Syarikat dan sekutu Dajjalnya, kenapakah kita masih bahu menghulur tangan meminta pertolongan daripada golongan ini dan agen-agen mereka?

Tepuk Dada, Tanya Iman.

Kredit Video kepada lensa kini


0 comments:

Imran N Hosein

Loading...