Lahad Datu Sudah Dijangka 2!!!

Wednesday, April 3, 2013
National Whistleblower Centre (NWC) di Amerika Syarikat telah diberi amaran seawal tujuh bulan lampau berkenaan dengan kemungkinan keselamatan dan keamanan di Sabah tergugat.  Tujuh bulan kemudiaan rupa-rupanya pengganas yang dikenali sebagai tentera kesultanan sulu melancarkan serang ke atas Malaysia dengan menduduki Lahad Datu, Sabah yang mematikan 10 anggota keselamatan  dan seorang awam.

Maklumat risikan tersebut dipanjangkan kepada NWC yang berpengkalan oleh seorang pegawai yang 'mengawal' di pengkalan Asia Pasifik.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1988, badan tersebut telah memberikan perlindungan dan pertolongan kepada ribuan pemberik maklumat di serata Amerika Syarikat.

Bersama-sama ini ada disertakan emel seorang pegawai tentera Amerika Syarikat kepada pegawai terlatih NWC yang diberikan kepada kami oleh 'Deep Throat'.

Walaubagaimanapun, disebabkan oleh peruntukan khas kerahsiaan antara peguam dan pelanggan dan untuk menjaga indentiti pegawai tersebut, kami telah menghitamkan beberapa perkataan dan ayat dalam emel di bawah.





Ini menguatkan lagi dakwaan bahawa pencerobohan yang dilakukan di Lahad Datu, Sabah merupakan sebuah pencerobohan terancang puak sulu yang didalangi oleh pihak antarabangsa dan elemen tempatan.

Kami mendesak agar Kerajaan Malaysia memulakan siasatan terhadap mana-mana individu atau ahli politik yang terlibat dalam pencerobohan ini yang mengorbankan anggota polis, tentera dan penduduk kampung yang tidak bersalah.

Akan datang, kami akan membongkarkan sebuah plot untuk menjatuhkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan tangan-tangan yang terlibat dan bagaimana semuanya akan berakhir di sebuah Negeri Di Bawah Bayu.

diterjemah daripada sabahgroundzero.blogspot.com

0 comments:

Imran N Hosein

Loading...