Lahad Datu Sudah Dijangka 3!!!

Wednesday, April 3, 2013

Ini merupakan kapal canggih USS Guardian yang tersadai setelah melanggar Terumbu Karang Tubbataha yang merupakan sebuah kawasan peliharaan hidupan marin dan merupakan Taman Marin Negara Filipina.  Kejadiaan tersebut telah membangkitkan kemarahan rakyat Filipina yang berpendapat kejadiaan tersbut disengajakan negara Uncle Sam itu.



Persoalan demi persoalan mula timbul.  Kenapakah sebuah kapal secanggih Minesweeper USS Guardian yang digunakan untuk memusnahkan periuk api dasar laut yang rapi tersembunyi, masih mampu tersesat arah selama berjam-jam lamanya daripada pelabuhan terakhir mereka?  Kenapakah arahan untuk memberhentikan perjalanan kapal tersbut oleh Ranger Marin Terumbu Karang Tubbataha tidak diendah? Adakah sistem radar tercanggih kapal tersebut tidak dapat mengesan atol sebesar Taman Marin Tubbataha?


Persoalan demi persoalan juga timbul kerana anak-anak kapal tersebut tidak dibawa ke Filipina malah dilarikan dengan sebegitu pantas ke zon selamat perairan Jepun?  Kenapakah ini berlaku?  Apakah yang mahu disembunyikan oleh Amerika Syarikat yang sememangnya merupakan Setan terbesar dunia, sering campur tangan dalam urusan negara-negara lain seperti yang berlaku di seluruh Amerika Latin, Timur Tengah dan Eropah Timur?! Adakah Amerika Syarikat sudah mula mahu menumpukan perhatian kepada Malaysia kerana dekatnya kita dengan China?  Adakah Selat Melaka yang menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan dan peperangan ke laut sebelah sini merupakan sebuah aset yang perlu dimiliki supaya Perang Besar menentang China akan menjadi lebih mudah? 


Habiba Kiram (disebelah kanan) di laman facebooknya dengan bangga dan bongkaknya menunjukkan gambar persediaan tentera pengganas untuk menceroboh Sabah berlatih bersama-sama dengan Tentera Elit Amerika Syarikat.  Sejauh mana kebenaran ini tidak dapat disahkan, tetapi Filipina dan Amerika Syarikat sememangnya mempuyai perjanjian keselamatan bersama yang membutuhkan Amerika Syarikat membantu negara tersebut sekiranya ianya diserang melalui Visiting Forces Agreement dan Mutual Defense Treaty.


Sememangnya jika diperhatikan dengan lebih teliti, kapal USS Guardian ini sememangnya mahu melanggar Terumbu Karang Tubbataha berdasarkan kepada posisi kapalnya yang tersasar jauh sehinggakan benar-benar berada di atas terumbu karang tersebut! 


Dan jika ini masih tidak meyakinkan sebilangan daripada kita, marilah kita cuba congak keputusan bodoh Amerika Syarikat untuk tidak menunda kapal tersebut yang sememangnya masih berkeadaan baik, sehinggakan sanggup untuk memecahkannya satu-persatu yang akan merugikan wang rakyat negara tersebut yang sedang dilanda kemelesetan ekonomi sebanyak USD277 JUTA! Perbuatan ini memaksa Donald Trump Jr tercengang dan melabelkan perbuatan tersebut amatlah merugikan negaranya, sehingga menerima kecaman pencinta alam sekitar terutamanya rakyat Filipina!


Dan sememangnya dia benar bahawa perbuatan sebegitu sangat merugikan negaranya!  Jika anda sering menonton rancangan The Apprentice dan Celebrity Apprentice, Trump Jr merupakan seorang leaki simple yang tidak mudah melatah.  Mereka tidak dungu dan merupakan ahli perniagaan yang berjaya di Amerika Syarikat.  Dan jika anda ada melihat sesi beliau bersama keluarga dalam rancangan bual bicara Oprah, anda akan tahu fakta yang jutawan sepertinya juga berjimat kerana terbang secara ekonomi untuk urusan kerja kerana keadaan ekonomi tidak menentu di Amerika Syarikat!



Tetapi mungkinkah ada agenda yang lebih besar daripada untuk mengurangkan kerosakkan ke atas Terumbu Karang Tubbataha yang digunakan secara rasmi oleh kerajaan Amerika Syarikat yang mungkin juga melobi supaya NGO alam sekitar Filipina 'membolehkan keadaan' supaya perbuatan gila mereka nampak sangat berperikemanusiaan dan wajar semata-mata untuk mengutamakan Terumbu Karang Tubbataha yang juga merupakan Tapak Warisan Dunia Unesco. Sehinggalah Trump Jr mengatakan sebaliknya.


Tetapi untuk mereka yang masih tidak lupa ketika kejadian 911 yang melihat Amerika Syarikat mengorbankan rakyatnya sendiri untuk menyerang Iraq dan Afghanistan atas nama Perang Menentang Keganasan Sejagat, saki-baki besi banggunan dijadikan 'scrap' dengan begitu pantas sehinggakan tidak ada pakar letupan, ahli saintis ataupun pakar forensik tempatan dan antarabangsa dapat menjejakkan kaki ke Ground Zero untuk menyiasat dengan lebih teliti bagaimanakah World Trade Center boleh tumbang dengan sebegitu 'teratur' malah besi-besinya masih terbakar menandakan kewujudan penggunaan bahan letupan! 


Tentunya modus operandi yang sama digunakan untuk menutup operasi rahsia yang dilakukan mereka. Jika kapal yang berkeadaan baik itu seperti yaang diceritakan video di atas 'discrapkan' segala maklumat dan data-data yang masih berkeadaan elok tidak dapat dilakukan apa-apa dalam keadaan tercerai-berai berbanding dengan sebuah kapal yang tentunya akan ditunda ke Filipina yang tentunya pula mengundang demonstrasi besar-besaran rakyat Pinoy mendesak sebuah siasatan terperinci dijalankan ke kapal tersebut.  Biasalah baling batu sembunyi tangan, apa lagi?!  Dan sudah tentu pula extreme top officials Filipina bersengkongkol dalam operasi rahsia ini!


Ada juga pemerhati politik antarabangsa yang berpendapat bahawa Amerika Syarikat mahu memaksa Malaysia untuk membenarkan mereka mengadakan sebuah pengkalan tentera di Pulau Banggi beberapa kilometer daripada Kudat untuk menggantikan Clark Naval Base yang telah ditamatkan pada tahun 1992. Tentunya kedegilan Malaysia untuk tunduk kepada permintaan Amerika Syarikat dan perhubungan rapat Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, seperti juga bapanya, Tun Abdul Razak yang melawat China baru-baru ini sememangnya tidak menyenangkan Capitol Hill.  


Najib Razak yang membawa bersama seorang anak lelaki yang boleh berbahasa Mandarin bukanlah sebuah masa depan Malaysia yang mahu dilihat Amerika Syarikat. Dalam menundukkan China, Malaysia merupakan pemain utama yang boleh menggagalkan usaha Pelobi Zionis Antarabangsa itu, terutama sekali apabila Sabah juga khabarnya mempunyai rizab minyak dan gas seperti Kuwait! Lihat saja bagaimana akrabnya First Family Malaysia dengan Presiden kuasa besar ekonomi dunia dan militari ini.




0 comments:

Imran N Hosein

Loading...