Lahad Datu Sudah Dijangka 4!!!

Thursday, April 4, 2013
Hari ini John Kerry Setiausaha Negara Amerika Syarikat memberi jaminan bahawa kerajaannya akan membayar pampasan yang setimpal untuk memujuk rakyat Filipina yang marah dengan kejadian kapal USS Guardian melanggar Terumbu Karang Warisan Unesco Tubbataha pada 17 Januari lepas, 3 minggu sebelum Lahad Datu, Sabah diceroboh oleh pengganas berketurunan Sulu.


Kapal seberat 16000 tan tersebut yang telah dicerai-berai oleh sebuah firma Singapura (tentunya front Yahudi Zionis untuk melakukan damage control) kepada beberapa bahagian sebelum terus dihantar ke Naval Base Amerika Syarikat di Sasebo, Jepun, supaya operasi rahsia Negara Setan itu membekal persenjataan kepada Penceroboh Sulu dapat ditutup rapat.


John Kerry yang bertemu dengan Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario di Washington merupakan usaha terdesak negara Uncle Sam itu untuk menyogok rakyat Filipina dengan bayaran pampasan yang tidak seberapa, hanya USD5 JUTA, supaya desakan penyiasatan terhadap insiden pelanggaran kapal canggih USS Guardian dan juga pencerobohan perairan Filipina dapat diredakan.

Namun masih terdapat beberapa kumpulan NGO di Filipina yang mendesak supaya kerajaan mereka menyiasat dengan menyoal anak-anak kapal USS Guardian yang sekarang disembunyikan oleh Amerika Syarikat di Naval Base mereka di Jepun.

Bayan melalui Setiausaha Agungnya, Renato Reyes mengatakan 'Siasatan ke atas insiden ini hanya akan membawa kita sejauh yang Tentera Laut Amerika Syarikat mahu, semua ini amat memalukan!'

Mungkin Donald Trump Jr akan tersedak apabila memikirkan USD5 JUTA lagi wang cukai rakyat Amerika Syarikat sepertinya terbazir begitu saja.  Itu belum dikira dengan jumlah wang yang dibelanjakan untuk mengupah syarikat Singapura untuk mencerai dan mengangkut ceraian bangkai kapal USS Guardian ke Jepun.
Namun itulah cara Amerika Syarikat mengekalkan kelangsungan hayat Empire Jahat Americana!

0 comments:

Imran N Hosein

Loading...